pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Friday, September 30, 2011

Bila DRC menjadi DJ........uuweeakk!

Assalammualaikum semua bloggers and readers.... Selamat menyambut hari Jumaat, penghulu segala hari. Jom rebut peluang dapatkan ganjaran sempena hari jumaat nih...! seminggu sekali je taaoo..!


Hari ni DRC nak share ketika DRC menjadi DJ untuk majlis jamuan hari raya kat kampus..ermm...
.........

....ermmm....
.................................

.......hurmmm......

                                  ...............................
ermmm......
      .................................
...................
hurmm....
..................................................

               ..........................................................................

...................................... 
................................................................................................
hurmm.....

ermmm.........

........................................................................


penat cari gambar nih.. lupa sapa kameraman.. ramai sangat yg snap malam tu.. kalah retisss

kenapa banyak 'erm..........erm......'?
yelah,,, sebab DRC gagap tatau nak cakap apa masa mula-mula.. haiyooo!! memang ketaq tu Allah je la yang tau.... walaubagaimanapun, DRC dapat kawal dan urus gugup dan ketaq tu... yelah untuk menjadi seorang DJ atau Pengacara Majlis kita perlu bijak mengurus dan mengawal gugup dan nervous tu....

Lepas je tamat tugasan barulah DRC boleh melantakkkkk sate, nasi tomato, laksa, bihun sup, dan sewaktu dengannya.. haa.. jangan lupa lomang pun ado...!! yelahh,, masa bekerja takboleh melantak bebagai kerana masih dalam kerja dan suara kena stable and stedy.. cewaahh!!

Dalam pada masa yang sama, DRC record juga segala percakapan dan perbualan ketika menDJkan majlis (eh, betul ke ayat ni?). Dalam time yang sama jugak, DRC mintak komentar-komentar dari para pendengar dan tetamu yang hadir. rata-rata memberi sokongan dan kritikan yang membina pada DRC, al-maklom lah,, kita ni bertatih lagi....

DJ mencarut bebagai sempena raya...! insaflahh~~ :P
Dan InsyaAllah, DRC akan bersama dengan Pro-mentor DRC dan mentee akan terus berkerier dalam arena persada pengacaraan dan penDJan...huhuhu... terutama di kampus... tapi kalau ada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan dari kumpulan kami, di alu-alukan.. Nanti DRC buat iklan dalam blog ni... (kormerSIALkan diri...opssss~~!)

Apapun, DRC menyusun beberapa jari yang ada atas keterlanjuran kata dan tersalah bicara sepanjang program berkenaan. panggil lah lagi... TERIMA kasih daun keladi, TERIMA kasih atas payment yang diberi...
>.<

nice kan 3 jejaka ni, dari kiri :> si emas, si perak, si gangsa.hehehe ^^

DRC psssstttt : Kalau anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan pengacaraan dan DJ di majlis anda daripada DRC sendiri, amatlah dialukan. DRC dalam proses melatih diri untuk terus maju..insyaAllah...

Thursday, September 29, 2011

-bingkisan buat ukhti-


Bukanlah sebuah penghargaan dicari
bukan juga sebuah piala dinanti

Duhai hati yang tersudut kecil
janganlah terus bersedih
sedang gelora jiwa membesar
halangan membawa pedih

Wahai hati kecil yang berjiwa besar
kau kalah dimedan permulaan
tapi tak bermakna kau rebah dipersimpangan
kau dihembat rimbunan kekangan
tapi tak bermakna kau mengalah di tengah jalan.

Wahai duka yang menyelimuti
usunglah diri bersama doa penuh harapan
biar yang menilai itu bijak menilai
biar yang Maha Mengetahui terus memerhati

Duhai ukhti
perjuanganmu baru bermula
dalam mehna kau dihimpit seribu lara
tatkala mereka sengketa
ingatlah ada yang masih setia

Wahai insan menyelam jiwa
kuseru agar penilaianmu kembali teguh
agar sebuah keadilan mampu diutuh
dalam tidak dipandang huduh
walau kau ternyata sebuah penakut!


DRC pssstt : sebuah dedikasi kepada seorang ukhti. Semoga terus cekal dan tabah! Allah bersamamu....


Wednesday, September 28, 2011

VIDEO : Jom Hilangkan Tekanan!


Milo Ais dengan Teh Ais... Korang suke mane..???


Kisah Phone masuk sungai......


Bila Messi di temuramah....?

DRC psssstt :: Sorry yer semua blogger... DRC melammbakkk dah assignment and midterm exam yang nak kne mengadap.. x leh berjalan ke blog byak2...... hehehe... wish me good luck yeahhh!!
>.<

Tuesday, September 27, 2011

Pilihan Raya Kampus KUIN (PRK KUIN)

Assalammualaikum semua.... 


Sebenarnya, esok (28.9.2011) adalah hari mengundi kepada pelajar di KUIN.
Dan hari ni baru DRC nak buat entry pasal PRK kali ni...
DRC tak tercalon tauu.... (ada aku kesahhh?? :P)


Dan Sebenarnya, PRK kali ni memang sanggat sekejap dan cepat! Hari Ahad hari tu adalah penamaan calon dan hari mengundi adalah pada Khamis ini! 
Kan...!! Korang rasa adil ke untuk berkempen??? Sempat tak???


Apapun, kalau itu keputusan JHEP, nak buat macam mana, terlalu banyak kerja sampai menimbun2 kat opis JHEP tu...


