pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Thursday, September 22, 2011

"aset" DRC ditarik balik...???

Assalammualaikum... Apa khabar semua?? Sihat? Ucapkanlah Alhamdulillah....
DRC buat post pasal DRC sendiri pulak lah... asyik2 pasal dunia glem jer... So bored dgn kisah tersebut..... :o


Keadaan persekitaran DRC yang tak menentu sekarang ni membuatkan DRC pun tak berapa nak sihat...bertambah pulak dengan satu 'kejadian' yang berlaku baru-baru ni..


Kita sedar bahawa apa yang kita ada hanyalah pnjaman dari Allah SWT.. dan kehidupan ini tidak kekal.. DRC akui apa yang DRC miliki selama ni juga akan dipulangkan kepada yang berhak...
(ayat touching je kan....)


Kejadian yang membuatkan 'aset' DRC ditarik balik adalah ketika...............


"Pada suatu petang, sedang DRC menunggang motosikal, DRC sedang bercakap di ganggang telefon dengan seorang kawan DRC yang menelefon DRC.... Dalam pada ketika itu, DRC tidak sedar bahawa ada serangga berterbanggan di kawasan jalan yang DRC lalui itu.... Ketika sedang berborak (biasalah...cakap dgn telefon atas motor mana clear sgt, kena cakap kuat2)... Bila dah cakap kuat2, serangga yang berterbanggan tu 'menyelinap' masok ke dalam mulut DRC..!! ohhh!!! tidakkkkkkkkkk!!!! nasib baik tak tertelan... DRC sempat membuangnya di tengah jalan... eeeeeeeiiiiii~~~ gelinyaa..!! Terus letak telefon


Lepas DRC buang serangga tu (tanpa melihat apakah serangga berkenaan) DRC tak sanggup nak tengok...! Ya Allah.... Malangnya hari tu...


Tiba-tiba DRC rasa tekak DRC macam tercabut! Suara DRC tak berapa clear.. eishhh..! Ya Allah.. ni lah padah buat aku..? DRC gagahkan diri ke kedai untuk membeli madu, sebab DRC memang mengamalkan madu untuk suara... Tapi sebab sebelum ni tak ada masalah suara,, jadi dah lama tak membelinya...Sampai je kat rumah, DRC terus makan madu tu,, dan bancuh dgn air suam... nak hilangkan 'payau' serangga tu... Tiba-tiba DRC rasa mcm nak termuntah..!
(tak nak lah citer pasal muntah tu..)


DRC tak tahan sangat sebab anak tekak rasa mcam terputus..... DRC terus pergi klinik berhampiran Bandar Alor Star.. Mencari Klinik Bumiputera.. alaahaai... payah nye nak cari...


Doktor memberi suntikan pada DRC sebab katanya serangga yang singgah ke dalam mulut DRC tu mungkin berbisa seperti lebah atau sebagainya..! (DRC dah cuak time tu)... Lepas tu tanyalah, kenapa dengan anak tekak DRC? Doktor tu jawab, tekak DRC lebam dan lebam anak tekak ni dia akan membesar... Kebiasaannya anak tekak akan tergantung tapi anak tekak DRC sekarang betul-betul menjejak lidah.. sebab tu DRC sangka anak tekak nak tertanggal.. ok,, Jom kita tengok gambar anak tekak...

Anak tekak yang normal adalah anak tekak yang kecil dan tergantung di atas lidah tetapi tidak mencecah lidah.. tapi masalah yang DRC hadapi sekarang ni, adalah anak tekak DRC membesar hingga mencecah lidah.. Doktor memberi suntukan untuk memotong bisa yang ada pada anak tekak kerana kesan lebam pada anak tekak DRC tidak sampai 1 jam! kemungkinan serangga yang baik hati tu berbisa..!! taaakottt...!

Kemudian Doktor bagi DRC ubat. Ubat macam mcam (dah la aku ni malas nak makan ubat, tekak tengah sakit..ishhh).. Tapi Doktor tu da nasihat dah, kena rajin makan ubat,, ikut jadual ubat tu... Sekarang ni DRC makan ubat bersama air bancuhan madu untuk mengurangkan rasa pahit ubat... :P

Sekian lah ceria DRC..."

So, korang tau tak apa yang dimaksudkan dengan 'aset' DRC?? 'aset' DRC yang dimaksudkan adalah suara DRC..... ALhamdulillah,, sekarang sudah pulih.. bayangkan kalau petang DRC kena 'serangan' tu, malam tu sepatutnya DRC ada job sebagai DJ sempena majlis hari raya di kolej. tapi di tangguhkan BUKAN sebab 'aset' DRC ok...huhu.... ada hikmahnya majlis tu di tangguhkan.. boleh lah tunggu sampai suara DRC ni pulih... kalau tak pulih jugak, DRC terpaksa tarik diri dan bagi pada orang lain job DJ tu... then yang terdekat ni pulak DRC ada pertandingan debat sempena Konvokesyen.. hurmmm... semua memerlukan DRC menggunakan 'aset' tersebut...
Alhamdulillah... semuanya akan pulih seperti biasa...

DRC psssssstt : Bloggers dan reader pun tolong doakan DRC dapat pinjam balik 'aset' DRC dari Allah SWT yer... syukran, jazakallah...
>.<


5 comments:

ctk said...

keciannyer kamooo....lebah ke yang masuk?memang bengkak2 la kan....smOga kamu dapat suara kamu balik n menjadi pendebat dan DJ yang hebat...ehehehe

hyz said...

bila nak jd penyanyi plak? hehehe wow, jaga suara ngn madu tu....

DRC said...

CTK --> xde la yg terbaik... juz DRC dpt bg perkhidmatan yang terbaik pd org yang pggil DRC tu pun da oke...

Hyzz --> penyanyi...??huhuuuhh... mana layak lg... xhingin pon.. tp kalu hyz nak belanja karox ok wat.. eh, madu tu kan ubat segala penyakit..

Rara. said...

kesiannya, semuga cepat sembuh yaaa? hehehe :)

DRC said...

Rara --> terima kasih.. doakan lah yerk....

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...