pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label artikel made my own... Show all posts
Showing posts with label artikel made my own... Show all posts

Sunday, September 22, 2013

JOM Jadi Lelaki Ekslusif

ASSALAMMUALAIKUM

Apa kabar semua! DRC baik-baik saja. Kalau nak tahu, sekarang DRC memang sibuk. Lagi-agi semester ni banyak projek luar untuk subjek. So, memang kalau online tu banyaknyeee tulis lepas tu masuk dalam draf. Hahaha.. 

Ternanti-nanti pembaca tegar blog DRC macam CTK, Incik Haikal dan Ibah Panda nak datang komen-komen kat blog DRC ni. Kenapa ye? Blog DRC dah tak berseri macam dulu ke? HAhah

Takpelah, yang penting DRC nak post jugak entry baru. 

LELAKI EKSLUSIF
- gambar hiasan-

Sebelum meneruskan lagi ruang biacara, jom kita rungkai definisinya dulu...

Friday, March 1, 2013

Untuk MEMIMPIN Perlu DIPIMPIN


ASSALAMMUALAIKUM   
hai semua pembaca setia blog DRC.


Teruja untuk DRC kongsikan topic kali ni, yelah kalau nak tengok sepanjang 2013 ni dah masuk bulan 3 pun baru je berapa post DRC utk tahun ni..ishh,,,ishh…

DRC berdepan masalah laptop. Laptop rosak, rumah sewa tak ada internet. Ini pun tumpang lab I Mac unisel nak post entry *sementara tengah design dalam kelas design* hahahaha….. solusinya DRC tengah mencari laptop (kumpul duittttt) hehehe.. insyaAllah nanti dah ckup duit yg DRC kumpul, DRC beli laptop dan post puas2.. BW puas2.. hahaha

Ok, untuk topic kali ni agak berat untuk DRC kongsi. Tapi sebagai seorang pemimpin *to be* DRC kena post jugak. Untuk diri DRC dan juga anda semua.

“UNTUK MEMIMPIN, PERLU DIPIMPIN”
Seperti biasa, DRC akan terangkan definisinya.
UNTUK : akan berlaku, bakal atau kepada sesuatu
MEMIMPIN : perbuatan mengarah, memberi arahan, membuat keputusan berkaitan melakukan
PERLU : wajib, harus, mesti
DIPIMPIN : perbuatan menerima,

Secara konsepnya, untuk menjadi seorang pemimpin kita perlu dipimpin samada melalui ilmu, pengalaman mahupun orang.

Adakah kita sedar bahawa dalam diri setiap kita terdapat ciri-ciri kepimpinan yang membolehkan kita menjadi pemimpin? Ada yang akan kata, saya tak layak menjadi pemimpin. Ada yang kata, kau dah jadi so aku tak payah jadi pemimpin. SALAH! Salah tau kalau kita anggap macam itu… sebenarnya secara sains nya kita semua adalah pemimpin! Ya! Manusia dilahirkan dari kandungan ibunya yang mana benih kandungan dating dari seorang ayah. Tak perlu bagi tahu korang mesti dah tau, dalam berjuta-juta sperma yang ada , hanya ada 1 saja sperma yang berjaya menembusi dinding ovum untuk disenyawakan. Dan satu itulah kita yang berjaya memimpin diri kita sekuatnya untuk menembusi dinding ovum! Jadi, TAHNIAH!!
Dalam Islam juga menyatakan perkara yang sama. Iaitu setiap insan adalah pemimpin (khalifah). 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : "Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi"(Qs. Al-Baqarah 2 : 30 )


Dari bapa kita iaitu nabi Adam AS yang telah menerima wahyu sebagai khalifah di muka bumi sehingga anak dan cucu kita juga dijadikan untuk menjadi khalifah cumanya kita bukanlah nabi.. 
Tahniah kerana anda telah sedar bahawa anda adalah seorang pemimpin.

Macam mana kita nak memimpin?
Haaaaa... Mulakan dari diri anda sendiri!
Yeahh.. betul, kita mulakan memimpin diri kita... Jom mulakan!

1. Pimpin diri melalui MASA
Macam mana kita uruskan masa kita? Menguruskan masa adalah menguruskan diri.! Salah satu cara yang DRC buat adalah dengan menjaga waktu solat.. Waktu solat kita ada 5 waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Magrib dan Isyak.. jika kita bijak menguruskan waktu solat kita maksudnya kita berjaya menguruskan masa kita.. :D
Waktu subuh adalah waktu untuk kita bangun tidur, bersiap..
Waktu zuhur adalah waktu rehat daripada kerja, atau belajar
Waktu Asar waktu untuk merehatkan diri untuk malam hari..
Waktu Maghrib adalah waktu untuk menyiapkan diri untuk bersama keluarga..
Waktu Isyak adalah waktu untuk menyediakan diri untuk esok hari..
Setiap manusia diberi 24 jam sama antara kita semua.. macam mana kita memimpin diri kita semuanya bermula dari MASA. Jom kita urus masa kita melalui waktu solat!

2. Pimpin diri melalui ILMU & KEMAHIRAN
Tidak dinafikan ilmu dan kemahiran itu seiring kepentingannya untuk memimpin diri. Ilmu dari segi teori dan kemahiran dari segi amali yang mana kedua-dua elemen ini perlu berjalan selari dan seiring. Jangan mengejar ilmu tapi lupa nak mengamalkannya.. Memimpin diri untuk mengejar ilmu dan mengamalkan kemahiran yang ada bukan sesuatu yang susah. Senang jeer.. Caranya mudah, kita boleh tulis dalam diari atau pun status facebook untuk mengingatkan diri kita supaya kita juga mengamalkannya. Contohnya, rokok itu bahaya! Jangan menghisap rokok. Kita boleh memimpin diri kita melalui mengkaji bahaya rokok dan mengamalkan diri untuk tidak menjinakkan diri kepada gejala ini. Mudahkan? Cubalah..

