pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label tentang DRceria. Show all posts
Showing posts with label tentang DRceria. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Tanpa Tajuk

Tika melangkah kaki untuk pergi, sebak.
Entah kenapa seakan ada kuasa yang menarik untuk masih disitu.
Akan tetapi langkah perlu diteruskan, kerana perjalanan masih jauh.
Kutarik beg dengan penuh malas.

Menuju ke kawasan baru. Asing buat aku.
Entah kenapa sukar untuk menyelesakan diri.
Bukan aku tak cuba, tapi aku gagal berkali.

Lantaran, aku pohon hajat dan petunjuk.
Ya! Jawapannya aku harus pulang ke asalku.
Disitu aku temui cinta dan cita.

DRC teringat waktu melangkah kaki ke KUIN. Tanggal 1 Jum 2009, mendaftarkan diri. 
DRC daftar dalam jurusan Kretif dan Multimedia.
Tapi DRC grad dalam jurusan Pengurusan Perniagaan.
Hahaha.. kalau nak tahu kenapa, meh tengok meh kat link ni


Kami kenal dari asrama Gemilang.
Orang Baling, berlatar belakang agama yang sangat kuat.
Ada satu malam, lepas solat isyak, DRC lepak-lepak di biliknya. 
DRC ada ternampak satu kitab kecil yang tertulis,
'Rukun Usrah'
Dalam fikiran DRC, ada ke rukun lain selain Rukun Iman, Rukun Islam, dan Rukun Negara. Tertanya, apa rukun usrah. DRC belek-belek kitab kecil tu, ermm.. Serius tak faham.
DRC pun tanya padanya, apa itu usrah.. 
Penerangan yang diberikan membuatkan DRC sangat berkobar untuk menyertai usrah.

Biasalah, bergaduh dan berselisihan faham itu perkara biasa dalam bersahabat.
DRC percaya dengan kemanisan bersahabat itu akan terjadi apabila saling memaafkan dan mengasihi antara satu sama lain.
Iyalah laut pun ada musim ini kan pula manusia..

Namun, memaafkan itu adalah sesuatu yang indah, kan?

DRC mengucapkan Selamat Ulangtahun kepada Muhammad Zulkhairi Bin Umar.


Dialah kawan gaduh, kawan berpanas, kawan berhujan.
Semoga panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman, dan cepat dipertemukan jodoh.
Khairi dah nak final exam untuk final year di KUIN.
Doa tak putus untuk rakan-rakan final year di KUIN.
InsyaAllah, Khairi akan dapat first class degree.. Aminn..

DRC pssstttt : Hari lahir Khairi 6 Mei. 4 Mei - kakak DRC yg kedua.. Semoga semuanya diberkati Allah... insyaAllah... :)

Tuesday, April 2, 2013

Ini Dia..

ASSALAMMUALAIKUM

Kadang-kadang kami sefahaman, sebulu dan sekepala.
Kadang-kadang kami kelahi, bergaduh dan bermasam muka.
Kadang-kadang kami berkongsi rasa, rahsia dan cerita..

Selalu kami akan berkongsi masalah dan pendapat.
Selalu juga kami rakamkan kenangan bersama.
Selalu juga kami meluat sesama sendiri..

Pernah masa DRC darjah enam ketika itu hari raya semakin hampir.
Dibelikan DRC kasut untuk hari raya.
DRC pakai dengan elok, bergaya dengan kasut hitam itu.

Tetapi, apabila terdapat sesuatu yang tidak bersefahaman, kami bergaduh.
Akhirnya kasut itu dikoyakkan.
DRC pasrah.
Itu salah DRC.
Ia memberi pengajaran yang sangat mendalam buat DRC.

Tahun lepas, dia akan mendirikan rumah tangganya dengan pilihan hati.
Pada awal perancangan, DRC akan bertindak sebagai perancang dari sudut kad jemputan, pemilihan baju, warna tema dan kek.
Seminggu sebelum hari berlangsung, DRC pulang ke rumah untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. 
DRC tanya, baju sanding macam mana?
Di jawab, tak berapa cantik. Sebab bunganya tenggelam dan tak match dengan persalinan lelaki.
DRC ambil langkah, untuk menukar baju sandingnya supaya lebih elok dan menarik.
DRC yang baru sampai di rumah terus bersamanya mencari persalinan baharu walaupun pada saat-saat akhir. Berpanas dan berhujan dari Tangkak ke Melaka mencari persalinan baru.


Dialah kekanda DRC, Nurul Jannah bt Musa.

Selamat Hari Lahir kakak.!
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, dikurniakan zuriat soleh dan solehah, menjadi isteri yang mithali, kakak kebangaan keluarga, dan sentiasa dirahmati Allah.
Semoga ulang tahun kelahiran kali ini memberi seribu warna dan cerita.. :D
~Allah Selamatkan Kamu~

DRC psssstttt : Inilah kakak pertama DRC. Kakak banyak membantu DRC dan adik-beradik yang lain.. Happy birthday my beloved sister..! <3 font="" xoxo="">

Monday, April 1, 2013

Kini Blog DRC Berwajah Baru!!

