pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label Muhasabah ZONE. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah ZONE. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

JOM Jadi Lelaki Ekslusif

ASSALAMMUALAIKUM

Apa kabar semua! DRC baik-baik saja. Kalau nak tahu, sekarang DRC memang sibuk. Lagi-agi semester ni banyak projek luar untuk subjek. So, memang kalau online tu banyaknyeee tulis lepas tu masuk dalam draf. Hahaha.. 

Ternanti-nanti pembaca tegar blog DRC macam CTK, Incik Haikal dan Ibah Panda nak datang komen-komen kat blog DRC ni. Kenapa ye? Blog DRC dah tak berseri macam dulu ke? HAhah

Takpelah, yang penting DRC nak post jugak entry baru. 

LELAKI EKSLUSIF
- gambar hiasan-

Sebelum meneruskan lagi ruang biacara, jom kita rungkai definisinya dulu...

Wednesday, June 26, 2013

Muhasabah ZONE | Apa Kelebihan Doa Rabitah?

ASSALAMMUALAIKUM

Waduhh! lama betul DRC tak merajinkan jemari untuk update blog..
InsyaAllah, kali ini DRC nak update tentang Kelebihan Doa Rabitah.
^_^
Mesti ramai yang dah tau tentang Doa Rabitah..
Ada juga yang tak tahu..
Ada yang tahu baca..
Tapi tak tahu kelebihannya jika diamalkan..
DRC pun nak kongsi pengtahuan yang DRC tahu..

Jom kenali tentang Doa Rabitah :

Do’a rabitah merupakan sebahagian dari risalah Al –Mathurat , iaitu wirid yang dibaca oleh aktivis dakwah pada pagi dan petang, baik sebagai rangkaian wazhifah kubra atau sughra. Biasanya dilakukan secara sendirian atau berjemaah.

Sebenarnya Doa Rabitah ni merupakan salah satu doa yang juga boleh diamalkan bagi Muslim yang sedang mencari pasangan hidup. Andai sudah ditemui calonnya, amalkan doa ini sambil membayangkan wajah orang yang dimaksudkan itu. Tapi, janganlah dibaca doa ni saja, seeloknya bacalah sampai habis Mathurat tu setiap kali lepas Subuh dan Asar.

DRC belajar tentang doa rabitah ni ketika menyertai Kem Pemantapan Ukhwah 2009 masa semester 1 di KUIN. Mulanya DRC tak tau pun apa dia doa rabitah ini. Main ikut je sebut, sebab masa tu senior sebut dgn penuh semangat, DRC sebut la perlahan-lahan.. Maklumlah bukan dari sekolah agama..

Nak tahu Doa Rabitah macam mana? Meh dengar sikit..



Ini dalam bahasa melayu. Jom kita hayati dalam bahasa arab.
Terjemahannya :

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.   

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.  

 Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

Doa rabitah ada juga dalam versi yang pendek dan mudah :


Kalau kita nak doa dalam bahasa Melayu tak ada masalah, kalau dalam bahasa Arab lagi terbaik.
^_^

Sekarang ni, jom kita ketahui apa pula kelebihan doa rabitah:

KLIK LINK INI UNTUK MENGETAHUINYA

Seorang pensyarah DRC ketika di KUIN ada bercerita tentang kekuatan doa rabitah yang diamalkannya. Ketika itu beliau belajar di luar negara dan mempunyai masalah yang tak mampu diselesaikan secara sendirian dan memerlukan bantuan rakan2 usrahnya. Namun ketika itu, rakan2 usrahnya berada di negara lain. Beliau membaca doa rabitah ini dan kemudian menghubungi rakan2nya, dan secara kebetulan rakan2nya berada berdekatan dengannya.
Allah Akbar!
Cantikkan perancangan Allah..

Jom kita mulakan langkah kita untuk menyatukan hati-hati kita dan ikatkannya melalui doa rabitah ini. Tidak kira dalam oraganisasi kepimpinan atau perwakilan, tempat kerja, rakan terdekat, atau kumpulan usrah.. Moga-moga ikatan hati dengan doa ini Allah akan limpahkan dengan pelbagai nikmat yang menanti.

InsyaAllah, selamat mencuba! :)
Salah satu grup DRC yang telah diikat hati-hatinya.. Ahh.. Rindu..! xoxo!

DRC psssssttt : Kalau baca doa rabitah ini, DRC akan letakkan tapak tangan DRC lekapkan didada dan bayangkan muka insan-insan yang dekat dan kita doakan untuk mereka.. InsyaAllah, kita nak dapatkan hati seseorang itu, kita kena menangkan hati Sang Pencipta hati, betul? 

Sunday, June 10, 2012

Muhasabah ZONE | Solat Istikharah - Antara Pilihan dan Jawapan

ASSALAMMUALAIKUM

Rindunya pada blog ni... Hampir berminggu-minggu DRC tak menjenguknya.. Kesian...
Bukan DRC tak nak update, cuma kekeringan idea dan kesibukan semasa cuti sekolah bebaru ni..
DRC terlibat dalam beberapa program sempena cuti sekolah...
So, memang tak jenguk la blog ni.. bersawang sudah..huhuhu
Ok la, DRC nak kongsikan sedikit, pengalaman menunaikan solat istikharah..