3 Pimpin diri melalui DISIPLIN
Perkara yang paling penting dalam membentuk diri sendiri adalah disiplin. Kenapa DRC tak letak Disiplin di nombor satu kerana DRC tahu disiplin diri inilah yang mampu mencorakkan diri kita samada "warna" kita sebagaimana rupanya. Disiplin dari masa, perilaku, hikmah, adab, dan perihal berkaitan kerja dan belajar. Semuanya tertakluk kepada disiplin diri kita. Ha... Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana kita nak disiplin? DRC akan terangkan pada point selepas ni. Tapi sebelum itu, kita acapkali mendengar perkataan disiplin itu di sekolah, kan? guru disiplin perlu garang, tegas dan cengeyy.. Hahah.. Tapi sedar atau tidak bahawa untuk disiplin kan diri kita sendiri kita sememangnya memerlukan itu..! 

4. Pimpin diri melalui PENDIRIAN
Ha.... Yang ini DRC nak sambung daripada disiplin, kita perlu tegas dengan pendirian kita. Sebab apa pendirian salah satu dalam elemen memimpin diri? Sebabnya dengan pendirian inilah kita kuat untuk mentadbir diri kita. Mana lagi kekuatan kita boleh dapat untuk terus berdisiplin melainkan pendirian kita, kan? 

Setakat ini ada beberapa ciri untuk memimpin diri sendiri.. Bermula dari memimpin diri sendiri adalah kunci atau tanda diri kita dipimpin. Kemudian barulah kita yakin untuk memimpin. 

Selain dari itu ada juga ciri-ciri yang boleh DRC katakan sebagai dipimpin. Nak tahu, tengok bawah ni.

1. Sedia menerima kritikan
Pemimpin perlulah bersikap terbuka dalam apa juga aspek. Kritikan dan saranan kepada diri oleh orang lain adalah pandangn dari perspektif diri orang lain terhadap diri kita. Jangan terlalu ego untuk menyatakan diri kita yang benar dan sentiasa dipihak yang selalu betul...  Ego adalah perkara yang mazmummah iaitu perkara yang paling tidak disukai oleh Allah SWT. Masakan kita ingin disayangi Allah tetapi melakukan perkara-perkara yang Allah tak suka. Terimalah apa jua kritikan dari sesiapa saja tidak kira pekerja bawahan, pekerja sementara mahupun orang awam terhadap diri kita kerana mata yang melihat kita bukanlah mata kita.!! Ingat! Jangan anggap semua orang salah, kita betul.. Tapi perbetulkan diri kita yang salah...

2.Positif dengan negatif
Ha... Macam pelik pulak kan ayat nya.. HAHhaha.. Positif dengan perkara yang negatif terhadap apa yang berlaku. contohnya pekerja kita ingin meletakkan jawatan, cubalah kita positif terhadap dia bahawa dia telah mendapat tawaran lebih hebat daripada yang kita tawarkan kepadanya. Anggap itu sebagai peluang kepada dirinya mengembangkan potensi diri. Jangan menyekat! Ada juga pemimpin yang memberi jalan (melepaskan pekerja) akan tetapi dibelakang tetap memburukkan pekerja.! Hey! Pemimpin jenis apakah ini?

3. Terbuka.. Buka... Membuka..!
Bukalah minda kita untuk terbuka dengan persekitaran dan membuka hati kita untuk TERIMA. Ya. Zaman sekarang ni pemimpin sangat sukar MENERIMA kerana dia menganggap dia sahaja yang boleh MEMBERI sedangkan tanpa pemberian dari orang lain pemimpin itu sendiri tidak boleh memberi..! Menerima dengan hati terbuka. Tidak semua idea kita bagus, dan tidak semua orang punya idea teruk. Kita perlulah terbuka dan optimis terhadap usaha yang telah dilakukan oleh pekerja kita.

Kepada pemimpin-pemimpin diluar sana, (Termasuk DRC).
Kekalkanlah idola kepimpinan kita terhadap junjungan besar nabi Muhammad SAW. Baginda contoh terbaik seorang khalifah dan pemimpin yang sangat disanjung dan dicintai oleh Allah SWT. Jadikan baginda sebagai ikon kita, ikutan kita dan peribadikan diri baginda dalam diri kita. 

DRC pssssstttt : Fikir-fikirkan... :)

Sunday, November 25, 2012

Aku, Korang atau Kita Gila Glamor??

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat Sejahtera semua pembaca... 
Peperiksaan akhir semester hampir tibaa...
Tapi tak ada satu persediaan pun yang DRC buat untuk mengadapnye..
Hoowwa!! Mana pergi semangat nihh??!
Kata nak dapat dekan sem satu nih?? hahaha

Tapi sempat lah pulak nak update blog...
Jap lagi DRC nak habis kan masa (kredit internet) untuk berBW.. miss blog korang..
Ok, hari ni DRC nak bawak cerita tentang ~
Aku, Korang atau Kita : GILA GLAMOR!??

Haahaaa.. Isu ni dah lama DRC nak bincang tapi tengah kumpul material untuk dibahaskan..
Jom DRC definisikan dahulu secara literal supaya tak ada masalah liguistik nanti..
(ayat pendebat)

GILA  bermaksud sesuatu yang obses kepada sesuatu, terlalu fokus dalam kelompok kecil atau tidak siuman
GLAMOR bermaksud popular, terkenal, diminati ramai, dihormati dan meletop!~
GILA GLAMOR pulak bermaksud terlalu obses untuk menjadi terkenal, diminati dan popular dengan apa cara sekalipun sehingga dia digelar GILA GLAMOR

Nak tahu macam mana simptom-simptom Gila Glamor a.k.a GG ni??