Kali ni DRC memperkenalkan Calon-calon PRK KUIN bagi Kerusi Kawasan Kuliyah DRC (Muamalat)


NOOR AINA BT ROSLAN
RENDDYPAPER ISMAIL
ada jugak calon yang tak dapat DRC kesan poster mereka... tapi inilah senarai nama Calon bagi kawasan kuliyah muamalat :
1) Mohd Fazrin Fawaz Bin Fadzil
2) Renddypeper Bin Ismail
3) Mr Tarek Sidi
4) Abdullahi Mohamed Ali
5) Noor Aina Binti Roslan
6) Abdifatah Mohamed Musse
daripada 6 calon ini DRC kena memangkah 4 calon yang layak... ermm... undi adalah rahsia..hehee

Selain Kerusi Kawasan Kuliyyah, kat bawah ni adalah calon-calon bagi kerusi umum... jom tengok :
AKMAL AROM
ZAFIRAH AHMAD
HAFIZ HJ OMAR
NAIM ISMAIL
ERNI ERMIRA
ZULHAZWAN ISMAIL

Berikut adalah senarai nama calon bag kerusi umum :
2) Mohd Faqihuddin Bin Mohammad
3) Erny Ermira Binti Mohd Noor
4) Mohd Bunyamin Bin Ab Rahman
5) Nurhafizul Bin Badrul Hisyam
6) Maisarah Binti Mohd Tarmizi
7) Mohammad Naim Bin Ismail
8) Zulhazwan Ismail
9) Zafirah Binti Ahmad
10) Mohd Nor Hafiz Bin Hj Omar
11) Abdirahim Sharif Mohmaed
12) Mohd Akmal Arom

Jadi, DRC menyeru kepada sahabat-sahabat DRC di KUIN untuk turun mengundi pada hari Khamis ini, 28 9 2011... Bawa kad matrik dan kad pengenalan diri anda...!

DRC psssssttt : Ada diantara calon yang DRC kenal dan rapat, ada juga yang baru (DRC x berapa kenal).. Mereka semuanya berbakat dalam kepimpinan. Sahsiah dijaga dan akademik cemerlang... Semoga pimpinan yang akan datang menjadi satu organisasi yang terus disegani oleh pelajar-pelajar.... Pilihlah pemimpin anda... Itu HAK kita.










Sunday, September 25, 2011

NO 118.. THE TSB...!

Assalammualaikum readers and bloggers....
Hari Ahad yang DRC membozzzzzzzzzankan tatau nak buat entry apa.. Tapi still DRC nak share sesumthing kat korang....


Sempena semester baru DRC, dengan azam baru, wajah baru, semangat baru, tempat baru, Rumah Sewa BAARRUUU!!! yeaaahhhh!!!!


Sepanjang dah 5 Semster kat Kedah ni, DRC dah ada 4 buah rumah sewa (bekas okeeyh). Semester 1, DRC kat asrama, Semester 2 pndah asrama lain (secara haraaaam.. syuhhhh.. jangan habaq kat org len nOh)... Semester pendek, 2.5 rumah sewa lain, semester 3 kat rumah sewa lain, semester 4 kat rumah lain.. Dan now semester 5 kat rumah lainnn!!


Best tau pindah2 ni... kita boleh mencampuri bermacam ragam orang...


Hari ni DRC nak kongsi sesi photo shoot bersama geng rumah sewa DRC untuk Semester ini, 118!!


from left : Shafiq (along), DRC (acik), Redho (angah), Lutfi (alang)

sesi baju kuliyah..

sesi baju kasual

sesi baju melayu

kepada bekas-bekas geng rumah sewa DRC, DRC simpan je gambar korang, so jangan lah salah sangka DRC tak post gambar korang... ade je dalam laptop nih...

Sepanjang bertukar-tukar rumah sewa ni, DRC sendiri belajar cara hidup dengan setiap orang yang berbeza. berjumpa dengan orang yang berlainan cara hidup dengan kita itulah sebenarnya warna kehidupan. kalau kita hanya dengan kelompok kita, maka kita hnya kenal budaya kita sendiri..

So, rumah sewa ini adalah medan untuk kita belajar kehidupan yang pelbagai. bayangkan kalau kita kat oberC, macam mana kita nak jumpa orang yang 'sekipala' dengan kita. so, berusaha mensessssuuwweeeiii kan diri dengan sesiapa saja....

DRC psssssttt :: dub...dab...dubb...dabbb... malam ni Majlis Hari Raya... DJ oh DJ... cuak.. tatau nak cakap apa ntt... Doakan DRC punya suara boleh piiiiii~~

>.<



Saturday, September 24, 2011

DRC nak ini,,, boleh bagi???


TERIMA KASIH KEPADA YANG NAK HADIAHKAN TU....

terharu sangat~~~

tapi ada ke..???
>.<

Friday, September 23, 2011

Mat Sabu VS Zizan

  VS

Assalammualaikum semua ahli ceria....!!! waaahhh... panassss pulak hari jumaat ni...
DRC sibuk p makan kat umah orang yg jemput untuk perabih kan makanan diorg...huhuuh...
Tapi DRC taklah kembOng sangat.. still on my weight <50kg... (ringan kan?)

Ok, hari ni DRC mengajak anda untuk semua membezakan antara mereka berdua di atas...

Baru-baru ini kes Zizan didakwa mempersendakan agama dengan menyebut kalimah syahadah menjadi bualan hangat di blog dan media... sangaaattt paaanaasss.. apabila Zizan membuat kenyataan MAAF, dan ada pula sesetengah pihak yang cuba untuk menegangkan kembali dengan menyatakan ada golongan tidak berpuas hati dengan kejayaan filem tersebut..

Lewat bulan lepas, isu Mat Sabu didakwa menghina pejuang kemerdekaan dengan beberapa fakta yang dikira salah di sisi kerajaan.

Jom rewind balik apakah dakwaan tersebut :




Yang ini juga...




Persoalan DRC kepada anda... Siapakah yang DIDAKWA menghina Agama dan Merdeka? Manakah yang benar? Manakah yang lebih dahsyat timbangannya di akhirat nanti??
Siapa diantara mereka yang akan menerima azab di sana atau menerima hukuman di dunia??


