pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label koleksi sajak. Show all posts
Showing posts with label koleksi sajak. Show all posts

Monday, April 30, 2012

PUISI : Orang Kecil, Orang Besar


ASSALAMMUALAIKUM

Jom kita hayati sekejap puisi yang di karya oleh Dato' Dr Siddiq Fadhil.. 
Moga menjadi panduan dan fahaman kepada kita realiti masa kini..

Orang Kecil jika ikhlas
diperas
Jika diam
ditikam
Jika protes
dikentas
Jika usil
dibedil

Orang Kecil jika hidup
dipersoalkan
Jika mati
tak dipersoalkan

Lebih baik jadilah orang besar
Baginya selalu besar

Orang Besar jujur-tak jujur 
makmur
Benar-tak benar 
dibenarkan
Zalim-tak zalim 
dibiarkan

Orang besar boleh bicara semuanya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja
Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikata kurang ajar
Orang besar kurangajar dikata berani
Orang kecil memperkatakan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar

DRC pssstttt : Cuba kita hayati setiap bait puisi ini... Adakah ia benar terjadi pada masa kini, atau hanya puisi semata-mata..? Atau hanya permainan politik? Mampu tak kita menulis untuk menegakkan kebenaran bukan hanya sekadar hiburan? DRC nak muhasabah jap dengan puisi ini.. JOM.... :)

Thursday, March 22, 2012

SYRIA : Air Mataku Bersamamu #3

ASSALAMMUALAIKUM
Salam sejahtera semua...
Hari ni DRC nak berkongsi satu video yang DRC khas buat sempena
Himpunan Aman Syria tempo hari...
JOM TENGOK :


Puisi : Air Mataku Bersamamu, Syria 
ni DRC tulis khas sempena pertama kali DRC sertai perhimpunan seperti ini..
Siapa boleh terjemahkan puisi ni silakan terjemahkan kepad DRC yer...


AIR MATAKU BERSAMAMU, SYRIA


Hilang dalam terang,
Sesat dalam lapang,
Jiwaku yang semakin kosong,
sepi tanpa sebarang isi...

Lantas mencari setitis ilmu untuk bekalan,
sedikit pencerahan walaupun hanya sebentar,
lantas hatiku terdetik, apa yang sedang terjadi?



Lantaran aku cuba menyelami

Tika diriku disesakkan dengan jiwa-jiwa yang mahu merdeka direalisasi..
Seakan tidak percaya bahawa aku didalam lautan jiwa itu..
Menyuarakan isi hati...
Sambil air mata tetap bersamamu...



Walaupun sedikit usaha ku,,

Aku yakin ada ganjaran dari Allah menanti...
Walau hanya titisan tangisan simpati..

Jika di sana dihujani peluru,
Di sini kontang dengan perjuangan,
Di sana dibanjiri darah,
Tapi hanya
Air Mataku Bersamamu,

Baru kini aku tersedar dari lena...
Rupanya selama ini aku dibuai mimpi indah..
Oleh mereka yang cuba menutupi realiti….
Demi kepentingan diri..
Sedang satu kepercayaan telah dikhianati..

Lenaku sehingga aku lupa tentang mereka di sana..
Hingga sedarku mematahkan segala sangsi..
Jika usahaku hanya sekecil cuma...
Inilah jalan tarbiah bagi diriku yang selalu lupa..

Tika mereka disana sesak mencari peluang untuk hidup..
Aku di sini sesak mencari ruang untuk membantu...
Selagi mana ada kudrat...
Walau setitis air mata...
Aku akan tetap bersamamu...



Biar air mataku terus mengalir kerananya...

Walau ia tak mampu mengubah dunia..
Tapi ia mampu mengubah diriku...

Aku akan terus menangis keranaya...
Daripada aku gegak gempita dengan kemewahan, 
kesenangan..
keduniaan..