1. SUKA MENONJOLKAN DIRI
Pernah tak korang dengar perkataan "mencapub"?? Agak lucah tapi bukan lucah... hhahaah.. Mencapub tu adalah singkatan kepada mencari publisiti murahan.. Isk..isk.. Kalau korang pernah, mesti korang tahu apa yang sebenarnya tersirat dan tersurat. Mereka-mereka yang suka untuk mencari publisiti murahan ini sebenarnya adalah salah satu penyakit menonjolkan diri . Teringat zaman sekolah, mesti ada kawan-kawan yang suka mencapub ni... Lebih-lebih lagi budak perempuan... Suka bertenggek kat koridor, ketawa kuat-kuat, pergi sekolah pakai gelang kalah mami jarum, siap pakai celak lagi, menangis bila putus cinta, nak terjun bagunan kononye dan mcm2 lagi perangai.. Hahaha... Ini adalah salah satu proses untuk GG ye kalau korang nak tahu..

2. BUAT PERKARA YANG ORANG LAIN TAK BUAT
Ini salah satu keistimewaan orang GG. Diorang akan buat semua perkara yang orang lain tak nak buat tapi dia boleh jadi Pak Sanggup atau Minah Sanggup.. Contohnye, kalau orang lain tak nak buat persembahan sempena hari kebudayaan, dialah orang yang akan create persembahan joget tarian apa sahaja asalkan dia dapat tarik perhatian dan buat orang lain yang tak nah buat.. Kalau dia buat, dia buat sungguh-sungguh supaya nampak perfect..!

3. LAIN DARI YANG LAIN
Perkara yang unik memang disukai oleh orang yang GG. Mereka sukakan perkara yang 1 in Million supaya dapat tarikan... Contohnya jam tangan yang besar, ada bunga tompok-tompok. Hahaha.. Perkara ni memang kita disajikan kat mana-mana bila terjumpa orang GG.
"Eh cantek nye jam tangan?! Beli kat mana yee"
Jawabnya "Haha.. Yeke? Terima kasih... Eh, saya tak beli tapi ada orang yang hadiahkan". Padahal beli sendiri..
Nampak tak permainannya disitu?? hahaha

Ada banyak simptom untuk mengenal pasti orang GG nih.. DRC pun pernah terkena apabila dikatan salah seorang GG.. Tapi tak apalah...
Perasan tak, banyak point kat atas ni DRC bagi dari sudut yang negatif..! 
Kalau korang perasan, bagus lah.....
DRC saje je nak bagi korang terasa.. ahahhaa..
Tapi apa kata kalau kita twist point yang negatif tu kepada positif..!?
Jom kita cuba...

Gila Glamor ni tak salah.. Asalkan kita tahu niat, tujuan dan cara yang betul..
Betul... Tak salah pun nak Glamor... Tapi jangan Gila Glamor..
Jom ikuti perbincangan DRC bersama kawan-kawan dalam video kat bawah :
p/s : ABAIKAN PERSEKITARAN DAN PANDANGAN ANDA
cucuk earphone, dengar dengan teliti 


Video ini dirakam semasa DRC semester dua  di KUIN. 
Dah dengar?? Ambillah point-point yang penting dalam setiap penghujahan dan perbincangan..

DRC psssstttt : Dalam apa jua kerja dan tindakkan kita, ikhlaskan diri kerana Allah SWT.. Kalau nak tahu macam mana ikhlas tu... Cuba bukak surah al-Ikhlas, carilah ayat atau perkataan 'ikhlas' dalam surah tersebut.... Selamat mencuba... =)

Friday, November 16, 2012

Hijrah, Palestin dan Presiden

ASSALAMMUALAIKUM


Salam Maal Hijrah 1434H buat semua blogger dan readers....
DRC tak menyempat nak update perjalanan DRC...

Tahun baru kali ni DRC  sambut dengan pengalaman yang baru dan indah.
Selepas Asar, DRC membaca doa akhir tahun di Sekolah Mujahideen, kemudian solat Magrib di Petronas highway (MTD) menghala ke Kuantan dan membaca doa awal tahun di tepi highway....
Memang terasa macam musafir hati.. hauhuh..

Malam tahun baru, DRC bersama kawan-kawan DRC berada di Riverside, Janda Baik untuk persiapan program Hari Keluarga Sekolah tempat kawan DRC bekerja.
Kami Mandi Pukul 11 Malam di Sungai..

Rupa-rupanya dalam keseronokkan DRC di Riverside Janda Baik, Bumi Palestin kembali bergolak di 1 Muharam!! Ya Rabb!!!

Ya Allah.... Kenapalah ujian ini berat untuk mereka di sana?
Sedang meraikan kehadiran tahun baharu, ia dicemarkan dengan bedilan dan tumpahan darah..
Manalah pergi kemanusiaan?

Sedar atau tidak letusan ini berlaku semasa Maal Hijrah, tahun baru untuk Umat Islam juga selepas beberapa hari lantikan Pilihanraya President Amerika.
Sekarang (semasa artikel ditulis) masih lagi terdapat bedilan-bedilan senjata tanpa henti yang menyerang Gaza. Astagfirullah...
DRC mencari informasi dari pakcik google berkaitan perlantikan presiden Amerika semasa pilihanraya pada tahun 2008 yang lalu. 

Pilihanraya yang telah diadakan pada 4 November 2008 kemenangannya kepada Barack Obama. 
Dan pada ketika itu, ia mengundang kontroversi pelbagai persepsi kerana beliau merupakan Presiden pertama yang berkulit hitam. 
Juga selepas kemenangan beliau Gaza juga meletus pada tarikh 27 Disember 2008. 

Kebetulan pula pada pilihanraya yang 2012, selepas beberapa hari Presiden Obama kekal di kedudukannya, Gaza Berdarah lagi....
Apakah ini satu konsiprasi atau kebetulan?

DRC yang tidak mempunyai kuasa, jawatan hanya boleh menyuarakan supaya orang yang berjawatan tinggi untuk ambil tindakan dan alert dengan persekitaran dunia!
Sebagai orang pertama, seharusnya dia melaksanakan kepercayaan dia kepada dunia selepas dunia memberikan kepercayaan kepada dia. 