Jika anda, apakah yang di fikiran anda? Agama atau Merdeka?

Pengguna TAK PUAS HATI dengan Facebook!







SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut.
Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.
Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter.
"Ramai yang berasa tidak berpuas hati tetapi tiada seorang pun yang akan berpindah (menggunakan laman jaringan sosial lain)," katanya.
Para pengguna Facebook sebelum ini banyak membuat aduan tentang perubahan dalam laman sosial berkenaan tetapi mereka kemudian berusaha untuk menyesuaikan diri dan masih menjadi pengguna setia laman web itu.
Komen negatif itu disuarakan sehari selepas Facebook mula melaksanakan beberapa siri penambahbaikan dalam apa yang dinamakan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg sebagai 'musim pelancaran' untuk ciri-ciri terbaru.
Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar.


GAMBAR fail menunjukkan Mark Zuckerberg di ibu pejabat Facebook di Palo Alto, California pada 5 Februari 2007.

Selanjutnya KLIK DI SINI

DRC psssssssssssttttt : Lama-lama semuanya boleh dikongsi.. Maklumat peribadi diceroboh dan menularlah jenayah siber... Jangan menyesal kemudian hari dah la... DRC rasa pun macam malas je nak berfacebook sekarang ni,, baik handle FanPage tu je... xpayah la nak chatting-chatting..kekekehh...


Mark Zuckerberg :> Hang jangan ingat hang kaya buleh buat suka hati ja nohh... :P

Thursday, September 22, 2011

"aset" DRC ditarik balik...???

Assalammualaikum... Apa khabar semua?? Sihat? Ucapkanlah Alhamdulillah....
DRC buat post pasal DRC sendiri pulak lah... asyik2 pasal dunia glem jer... So bored dgn kisah tersebut..... :o


Keadaan persekitaran DRC yang tak menentu sekarang ni membuatkan DRC pun tak berapa nak sihat...bertambah pulak dengan satu 'kejadian' yang berlaku baru-baru ni..


Kita sedar bahawa apa yang kita ada hanyalah pnjaman dari Allah SWT.. dan kehidupan ini tidak kekal.. DRC akui apa yang DRC miliki selama ni juga akan dipulangkan kepada yang berhak...
(ayat touching je kan....)


Kejadian yang membuatkan 'aset' DRC ditarik balik adalah ketika...............


"Pada suatu petang, sedang DRC menunggang motosikal, DRC sedang bercakap di ganggang telefon dengan seorang kawan DRC yang menelefon DRC.... Dalam pada ketika itu, DRC tidak sedar bahawa ada serangga berterbanggan di kawasan jalan yang DRC lalui itu.... Ketika sedang berborak (biasalah...cakap dgn telefon atas motor mana clear sgt, kena cakap kuat2)... Bila dah cakap kuat2, serangga yang berterbanggan tu 'menyelinap' masok ke dalam mulut DRC..!! ohhh!!! tidakkkkkkkkkk!!!! nasib baik tak tertelan... DRC sempat membuangnya di tengah jalan... eeeeeeeiiiiii~~~ gelinyaa..!! Terus letak telefon


Lepas DRC buang serangga tu (tanpa melihat apakah serangga berkenaan) DRC tak sanggup nak tengok...! Ya Allah.... Malangnya hari tu...


Tiba-tiba DRC rasa tekak DRC macam tercabut! Suara DRC tak berapa clear.. eishhh..! Ya Allah.. ni lah padah buat aku..? DRC gagahkan diri ke kedai untuk membeli madu, sebab DRC memang mengamalkan madu untuk suara... Tapi sebab sebelum ni tak ada masalah suara,, jadi dah lama tak membelinya...Sampai je kat rumah, DRC terus makan madu tu,, dan bancuh dgn air suam... nak hilangkan 'payau' serangga tu... Tiba-tiba DRC rasa mcm nak termuntah..!
(tak nak lah citer pasal muntah tu..)


DRC tak tahan sangat sebab anak tekak rasa mcam terputus..... DRC terus pergi klinik berhampiran Bandar Alor Star.. Mencari Klinik Bumiputera.. alaahaai... payah nye nak cari...


Doktor memberi suntikan pada DRC sebab katanya serangga yang singgah ke dalam mulut DRC tu mungkin berbisa seperti lebah atau sebagainya..! (DRC dah cuak time tu)... Lepas tu tanyalah, kenapa dengan anak tekak DRC? Doktor tu jawab, tekak DRC lebam dan lebam anak tekak ni dia akan membesar... Kebiasaannya anak tekak akan tergantung tapi anak tekak DRC sekarang betul-betul menjejak lidah.. sebab tu DRC sangka anak tekak nak tertanggal.. ok,, Jom kita tengok gambar anak tekak...

Anak tekak yang normal adalah anak tekak yang kecil dan tergantung di atas lidah tetapi tidak mencecah lidah.. tapi masalah yang DRC hadapi sekarang ni, adalah anak tekak DRC membesar hingga mencecah lidah.. Doktor memberi suntukan untuk memotong bisa yang ada pada anak tekak kerana kesan lebam pada anak tekak DRC tidak sampai 1 jam! kemungkinan serangga yang baik hati tu berbisa..!! taaakottt...!

Kemudian Doktor bagi DRC ubat. Ubat macam mcam (dah la aku ni malas nak makan ubat, tekak tengah sakit..ishhh).. Tapi Doktor tu da nasihat dah, kena rajin makan ubat,, ikut jadual ubat tu... Sekarang ni DRC makan ubat bersama air bancuhan madu untuk mengurangkan rasa pahit ubat... :P

Sekian lah ceria DRC..."

