pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Friday, September 16, 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA, MALAYSIA!!!

tak sempat nak edit wallpaper lain, so yang ni je la ada...

Assalammualaikum, Malaysia....!!

Hari ini dan tarikh ini iaitu, 16 September maka bermula negara Malaysia pada 50 tahun yang lepas.... 
Umur bukan ukuran kerana itu hanya pada zahirnya sahaja... yang penting penghayatan dan penerokaan kita dalam menyelami keMERDEKAan itu sendiri...

Sajak dalam pic tu adalah sajak yang DRC create masa sekolah menengah... Mendapat iktiraf dari sekolah dan peringkat negeri Melaka dalam pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu..
alhamdulillah.... Memang teringat zaman sekolah masa muda-muda dulu...eh,, sekarang lagi muda ok~~!

jom layan sajak untuk MALAYSIA dari DRC ni....

BERDIRI - KZAMUSA 2008

Kita berdiri di sini
Untuk pertahankan maruah diri
Untuk mengeratkan integrasi
Nasional demi Malaysia

Berdirilah dan terus berlari
Untuk capai wawasan diri
Untuk mendaki puncak cita realiti

Walau kita berlainan bangsa budaya
Beza agama cerita
Kita punya satu nama Malaysia tercinta....

Merdeka bukan bererti kita bebas, Merdeka bukan bererti kita terlepas. Tapi Merdeka adalah permulaan sebuah kehidupan selepas dijajah oleh rakusan durjana...!
Ayuh anak muda!!! Sebarkan rasa merdekamu kepada Generasi Baru agar Merdeka kita bertambah MUTU!!!

2 comments:

ctk said...

selamat hari malaysia too! wah. mendapat iktiraf ye sajak kamu tuh..tahniah2 :D

DRceria said...

selamat Hari Malaysia jugak... alhamdulillah.... berkat tunjuk ajar guru2 jugak... iktiraf dlm pertandingan je.. tk de la sampai dpt award dri PM ke...huhuuhhu >.<

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...