Wahhh.... Blog DRC dah berwajah baru..!! Cantik tak??? 

ASSALAMMUALAIKUM

Alhamdulillah, April 2013 menjadikan blog DRC kini berwajah baru sempena ulang tahun yang kelima selepas penubuhannya pada 2009.
DRC panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat dan peluang kepada DRC untuk berkongsi rasa dan cerita bersama orang lain dalam blog DRC..
DRC pun bersyukur ada kawan-kawan blogger yang support DRC untuk teruskan berblogging..
Kalau tidak, DRC memang dah give-up dah.. Kemalasan nak menaip dah semakin membara..

Kali ni DRC nak gunakan template yang simple tetapi menarik. Kalau yang lepas DRC gunakan elemen Biru terkois + Merah, kali ni DRC kekalkan warna tersebut akan tetapi DRC tambah dan lebihkan elemen putih, supaya blog nampak lagi luas tanpa sebarang warna lain yang dominan.

Untuk header pula, DRC guna header yang baru, DRC tambahkan semua media sosial yang DRC ada untuk kawan-kawan like, follow atau berinteraksi dgn DRC lebih lagi daripada dalam blog. 

Kalau dalam bentuk PNG, inilah jadinya.. kekeh..

Selain daripada header dan background baru, DRC akan cuba tambahkan trafik dgn iklan yang ada. Hehehee.. Kadang-kadang tengok blog lain, meriah semacam jeles pun ada jugak..
InsyaAllah..

DRC juga telah menambah baik dari sudut nama blog iaitu
INTERPRETASI DERIA RASA CERIA
DRC memberi nama baru dgn penambahan perkataan 
INTERPRETASI yang membawa maksud :

"interprétasi) tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dsb sesuatu): berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap peristiwa tersebut; selama kita berpegang pd hakikat ini, selama itu pula kita tidak mungkin memberikan ~ baru terhadap karya sastera lama kita; menginterpretasikan membuat interpretasi tentang (sesuatu), mentafsirkan: tugas utama bimbingan kerjaya ialah ~ dan meramalkan perubahan belia; ~ segala bentuk tingkah laku; penginterpretasian perihal (proses) menginterpretasikan sesuatu, pentafsiran: bentuk-bentuk logik ini merupakan ~ makna yg masih berada pd tahap yg longgar dan kabur; penginterpretasi (orang dll) yg menginterpretasikan sesuatu perkara, pentafsir: ia hanya bertugas sbg ~ yg dangkal."

Sumber diperoleh dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu

InsyaAllah seiring dgn kematangan 5 tahun ini, DRC akan cuba untuk menerapkan penulisan yang matang dan bernas.. Seiring dgn motto nya iaitu,
"Bermanfaat Padat Berintegriti"

InsyaAllah.. Terukan menyokong ye.. Komen lah kalau ada penambahan buah fikiran.. :)

DRC pssstttt : Terima kasih juga kepada 'silent readers' DRC... InsyaAllah sama-sama kita akan sebarkan kefahaman melalui blog..! :D

Friday, February 8, 2013

Bengkel Penulisan Kotemporari...

ASSALAMMUALAIKUM

Baru-baru ini DRC sempat mengikuti program Bengkel Penulisan Kotemporari anjuran Telaga Biru Training & Consultancy...
Banyak input yang sangat berguna untuk DRC dalam mengaplikasi penulisan dalam blog, mahupun cerpen DRC... insyaAllah...

Pertama kali DRC join bengkel penulisan secara formal macam ini.. DRC tak pasti kalau DRC pernah join mana-mana bengkel penulisan sebelum ni,. 
DRC sangat berbesar hati bila dapat menjadi peserta.. Dah lama tak jadi peserta untuk mana-mana program, bila jadi peserta macam teruja lain macam pulak.. heheh...

Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan pelbagai input, teknik dan cara untuk menulis secara teori dan juga praktikal... Ada diantara para peserta yang sudah sedia bertapak dalam bidang penulisan..! Cayalah..! DRC kagum dengan mereka.. Kerana mereka telah ada buku sendiri akan tetapi masih lagi menimba ilmu dan pengalaman...

DRC sangat mengagumi dengan semua peserta bengkel kerana mereka bukan sahaja datang dari area Lembah Klang akan tetapi ada yang dari Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan sebagainya.. Teruja untuk berkongsi pengalaman dan mengambil peluang bersama mereka.. Tidak dilupakan ada peserta dari Singapura turut hadir dalam bengkel 2 hari ini..

Dalam bengkel ini sepatutnya menampilkan Ustaz Pahrol, Ustaz Zahazan dan Ustaz Umar, akan tetapi pada waktu itu Ustaz Pahrol tak dapat hadir bersama kerana masalah kesihatan.. Amat menyedihkan akan tetapi ia bukan penghalang untuk kami terus menimba ilmu dalam bengkel. Ia sebenarnya membakar semangat kami semua untuk terus berada dalam bengkel dan mendapatkan seberapa banyak input..