So, korang tau tak apa yang dimaksudkan dengan 'aset' DRC?? 'aset' DRC yang dimaksudkan adalah suara DRC..... ALhamdulillah,, sekarang sudah pulih.. bayangkan kalau petang DRC kena 'serangan' tu, malam tu sepatutnya DRC ada job sebagai DJ sempena majlis hari raya di kolej. tapi di tangguhkan BUKAN sebab 'aset' DRC ok...huhu.... ada hikmahnya majlis tu di tangguhkan.. boleh lah tunggu sampai suara DRC ni pulih... kalau tak pulih jugak, DRC terpaksa tarik diri dan bagi pada orang lain job DJ tu... then yang terdekat ni pulak DRC ada pertandingan debat sempena Konvokesyen.. hurmmm... semua memerlukan DRC menggunakan 'aset' tersebut...
Alhamdulillah... semuanya akan pulih seperti biasa...

DRC psssssstt : Bloggers dan reader pun tolong doakan DRC dapat pinjam balik 'aset' DRC dari Allah SWT yer... syukran, jazakallah...
>.<


Wednesday, September 21, 2011

Zizan : Rumah Siap, Pahat Berbunyi, Hantu Terbonceng....



Assalammualaikum.... Hari ni DRC buat post wktu pagi pulak..
Da puas tengok video yang di cut ini???
Apa respon anda? 
Ada yang mengecam Zizan Razak, Finas, Ahmad Idham dan yang terbabit....


Seperti yang DRC review filem ini sebelum ni, bukan DRC review secara kosong... DRC review dengan ketelitian dari sudut yang pelbagai... DRC pun ada komen tentang penggunaan Bahasa Arab yang sewajarnya samada ia perlu dibiasakan atau dilatih berkali-kali supaya tidak 'sengau' bunyinya dan kena pada tempatnya....


Jom tengok babak yang sangat eksklusif yang DRC bongkarkan..heheeee (macam spy)




Tengok sehingga habis babak malam... DRC ulangi, penggunaan ayat bahasa arab samada istigfar, azan, subahanallah, dan segalanya perlu bertepatan dengan tempatnya... Memang ia adalah jenaka yang menjadi, namun apakah filem begini mampu digunapakai untuk menerapkan nilai islamik? DRC salah seorang peminat Zizan, namun tidak lah taksub sangat..


Jom tengok pengakuan zizan melalui laman twitternya..
Pada DRC jalan terbaik kepada Zizan adalah dengan membuat permohonan maaf secara peribadi atas ketidak sengajaan beliau. itu cukup memadai.. tidak perlu untuk mempertikaikan kehadiran 4 ulama' atau sebagainya yang boleh mengeruhkan lagi keadaan situasi tegang...

Namun, Ahmad Idham dalam kenyataan di akhbar SinarHarian, 

Pada DRC, bagi menjernihkan lagi keadaan adalah dengan cara permohonan maaf dan tayangan tersebut diberhentikan kerana pulangan yang diperolehi dari filem tersebut perlu dirujuk oleh panel syariah...
Tapi, jom kite dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang isu ini...


DRC pssssssttt : Setiap manusia melakukan kesilapan dan kesilapan itu disaksikan oleh orang yang menilai kita... kita hanya mampu mengubah presepsi dan tingkah kita supaya menjadi yang terbaik untuk memperbaikinya... Menerima kritikan walau sesiapa sahaja dengan hati yang terbuka dan ikhlas itu sesuatu yang mahal dan berharga... Malah kritikan itu mengajar kita untuk lebih MAJU dalam segala yang dilakukan....
>.<


GAMBAR | MUHASABAHZONE : Fida ~Teruskan jika mahu....

Assalammualaikum... DRC baru sempat nak buat entry.. malam pulak tu... ce korang tengok gambar2 kat bawah ni...
Cantikkan tengkoq??
Pakai snow cap tengah panass?? buat ape..??

Korang kenal tak siapa???? Alaaahh.. kembaq Siti Nurhaliza tu... tengoklah......
Sebenarnya DRC nak mengaku, DRC adalah seorang peminat Fida dalam Pantene : Siti Nurhaliza Mencari Bintang. dan sehingga dia menang program tersebut pun DRC masih mengikuti perkembangan beliau sehinggalah isu ini timbul...! 

Gambar tersebut DRC dapat dari Encik Nara... alaaa... blogger hiburan yang feemesss tu....! hurmmm... DRC sebenarnya pun tak suka nak aib kan orang. tapi inilah natijahnya bila seorang perempuan yang terang-terang menjadi punca fitnah,, sudah tidak boleh mengawal keperibadiannya sendiri..

Permulaan karier Fida cukup bersih dengan imej tudung litupnya, ayu dan menjadi bahan mulut orang "beginilah muka Siti Nurhaliza memakai tudung..." tapi??? Pada DRC, kalau Fida dah semakin rimas dengan bertudung, tak payah segan-segan nak bukak kat tempat umum.. Tak payah nak malu-malu... Tak payah nak segan-segan (macam lagu tuuu)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
Surah An Nur - 31

sama-samalah istigfar atas apa yang menimpa masyarakat kita dan berdoalah dijauhkan dalam kalangan ahli keluarga kita, sahabat kita dan sesiapa saja...

DRC psssssssssttttt :
 * Ingatlah, selagi mana kita dipandang oleh orang, selagi itu Allah tidak terlepas pandang pada kita...
* Kalau kita rasa diri kita diaibkan,, cepat2lah kita muhasabah, kenapa kita diaibkan sebegitu rupa..? Sebabnya kita dah mengaibkan agama Allah, mengaibkan nama agama Rasulullah... Lupakah???
* Kalau kita rasa bahagia di dunia dengan segala 'kesenangan melemparkan hijab', terimalah 'bahagia' dengan kesusahannya.....
~ JOM ISTIGFAR~

Monday, September 19, 2011

TIPS : Hentikan Gangguan Semasa Solat Jumaat!

Bersama kita hentikan gangguan semasa Solat Jumaat oleh kanak-kanak!