Ia mungkin hanya satu kebetulan, atau rancangan atau juga konspirasi. 
Jom sebarkan semangat dan solidariti kita terhadap bumi Palestin..
Banyakkan doa... Perhebatkan solat hajat... Perkasakan Boikot Medium Penyokong Israel...
Ayuh, sahabat-sahabat...
Mereka juga saudara kita....

DRC psssttt : Raya haji yang lalu, pensyarah DRC ke Gaza untuk misi keamanan dan menyambut Raya Qurban bersama rakyat di sana... Tak sempat lagi nak dengar ceritanya... insyaAllah kalau DRC dengar darinya, DRC kongsikan kepada anda... Dan beliau hadiahkan kami sesuatu yang sungguh istimewa 
Klip kolar Palestin.. <3 p="p" sir..="sir.." thanks="thanks">






Friday, November 2, 2012

Maturity In Social Media - Apa Kata DRC??

ASSALAMMUALAIKUM,

Dah lama DRC menyepi tanpa khabar berita untuk berkongsi pendapat dalam ruang blog nie.. 
Kesibukan dengan kuliah dan tugasan, agak menyulitkan nak menerjah blog kawan-kawan..

Baru-baru ini DRC berada dalam sebuah forum yang membincangkan isu 
yang DRC akan utarakan kali ini,
"Maturity in Social Media" atau Kematangan dalam Media Sosial.
Sepanjang dalam forum ini, DRC dapat mengenal pasti sedikit sebanyak perkara-perkara yang perlu kita bahaskan dengan lebih terperinci supaya dapat capai apa yang dimatlamatkan..
DRC cerita dulu tentang forum ini :
Forum ini dikendalikan oleh seorang moderator dari Unisel, dan ahli panelnya terdiri daripada Dekan Fakulti Komunikasi Media, Sham BROS TV3, dan Aida Sue (Twitter Jaya).
Sepanjang forum ini, DRC rasa terdapat beberapa kekurangan yang masih boleh dibaiki dari sudut penyampaian dan teknikalnya. Tapi apa pun, syabas dan tahniah buat perlaksa program..

Ok, sekarang ni DRC nak kongsi pendapat DRC sendiri tentang kematangan dalam media sosial ini. 

Pertama, DRC huraikan definisi bagi KEMATANGAN :
Kematangan adalah kewarasan manusia dalam berfikir dan bertindak. 
Kematangan juga menunjukkan manusia boleh dan mampu untuk tahu yang mana baik dan buruk.
Dalam al-Quran sendiri ada menyebut tentang kematangan,

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya [17:36]

Definisi MEDIA SOSIAL :
Media sosial adalah medium internet yang mampu menghubungkan pengguna antara satu sama lain. contohnya Facebook, Twitter, Tagged, dan sebagainya. 

Definisi secara konseptualnya adalah Kematangan dan kewarasan pengguna sosial media untuk membezakan kebaikan dan keburukkan sesuatu medium. Selain kematangan dalam penggunaan, ia juga melibatkan kematangan dalam pemikiran secara logik dan professional. 

1. KEMATANGAN DALAM PERHUBUNGAN SOSIAL
Dalam alam siber, kita berhubung dengan orang ramai, ada orang yang kita kenal, kita baru nak berkenalan dan ingin berkenalan. Untuk perhubungan yang kita sudah kenal, pasti rakan siber kita sudah mengetahui keadaan diri kita sebenar. Rakan yang belum mengenali kita secara berdepan pula akan membuat first impression terhadap kita melalui post kita di laman sosial. Kematangan dalam perhubungan sosial adalah tindak tanduk kita dalam berhubung iaitu berkongsi dengan rakan-rakan siber kita. Di alam siber, bukan semua perkara yang boleh kita kongsi kerana kita semestinya perlukan privasi. Matang dalam berhubung yang DRC maksudkan adalah kita bijak untuk mengetahui apakah perkara yang boleh dan apakah yang tidak boleh untuk kita kongsikan. Contohnya, di akaun FB anda anda tidak meletakkan tahun lahir anda kerana anda tidak mahu orang tahu umur anda. Akan tetapi rakan-rakan yang mengenali anda semestinya sudah tahu umur anda cuma rakan baru saja yang belum. (CONTOH SAHAJA).
Matang dalam berhubung juga adalah dari cara kita berinteraksi dengan rakan baru kita. Bagaimana anda memlukan perkenalan anda dengan rakan baru anda di laman sosial?
Adakah dengan menekan "LIKE"?
Atau komen walaupun tidak kenal..?
Atau secara terus terang, anda menyatakan mahu berkawan dengannya?
Anda sendiri boleh menilai dan memilih cara yang akan menunjukkan kematangan diri anda..

2. KEMATANGAN MENGENDALIKAN RAKAN
Pernah tak anda terfikir untuk mem'block' rakan FB atau twitter anda kerana dia telah mengguris hati anda atau mempunyai masalah peribadi dengan anda? 
Atau pernahkah anda lakukan?
Atau anda pernah menjadi mangsa di'block'?
DRC ceritakan pengalaman DRC di'block' oleh seseorang.. 
DRC telah di'block' oleh akaun kawan DRC sendiri yang mana pernah DRC berchatting dengan beliau, bertanya khabar, dan bercerita tentang perkembangan semasa.. Sehingga pada suatu hari DRC nak tengok balek chatting tu ia dah diblock...! DRC tanya direct pada kawan tu, kenapa dia block DRC? DRC ada buat salah ke? Salah apa? Dia kata, dia tak tahu pun macam mana boleh block!! Dia kata, dia kongsi akaun FB tu dengan teman wanitanya, jadi mungkin teman wanitanya yang mem'block' DRC... Ish... DRC pada awalnya memang nampak sangat ketidakmatangan seseorang di situ.. Pengalaman kedua DRC diblock oleh seorang senior DRC, selepas beberapa perkara perselisihan pendapat yang kecil dan boleh diselesaikan tanpa rasa Ego..! Akan tetapi beliau mengambil keputusan untuk mem'block' DRC... Pada pendapat DRC sendiri, tujuan memblock ini adalah sebuah tindakan yang tidak professional dan tidak matang! Kenapa DRC kata macam ini, kerana kematangan adalah penilaian baik dan buruk. Jadi jika kita tidak bersetuju, kita luahkan rasa tidak persetujuan kita. Jika kita salah, kita mengakui kesalahan kita. Tidak perlu mem'block'.! Ingat ye, jika kita tidak bersependapat tidak perlu untuk block. Biarkan, asalkan kita tahu pendirian kita..