Dalam sesi teoritikal, kami di train untuk menjadi seorang kolumnis dalam apa jua majalah yang ada terbitan Telaga Biru samada Gen-Q, Al Ustaz, mahupun Solusi.. Kerana pada permulaan untuk menulis buku amat sukar sekali kerana seharusnya untuk menjadi seorang penulis buku, kita perlu mempunyai nama dalam tapak penulisan, supaya pembaca mengenali kita dan akan tertarik dengan karya kita.. Itu adalah teknik mengikat pembaca.. hehe..

Secara keseluruhannya dalam bengkel ini, peserta telah mendapat keistimewaan yang mana secara tidak langsung Telaga Biru telah menawarkan peserta untuk menjadi kolumnis dalam majalah-majalah terbitan mereka..! Peluang yang sangat keemasan! (ayat mcam tak betul je)

Jadi, sebagai peserta, DRC pun sebenarnya teruja nak hantar artikel-artikel DRC akan tetapi belum ada keyakinan lagi... InsyaAllah satu hari nanti, kalau ada rezeki, kelapangan masa DRC akan menghantar proposal DRC ke Telaga Biru.. Doakan DRC ye... :D

Jom, DRC nak share gambar-gambar sekitar bengkel...
Ustaz Umar, seorang pakar Hadis juga kolumnis utk majalah Solusi dan Al Ustaz

Peserta lelaki bersama ustaz umar

Peserta lelaki bersama Kak Husna, Editor Majalah Solusi

Group discussion 

Sesi bersama Ustaz Zahazan


DRC pssssttt : InsyaAllah, DRC nak mulakan dari Blog dahulu, kemudian baru ke kolumnis dan seterusnya buku... DRC tak mengharapkan apa.. Cuma mengharapkan penulisan DRC menjadi saham untuk DRC masuk ke syurga nanti.... Aamin... Ehemm..Ehemm... Bulan 4 nanti DRC akan merubah wajah baru blog DRC ni... nantikan yee.. :)

Friday, January 4, 2013

Wonderful My 21st on 2012!!

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat hari Jumaat.. Penghulu segala hari... Empat Satu Satu Tiga hari ini bersamaan 21 Safar 1434H.. Hari keempat kalender 2013... Tak terlambat untuk DRC ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi kepada semua pembaca dan followers... DRC sempat berbW tapi tak sempat nak follow kepada followers baru, jangan mareee.. Nanti DRC follow balik ye... Meh senyum sikit meh... :)

Ok, kepada followers twitter DRC, yang selalu je nampak DRC hashtag #WonderfulMy21st tu mesti tertanya-tanya sebab ape lah DRC gatai sangat buat kan... Sebenornya DRC nak refresh balik sepanjang 2012 apa yang DRC dah buat, apa yang DRC rasa, DRC pegi mana, apa yang menarik dan tertarik... Ibaratnya motivated diri sendiri at the same time kita muhasabah diri.. gituuu~ haha

JOM ikut DRC flashback tahun 2012....

JANUARI

Awal januari 2012, DRC bersama rakan-rakan dalam sebuah program Yayasan Paksi iaitu Lantunan Mahabbah Rasulillah... Sambil mengutip penglaman bekerjasama dengan para al-hafiz, DRC berpeluang kembangkan bakat dalam penyampaian... Sambil itu jugak, DRC sedang melakukan praktikal di sebuah sekolah swasta.. Ketika itu, DRC masih di Kedah.. 
DRC telah mendaftar mengundi pada 7 Januari 2012.. Seronoknya bila dah rasa dewasa.. (SANGAT~ :P 
Dalam januari ini jugak DRC bekerjasama dengan team Triple T Training dalam program terbaru iaitu Akademi Pendakwah Muda. Dalam program ini DRC jadi host bersama dengan seorang selebriti Syafiq Fine.. Banyak DRC belajar dari kru produksi ini. Walaupun program kecil-kecilan tetapi semangat kami besarrrr!

FEBUARI 

Dalam bulan Febuari 2012, paling manis buat DRC adalah kunjungan DRC ke negeri Pahang iaitu  untuk ke Pertandingan Debat Perdana Integriti di Universiti Malaysia Pahang.. Kenangan yang manis dibawa pulang dengan kekalahan (tak dapat masuk final) even semi final pun dah tak dapat rasa.. hahaha.. tapi itu semua adalah pengalaman yang memberi kenangan dan pengajaran..
team debat Integriti KUIN 2012
Ini adalah aktiviti terakhir DRC sebelum bergelar graduan di KUIN. Sangat manis kenangan yang tercipta.. Kawan-kawan baru di UMP, UNIRAZAK, UNITAR, Taylor's dan banyak lagi... Semuanya memmberi kenangan yang indah... Lepas je balik dari Pahang kami singgah di Cameron Highlands. Yang buat pertama kalinya DRC menjejakkan kaki di CH tu... Fuhhh..! Kekecewaan kalah debat diganti dengan panggilan telefon dari pihak biasiswa yang DRC mohon memberikan jawapan permohonan DRC diluluskan..! Alhamdulillah.. rezeki.. :D