Assalammualaikum....Salam Hari Isnin dan Salam 1 Ummah....
(mood yang baik sebab entry pasal agama :P)

Hari ni DRC nak berbincang sikit tetang Solat Jumaat... Seperti yang kita sedia tahu, solat jumaat ni wajib bagi golongan kaum Adam (LELAKI)kan,, solat ini terdiri 2 rakaat tetapi perlu mendengar khutbah sebelum solatnya.
Berbeza dengan solat Aidilfitri aau Aidiladha, khutbah Solat Jumaat dilakukan sebelum solat pada waktu Zohor. 

Kita sedia maklum, kaum bapa yang mendirikan solat Jumaat akan membawa anak-anak kecil ke masjid. Kalau di Kedah, (hari jumaat cuti) ramai yang ke masjid. Kalau di Johor (hari jumaat bekerja) ada bapa yang membawa anak mereka ke masjid dan ingin terus menghantar anak mereka ke sekolah petang/sekolah agama. Ini memudahkan lagi perjalanan memandangkan masa ketika Jumaat begitu singkat. 

Sepanjang DRC melakukan ibadah Solat Jumaat (macam lahhh orang lain tak buat), DRC sendiri pernah rasai menjadi kanak-kanak di Masjid dan perangai kanak-kanak bila berjumpa kawan, orang tua kita pulak sibuk dengan amalan(ibadat) diorag, ape lagi,,,,, SERAAAAAAAAAAAAAANNGGGGGGGG!!! 

Masa DRC kecil, memang kami tidak dikawal pergerakkannya di Masjid. Ya, semasa khutbah kami (budak kecil/kanak-kanak) eh,, DRC kecil lagi okeeeeyhh!! semasa khutbah, penjaga (bapa) akan duduk sebelah kami, tapi kalau dah kecil-kecil cili padi, apa lagi bagi la alasan nak ke jamban ke, amek wudu' lgi ke tapi alasannya sebab nak jumpe kawan. so, bila dah jumpa kawan, habis pulak khutbah jumaat terusss je solat jumaat. biasalaa,,, budak kecil takleh solat dekat depan sama dengan orang besar.... lagipun sebab tak khatan lagi... oppsss! statment atas tu kene tarik balik...hehehe,,, bila budak kecil dok kat saf belakang, ape lagi, bising nya ada lah, berlarinya laah,, berjoget pun ada,,, begusti tumbuk lagi lahhh... jadi macam-macam sehingga tidak menyenangkan orang besar untuk khusyuk dalam solat... mesti dalam hati ayah-ayah kat depan tu panasss jee.... "siap lah kau budak,!"dalam hati semasa ruku'.

OK, DRC ada bebrapa tips untuk menyelesaikan perkara ini. mungkin ia boleh diguna pakai atau kalau tak boleh guna pakai, guna je la tak payah pakai... >.<

Caranya, Solat Jumaat ni kan wajib kepada kaum Adam je kan,, so kaum Hawa kena buat Solat Zohor, jadi apa yang bermain di fikiran DRC adalah, semasa solat jumaat diadakan, sang suami bawa bersama isterinya. kalau tak setiap satu suami, ahli jawatankuasa masjid pun jadilah... bawa isteri (kaum hawa) ke solat jumaat. Untuk APA????! 

Peranan kaum hawa sepanjang solat jumaat berlangsung adalah bagi menggantikan ahli jawatankuasa masjid (lelaki) dalam menjaga ketenteraman masjid yang tidak dapat dikawal kerana gangguan oleh kanak-kanak yang berbuat bising... Kaum Hawa yang hadir boleh membawa rotan sebagai 1 'ugutan' pada mereka (kanak-kanak) untuk menjaga tingkah laku mereka semasa solat jumaat diadakan. Kaum hawa yang hadir juga boleh menunaikan solat Zuhur semasa khutbah di sampaikan kerana pada waktu itu azan zohor dah pun kedengaran kan? jadi apa salahnya kaum ibu/hawa datang ke masjid untuk menjaga ketenteraman masjid.

Mungkin tips/cadangan dari DRC ni kolot kan? tapi kalau hal ini tak dibendung, masalah ini akan teeerus menjadi masalah tanpa penyelesaian! DRC akui zaman kanak-kanak DRC nakal dan DRC tak terlepas untuk buat bising kat belakang time orang solat jumaat (KANToooiiii!!). Jadi, sekarang ni umur DRC dah 20 tahun, bayangkanlah sebelum zaman DRC kecil lagi pun perkara ni dah berlaku, jadi takkan lah benda ni kita nak biarkan...

Masjid itu adalah tempat yang suci. kalau kita terangkan kat budak-budak pun dia tahu tapi perangai takkan nak berubah. Motivasi ke, ceramah ke, manalah masuk dengan jiwa budak-budak yang meronta nakkan permainan...!

Jadi, peranan Kaum Hawa di masjid semasa solat jumaat mungkin effektif dalam langkah menjaga kesucian masjid itu sendiri.. mungkin pihak masjid boleh tubuhkan Gerakan Jumaat Muslimat atau sebagainya bagi membendung gejala gangguan semasa solat jumaat ni...

Renung renungkan, baca bacakan, komen komenkan dan SELAMAT BERAMAL....
>.<

Sunday, September 18, 2011

RAYA : aku rindu kau....! upssss..!

