Bersama kita hentikan gangguan semasa Solat Jumaat oleh kanak-kanak!
Assalammualaikum....Salam Hari Isnin dan Salam 1 Ummah....
(mood yang baik sebab entry pasal agama :P)
Hari ni DRC nak berbincang sikit tetang Solat Jumaat... Seperti yang kita sedia tahu, solat jumaat ni wajib bagi golongan kaum Adam (LELAKI)kan,, solat ini terdiri 2 rakaat tetapi perlu mendengar khutbah sebelum solatnya.
Berbeza dengan solat Aidilfitri aau Aidiladha, khutbah Solat Jumaat dilakukan sebelum solat pada waktu Zohor.
Berbeza dengan solat Aidilfitri aau Aidiladha, khutbah Solat Jumaat dilakukan sebelum solat pada waktu Zohor.
Kita sedia maklum, kaum bapa yang mendirikan solat Jumaat akan membawa anak-anak kecil ke masjid. Kalau di Kedah, (hari jumaat cuti) ramai yang ke masjid. Kalau di Johor (hari jumaat bekerja) ada bapa yang membawa anak mereka ke masjid dan ingin terus menghantar anak mereka ke sekolah petang/sekolah agama. Ini memudahkan lagi perjalanan memandangkan masa ketika Jumaat begitu singkat.
Sepanjang DRC melakukan ibadah Solat Jumaat (macam lahhh orang lain tak buat), DRC sendiri pernah rasai menjadi kanak-kanak di Masjid dan perangai kanak-kanak bila berjumpa kawan, orang tua kita pulak sibuk dengan amalan(ibadat) diorag, ape lagi,,,,, SERAAAAAAAAAAAAAANNGGGGGGGG!!!
Masa DRC kecil, memang kami tidak dikawal pergerakkannya di Masjid. Ya, semasa khutbah kami (budak kecil/kanak-kanak) eh,, DRC kecil lagi okeeeeyhh!! semasa khutbah, penjaga (bapa) akan duduk sebelah kami, tapi kalau dah kecil-kecil cili padi, apa lagi bagi la alasan nak ke jamban ke, amek wudu' lgi ke tapi alasannya sebab nak jumpe kawan. so, bila dah jumpa kawan, habis pulak khutbah jumaat terusss je solat jumaat. biasalaa,,, budak kecil takleh solat dekat depan sama dengan orang besar.... lagipun sebab tak khatan lagi... oppsss! statment atas tu kene tarik balik...hehehe,,, bila budak kecil dok kat saf belakang, ape lagi, bising nya ada lah, berlarinya laah,, berjoget pun ada,,, begusti tumbuk lagi lahhh... jadi macam-macam sehingga tidak menyenangkan orang besar untuk khusyuk dalam solat... mesti dalam hati ayah-ayah kat depan tu panasss jee.... "siap lah kau budak,!"dalam hati semasa ruku'.
OK, DRC ada bebrapa tips untuk menyelesaikan perkara ini. mungkin ia boleh diguna pakai atau kalau tak boleh guna pakai, guna je la tak payah pakai... >.<
Caranya, Solat Jumaat ni kan wajib kepada kaum Adam je kan,, so kaum Hawa kena buat Solat Zohor, jadi apa yang bermain di fikiran DRC adalah, semasa solat jumaat diadakan, sang suami bawa bersama isterinya. kalau tak setiap satu suami, ahli jawatankuasa masjid pun jadilah... bawa isteri (kaum hawa) ke solat jumaat. Untuk APA????!
Peranan kaum hawa sepanjang solat jumaat berlangsung adalah bagi menggantikan ahli jawatankuasa masjid (lelaki) dalam menjaga ketenteraman masjid yang tidak dapat dikawal kerana gangguan oleh kanak-kanak yang berbuat bising... Kaum Hawa yang hadir boleh membawa rotan sebagai 1 'ugutan' pada mereka (kanak-kanak) untuk menjaga tingkah laku mereka semasa solat jumaat diadakan. Kaum hawa yang hadir juga boleh menunaikan solat Zuhur semasa khutbah di sampaikan kerana pada waktu itu azan zohor dah pun kedengaran kan? jadi apa salahnya kaum ibu/hawa datang ke masjid untuk menjaga ketenteraman masjid.
Mungkin tips/cadangan dari DRC ni kolot kan? tapi kalau hal ini tak dibendung, masalah ini akan teeerus menjadi masalah tanpa penyelesaian! DRC akui zaman kanak-kanak DRC nakal dan DRC tak terlepas untuk buat bising kat belakang time orang solat jumaat (KANToooiiii!!). Jadi, sekarang ni umur DRC dah 20 tahun, bayangkanlah sebelum zaman DRC kecil lagi pun perkara ni dah berlaku, jadi takkan lah benda ni kita nak biarkan...
Masjid itu adalah tempat yang suci. kalau kita terangkan kat budak-budak pun dia tahu tapi perangai takkan nak berubah. Motivasi ke, ceramah ke, manalah masuk dengan jiwa budak-budak yang meronta nakkan permainan...!
Jadi, peranan Kaum Hawa di masjid semasa solat jumaat mungkin effektif dalam langkah menjaga kesucian masjid itu sendiri.. mungkin pihak masjid boleh tubuhkan Gerakan Jumaat Muslimat atau sebagainya bagi membendung gejala gangguan semasa solat jumaat ni...
Renung renungkan, baca bacakan, komen komenkan dan SELAMAT BERAMAL....
>.<
7 comments:
Kegunaan kaum hawa sepanjang solat jumaat berlangsung adalah..
tukar kegunaan dengan peranan elok sket kot ayat tu.. :)
terima kasih sangat2... tak perasan pulak.. sebab kalut nak study dengan exam malam ni..hehehee.... terima kasih yerk atas keperihatinan..
rasa nak lempang je budak2 yang bising time solat jumaat ni...
@hyz --> sabaq2x.... kita kena ada cara untuk mengajar...hehehe
rasa nya x sesuai golongan hawa untuk wat keja ni.sebab kadang2 bkn budak2 je yg dok blakang2 n main2...golongan remaja pon ada gak...bdk2 ni kadang2 bkn ada rasa hormat.tambah plak kat ponpuan...suruh je pakgad g rotan...satgi dah nak tahiyyat akhir 2 pergi la sambung solat..hehe bleh ke gitu??
@Anonymous --> time kaceh atas pandangan... tapi kalaupun masjid ada pakgad, mestilah pkagad tu lelaki.. dan syarat untuk solat sah solat jumaat mesti mendengar khutbah, sebab 2 kutbah itulah ganti 2 rakaat kepada Solat Zuhur..kan?? peranan wanita (makcik2 atausebagainya adalah untuk menjaga ketenteraman dan sebagai 'WARNING'. sure budak2 kecik akan hortmat, dan remaja yang buat bising kat belakang pun akan sama hormat bila ada orang perempuan yang menjaga. lelaki zaman sekarang ni kan malu bila ada perempuan tegur pasal sikap apatah lagi di masjid... melainkan masjid tu ada guard perempuan.. tu memang baguss lah.. kenapa tidak???
Kat padang serai,kedah,ajk msjid mtk pasukan RELA tlg kwal kt luar.jaga prking.tp yg bdk2 xpasti la pulak.hehe
Post a Comment