MAC
Dalam bulan Mac 2012, DRC masih lagi berpraktikal di sekolah swasta tu.. DRC banyak menghabiskan dalam kerja-kerja pejabat dan luar.. Rancak ketika itu negara arab bergolak, antaranya Mesir, Syria dan beberapa negara lain. Mencuri tumpuan DRC ketika itu adalah Syria.. Pengalaman tak boleh dilupakan adalah DRC turun dalam lapangan demonstrasi di kedutaan Syria.. Lihat entry ini. Semuanya DRC compile kan dalam sebuah video di youtube :



APRIL 

Bulan April 2012 adalah bulan sangat kontroversi.. Dimulakan dengan penamatan DRC praktikal, so selamat bye-bye pada Diploma, DRC berinterview di Telaga Biru Training & Consultancy, kemudia ada cetusan dan sengatan di Dataran Merdeka sempena himpunan 3.0 kuning. DRC ada post tentang isu kuning 3.0 tu.. memang sangat kontroversi...
Paling menyentuh hati bila DRC tamat praktikal di sekolah swasta tu... DRC pada mulanya memang gembira sangat bila dah habis tapi hati DRC masih lagi sangat sayangkan sekolah tu.. Bayangkanlah position DRC masa tu tak ada lagi penggantinya..! Siapa lah yang akan ganti DRC? memang DRC terfikir.. Apapun, teirngat pesan senior DRC dia cakap, "Kita kena jadikan diri kita sebagai satu permata yang paling berharga kat tempat kita praktikal, supaya bila kita dah habis biar diorang tahu kehilangan kita dirasa.." Bukanlah maksudnya nak kita dikenang atau sebagainya tetapi just untuk meninggalkan kesan bahawa komitmen kita terhadap tugas selama ini..

MEI - JULAI

Bulan Mei sampai Julai 2012, adalah bulan DRC menjadi VIP iaitu Veri Important Penganggur.. Hahaha.. SO, tak ada yang menariknya selain duduk kat rumah memanjangggg....

OGOS - DISEMBER

Ogos 2012 menciptakan satu lagi kenangan dalam diari DRC... DRC telah bergelar mahasiwa kembali di Universiti Selangor kampus Shah Alam dalam jurusan Komunikasi Koprat.. Hehehee..
Setelah sekian lama menjadi penggangur, DRC jadi mahasiswa balik..! 
DRC sambung belajar ijazah dengan biasiswa Karangkraf dibawah Dana Pendidikan Karangkraf.. Jadi DRC kena pulun betul-betul study dan capai target DRC..! Sebabnya bukan senang nak dapat peluang ditaja belajar.. Jadi DRC akan menjaga sedaya upaya untuk mengekalkan prestasi DRC.. Kalau tak cemerlang pun Asalkan Aku OK pun boleh.. :)


DRC psssttt : Banyak yang tak terungkap dengan perkataan sebab ianya terakam dalam memori.. Sekitar 2012, banyak pengalaman yang DRC dapat... Sungguh! Macam tak percaya ianya terkandung dalam satu tahun.. Apapun terima kasih kepada semua yang telah menciptakan kenangan ini untuk DRC... Semoga 2013 ini menjadikan kita insan yang lebih baik.. =)



Friday, November 16, 2012

Hijrah, Palestin dan Presiden

ASSALAMMUALAIKUM


Salam Maal Hijrah 1434H buat semua blogger dan readers....
DRC tak menyempat nak update perjalanan DRC...

Tahun baru kali ni DRC  sambut dengan pengalaman yang baru dan indah.
Selepas Asar, DRC membaca doa akhir tahun di Sekolah Mujahideen, kemudian solat Magrib di Petronas highway (MTD) menghala ke Kuantan dan membaca doa awal tahun di tepi highway....
Memang terasa macam musafir hati.. hauhuh..

Malam tahun baru, DRC bersama kawan-kawan DRC berada di Riverside, Janda Baik untuk persiapan program Hari Keluarga Sekolah tempat kawan DRC bekerja.
Kami Mandi Pukul 11 Malam di Sungai..

Rupa-rupanya dalam keseronokkan DRC di Riverside Janda Baik, Bumi Palestin kembali bergolak di 1 Muharam!! Ya Rabb!!!

Ya Allah.... Kenapalah ujian ini berat untuk mereka di sana?
Sedang meraikan kehadiran tahun baharu, ia dicemarkan dengan bedilan dan tumpahan darah..
Manalah pergi kemanusiaan?

Sedar atau tidak letusan ini berlaku semasa Maal Hijrah, tahun baru untuk Umat Islam juga selepas beberapa hari lantikan Pilihanraya President Amerika.
Sekarang (semasa artikel ditulis) masih lagi terdapat bedilan-bedilan senjata tanpa henti yang menyerang Gaza. Astagfirullah...
DRC mencari informasi dari pakcik google berkaitan perlantikan presiden Amerika semasa pilihanraya pada tahun 2008 yang lalu. 