Assalammualaikum..hello eberybody..! 
firstly, mitak hampun dan maahap malam tadi DRC tak berblogwalking...heheheee..
ni pun baru je balik dari Perlis (Kangaq), ziarah makcik kat sana.. sampai je AS (macam dok AS :P) hooojaann... naseb baik da sampai pagaq umah baru hujan...hehehee... :o


sepaaaaanjang DRC kat kangaq, DRC jumpe kawan yang saaaaaaangat DRC da lama tak jumpe... member kamceeng (main guli, main getah, main boling, main sorok-sorok, main kejo-kejo) dari sekolah rendah lagi...huhuuh.... dia baru je daftar kat UniMAP, jadi apalah salahnya DRC jumpe die alang-alang dah turun kangar kan... last kiteorang jumpe masa tahun lepas, tu pun time DRC turun JB and stay umah dia 2 malam... 
Fakhrul Anwar | pic masa DRC kat JB dulu sebab tu rambut cm tu...

memang rindu gilakkk la kat budak sekoq ni..hohoo.. dah berapa kali raye tak jumpe, raye x bersama..ceewahh..hahaha... so sekarang ni, memandangkan dah ada member yang rapat dok kat belah utara ni, boleh la 'open market' kt sini..hehehe..

Masa hangatnye raya hari tu pun DRC sempat berkunjungan untuk berjumpa sahabat DRC yang daaa lama sanggatt tak jumpa... kalau DRC kira dah 4 tahun tak jumpe, post sebelum ni DRC ada tulis pasal die,, die baru je kluar wad.. sepanjang Ramadan dia masok wad sebab ada masalah kesihatan..kesian die... dan DRC bertekad untuk jumpe time raya hari tu.. dan Alhamdulillah,,, niat DRC dimakbulkan... 
Sazrul Fahmi | pic ni masa 4 tahun lepas (kembongnye DRC) O.O

Lagi la rindu kat sorang kawan DRC ni yg DRC sendiri anggap macam abang.. yela.. umur die sebaya dengan abg DRC... almaklumlah.....hahaha?? Masa jumpa dia, dia ajak tunjuk tunang die..waahahaha.. jodohnye dah nak sampai,, yang penting DRC booking jadi pengapit tau...! :p (open market lagi)...hahahaha... 

Tapi ada jugak kawan-kawan DRC yang DRC rindu untuk bertemu sempena Lebaran ni yang tak berkesempatan... insyaAllah kalau dah jodoh tak kemana...heeeeeeeeeeee.....
>.< 


Saturday, September 17, 2011

Rakan Kolej DRC "RETISSSS" hangpa ada??.... o.o

Assalammualikum... tok.tik...tok...tik.....


dah pagi pon, nak dok atas tilam lagi buat ape???hehee.. rejeki tak mai kalu dok saja2 pagi2 ni... kena buat sesuatu even blogging kan???kehkehkhe.... >.<


hari Sabtu yang membozzaan kan..! tatau la.. padalah asssingment melombak ni ha, projek bertimbon ni pon..! mana pergi mOOd...??? O.O betul la...

ok la.. today's post DRC nak share tentang beberapa kejayaan sahabat-sahabat kolej DRC yang merangkul 'award' sebagai finalis untuk beberapa program realiti di TV..waah.. kelassss seeyhh! rejeki diorang kot..haaa.. pasal rejeki lagi.... retiss tu ARTISSSssss ok.. jgn tak paham ler...


1. IMAM MUDA  II - ASTRO OASIS



Imam Muda AMMAR- penuntut di KUIN (sama kolej dgn DRC) tapi jurusan berbeza.. beliau tidak berapa aktif di kolej tapi memang terkezzut bila dia tercalon untuk finalis Imam Muda.. rejeki kan??? mungkin sebab dia selalu bagun pagi walaupun hari cuti.... (ehemmm.. terasa denn.)
Imam Muda AMMAR juga berjaya merangkul sebagai pemenang tempat ke tiga... Alhamdulillah... REJEKI....REJEKI.....


2. SOLEHAH - TV AL HIJRAH



Maryam Sa'ari yang berasal dari Kuala Terengganu. Akak Maryam ni (dah biasa panggil akak kat kolej...so jgn jelessss :p) seorang perwakilan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPM kt KUIN). Dia memang best.. setakat yang DRC kenal, Kak Maryam memang intelligent dan workaholic.! yeahh! memang sollut dengan dia bila bab bekerja dalam organisasi. Kak Maryam pun ada blog. Banyak post dalam blog dia mengisahkan tentang dunia Islam itu sendiri. DRC mendoakan Kak Maryam Sa'ari berjaya dalam program...Amin... REJEKI...REJEKI...
sebenarnya ramai rakan kolej yang masok audition Solehah ni, tapi REJEKI kak Maryam (kak yam)... mungkin jugak kak yam suka bangun awal pagi walaupun hari cuti........... >.<


So, hangpa bila lagi...? eh, dok tanya orang.. DRC bila lagi??hehehehe.... DRC menilai diri sendiri yang tak berbakat, tak berupa, tak beruwang, tak berpengalaman, tak berbudi pekerti...huhuh.. (Siapalah akuuuuuuu~~)


InsyaAllah, rejeki ni kalau dah ditetapkan oleh Allah, takkan kemana... Kalau DRC terpilih kat mana-mana program TV ke, radio ke, itu semua kerja dan urusan Allah... yang penting kita usaha dengan sedaya kudrat kita untuk menjadi yang terbaik.! DRC sentiasa mendoakan sahabat-sahabat DRC yang masok AF kersss (macam ade!), Malaysian IDOL kersss, Akademi al-Quran kersss, AKademi nasyid kerssss, Malaysian Top Host (yang ditunggu-tunggu :p) kerss... semuanya mendapat rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah...


Sebelum post ni menutup tirainya, sebelum DRC terlupa ada seorang lagi sahabat kolej DRC yang merangkul gelaran Juara Akademi al-Quran musim ke-3 iaitu Fakhrul Radhi yang kini menganggotai kumpulan Nasyid UNIC. Jom dengarkan alunan ayat suci al-Quran dari beliau semasa final AQ3..