Sebelum DRC ceritakan pengalaman, apa kata kita fahamkan dulu apakah itu solat istikharah dalam link ini :

Kalau rasa tak cukup info dalam link tu, jom kat link ni lagi banyak info :

Kita selalu dikatikan Istikharah ini adalah sebagai pemilihan tentang jodoh.. Dan ustaz dan ustazah juga selalu sebut tentang istikharah bilamana waktu ini.. Tapi harus kita ketahui, apa juga perkara yang kita merasakan kita perlukan petunjuk dari Dia, kita minta Dia berikan yang terbaik untuk kita.. Betul, istikharah adalah jalan terbaik untuk memilih jodoh, tapi jangan terlalu kecilkan skop istikharah ini hanya untuk memilih jodoh... No..No..No...
Sedangkan solat istikharah ini sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW, 
Imam Bukhari ada meriwayatkan hadis, mafhumnya :

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat,
kemudian berdoa :
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Jadi, jangan terlalu sempitkan sesuatu ibadah itu khusus kepada sesuatu... DRC berkongsi pengalaman pertama membuat solat istikharah, bila mana DRC perlukan pemilihan dalam kursus sebelum meneruskan pengajian.. 
Kejadian berlaku masa DRC di awal pendaftaran kolej, DRC daftar dengan kursus pilihan DRC iaitu Diploma Multimedia Kreativiti.. Tapi disebabkan beberapa masalah teknikal dari sudut ekonomi DRC, DRC perlu membuat pilihan samada untuk meneruskan kursus tersebut atau tukar kepada kursus yang lain.. Sebelum subuh, DRC buat istikharah, alhamdulillah,, tengah hari tu DRC diberikan satu signal bahawa DRC perlu menukar kursus.. Dan perjalanan dipermudahkan untuk proses pertukaran.. Memang sesuatu yang 'magic' dalam sujud istikharah...

Jom kita menyelusuri setiap bait dalam doa istikharah :

Jangan takut kalau jawapan yang Allah berikan itu tidak sama dengan apa yang kita mahukan kerana Dia yang Maha Merancang dan Maha Bijaksana.. Dia mengetahui segala kebaikan untuk hamba-hambaNya.. Ketetapan dari Dia perlukan usaha dari kita...

DRC sekarang dalam dilemma untuk membuat keputusan untuk pergi atau tidak... Mana yang perlu DRC ikut.. Ikut suara hati atau kehendak ibu bapa... Kadang-kadang kita tak ada tempat mengadu domba... Jadi, tunduk dan sujud itu adalah jalan untuk kita berserah tanda kita mengabdikan diri kepada Maha Esa..

Ingat, sesungguhnya sesuatu ibadah itu bukan khusus kepada sesuatu.. Jom amalkan istikharah dalam setiap perkara yang memerlukan jawapan dan kepastian agar pilihan diredhoi oleh Allah SWT..
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan setiap hambaNya jalan untuk kembali kepadaNya.."

DRC pssssttt : Allah suka hambaNya yang beramal sedikit tetapi istiqomah =)

Friday, January 27, 2012

Jangan Ungkit Kisah Silam Orang Lain (Aib)








ASSALAMMUALAIKUM..
Istigfar panjang DRC bila dapat msj dari FB kat atas nie...
Anda boleh baca dan DRC bukan nak aibkan sesiapa, tapi ini pengajaran kepada kita..
Actually, conversation DRC dgn orang nie panjangggg... dan dia memberitahu pada DRC kawan DRC, adalah bekas seorang yang sonsang..! 
Ok, macam dalam conversation atas, DRC tak percaya bulat-bulat sehingga lah DRC tanya kawan DRC tu sendiri... Tak apalah, kalau itu kisah silamnya dan itu pengajaran buat dia jugak..
Yang menjadi masalah, apabila kita yang sudah tau kisah silam dia, dan TAHU dia sudah berubah, janganlah dok ungkit lagi pasal masa silam dia...
Dia berhijrah dan tinggalkan masa lampau, doakan yang terbaik untuk dia istiqomah...

Ok, orang yang hantar mesej pada DRC ni, alasan dia berbuat demikian kerana DRC 'alim' dan boleh nasihatkan dia. ok, DRC cuba nasihatkan dia.. Fine and done..
He's knowing what he did on his past time...
and totally wrong..
Tapi mengapa harus bercerita pada DRC..??
Ini mengaibkan kawan tu sendiri.. Dan menjatuhkan maruahnya..
Kalau kita tahu, kita boleh nasihatkan dengan cara kita berdepan dengan dia sendiri, bukan dengan medium orang lain.. 
Selemah-lemah iman adalah mencegah/membenci dengan hati.
Itu adalah jalan terakhir jika USAHA dari DIRI KITA tak berhasil, bukan mengharapkan orang lain untuk membantu...
DRC berkawan dengan sesiapa sahaja. InsyaAllah terus memberi nasihat pada diri sendiri dan kawan-kawan yang tersayang...

Pada DRC, kalau kita nak perbetulkan seseorang itu, tak salah kalau kita terus menasihati mereka walaupun dia bukan segender kita. 
Memberi nasihat bukan mengira gander atau umur..
Sesiapa yang mampu untuk melakukannya, just go for it..
Kalau tak mampu untuk DO SOMETHING, gunakan hati untuk mencegah/membenci...