Pilihanraya yang telah diadakan pada 4 November 2008 kemenangannya kepada Barack Obama. 
Dan pada ketika itu, ia mengundang kontroversi pelbagai persepsi kerana beliau merupakan Presiden pertama yang berkulit hitam. 
Juga selepas kemenangan beliau Gaza juga meletus pada tarikh 27 Disember 2008. 

Kebetulan pula pada pilihanraya yang 2012, selepas beberapa hari Presiden Obama kekal di kedudukannya, Gaza Berdarah lagi....
Apakah ini satu konsiprasi atau kebetulan?

DRC yang tidak mempunyai kuasa, jawatan hanya boleh menyuarakan supaya orang yang berjawatan tinggi untuk ambil tindakan dan alert dengan persekitaran dunia!
Sebagai orang pertama, seharusnya dia melaksanakan kepercayaan dia kepada dunia selepas dunia memberikan kepercayaan kepada dia. 

Ia mungkin hanya satu kebetulan, atau rancangan atau juga konspirasi. 
Jom sebarkan semangat dan solidariti kita terhadap bumi Palestin..
Banyakkan doa... Perhebatkan solat hajat... Perkasakan Boikot Medium Penyokong Israel...
Ayuh, sahabat-sahabat...
Mereka juga saudara kita....

DRC psssttt : Raya haji yang lalu, pensyarah DRC ke Gaza untuk misi keamanan dan menyambut Raya Qurban bersama rakyat di sana... Tak sempat lagi nak dengar ceritanya... insyaAllah kalau DRC dengar darinya, DRC kongsikan kepada anda... Dan beliau hadiahkan kami sesuatu yang sungguh istimewa 
Klip kolar Palestin.. <3 p="p" sir..="sir.." thanks="thanks">






Wednesday, October 10, 2012

Oversea..... Ohh..... Oversea...

ASSALAMMUALAIKUM

Letih kan nak melayan emosi yang tak stabil?
Entahlahhhh...
DRC ni manusia biasa yang tak lari daripada gangguan emosi dan stress. 
That is nature kan?

Ok, streeett to the point lah..
Hari ni DRC nak share dgn korang satu cerita..
It's quite interesting for me, really!

Korang tahu kan awal September, pelajar-pelajar IPTA dah mula masuk belajar dan ada intake baru untuk lepasan Matrik, SPM & Diploma..?
MEstilah korang tahu sebab korang salah satu daripada diantara jutaan mereka yang berjaya ke IPTA...!! TAHNIAHHH!!

Waktu hari raya, mesti gempak cerita korang canang pasal Universiti yang korang dapat.. Alhamdulillah..... DRC memang tak boleh mohon, so tumpang hepy pada kawan2 yang dapat IPTA... 

Dalam reramai kawan DRC, ada seorang kawan DRC yang sangat rapat dengan DRC sejak tingkatan 1 lagi.. DRC tanya dia samada dia dapat tak? Dia kata, dia tengah tunggu permohonan rayuan... Takpelah.. Ada rezeki, insyaAllah ada jalan untuk dia...

Nama kawan DRC tu, Adam.. Chinese look, taller than me, smarter than me, everything more than me.. AHAHAHA.. =)

Tapi kami kawan rapat.
gambar sengaja dikecilkan atas sebab2 tertentu.. :P

Gambar tu masa kami form 4. DRC duduk asrama kat teknik, Ada still lagi kat sekolah lama..
But, it's doesn't mean kami tak boleh keep in touch...

Selepas DRC tanya Adam pasal application dia untuk UPU, DRC nampak Adam agak kecewa sampaikan dia kena buat rayuan.. Pada DRC, Adam layak dapat UPU untuk first intake sebab pointer diploma dia bagus and course dia tu relate dgn UiTM...
Sampaikan ada satu malam, (takde lah malam sangat), DRC tertido lepas maghrib sebab kepenatan berhari raya dgn kawan-kawan, DRC termimpi pasal Adam ni...

Dalam mimpi tu, tak tau kenapa DRC menangis gile2... (HAHAHA)
Sedih sangat2... 
Rupa-rupanya, Adam dapat tawaran sambung belajar kat oversea...
DRC hepi tapi sedih lah... Sebab member kene pegi oversea lama2...
Sangat sedih....!

Tiba-tiba.......
DRC terjaga dari tidur...! 
Terus DRC capai handphone and text Adam pasal mimpi DRC tu...
Adam kata, "Harap-harap mimpi kau tu betul...."
Hurmm... Tapi hati DRC memang tak sedap langsung sebab member kene pergi oversea pulak kan...!!
Kalau korang ada kawan yang TERSANGAT baik, korang mesti sedihkan dia sambung study oversea..?? 
TAK KE???
#DRC yg lebih2..hahah

Semalam, sebelum tidur... DRC teringatkan Adam pulak. Yelah.. Dah lama tak mesej and follow up pasal life dia.. DRC tanya dia, macam mana application rayuan yang dia buat..?
Dia jawab macam ni :
"Aku dah dapat rayuan dah...
Aku dah masuk belajar dah...
Macam dalam mimpi kau....
Aku kat SAWARAK ni..."