Surah Ibrahim Ayat 11-17.

pssssstttttt : DRC tak de keyakinan macam depa untuk berhadapan dengan kamera...huhu... tapi kalau ada REJEKI tak kemana kan?? >.<
DRC tunggu annoucement finalis Program Ustazah Pilihan (astro oasis) hhehehe


JOM LIKE PAGES IMAM MUDA AMMAR
Imam Muda Ammar


JOM FOLLOW BLOG MARYAM SA'ARI
Illusi Mindaku

JOM LIKE PAGES FAKHRUL RADHI
Fakhrul Radhi UNIC

jangan ketinggalan.........
JOM LIKE PAGES BLOG DERIA RASA CERIA
DERIA RASA CERIA

>.< tq sumee...

Friday, September 16, 2011

salahke weyh?? hingaq...!!

Assalammualaikum semuaa.....
Hari ni DRC nak post tentang 'luahan hati'... cewaaahhh... ngedizzxx!!~


DRC tak tau la kenapa kan... lepas je cuti raye ni, DRC menjadi seseorang yang baru.. yeaahh!! 
nak tau apa yang baru?? 


JOM TENGOK DRC SEBELUM RAYA...


 

1. berambut "korean" (kononnye), panjang, sikat ketepi, 
2. nampak "sopan" dan control dari pelbagai aspek
3. berimej 'selekeh' dan tidak mengambil peduli tentang imej seorang jejaka.
4. berperangai seperti seorang yang telah berpunya.

Lepas je cuti raya selama bebrapa hari tu,, DRC seakan2 mendapat satu 'RASA' baru! waahh.. begitu sekali...  Seakan-akan seperti sekarang yg DRC rasa... dan menjadi PERASAN oleh orang lain...~eh, betul ke ayat ni?

JOM TENGOK DRC LEPAS RAYA....
 
1. berambut pendek. terpacak, cacak tengah.
2. nampak tidak sopan. tak control cara bergaul, begelak ketawa, mcm saitonn..
3. berimej tidak selekeh sangat. sebab tu mendapat perhatian.

SALAH KE DRC berubah mcm ni??huhu... dari rambut, cara bergaul dengan kawan-kawan, lebih mersa dan TIDAK BERPERANGAI SEPERTI TELAH BERPUNYA!! haaa.. ni yang penting..

kalau ada orang tanya "eh, pasai pa ang jd lagu ni?" DRC akan jawab, "Pasai aku dah jadi duda. sukahati aku la nak dress-up, make-up, make-over tara mana...free beb!!"
BIAQ TUiiiiiL!?
hurmmm... kalau bukan sebab tttuutttt pun kenapa tak boleh ke DRC nak bergaya sikit..huwawawa... kalau dulu selekeh je orang pandang tapi bila nak 'UP' sikit da ade je yang hingaq... uolz yg x paham 'hingaq' tu adalah 'bising',..

DRC terangkan ea kenapa semua ni terjadi...
sebenarnya apa yg DRC alami sampai nak deactivated akaun FB tu, adalah DRC nak rasa free.. kalau selama ni DRC bagaikan hidup DRC 'terikat' oleh seseorang tapi tidak kali ini....waahh.. paham2 la eaaah...
so, kalau sapa nak isi borang, boleh download kat Pages Blog Deria Rasa Ceria. ok... lepas tu akan diadakan interview ok...
so,, jangan nak HINGAQQQ!! >.<

SELAMAT HARI MALAYSIA, MALAYSIA!!!

tak sempat nak edit wallpaper lain, so yang ni je la ada...

Assalammualaikum, Malaysia....!!

Hari ini dan tarikh ini iaitu, 16 September maka bermula negara Malaysia pada 50 tahun yang lepas.... 
Umur bukan ukuran kerana itu hanya pada zahirnya sahaja... yang penting penghayatan dan penerokaan kita dalam menyelami keMERDEKAan itu sendiri...

Sajak dalam pic tu adalah sajak yang DRC create masa sekolah menengah... Mendapat iktiraf dari sekolah dan peringkat negeri Melaka dalam pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu..
alhamdulillah.... Memang teringat zaman sekolah masa muda-muda dulu...eh,, sekarang lagi muda ok~~!

jom layan sajak untuk MALAYSIA dari DRC ni....

BERDIRI - KZAMUSA 2008

Kita berdiri di sini
Untuk pertahankan maruah diri
Untuk mengeratkan integrasi
Nasional demi Malaysia

Berdirilah dan terus berlari
Untuk capai wawasan diri
Untuk mendaki puncak cita realiti

Walau kita berlainan bangsa budaya
Beza agama cerita
Kita punya satu nama Malaysia tercinta....

Merdeka bukan bererti kita bebas, Merdeka bukan bererti kita terlepas. Tapi Merdeka adalah permulaan sebuah kehidupan selepas dijajah oleh rakusan durjana...!
Ayuh anak muda!!! Sebarkan rasa merdekamu kepada Generasi Baru agar Merdeka kita bertambah MUTU!!!

Thursday, September 15, 2011

CINTA : Siti Nurhaliza VS Najwa Latif

  VS
suke gambar CT tudung litup..

Assalammualaikum semua bloggers and readers...
Waahh... berseri nampak hari ni.. mesti ceria bila baca Blog Deria Rasa Ceria ni kan??
huhuuh..


ok, post hari ni DRC nak mengajak anda semua untuk menilai tentang 'CINTA'. hahaha..
bukan menilai sapa bagus ke tak, tapi hanya untuk berkongsi rasa bersama kalian...


apapun kita dengarkan klip video bawah ni dulu, ok:::






SITI NURHALIZA - BUKAN CINTA BIASA.. nice kan song ni..?? liriknya pun mantap... 
antara lirik yang menjadi kegilaan orang pada zaman tu,,,
"Cintaku bukan di atas kertas,, Cintaku getaran yang sama,,,,,"


Lepas Bukan Cinta Biasa, kita didengarkan pulak dengan CINTA MUKABUKU... 
jom layan klip diaa...