Sesungguhnya Allah berjanji,
"Sesiapa yang menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga aib dirinya,
Sesiapa yang membuka aib orang lain, Allah akan membuka aib dirinya.."
DRC dinasihatkan oleh cikgu DRC dengan ayat nie masa sekolah menengah..
memang terasa dan terrrrrsaaanggat makan dalam..
jadi, kita berusaha untuk menjaga maruah orang lain sebaik mungkin...

Biarkan 'the past is past' tapi kita tahu untuk menilai kisah silam kita..
Jangan sesekali cuba ungkit!
Setiap yang diungkit itu akan mencelakakan diri sendiri dan orang lain...

DRC psssssttt : Memang pening bila dapat berita macam nie.. lebih-lebih lagi kawan DRC tu rapat dan kami selalu berjumpa bila senang... Apapun, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Belajar dari kesialapan. Ilmuan Islam menyatakan, "Sesiapa yang masuk ke lubang yang sama untuk kali kedua adalah orang yang BODOH". Jadi, janganlah kita terjebakkan diri dalam lubang yang sama untuk kali kedua.... Ok,,, DRC agak emosi sikit..ehehhe.. tapi boleh kawal lagi... InsyaAllah kita hijrahkan diri kita mencari redha Allah, menanti syurga Abadi... :)

DRC psssst (kuasa dua) : Praktikal dah sebulan...hehee.. DRC menampakkan taring??! OH tidakk... nak ambil baucher RM200 beli novel banyak2... hadiahkan pada semua student, boleh???heheheee

Monday, December 26, 2011

REWIND 2011 : Sebelum buku ditutup #3

Assalammualaikum...

 Hari ni dah 26 Disember 2011.. Beberapa hari je lagi dah melangkah ke tahun baru 2012, dan bila tarikh 26 Disember ni macam-macam yang bermain difikiran DRC....errmmm.. Satu tragedi yang sangat memberi kesan yang mendalam untuk 1 Dunia...iaitu peristiwa Tsunami... 
Mula-mula masa kejadian, DRC tak tau nak sebut tsunami tu macam mana..hahaha... DRC akan sebut macam ni, TESUNAMI.huhuhu...
Ok, jom DRC Review lagi sepanjang DRC berada dalam tahun 2011, apakah yang DRC lalui..? Untuk fasa yang ke3 ni, dari bulan Julai sampaai September.
(Bulan Puasa-Raya)hehehe..

JULAI
1.
Buat pertama kalinya DRC menjadi AJK UNIT MAKANAN untuk program Triple M untuk MPM2011. Memang DRC dapat merasai pengalaman menyediakan makanan..hahhaa.. padan muka peserta2 MPM ni, dapat makan makanan dari DRC..huhuhu... Dah la sedap terlebih..huhuhu
2.
Habis je program Triple M tu, DRC terus ke MRSM Kubang Pasu, untuk menyertai KBM kat sekolah tu...wahh.. memang budak kurang cerdik macam DRC ni agak kejakunan bila masuk sekolah bebudak pandai... Yelah.. DRC produk budak sekolah teknik (sekolah nakal)..
Gambar ni masa lepas program, DRC pergi ziarah budak2 ni kat sana.. Sebelah DRC ni Nabil Fikri, sebelum dia pergi pertandingan robotik peringkat MRSM seluruh negara... pandaikan?? DRC pun tak pernah nak cipta robot, cipta kapal kertas pun tak reti... :P
3.
Pertama kali DRC naik feri kat Penang.. Dan pertama kali DRC pergi Penang..hahaaa.. Korang bayangkanlah, DRC mula-mula akan ingat DRC akan mabuk laut sebab ayah DRC jenis mabuk laut, rupanya tidak.. Lagi nak terjun dari ferri adalah..hahahaa.. Apapun, abang-abang besar kat sebelah DRC ni tolong sabarkan DRC sebelum terjun..hhahaha..
4.
Induksi untuk ATC. Ada fire camp, best..! Tapi ingat, apakah benda yang asal usulnya dari api..??? Jangan bermain dengan api yee...
5.
AKU TAK ISLAM??
satu lagi karya DRC dapat dipentaskan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya terdapat tekanan, tapi ia berjaya dipentaskan. DRC cukup terharu malam tu bila tamat je pementasan...huhuu.. siap kene perli lagi sebab teriaak..huwaaa.!

OGOS
1.
Bulan ogos tak banyak cerita sebab bulan puasa, kurangkan cakap, tapi banyakkan amalkan..??hehee.. Cumanya bulan ogos ni, penghujung yang cantik iaitu Hari Raya dan MERDEKA.
Hari Raya 2011, DRC seorang kumbang..ahahaa... abang tak balek sebab dia beraya kat rumah mertua dia.. kira ok lahkann...???hahaha

SEPTEMBER
Pada bulan ni, DRC dah mula deactivated FB DRC,hahahaa.. Padan muka orang tuu!
sepanjang lepas raya, DRC jadi a new DRC!! Waahh!!haha
kalo nak tau apa yang barunye,, meh tengok ni..