MasyaAllah....! 
DRC memang geram sangat dgn Adam sebab tak bagitau sebelum dia naik flight or masa dah dapat...! Ishhh!
Tapi syukur sangat sebab dia dapat sambung belajar...
Mimpi DRC jadi kenyataan bilamana Adam memang dapat belajar kat oversea tapi kat Sarawak..!
Alhamdulillah....
Cumanya, memang DRC akan rasa sunyi lah.. Sebab nanti bila balik kampung, orang pertama DRC mesej, adalah dia.. hahaha..

Cerita yang DRC nak sampaikan ni adalah,, apabila kita betul-betul mendoakan untuk sahabat kita, mungkin ia akan menjadi satu kenyataan. Walaupun ia perlu melakukan satu pengorbanan yang besar.. Dan kehidupan yang sebenar adalah kehidpan yang perlu berkorban. That is LIFE all about.. Kalau kita tak boleh korbankan sesuatu, kita susah untuk dapat sesuatu..

DRC bukan nak kata doa DRC dimakbulkan tapi apa yang DRC harap menjadi dengan kesungguhan kita. insyaAllah, apabila kita bersungguh, pasti mejadi kenyataan..

DRC psssstt : I am happy for him.. Even I will alone without my best friend... Tak apa, itulah salah satu pengorbanan.. Selamat maju jaya buat ADAM... =)

Thursday, September 13, 2012

Dah lama tak post...!!

ASSALAMMUALAIKUM

Seriusly, DRC dah banyak tak menjengah blog korang semua..! rindu kot nak stalker semua followers DRC... tapi lately DRC agak 'bz' la sangatnye sampai nak blog pun payahkan...
Tapi sejak dah jadu Uniselian ni, ada subjek yg sangat interesting untuk DRC share sebab pensyarah mintak assignment guna blog... yepppyy~
so, atleast DRC boleh hidupkan blog DRC yg menyepi entah kenapa ni..

banyak story yang DRC nak soksek dengan korang..tpi kenapa ntah.. DRC macam malas nak taip.. Nak kata ada masalah jiwa, i dont think so...
ahahhaa
ok lah...
(tengok! dah tak ada idea)

Sebenarnya banyak idea...
Banyak buku yang DRC belum review untuk korang..
tapi buat masa ni DRC belum nak taip lagi..
aduiihh.. macam manalah kalau DRC jadi jornalist, kena ada dateline...!
memang dead lah..

Adooii...!
DRC tak ada idea lah... hummm..
Sorry..
apapun, DRC hadiahkan satu video untuk korang semua..



DRC psssttt : Tenangkan diri... Sejak kebelakangan ni DRC sakit2 perut, sakit2 kepala dan susah nak tidur... humm..... tak tau lah kenapa.. sakit perut mungkin sebab salah makan.. sakit kepala mungkin sebab banyak sangat pikir... susah nak tidur mungkin sebab bantal busuk tinggal kat umah...!! huwaaa....!!!!~ atau semuanya mungkin tanpa doa korang semua.. doakan kesihatan DRC ye... insyaAllah... aaminn... >_<

Friday, August 24, 2012

Program SATU HARI DI HARI RAYA - Family Day Keluarga Kasbullah 1.0




ASSALAMMUALAIKUM
Dah tengok gambar-gambar raya DRC..??? haaa.. itu separuh je...
Gambar-gambar tu pun adalah semasa 
Program SATU HARI DI HARI RAYA - Family Day Keluarga Kasbullah 1.0 yang berlangsung pada hari raya pertama di perkarangan rumah atok DRC..
nak tau apa pengisannya??


FYI, ini pertama kali family kami berkumpul beramai-ramai dengan sempurna dan membuat aktiviti macam ini.. Sebelum ni memang ada kumpul cuma pengisiannya tak seberapa, kali ni atas inisiatif dan sumtikan semangat daripada pakcik-pakcik yang berharap DRC membuat satu game/modul, DRC cubalah... Untuk kali pertama memang sukar, mula-mula DRC memang risau sebab DRC bukanlah orang yang boleh memberi arahan, apatah lagi kepada saudara mara/pakcik dan makcik... DRC lebih suka menerima dan melaksanakan arahan... 
Tapi alhamdulillah, sedikit keyakinan dan persiapan walaupun tak seberapa, semuanya berjalan lancar... Jangkaan cuaca yang akan hujan memang tepat. Sebab itu game kali ini banyak DRC buat 'indoor' supaya senang untuk pergerakkan dan masih berjalan walaupun cuaca tidak berapa mengizinkan..