3. KEMATANGAN ITU JUGA SELECTIVE 
Ada yang beranggapan kematangan adalah proses penerimaan tanpa tapisan! Eh! Silap tu! Proses kematangan adalah proses kita menilai yang baik dan buruk, dalam erti kata lain itu adalah proses pemilihan (selektif). Maksud selektif dalam memilih medium sosial, contohnya kita perlu memilih media yang baik, tidak berunsurkan perkara-perkara yang boleh mempengaruhi kita untuk bertindak diluar batasan. Betul, kematangan manusia sukar diukur akan tetapi kita boleh melihat dari sudut pengaplikasiannya dalam alam siber.. Contohnya, jika anda melayari laman web lucah bukan bermakna anda seorang yang matang.. Juga tidak menunjukkan anda seorang yang tidak matang.. Akan tetapi jika anda matang pasti anda akan mengetahui kesan dan impak jika anda melayari laman web tersebut... Contoh yang lain, jika ada berita tentang sesuatu anda perlu mengenal pasti kesahihannya, membuat timbang tara samada untuk menerima atau tidak berita itu. 

Dalam kematangan ini, DRC pernah buat satu post tentang "Tak Pandai Jangan Memandai". Apabila kita bijak menilai dan mengambil sesuatu atau membiarkan sesuatu, itu menunjukkan kita dalam proses kematangan..

Berbalik kepada forum yang DRC sertai (tonton jek), DRC ternanti-nanti soalan daripada moderator tentang 'bagaimana kita ingin mematangkan orang yang belum matang dalam media sosial?' Yang mana inilah sebenarnya KUNCI kepada topik yang dibincangkan. Akan tetapi hampa, penantian DRC berkubur sampailah forum tamat...

Ada bebrapa pendapat DRC dalam proses mematangkan orang :

1. Pendidikan tidak formal 
Pendidikan secara tidak formal yang mana boleh menunjukkan perkara-perkara baharu yang perlu didedahkan kebaikan dan keburukkan sesuatu perkara. Walaupun ia pernah dijalankan akan tetapi pemantauan secara berterusan mampu mengawal persepsi dan psikologi manusia untuk bertindak dalam lingkungan kematangan mereka. 

2. Percampuran golongan
Percampuran golongan ini maksudnya mengintegrasikan orang muda dan orang dewasa untuk berkongsi pengalaman dan topik perbincangan. Keperluan ini mampu memupuk pemikiran orang muda untuk berfikir seperti orang dewasa. Ini DRC akui sendiri kerana DRC sendiri menggemari untuk bercampur dengan golongan lebih dewasa dengan DRC. Rakan-rakan DRC kebanyakkan lebih tua dari DRC... heheh. (tak tua sangattt)

3. Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan sebagai pencorak kedewasaan anak-anak. Kematangan anak-anak bermula dalam rumah. Keupayaan berfikir oleh anak-anak senang untuk dikenalpasti oleh ibu bapa. Ibu bapa boleh mendidik anak-anak seperti orang dewasa, melayan mereka seperti rakan akan tetapi tetap ada batasan. Pendedahan ke alam dewasa dan kematangan fikiran melalui pembacaan buku-buku dan sebagainya boleh diterapkan.

Secara keseluruhannya, DRC simpulkan kematangan dalam media sosial ini adalah sesuatu yang subjektif. Ia mengikut keupayaan individu dan persepsi individu terhadap kematangan. Apa pun sebagai manusia, kita sememangnya berubah daripada rendah ke tinggi, tidak kepada ya, dan sebaginya. Jadi, jika kita perasan kita telah melangkaui usia yang dikatakan matang, adakah kita menyedari tindakkan kita sesusia kita? Jadi, fikir-fikirkan...

DRC pssssttt : Ada kawan DRC (#$%^&*) berumur lebih tua dari DRC tetapi perangai tidak mencerminkan usianya.. Adakah dia tidak matang??? Mohon kesedaran.. =)

Monday, September 24, 2012

Hati-Hati Jatuh Hati

ASSALAMMUALAIKUM

Helo semua.! Dahlama DRC tak post bahasa Melayu.. al-maklumatlah, Assignment DRC pun ada dalam blog nieh... So, kejap jadi omputih kejap jadi omjawa.. haha..
DRC baru je dapat online sebab kebelakangan ni tak berkesempatan sebab DRC selamat digraduasikan oleh Pengerusi KUIN, iaitu MB Kedah.. hehe..
dalam erti kata lain, DRC dah konvo minggu lepas. So, nak tahu apa cerita convo DRC, tunggu entry akan datang ok...

Entry kali ni DRC nak cerita pasal H A T I. 
JATUH HATI.

Jatuh hati adalah satu penyakit yang sangat digemari oleh orang ramai.
Tidak memerlukan sebarang apa-apa ubat untuk mula jatuh hati.

Siapa yang tak pernah jatuh hati, angkat tangan???!!!
~~ DRC angkat tangan! :P
hahhaa.. 

Ia adalah fitrah manusia yang mempunyai perasaan SUKA dan DISUKAI.
Ia juga merupakan satu rutin manusia yang normal.

Jom kita refer pada al-Quran, firman Allah SWT:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” 
(al-Hujurat: 13)

Tak salah untuk JATUH HATI.!!

Kenapa DRC buat statement mcm tu? 
Betul, memang tak salah kita jatuh hati. Kita tak boleh salahkan hati kita kerana menyukai sesuatu dan tidak boleh halang hati kita daripada jatuh untuk menyaki sesuatu..
Macam mana kita nak salahkan hati sedangkan hati itu, kita yang kawal dan kadang kala kita sendiri tak mampu mengawalnya?