1.
Paling DRC tak boleh lupa adalah masa anak tekak DRC kena serang dengan  serangga time bawak motor. Dah lah ada job jadi DJ masa tu...
Memang perit saaanggaattt time tu... apapun jadi pengajaran buat DRC lepas ni jangan melalak time bawak motor..ahahaha... :P

2.
DRC jadi DJ...! Pertama kali DRC jadi DJ..  Masa Jamuan raya kuliyyah.. ermm.. apapun DRC masih lagi belum memahirkan diri untuk bahagian teknikal, nasib baik abang kat belakang tu bantu sikit2..heheeeee.. thanks ya..!

DRC pssssttt : Kadang-kadang memang kita perlu muhasabah diri dalam setiap tindakan kita, muhasabah apa yang kita lakukan sepnjang tahun... DRC dengar khutbah jumaat hari tu, tok imam pun suruh buat muhasabah diri untuk kita perbaiki diri... SO, korang pun boleh lah buat jugak... ekcelli, DRC Baru je sampai kedah... Hari tu balik kampung jap ada kenduri pertunangan..heheheee........ Korang jangan buat spekulasi bukan-bukan k... nanti DRC bagitau tunang apa...heehehee... Ok, jom masuk kerja... Eh, nanti DRC akan umumkan TOP 20 untuk Contest Azam SMART MAAL HIJRAH... OK.... !





Thursday, November 24, 2011

Muhasabah ZONE | SMS LUCAH BUKAN ZINA!???

Assalammualaikum...
Kali ni DRC nak kongsi sesuatu bersama dengan bloggers...
Mungkin perkara ni biasa kita lakukan dan kita buat..
Tanpa kita sedari, ia adalah satu kesalahan!
Dan kadang-kadang niat kita tak terlintas untuk melakukan sesuatu itu..
Tapi apakan daya...
Gelora nafsu yang menjiwang ni kenapa ntah!! :P
huahuahu

DRC pernah utaran dan selatankan soalan pada Ustaz Azhar Idrus,
alaaa.... Ustaz Youtube yang cukup feemess tu..
DRC punya soalan macam kt bawah ni.. serta jawapan dari Ustaz.

 

Thursday, October 27, 2011

Muhasabah ZONE : Apa sasaran kita?


RENUNGAN BERSAMA..... AMBIL PEDOMAN DIRI SENDIRI DAN SAHABAT..

Dipenghujung semester ini ayuh sama-sama kita buat penilaian pada diri kita sendiri... Pada awal kemasukkan kita ke kolej atau universiti, adakah kita telah menetapkan sasaran (target) kita untuk kita capai? Ada? Bagus!! Anda seorang yang bermatlamat.. :)

Namun, apakah kita masih ingat tentang sasaran kita diawal kemasukkan kita??eheemmm..?? Terlupa..? Tak mengapa,, jom kita ingat kembali...

Ada diantara kita yang ingin mengejar pointer terbaik...
Ada diantara kita yang ingin mendapat anugerah canselor dsb...
Ada diantara kita yang tidak mengejar pointer terbaik...
Ada diantara kita yang tidak ingin mendapat anugerah canselor dsb...
Ada diantara kita yang menganggap ilmu itu bukan untuk anugerah...

Friday, October 7, 2011

Muhasabah ZONE : DARA bukan penentu kebahagiaan??ermm...?



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalammualaikum.... Salam Ukhwah... Salam Mahabbah.....


entry ini DRC copy balik dari entry lama2 DRC untuk sama2 kita baca kembali dan sama2 muhasabah diri kita.... :o

DARA??? oh my Allah...!! kenapalah aku tibe2 nak citer pasai perempuan ni... haduiii... kontolbesi nih!! astagfirullah.... jangan fikir bukan-bukan yer... drc nak berkongsi je pendapat dengan kalian... tapi harap penulisan ini jangan disalah tafsir oleh golongan wanita dan perempuan.. kerana andalah yang mempunyai _ _ _ _ ini.... (isi tmpat kosong eah)

Ada diantara pembaca yang dah menonton filem AKU MASIH DARA, ada yang belum... dan berdasarkan tajuk post kali ini,, bukan nak menyokong golongan wanita yang sudah tidak mempunyai dara. maaf jika kasar bahasanya... bukan juga untuk menyeru kepada golongan wanita supaya tiada dara.. maaf jika pelik bunyinya....

penulisan kali ini hanya untuk memperingatkan kepada kita untuk bertaubat dan kembali kepangkal jalan kepada mereka yang sudah terlanjur, dan kepada yang belum supaya jauhi perkara yang akan memudaratkan diri...