Apapun, DRC bersyukur sangat sebab semuanya berjalan lancar.... >.<
Sempat lagi DRC buat video gambar-gambar dengan lagu tema yang 'kena'..hehe


DRC psssstttt : DRC sangat terharu dan paling bermakna buat DRC... Dapat berkumpul, mengeratkan silaturrahim, menonton 'wayang' bersama-sama, main bunga api (dah beso2), dan macam-macam lagi... Kenangan yang manis untuk dikenang.. Macam lagu tema video - ONE BIG FAMILY- try lah search kat google liriknya, best sangat..!! Thanks semua... <3 b="b">

Monday, June 25, 2012

Lepas SPM : Matrik... Diploma.... STPM....??

ASSALAMMUALAIKUM

~kenangan zaman diploma~

selamat sejahtera dan salam ceria dari DRC yang ceria nih..
lama jugak tak update blog... lagi lama dah tak blogwalking...
baru-baru ni, DRC bersama Kumpulan Media Karangkraf menjalani satu program team building untuk para pekerja Kumpulan Media Karangkraf dan Ultimate Print Sdn Bhd di Dusun Eco Resort.
apapun, seronok pun tak terkira sebab ramai peserta terdiri daripada abang-abang, kakak-kakak dan pokcik-pokcik... seronok =)

ok, dalam musim kemasukan pelajar baru ke IPT, DRC memang suka untuk imbas kembali zaman2 muda DRC mula-mula masuk ke adalam universiti.. seronok pasti lah.. tapi sebelum menempuh jalan tu, mesti kita akan perlu memilih jalan untuk ke mana arah kita...

lepas SPM, banyak tawaran universiti yang kita dapat dalam apa juga jurusan.. tetapi mengikut taraf pendidikan samada matrik/asasi atau diploma ataupun STPM...
ramai adik-adik lepasan SPM tanya pada DRC, keadaan kat matrik, atau diploma ataupun stpm..
yang hanya DRC boleh ceritakan adalahhhh...~~

DRC ceritakan sedikit pengalaman DRC lepas SPM...
lepas keputusan SPM diumumkan DRC memang tak dapat mana2 tawaran universiti samada awam atau swasta.. DRC dapat tawaran tingkatan enam aliran sains... memandangkan keputusan SPM DRC bukan sesuatu yang membanggakan sehingga dilambung2, DRC pelik dengan senario yang berlaku pada DRC... sejak dalam kem PLKN, sehingga tamat kem dan dapat keputusan SPM, DRC langsung tak dapat tawaran mana-mana U.. itu tak kisahlahh... (sangat!!)
apabila IPTA dah dipanggil, dan DRC tak dapat panggilan ke IPTA, DRC mohon ke ipts...
haaa!! mesti tertanya-tanya, kenapa DRC tak pilih masuk tingkatan enam,?? sedangkan, DRC dapat tawaran ke tingkatan enam.... kan??
ok, DRC memang daftar ke tingkatan enam waktu tu, tapi 'jiwa' DRC bukanlah pada aliran sains seperti yang ditawarkan... DRC pergi sekolah untuk 3 hari sahaja.. itu pun selang seli.. hari ni datang, esok ponteng, lusa datang balik.. hahaha.. seronok!!
apabila menyedari DRC bukanlah orang yang belajar dan minat sains, DRC stop dan ambil keputusan untuk menyambung pengajian di ipts dalam peringkat diploma..
sehinggalah tamat diploma, DRC barulah nak sambung degree Julai nanti..

mesti ada yang kata, mereka yang ambil diploma dan sambung degree ni buang masa dan ambil masa yang lama untuk dapatkan degree... tapi pada DRC, kenyataan itu SALAH!!! bukan sebab ia memperkecilkan pelajar lepasan diploma, akan tetapi kenyataan itu memang bercanggah dari sudut niat untuk menuntut ilmu...! 
DRC memang cukup tak gemar, kalau orang kata, 'kau buang masa ambil diploma..'
 'kau habis degree nanti lambat laaa..' 
ayat-ayat sebegini memang cukup pantang DRC dengar.. sebabnya peringkat diploma bukanlah satu peringkat yang buang masa dan sia-sia.. akan tetapi peringkat diploma adalah satu peringkat yang mana penuntut diploma mendapat LEBIH daripada yang lain... tiga tahun dalam menimba ilmu, dan 4 tahun di peringkat ijazah bersamaan 7 tahun di alam pengajian, bukan sesuatu pembaziran, tetapi satu KELEBIHAN.. 
pepatah ada menyebut, "jauh perjalanan, luas pemandangan", pada DRC, "lama pengajian, luas pengetahuan". ini yang DRC pegang sampai sekarang... biar masa yang diambil kita lama dan panjang akan tetapi ia adalah kelebihan untuk kita terus menimba ilmu...