NAJWA LATIF - CINTA MUKABUKU....
boleh la kita katakan lagu ni pun nice and sweet je...


apa yang DRC nak 'pssssssstt' kali ni adalah perbezaan DUA JENIS CINTA. iaitu cinta yang bukan di atas kertas dan cinta dari mukabuku..kan berbeza... dari sudut penyanyinya juga berbeza, liriknya juga dan segalanya....


Namun 'point' yang DRC nak bawakan kepada anda adalah 'nilai' atau value  sesebuah cinta walaupun ianya hanya lagu dan rekaan semata-mata... DRC tidak menyatakan cinta yang berputik dari mukabuku sesuatu cinta murahan, cuma DRC nak tonjolkan teknologi di era kini cepat dan mudah untuk kita akses walaupun perkara yang TERRRmahal dalam hidup kita iaitu CINTA.


Pada peringkat lagu Bukan Cinta Biasa menjadi kegilaan masih lagi kita mengamalkan surat cinta yang mana menggunakan kertas sebagai penghubung... Dan peringkat Cinta MukaBuku pula kegilaan Facebook menjadi ketara atas faktor teknologi yang semakin canggih...


Konklusinya, sebuah cinta itu akan menjadi ternilai apabila kita bijak untuk menilai datangnya dan kemana arah tujunya cinta tersebut. Ya, cinta yang hakiki adalah sebuah cinta yang mengerti dan membuatkan kita terpesona dengan keindahan cinta tersebut atas landasan yang benar...Apapun kita seharusnya bijak untuk meniali sesebuah cinta itu... Ingat, Cintai Pencipta Cinta sebelum kita Mencintai kerana itu CINTA ABADI..

Wednesday, September 14, 2011

REVIEW : Hantu Bonceng....ape celoppp..??!


ASSALAMMUALAIKUM BLOGGERS AND READERS......
kali ni post yang sangggatt dinantikan oleh someone about DRC opinion tentang film Hantu Bonceng...waaah..kelassss ukk... 
walaupun DRC bukanlah orang pertama yang review film ni, dan DRC ada jugak baca komen ttg this film oleh DANIEL ADIE tentang Hantu Bonceng ni, DRC kena puassskan hati DRC jugak untuk menontonnya sendiri... 
Rezeki yukk bila orang nak belanje tgok wayang ni... so,, syukurrrr~~

ok,, seteret to point, kali ni Ahmad Idham boleh dikatakan berjaya membuat film jenaka yang memang sangat membuatkan DRC tergelak pecah perut sampai nak terken______ (eheeemmmm).!dah la sejuk dlm tu, memang tooollll la...!

kombinasi Zizan (amran) dan kunyit boleh dikatakan mesra namun ada yang perlu diperbaiki dari sudut kemesraannya supaya tidak dibuat-buat... biar ianya nampak natural dan neutral. ehh,, lain ke..??hahahaaa

selain tu, perjalanan cerita ni boleh dikatakan kompak dengan peleraian yang cepat dan mudah. DRC ingat, movie dah habis bila da tau and jumpa waris 'hantu' tu... rupanya ada lagi sambungannya..... tapi ok la jugak sebab mungkin terlalu sikit dialog utk Juliana Evans dalam tu, sebab tu buat panjang kot..hehehe

btW, ada beberapa teguran dari DRC..ceeewahhh.. mcm pengkritik filem plak.. tak pe la.. it's just my opinion tak nak amek port pun tarak kesahhh...!

1) penggunaan Motosikal Nasional iaitu MODENAS pada DRC perlu dihentikan untuk sebarang filem yang boleh merosakkan jemana nasional itu sendiri. memang lah Modenas salah satu penaja dalam filem ni walaupun ia sebagai medan promosi, tapi kena ingat dan HARUS perhatikan, filem yang berunsurkan 'rempit' jangan digunakan produk nasional sebab boleh memburukkan produk itu sendiri kerana impak pada masa akan datang akan menjatuhkan jenama itu sendiri....

2) penggunaan bahasa arab seperti 'astagfirullah'... 'subahanallah'... perlu jelas dan benar sebutannya... supaya ia tidak lari dari maksud yang ingin disampaikannya... mungkin perlu 'dibiasakan' sebutan supya ia menjadi lancar dan betul.. tambahan, untuk menyebut, kenalah tengok tempat dan keadaan. dalam satu babak, kunyit menyebut "subahanallah" ketika kain juliana evans terselak hingga lutut. BAHAYA tu...!! tengok teliti...

3) dalam filem ni, terlalu banyak sangat unsur yang dimasukkan. ada bab lawak, rempit, tahyul, nasi kangkang, bomoh, lucah, gaduh, cinta... macam-macam.. kadang-kdang filem yang diklasifikasi sebagai U iaitu UMUM ditonton oleh warga kecil2... jadi bahaya untuk tatapan mereka babak dimana zizan menutup *&^**nya dengan helmet selepas ternampak betis juliana evans... kita tergelak tapi budak2 tak faham sehinggalah mereka akan bertanya kepada orang tua kenapa orang tua gelak.... kalau boleh unsur dalam filem tak perlu banyak sebab menyerabutkan lagi perjalanan.. namun, Ahmad Idham berjaya menggarapnya dengan baik sekali..

4)terlalu klise filem melayu yang mana mengaitkan kembar, bomoh, kangkang dan hantu. kalau ada idea baru mesti lagi booommm!

5) filem ni mengharapkan Zizan sebagai penghidup walaupun jalan ceritanya nampak biasa saja..

6) BAHAYA!!! babak Zizan menampar Jun adalah paling serius, tapi orang tergelak tengok Zizan serius...hahahahaa

Secara keseluruhan DRC bagi *** (TIGA BINTANG) untuk filem ni...




Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...