"mahkota wanita itu adalah kehormatan wanita." itu yang ingin saya tegaskan sebagai seorang lelaki yang akan berkahwin dengan seorang wanita.!

sahabat-sahabat wanita sekalian, jika anda telah terlanjur,,, ayuh kembali kepangkal jalan... walaupun kehilangan mahkota itu suatu yang sukar untuk diterima oleh bakal suami atau diri anda sendiri akan tetapi itu bukan 'jalan mati' untuk anda terus menjerumuskan diri dalam kancah maksiat dan dosa.. biarkan peristwa hitam yanga anda lalui anda tinggalkan dengan membungkus terus campak ke laut supaya tidak kembali belayar bersama anda!! teruskan kehidupan sebagai seorang wanita, mencari keputihan mutiara suci dari Allah, memperbetul kesilapan diri dan mentarbiah diri dalam diri dan masyarakat sekeliling terutama komuniti yang pernah anda terokai.... ya!! kehilangan mahkota itu suatu yang mengaibkan diri! tetapi ingat! seperti tajuk post ini, dara bukan penentu kebahagiaan rumah tangga khususnya... kebahaigaan rumah tangga datang dari hati yang iklas dan jujur diantara pasangan... ketaatkan kepada pencipta, keberkatan dari ibu bapa... itulah kunci kebahagian kepada anda yang telah terlanjur..!! jangan pernah cuba mengungkit siapa anda dahulu, jangan pernah cuba kenang kembali titik hitam yang merosakkan anda kerana disitulah syaitan akan menguasai diri kita...
saya pernah bertanya kepada salah seorang pensyarah saya, dia sendiri yang memberitahu kepada saya 'dara bukan penentu kebahagiaan' apabila saya sendiri bertanya kepada beliau kerisauan saya terhadap wanita-wanita yang akan saya kahwini...

Dalam Surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t berfirman dengan maksud :

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik".

Dalam konteks rumah tangga pula, kita harus saling melengkapi antara satu sama lain...

kepada sahabat-sahabat wanita, yang belum terlanjur.... drc bukan menyuruh anda untuk melakukan perkara yang tidak elok,,, cuma apa yang tersirat dari penulisan kali ini adalah,,, anda selaku wanita yang masih lagi 'suci' teruskanlah kesucian mahkota anda... jangan pernah atau cuba untuk memperdagangkan mahkota anda dengan orang yang anda tidak pasti lagi hak miliknya kepada anda atau tidak... elakkannya dari awal....!! cegahnya sebelum merebak..!!! anda perlu bersama dengan mereka (golongan diatas ^) untuk memotivasikan mereka! jangan mengungkit kisah mereka... bantu mereka untuk mengejar manisnya iman,, jernihnya pengorbanan...

kepada sahabat-sahabat lelaki : HENTIKANLAH!! HENTIKANLAH!!!
hentikanlah menyalahkan sesiapa dalam hal isu sosial... keterlanjuran ni... janganlah kita menunding jari mencari salah siapa, tetapi carilah penyelesaian untuk kita mencapai bahagia dunia dan akhirat... janganlah kita menjadi kumbang yang merosakkan kuntuman bunga yang mekar dihalaman... biarkan bunga itu harum...wangi.... tetapi usah kita rosakkan kerana bunga itu adalah madu untuk kita teruskan perjalanan sebagai kumbang...!!

konklusinya, ayuhlah kita bersama kembali ke jalan yang benar,, mencari Redah Illahi,,, memperbetulkan diri sendiri dan ummah,, motivasikan diri supaya menjadi insan yang lebih berakal dan bersahsiah dalam mencapai redha Allah... yang menantikan syurga abadi..... :)

DRC pssssttt :: tercipta wanita dari tulang rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari bahu untuk dipikul..... dari tulang rusuk lelaki untuk dilindung dan dijaga... Ingatlah kepada lelaki, anda bukan PEROSAK, dan juga kepada wanita anda jangan MEROSAKKAN diri anda sendiri...

>.<

Wednesday, September 21, 2011

GAMBAR | MUHASABAHZONE : Fida ~Teruskan jika mahu....

Assalammualaikum... DRC baru sempat nak buat entry.. malam pulak tu... ce korang tengok gambar2 kat bawah ni...
Cantikkan tengkoq??
Pakai snow cap tengah panass?? buat ape..??

Korang kenal tak siapa???? Alaaahh.. kembaq Siti Nurhaliza tu... tengoklah......
Sebenarnya DRC nak mengaku, DRC adalah seorang peminat Fida dalam Pantene : Siti Nurhaliza Mencari Bintang. dan sehingga dia menang program tersebut pun DRC masih mengikuti perkembangan beliau sehinggalah isu ini timbul...! 

Gambar tersebut DRC dapat dari Encik Nara... alaaa... blogger hiburan yang feemesss tu....! hurmmm... DRC sebenarnya pun tak suka nak aib kan orang. tapi inilah natijahnya bila seorang perempuan yang terang-terang menjadi punca fitnah,, sudah tidak boleh mengawal keperibadiannya sendiri..

Permulaan karier Fida cukup bersih dengan imej tudung litupnya, ayu dan menjadi bahan mulut orang "beginilah muka Siti Nurhaliza memakai tudung..." tapi??? Pada DRC, kalau Fida dah semakin rimas dengan bertudung, tak payah segan-segan nak bukak kat tempat umum.. Tak payah nak malu-malu... Tak payah nak segan-segan (macam lagu tuuu)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
Surah An Nur - 31

sama-samalah istigfar atas apa yang menimpa masyarakat kita dan berdoalah dijauhkan dalam kalangan ahli keluarga kita, sahabat kita dan sesiapa saja...