DRC tak kata bahawa lepasan matrikulasi dan STPM adalah sesuatu yang rugi.. tidak sama sekali.. lepasan matrik mempunyai kelebihan tersendiri kerana mereka berjaya melepasi satu tahap pembelajaran yang singkat untuk diterokai, dan STPM pula adalah satu peringkat yang benar-benar menguji kerana sistem STPM (setakat yg DRC tahu) adalah sistem 2 tahun belajar, 1 peperiksaan... jadi, sekurang-kurangnya 2 tahun untuk Tingkatan enam, dan 1 tahun untuk matrikulasi dan terus menyambung pengajian di peringkat degree.. 
kelebihan mereka adalah jarak masa yang mereka habiskan untuk pengajian.. dalam masa yang singkat, mereka berjaya menghabiskan pengajian diperingkat mereka dan terus menyambung pengajian di peringkat seterusnya.. kemampuan pelajar matrikulasi dan stpm adalah kemampuan yang sukar untuk DRC perolehi.. jujur DRC kata, DRC tak mohon matrikulasi semasa tingkatan lima sebab DRC tahu DRC tak boleh untuk ke matrik..
dan peringkat matirkulasi dan stpm adalah peringkat paling mencabar untuk kita alami...
ok, kenapa DRC tak memohon matrikulasi??
DRC sedar cara belajar dan cara hidup DRC bagaimana dan seperti apa...
cara belajar DRC bukan seorang yang struggle dan street study untuk kejar pointer, tapi cara belajar DRC lebih santai, relex dan main-main... hehehe.. sebab itu DRC tak yakin DRC boleh berada dalam kalangan matrikulasi dan stpm. dan DRC pilih jalan ke diploma...

jadi, adik-adik lepasan SPM diluar sana, yang sedang buntu... DRC doakan supaya adik-adik semua pilih jalan yang betul mengikut kemampuan diri kita... jika kita mampu untuk ke jalan itu, teruskan.. jika tidak, risiko yang dialami mungkin akan mengalami kesukaran diwaktu akan datang..
sebenarnya, tidak kira matrikulasi, diploma ataupun tingkatan enam (STPM) semua ini adalah sama... kita menimba ilmu tidak kira peringkat apa dan jalan mana kita pilih... yang penting kembalikan niat kita dalam menimba ilmu.. ikhlaskan diri dalam menimba ilmu agar dipermudahkan jalan.. jika niat kita ke alam IPT untuk bersuka ria, maka berduka citalah kita nanti.. 

DRC ucapkan selamat datang ke dunia baru kepada adik-adik matrikulasi, tingkatan enam dan peringkat diploma..! =)


DRC pssstt : sungguh tidak best bila keyboard rosak... mesti sebab DRC taip laju sangat.. kesian keyboar nih... hmmmm... kat mana ada trade in laptop eak?? heheheheh ^^,

Tuesday, May 22, 2012

Siapa Ahli Twitter DRC?

ASSALAMMUALAIKUM
Salam sejahtera semuanya.... 
sekarang ni sapa yang tak ada twitter lagi?
Entry kali ini DRC just nak tunjukkan kepada anda beberapa ahli twitter DRC yang rajin menge'tweet'..

Kenal tak dengan Ariel Zafril? Alaa.. Pelakon 7 Petala Cinta tu...
Dia rajin jugak menge'tweet' dgn DRC. Tapi biasalah..
Orang seni ni kan sibuk... :3

Ali Sariati (MALAYSIAN) ok..! Dia ni adik usrah DRC kat kolej...
kadang-kadang DRC selalu lah jugak dapat tau perkembangan dia dan dia jugak tau perkembangan DRC melalui twitter....

Ini pulak, Azhar Osman... Mesti ramai yang belum kenal dia lagi...
Sebenarnya, dia ini adalah artis yang menang untuk Bintang Idola Berita Harian 2011..
Masa ABPBH 2011 hari tu dia ada buat persembahan... 

Mesti bloggers tau si Hencik Haikal a.k.a Aliff  Haikal ni..
Dia ni memang aktif ber'tweet'.. blog dia pun awesome!


CTK oh CTK, bloggers yang pernah berkalobrasi dengan DRC dalam Contest Azam SMART Maal Hijrah awal muharam hari tu...... 

Kak Eira Syazira - Pelakon... Meng'retweet' balik...

Rahaizah Md Tap ini adalah classmate DRC masa form 3... Dia pun ada blog...

IMAM MUDA Asyraf - DRC selalu bertanya perihal soalan agama dan permasalahan dengan beliau.. Jadi, tak sia2 ada twitter kan??huuhu

Kak Syazana ini pulak senior DRC masa form 4, kat sekolah teknik.... Sampai sekarang keep in touch dengan dia... Kakak penolong ketua pengawas yang garang :3

BELUM FOLLOW DRC?
Jangan lupa tengok profile DRC betul-betul...
Terima kasih :)

DRC psssttt : Sebenarnya, ramai lagi yang sentiasa aktif dalam ber'tweet' ini... Followers DRC tak ramai pun.... Belum ada 100, pecaya tak?? SO, kalau korang belum follow, boleh la follow, jangan memalu2.... ;) Gunakanlah kemudahan laman sosial dengan sebaik mungkin... Jangan tersalah langkah ye.... ekcually, entry ni dah lama DRC siap, cuma belum nak post je... sekarang idea ada nak buat entry baru tapi ada masalah sikit..

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...