TAPI!!!!
Ada tapida pulak... Tapi, apa yang salahnya adalah cara kita untuk jatuh hati... 
Haaa! Kat sini problemnya.. 
Bila kita jatuh hati je, mesti kita nak ngorat seseorang tu..
tak kiralah mcm mana caranya..
Sebab apa kita 'ngorat'? sebab kita inginkan sesuatu itu kerana hati kita telah jatuh untuknya.
*wahhh! ayat mengancem..
 Jom dengar cara-cara mengorat yang disyorkan oleh Ustaz Don...


Hakikatnya jatuh hati adalah perkara yang normal dan ia adalah sifat semula jadi manusia.
Siapa kita untuk menolak rasa kasih dan sayang kerana rasa kasih sayang itu adalah ciptaan Allah? 

Hati-hati dengan jatuh hati..!
Kadang-kadang hati yang buta boleh jatuh hati akan tetapi ia jatuh di tempat yang salah.
Hati yang buta hanya merasai nikmat cinta tanpa rasa kasihNya.
Hati yang celik adalah sebaik-baik hati yang sentiasa berhati-hati.
Jadi, didik hati kita untuk sentiasa berhati-hati untuk jatuh hati..

DRC pssssttt : Ewahh.. korang menggosip pulak, mentang-mentang DRC dah lama tak post pasal CHENNNTAAA ni.. takde ape pun yg terjadi dalam hidup DRC. Still macam dulu.... Macam dulu tu...... HAHAHAH

Tuesday, July 17, 2012

yyey!! Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Handphone Mulai 2013??


ASSALAMMUALAIKUM

Berita gembira untuk adik-adik sekolah yang mana telah dilaporkan bahawa mulai tahun 2013, pelajar sekolah dah dibenarkan bawa handphone ke sekolah!! hoorreeyyy!!!
DRC pun turut bersorak gembira atas laporan ini kerana ini akan mendatangkan banyak PAEDAH kepada syarikat telekomunikasi, kedai topup, kedai handphone, kedai aksesori handphone dan yang berkaitan dengan handphone... Memang business dalam negara kita sungguh menguntungkan!! Apatah lagi jika dilihat dari pandangan pemimpin kita yang suka untuk 'berbisnes'kan alam pendidikan.... Macam-macam boleh mendatangkan keuntungan, yang penting MASSSSYYUUKK~

Apapun, DRC rasa kita perlukan sesuatu perubahan yang boleh ditimbang tara dengan baik. DRC pasti, tujuan ia dibenarkan adalah untuk memudahkan pelahar menghubungi ibu bapa mereka. Ok, jom kita sama-sama timbang tara jumlah kebaikan dengan jumlah keburukan yang ada dalam isu ini :

Kebaikan ->
1. Memudahkan perhubungan diantara pelajar dengan ibu bapa
2. Ibu bapa dapat mengawasi pergerakan anak-anak
3. Dapat berhubung dengan cikgu bila cikgu lambat masuk kelas
4. Boleh merekod apa yang dikatakan oleh cikgu
5. Dapat ambil gambar dengan cikgu, kawan-kawan bila ada majlis

Keburukan ->
1. Gejala mengUPLOAD video gaduh, samseng, seks, dan sebagainya
2. Membuat pelajar leka untuk bermain SMS
3. Handphone yang boleh akses wifi lebih mudah pelajar nak buka mukabuku berbanding buku
4. Pelajar lebih bersemangat ke sekolah sebab nak tunjuk handphone kat kawan-kawan
5. Berapa peratus pelajar akan menghubungi ibu bapa dengan orang lain.? 
(DRC kat IPT pun peratus untuk ibu bapa kurang daripada orang lain tauu~)
6. Banyak duit belanja diperuntukkan kepada pelajar untuk makan & topup
7. Kantin sekolah akan menjual topup untuk para pelajar, makanan tak menjadi keutamaan lagi

Banyak yang boleh DRC senaraikan dalam kelompok kebaikan dan juga keburukan, tapi yang ada itu adalah pandangan DRC terhadap isu ini dan beberapa respon yang DRC peroleh dari kawan-kawan facebook, juga dari orang tua...
DRC ada jugak pengalaman semasa sekolah berkaitan dengan teknologi ni.. memang sangat menakutkan dengan teknologi apabila disalah gunakan oleh kita (pelajar) yang masih belum bijak untuk membuat timbang tara..

DRC kongsi sikit pengalaman DRC masa muda-muda dulu..
Masa tingkatan 5, DRC ada bawak kamera digital ke asrama dan sekolah. Tujuannya nak ambil-ambil gambar masa awal tahun (bufday DRC). Dalam masa yang sama, DRC rakam apa yang terjadi disekolah.. Masa bufday DRC tu kiteorg sambut dalam dorm... Bilik digelapkan, pasang lilin kat kek, nyanyi ramai2,, DRC just sharing happening dengan kawan2 dorm masa form 4, kemudian DRC uploadlah adalam akaun Youtube DRC... Memang masa tu, yang tau je bukak.. Time tu kan zaman myspace, so yang ada myspace je la yang tau kewujuan video tu..
Dalam video tu pulak, ada kawan DRC pegang handphone, dan lighter..
Hummm... yang bestnya video tu upload bulan Januari, tapi kantoi dengan cikgu bulan September.. HAHAAHHA~
Kena jugak lah tindakan disiplin untuk DRC yang nakal nih.. :3

Malas nak cerita panjang, memang menjadi pengajaran kepada DRC. Jadi, mungkin zaman DRC tu tahun 2008, hanya perkara-perkara macam tu je yang berlaku, tapi kalau kita tengok zaman sekarang ni, pelajar sekolah bukan macam zaman dulu.. Mereka lebih 'advance' dari kita.. Mereka lebih kreatif dan inovatif dalam teknologi. 
DRC tertanya, kalau zaman DRC dah macam tu, apalagi zaman sekarang..??