DRC psssssssssttttt :
 * Ingatlah, selagi mana kita dipandang oleh orang, selagi itu Allah tidak terlepas pandang pada kita...
* Kalau kita rasa diri kita diaibkan,, cepat2lah kita muhasabah, kenapa kita diaibkan sebegitu rupa..? Sebabnya kita dah mengaibkan agama Allah, mengaibkan nama agama Rasulullah... Lupakah???
* Kalau kita rasa bahagia di dunia dengan segala 'kesenangan melemparkan hijab', terimalah 'bahagia' dengan kesusahannya.....
~ JOM ISTIGFAR~

Sunday, September 11, 2011

FLASH BACK : 11 September 2001- 11 September 2011

WORLD TRADE CENTER 2001

WORLD TRADE CENTER 2011

SubhanAllah...!

Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Ini adalah salah satu mukjizat Al-Qur'an yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.

Terdapat bebrapa blog yang mendakwa bahawa Tragedi WTC ternyata sudah dituturkan Allah dalam Surah At-Taubah ayat 109.

10 tahun yang lalu .....
Tragedi WTC ada dalam Surah At-Taubah Ayat 109 :

Terjemahan :
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh , lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang Zalim."
Disitu disebutkan keruntuhan sebuah bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang -orang yang zalim.

Pada Surah At-Taubah di atas telah disebutkan kata "JURUFIN HAR" yang oleh ulama tafsir dulu diterjemahkan sebagai"ditepi jurang yang runtuh"ternyata 14 abad kemudian kata tersebut menjadi nama sebuah jalan dikota New York tempat berdirinya WTC, iaitu : Jalan JERF HAR.

Gedung WTC runtuh pada tanggal 11-9-2001.

Mari kita lihat beberapa kesamaan (yang mestinya bukan hanya kebetulan semata-mata ) :

1. Tanggal 11 adalah tanggal terjadinya tragedi WTC , apakah suatu kebetulan bila surat At Taubah terletak pada juz ke 11.

2. Bulan terjadinya tragedi itu adalah bulan September (bulan ke 9), apakah secara kebetulan jika surat At Taubah berada pada urutan ke 9 dari Alquran.

3. Tahun terjadinya tragedi itu adalah tahun 2001 , apakah secara kebetulan pula bila jumlah huruf dalam surat At Taubah terdiri dari 2001 huruf.

4. Jumlah tingkat di gedung WTC ada 109 tingkat, sekali lagi apakah mungkin kebetulan - berulang sampai 4 kali - bila hal tersebut sudah tertulis dalam Surah At Taubah ayat 109.

SubhanAllah, Maha Suci Allah dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu !

Sungguh benarlah firman-Mu :
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru langit dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Qur'an itu adalah benar. (Al Qur'an, surah Al Fushshilat 53)

Tuesday, September 6, 2011

Muhasabah ZONE: Bila DRC bebel pasal P.E.R.E.M.....??

BETUL KE..WAHAI WANITA..???

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini...... 
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
perempuan, stoking pon kena pakai
cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
komfem x tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jek
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
cuba tengok budak lelaki , selamber jek
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ni Allah jadikan lembut betul
cepat jek sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yg paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah x adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil
persoalannya sekarang
betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
tengok pula, bila seorang lelaki berjaya
orang akan cakap
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?
masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah dekat anda
betapa cintanya Allah dekat anda
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

Thursday, June 16, 2011

Muhasabah ZONE : Wanita, Siapa Suka Lelaki Kacak???

tak de kena mengena yerk....
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:


"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".


Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawaAl-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.


Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.


Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata:


"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"


Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:


"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."


"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacitalagi"


Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.


Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.


Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.


Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.


Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.


Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.


Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberisyafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.


Allahu 'Alam...

Tuesday, April 26, 2011

Muhasabah ZONE : pelacur maya.. apa tu??

gambar hiasa semata-mata 

Assalammualaikum... Salam Sejahtera sme pembaca..

TITLE BERANI MAMPOS dari DRC..hehehe

waaaah... kembali aktif si DRC ni menaip.. bil 'bbd' da bayor ke??hahahaaa..
haaa... nak tau sebab ape, sebab topik ni dah lame da DRC simpan dan pendam...huhu
 korang faham kan apa itu PELACUR...
korang pun faham kan apa itu MAYA...

ok, DRC terangkan maksud 2 benda tu,,

PELACUR : adalah pelaku yang menjual tubuhnya ataupun maruahnya. samada lelaki atau perempuan.. malah kehormatannya juga digadai semata-mata berkepentingan sesuatu 
kebendaan.

MAYA : alam siber, yang tidak dilihat secara zahir dan hanya terlindung disebalik teknologi.

APA SPESIS PELACUR MAYA??
DRC mentakrifkan pelacur maya ni adalah sebagai pelacur siber. bukan menjual tubuh akan tetapi hanya menggadaikan kehormatan dan maruah kepada orang lain. Fokusnya, mudah! Mereka yang 
berbalas pesanan ringkas (SMS) yang berunsur lucah dan mengaibkan diri sendiri...

CONTOH :
1 - "I dah lama nak rasa &*^$# u punya"
2 - "Saiz u punya &*^%$ berapa?" = "I punya biasa je... 8 inch"
3 - " I teringin nak &^%$# dgn U"

itu adalah diantara contoh yg dpt DRC kongsi daripada pengalaman DRC 'melayan' orang
jenis macam tu.. selain tu, itu adalah presepsi daripada DRC buat daripada orang sekeliling
DRC...

SETUJU DENGAN DRC???
mereka yang menghantar SMS / MMS sebegini kita gelarkan PELACUR MAYA??

eh! apa beza dengan pelacur biasa....???

BEZANYA, teramat sangat beza....!!!!!

1. kadang-kadang PELACUR MAYA ni hipokrit! kat luar nampak 'alim' bertudung labuh, 
    berkopiah, bersopan santun, lembut bicaranya. (tak semua). Kalau pelacur biasa, mereka
    mencari 'rezeki' dengan susuk tubuh mereka, layanan mereka. dan merek tidak hipokrit 
    dari segi pemakaian mereka...!
2. PELACUR MAYA ni lebih besar nafsunya berbanding pelacur biasa. sebabnya, pelacur 
    biasa ni dah biasa melakukan hubungan seksual berbanding PELACUR MAYA. 
3. PELACUR MAYA ni tak 'aktif' secara zahir tetapi aktif secara 'zahir'. tengoklah mereka
    ni, berapa aktif main mesej... ntah mesej tu faedah ke x, tekan tak habis2... mcm nak tercabut
    keypad tu...

OK la.. penulisan ni bukan 'bermulut celupar' tetapi ini realiti yg DRC sendiri pernah hadapi. DRC
tak memandang orang lain malah, menilik peribadi sendiri... sama-sama utk kita berubah kearah kebaikan. mungkin pendekatan dan cara kita berbeza utk berubah ke arah yang sama! janganlah kita hentam orang tanpa usul periksa. k...

DRC buat penulisan utk sama-sama muhasabah. sebab tu ada ruangan muhasabahZone dlam blog ni... bukan entertain semata-mata..

Ayuhlah kawan2... jauhilah kita dari kekufuran... jika anda msih menganggap diri anda PELACUR MAYA, usailah diri kita dengan jati diri yang penuh dedikasi kepada agama dan bangsa....
















Wednesday, March 9, 2011

D.A.R.A bukan penentu kebahagiaan...ehem.....ehem...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalammualaikum.... Salam Ukhwah... Salam Mahabbah.....

DARA??? oh my Allah...!! kenapalah aku tibe2 nak citer pasai perempuan ni... haduiii... kontolbesi nih!! astagfirullah.... jangan fikir bukan-bukan yer... drc nak berkongsi je pendapat dengan kalian... tapi harap penulisan ini jangan disalah tafsir oleh golongan wanita dan perempuan.. kerana andalah yang mempunyai _ _ _ _ ini.... (isi tmpat kosong eah)

Ada diantara pembaca yang dah menonton filem AKU MASIH DARA, ada yang belum... dan berdasarkan tajuk post kali ini,, bukan nak menyokong golongan wanita yang sudah tidak mempunyai dara. maaf jika kasar bahasanya... bukan juga untuk menyeru kepada golongan wanita supaya tiada dara.. maaf jika pelik bunyinya....

penulisan kali ini hanya untuk memperingatkan kepada kita untuk bertaubat dan kembali kepangkal jalan kepada mereka yang sudah terlanjur, dan kepada yang belum supaya jauhi perkara yang akan memudaratkan diri...

"mahkota wanita itu adalah kehormatan wanita." itu yang ingin saya tegaskan sebagai seorang lelaki yang akan berkahwin dengan seorang wanita.!

sahabat-sahabat wanita sekalian, jika anda telah terlanjur,,, ayuh kembali kepangkal jalan... walaupun kehilangan mahkota itu suatu yang sukar untuk diterima oleh bakal suami atau diri anda sendiri akan tetapi itu bukan 'jalan mati' untuk anda terus menjerumuskan diri dalam kancah maksiat dan dosa.. biarkan peristwa hitam yanga anda lalui anda tinggalkan dengan membungkus terus campak ke laut supaya tidak kembali belayar bersama anda!! teruskan kehidupan sebagai seorang wanita, mencari keputihan mutiara suci dari Allah, memperbetul kesilapan diri dan mentarbiah diri dalam diri dan masyarakat sekeliling terutama komuniti yang pernah anda terokai.... ya!! kehilangan mahkota itu suatu yang mengaibkan diri! tetapi ingat! seperti tajuk post ini, dara bukan penentu kebahagiaan rumah tangga khususnya... kebahaigaan rumah tangga datang dari hati yang iklas dan jujur diantara pasangan... ketaatkan kepada pencipta, keberkatan dari ibu bapa... itulah kunci kebahagian kepada anda yang telah terlanjur..!! jangan pernah cuba mengungkit siapa anda dahulu, jangan pernah cuba kenang kembali titik hitam yang merosakkan anda kerana disitulah syaitan akan menguasai diri kita...
saya pernah bertanya kepada salah seorang pensyarah saya, dia sendiri yang memberitahu kepada saya 'dara bukan penentu kebahagiaan' apabila saya sendiri bertanya kepada beliau kerisauan saya terhadap wanita-wanita yang akan saya kahwini...

Dalam Surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t berfirman dengan maksud :

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik".