DRC mohon pihak atasan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia juga Menteri Pelajaran kita membuat timbang semula dengan apa yang telah diputuskan.. Cadangan DRC macam ni :

1. Boleh untuk benarkan telefon bimbit di sekolah, tetapi HANYA untuk pelajar yang benar-benar berpotensi cemerlang dalam pelajaran dan akhlak
2. Boleh benarkan HANYA untuk pelajar yang rekodnya disiplinnya bersih..
3. Boleh dibenarkan dengan syarat handphone dibenarkan selepas waktu tamat P&P.

Pada DRC, meletakkan syarat itu mungkin ada kebaikan yang boleh disekat. Sebab kebebasan tidak mampu dikawal jika tiada sekatan. Tidak semua teknologi mendatangkan kebaikan, dan tidak semua kemudahan itu memudahkan..

DRC pssstt : Jangan sampai sesuatu KEPENTINGAN dijadikan PERUNDANGAN!!

Sunday, July 1, 2012

Baju KURUNG... Eh, KURUNGlahhh~

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat sejahtera semua... Semakin hari semakin DRC sibuk nak buat entry berbanding blogwalking.. Nanti line tenet dah power, DRC bw sampai lebam ok.. jangan risau...
Ok, kali ni entry DRC nak cerita pasal baju kurung...
HAA!! BAJU KURUNG...
yelah,, musim orang hantar tempahan baju nih kann..
(puasa dah ganti ke belum?)
Baju kurung yang sentiasa dikaitkan dengan kaum hawa ni, suka sangat DRC kupas.. Yelah,, mesti ramai diantara kita... eh! bukan kita.. ramai diantara korang (perempuan) yang tahu bahawa nama baju kurung tu sekadar baju kurung sahaja... kannnn??
Dan korang (perempuan) hanya tahu pakai, bergaya dan nak nampak cantek je kannn???
Ok, jom cuba kita menyelusuri sejarah baju kurung...


Ok, dah baca sampai habis... Tapi kenapa namanya "kurung"??
Pada pandangan DRC sendiri, nama KURUNG tu adalah kerana peradaban melayu yang sopan dan santun dengan sikap ketimuran serta si pemakaian perlu melambangkan ciri-ciri tersebut.. Kurung di badan serta kurung dengan sikap yang sopan santun..
Kurung di hati agar sentiasa bersih dengan kurungan iman..
Kurung di jiwa agar kurung segala tindak tanduk yang dilakukan...
Menurut nenek DRC, baju kurung ni sebenarnya adalah bagi mengelakkan anak dara/ perawan untuk melakukan perkara-perkara yang menjerumuskan akhlak dan merosakkan pegangan adat ketimuran... Katanya, baju kurung ni dapat mengelakkan daripada sebarang perkara yang kotor... kerana potongan baju kurung yang tak ketat, dan pengayaan yang sopan oleh si pemakai adalah salah satu kenapa baju kurung ini dinamakan Baju KURUNG...

Ok, point yang DRC nak bawa dalam entry kali ni bukan sahaja sejarah dan asal usul baju KURUNG, tapi cuba sama-sama kita semak kembali perbezaan baju kurung lama dengan baju kurung moden (yang dah tak kurung sangat).. TENGOK NI!!

Apa yang DRC boleh kata, contoh baju kurung modern kat atas ni dah tak menampakkan KURUNGnya sesuatu baju kurung itu... sehinggalaaaahhh, perkara-perkara sebegini terjadi :


Nauzubillah..... Jangan sampai kita tergolong seperti gambar contoh kat atas nih... 
berbaju KURUNG tapi seksi...
berbaju KURUNG tapi tak sopan...
berbaju KURUNG tapi tak beradab....
berbaju KURUNG tapi tak menutup aurat...

Walaupun fesyen dah melampaui ke depan daripada zaman, jangan kita terikut sangat dengan ia.. Jangan sampai kita menjadi mangsa kepada fesyen dan nafsu untuk bergaya..
Tak salah kalau nak berbaju kurung....
Tak salah kalau nak bergaya dengan baju kurung..
Tapi mesti perlu kena dengan cara dan adab sebagai seorang Melayu ISLAM..


Contoh macam ni pun ok kannn? Sopan, sejuk je mata memandang...
Lagi sejuk macam yang kat bawah ni...
DRC psssttt : Pada zaman dulu, sewaktu pengaplikasian nilai Islam belum diterapkan dalam kehidupan seharian, baju kurung tak dipakai dengan tudung... Tapi orang pada zaman tu, menggayakan baju kurung dengan sopan, santun dan berbudi pekerti.. Cumanya, dalam zaman sekarang,, pengetahuan ilmu Islam itu kita dah tahu, tapi kenapa masih ramai lagi yang nak berfesyen melampau dengan Baju Kurung, kan??? Yang pelik tu,,, ada antara perempuan, terpaksa pakai baju kurung sebab nak jumpa bakal mak mertua kan?? ^.^peace!

Monday, June 25, 2012

Lepas SPM : Matrik... Diploma.... STPM....??

ASSALAMMUALAIKUM

~kenangan zaman diploma~

selamat sejahtera dan salam ceria dari DRC yang ceria nih..
lama jugak tak update blog... lagi lama dah tak blogwalking...
baru-baru ni, DRC bersama Kumpulan Media Karangkraf menjalani satu program team building untuk para pekerja Kumpulan Media Karangkraf dan Ultimate Print Sdn Bhd di Dusun Eco Resort.
apapun, seronok pun tak terkira sebab ramai peserta terdiri daripada abang-abang, kakak-kakak dan pokcik-pokcik... seronok =)

ok, dalam musim kemasukan pelajar baru ke IPT, DRC memang suka untuk imbas kembali zaman2 muda DRC mula-mula masuk ke adalam universiti.. seronok pasti lah.. tapi sebelum menempuh jalan tu, mesti kita akan perlu memilih jalan untuk ke mana arah kita...

lepas SPM, banyak tawaran universiti yang kita dapat dalam apa juga jurusan.. tetapi mengikut taraf pendidikan samada matrik/asasi atau diploma ataupun STPM...
ramai adik-adik lepasan SPM tanya pada DRC, keadaan kat matrik, atau diploma ataupun stpm..
yang hanya DRC boleh ceritakan adalahhhh...~~

DRC ceritakan sedikit pengalaman DRC lepas SPM...
lepas keputusan SPM diumumkan DRC memang tak dapat mana2 tawaran universiti samada awam atau swasta.. DRC dapat tawaran tingkatan enam aliran sains... memandangkan keputusan SPM DRC bukan sesuatu yang membanggakan sehingga dilambung2, DRC pelik dengan senario yang berlaku pada DRC... sejak dalam kem PLKN, sehingga tamat kem dan dapat keputusan SPM, DRC langsung tak dapat tawaran mana-mana U.. itu tak kisahlahh... (sangat!!)
apabila IPTA dah dipanggil, dan DRC tak dapat panggilan ke IPTA, DRC mohon ke ipts...
haaa!! mesti tertanya-tanya, kenapa DRC tak pilih masuk tingkatan enam,?? sedangkan, DRC dapat tawaran ke tingkatan enam.... kan??
ok, DRC memang daftar ke tingkatan enam waktu tu, tapi 'jiwa' DRC bukanlah pada aliran sains seperti yang ditawarkan... DRC pergi sekolah untuk 3 hari sahaja.. itu pun selang seli.. hari ni datang, esok ponteng, lusa datang balik.. hahaha.. seronok!!
apabila menyedari DRC bukanlah orang yang belajar dan minat sains, DRC stop dan ambil keputusan untuk menyambung pengajian di ipts dalam peringkat diploma..
sehinggalah tamat diploma, DRC barulah nak sambung degree Julai nanti..

mesti ada yang kata, mereka yang ambil diploma dan sambung degree ni buang masa dan ambil masa yang lama untuk dapatkan degree... tapi pada DRC, kenyataan itu SALAH!!! bukan sebab ia memperkecilkan pelajar lepasan diploma, akan tetapi kenyataan itu memang bercanggah dari sudut niat untuk menuntut ilmu...! 
DRC memang cukup tak gemar, kalau orang kata, 'kau buang masa ambil diploma..'
 'kau habis degree nanti lambat laaa..' 
ayat-ayat sebegini memang cukup pantang DRC dengar.. sebabnya peringkat diploma bukanlah satu peringkat yang buang masa dan sia-sia.. akan tetapi peringkat diploma adalah satu peringkat yang mana penuntut diploma mendapat LEBIH daripada yang lain... tiga tahun dalam menimba ilmu, dan 4 tahun di peringkat ijazah bersamaan 7 tahun di alam pengajian, bukan sesuatu pembaziran, tetapi satu KELEBIHAN.. 
pepatah ada menyebut, "jauh perjalanan, luas pemandangan", pada DRC, "lama pengajian, luas pengetahuan". ini yang DRC pegang sampai sekarang... biar masa yang diambil kita lama dan panjang akan tetapi ia adalah kelebihan untuk kita terus menimba ilmu...

DRC tak kata bahawa lepasan matrikulasi dan STPM adalah sesuatu yang rugi.. tidak sama sekali.. lepasan matrik mempunyai kelebihan tersendiri kerana mereka berjaya melepasi satu tahap pembelajaran yang singkat untuk diterokai, dan STPM pula adalah satu peringkat yang benar-benar menguji kerana sistem STPM (setakat yg DRC tahu) adalah sistem 2 tahun belajar, 1 peperiksaan... jadi, sekurang-kurangnya 2 tahun untuk Tingkatan enam, dan 1 tahun untuk matrikulasi dan terus menyambung pengajian di peringkat degree.. 
kelebihan mereka adalah jarak masa yang mereka habiskan untuk pengajian.. dalam masa yang singkat, mereka berjaya menghabiskan pengajian diperingkat mereka dan terus menyambung pengajian di peringkat seterusnya.. kemampuan pelajar matrikulasi dan stpm adalah kemampuan yang sukar untuk DRC perolehi.. jujur DRC kata, DRC tak mohon matrikulasi semasa tingkatan lima sebab DRC tahu DRC tak boleh untuk ke matrik..
dan peringkat matirkulasi dan stpm adalah peringkat paling mencabar untuk kita alami...
ok, kenapa DRC tak memohon matrikulasi??
DRC sedar cara belajar dan cara hidup DRC bagaimana dan seperti apa...
cara belajar DRC bukan seorang yang struggle dan street study untuk kejar pointer, tapi cara belajar DRC lebih santai, relex dan main-main... hehehe.. sebab itu DRC tak yakin DRC boleh berada dalam kalangan matrikulasi dan stpm. dan DRC pilih jalan ke diploma...

jadi, adik-adik lepasan SPM diluar sana, yang sedang buntu... DRC doakan supaya adik-adik semua pilih jalan yang betul mengikut kemampuan diri kita... jika kita mampu untuk ke jalan itu, teruskan.. jika tidak, risiko yang dialami mungkin akan mengalami kesukaran diwaktu akan datang..
sebenarnya, tidak kira matrikulasi, diploma ataupun tingkatan enam (STPM) semua ini adalah sama... kita menimba ilmu tidak kira peringkat apa dan jalan mana kita pilih... yang penting kembalikan niat kita dalam menimba ilmu.. ikhlaskan diri dalam menimba ilmu agar dipermudahkan jalan.. jika niat kita ke alam IPT untuk bersuka ria, maka berduka citalah kita nanti.. 

DRC ucapkan selamat datang ke dunia baru kepada adik-adik matrikulasi, tingkatan enam dan peringkat diploma..! =)


DRC pssstt : sungguh tidak best bila keyboard rosak... mesti sebab DRC taip laju sangat.. kesian keyboar nih... hmmmm... kat mana ada trade in laptop eak?? heheheheh ^^,

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...