Dalam konteks rumah tangga pula, kita harus saling melengkapi antara satu sama lain...

kepada sahabat-sahabat wanita, yang belum terlanjur.... drc bukan menyuruh anda untuk melakukan perkara yang tidak elok,,, cuma apa yang tersirat dari penulisan kali ini adalah,,, anda selaku wanita yang masih lagi 'suci' teruskanlah kesucian mahkota anda... jangan pernah atau cuba untuk memperdagangkan mahkota anda dengan orang yang anda tidak pasti lagi hak miliknya kepada anda atau tidak... elakkannya dari awal....!! cegahnya sebelum merebak..!!! anda perlu bersama dengan mereka (golongan diatas ^) untuk memotivasikan mereka! jangan mengungkit kisah mereka... bantu mereka untuk mengejar manisnya iman,, jernihnya pengorbanan...

kepada sahabat-sahabat lelaki : HENTIKANLAH!! HENTIKANLAH!!!
hentikanlah menyalahkan sesiapa dalam hal isu sosial... keterlanjuran ni... janganlah kita menunding jari mencari salah siapa, tetapi carilah penyelesaian untuk kita mencapai bahagia dunia dan akhirat... janganlah kita menjadi kumbang yang merosakkan kuntuman bunga yang mekar dihalaman... biarkan bunga itu harum...wangi.... tetapi usah kita rosakkan kerana bunga itu adalah madu untuk kita teruskan perjalanan sebagai kumbang...!!

konklusinya, ayuhlah kita bersama kembali ke jalan yang benar,, mencari Redah Illahi,,, memperbetulkan diri sendiri dan ummah,, motivasikan diri supaya menjadi insan yang lebih berakal dan bersahsiah dalam mencapai redha Allah... yang menantikan syurga abadi.....

Tuesday, December 28, 2010

MUHASABAH ZONE : kuku panjang? best ker???

Assalammualikum...

bertemu lagi dalam zon muhasabah atau Muhasabah zOne..!! kali ni DRC nak kongsi tentang K.U.K.U! 

kita sangat tak prihatin dengan kuku kita walhal kuku lah yg menjadi objek pertama untuk kita melakukan kerja. nak menaip kt keybord ni pun gunakan kuku. kalau nak makan lagi lah... apatah lgi bila menyucikan diri.. upssss..!!

Islam mengajar umatnya berkuku panjang ke?? TAK!! kenapa tak??! haaa.. tu nt kita kupas, yg pnting drc nk cter kt sni.. td masa drc solat fardu zohor kt surau, memang TAK KHYSUK! sebab ternampak kuku jemaah sebelah yang panjang... fuh!! mcm pic yg diambil dari incik google ni... kuku jari manis dengan kelingking dia panjang siot.. bila drc terpandang, drc xtau nk kata apa sebab masa tu tgah solat kan... 

lepas je solat, drc tengok lah jemaah sebelah.. alammakkk!! yg terkejutnye tu, kopiah putih, baju melayu putih. fuh! macam IMAM MUDA lah kata kan... pastu drc tengok kuku drc, boleh tahan panjang jugak tp xde lah mcm die.. pastu tengok baju yg drc pakai,,,, JAUH beza dengan die... adooiii!! pakaian da cntik melambangkan ISLAM. tp kuku!!? spoil betul... harap-harap jemaah tadi dpt potong kuku die.. tp jgn la bagi alasan x potong kuku sebab terlupe! 
ok... sekarang ni kite tengok apa kata ISLAM tentang kuku panjang ni....

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang p anjag…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut…. potonglah kuku anda..

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.
Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia t idak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, u li tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. 

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.
Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. 

 Tambahan, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan d an kebersihan diri sendiri..
 

Sunday, December 12, 2010

MUHASABAH ZONE : apa hukum menonton wayang???

 Assalammualaikum... morning everybody........!!!
kali ni post awal-awal pagi sebab da lama sangaat membeku dalam benak. 
hari tu, ada someone tye pada somebody ttg hukum menonton wayang. al-maklum lah... punggung dia pernah msuk panggung wayang..hahaha.. ayat....! tak salah kan dia, dan tak kata siapa betul n siapa salah. kalau bicara tentang hukum ataupun memerli atau nak jatuhkan seseorang itu, jangan tanya hukum keatasnya. insan yang biasa tak salah kalau melakukan kesilapan akan tetapi jangan terlalu prejudis! pasal panggung wayang, pada aku, ia bukanlah tempat yang haram.! biasalah....... orang sekeliling aku ni sumenya agama 'tip-top'. orang kata memang A lah dalam bab ni... apa pun, tahniahlah pada diorang ni kan..... tapi kene ingat tak selamanya kita sentiasa ada di tahap itu jika kita tak ingat siapa kita sebenarnya.. ukur badan sikit cik oii....
adoii.. da melalut da pulak... ok.. kat bawah ni, aku try dapatkan fakta tentang hukum menonton wayang...


Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :





“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

So..... ingatlah ye kepada alim-alimah sekalian,,, masuk panggung tu jangan dok pikiq negatif... terpulang kepada anda nak buat apa dalam panggung tu.... tengok gambar bawah ni....!
 

JADI,,, RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERMUHASABAH!!...


                          

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...