Dan aku pasti  akan terus menangis..
Jika aku tak mampu berperang...
Aku akan bantu dengan doa..
Moga Allah membantu segala perjalanan...
Sesungguhnya Dia Maha Mengasihani…

Oleh : Khairool Ariffin Musa


DRC pssssttt : dah lama tak buat puisi nih... harap-harap sampai lah mesej yang DRC luahkan dalam puisi biasa2 nie.... InsyaAllah.. Kita doakan bumi yang sudah tua ini terus dilimpahi cahaya nur Islam... Aamiin... :) ok, untuk pengetahuan semua, 29hb ni DRC akan ke Shah Alam untuk satu majlis.. doakan semua urusan dipermudahkan ye... 

Thursday, January 19, 2012

Sajak | Hey, Teman!

Buat Teman Yang Kini Tiada Di KUIN Bersama..
Hey Teman!
Kau pernah singgah dalam kalbu ini...
Kau pernah mencuri tumpuan mata ini...
Kau pernah menjadi kanan tangan dan kaki ini...
Dan kau pernah menjadi sebahagian hidup ini..

Hey Teman!
Ingin aku khabarkan bahawa, aku tetap perlukanmu!
Walau kau tiada disisiku!

Hey Teman!
Kita pernah berkongsi air mata, rahsia kita berdua!
kita pernah berkongsi cerita, hanya untuk kita..
Kita pernah berkongsi tawa, kita kongsi bersama...

Hey Teman!
Kini kau tak disisi...
Pernah mencari sepertimu, tapi tak berjumpa...
Dia yang kujumpa nyata palsu!
Pernah kucuba menanti sepertimu, tapi penantian hanya penyiksaan!
Takkan ada ganti sepertimu.

Hey Teman!
Aku merelakan pemergianmu demi sebuah cita-cita..
Mungkin berbeza dunia tapi kalbu kita bersama.
Aku merelakan pemergianmu demi sebuah harapan...
Mungkin berbeza masa tapi tujaannya tetap sama..

Hey Teman!
Sejak kau tiada disisi,
aku kehilangan...
Sepi..
Kosong...
Rindu...
Walau senyuman kukuntum, tapi hatiku menangis.!

Hey Teman!
Kau Teman Terulung!
Ini buatmu...!

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha Bersama Pilihan Hati


Assalammualaikum... Salam Pengorbanan...
Kali ni, DRC tak kesorangan untuk membuat ucapan raya korban..
Jadi, DRC telahpun menJOIN satu sekmen yang dianjurkan oleh :
(pilihan hati)
Jom baca ucapan DRC dalam bentuk puisi mendayu-dayu~~~
^_^

Wahyu turun melalui mimpi
diterimanya dengan seikhlas hati
walaupun sebak dadanya
Ibrahim dalam dilema
putera tunggal penghibur duka
sedang usia meningkat remaja
segala kudrat muda amat berguna

Bakal pewaris kelangsungan keturunan
kini harus pula dijadikan Qurban
nyawanya akan direnggut oleh tangan ayah sendiri
sungguh berat ujian dihadapi
namun sebagai seorang nabi
menjadi contoh teladan
perintah Allah wajib ditunaikan

Dengan hati yang pasrah
berangkatlah ia ke Makkah Al-Mukkarramah
membawa misi satu perintah
Ismail menurut sahaja
menerima perintah dengan lapang dada
penuh taqwa
memohon agar kakinya
diikat seketatnya
agar kurang pergerakan
kurang menyusahkan
pakaian ditanggalkan
supaya tidak terkena parcikan
darah menglir lara
Siti Hajar hiba

Ditambah permintaan
parang pemisah ditajamkan
agar kurang rasa derita
simpanlah baju tanda mata
salam untuk bonda tercinta

Syaitan laknatullah
sibuk berbisik resah
giat menabur dakyah
agar perintah Allah dibantah

Kini tiba detik ngeri
satu pelukan suci
disulam kucupan abadi
berbaringlah di atas lantai hakikat
mata Ibrahim ditutup rapat
dengan meditasi bermunajat
dengan linangan air mata luka
dengan denyutan nadi nestapa
tajam parang menerjah duka
tak semena-mena parang tumpul hilang bisa

Ibrahim lulus ujian ketaatan taqwa
dengan ketinggian mukjizat Allah Taala
sebagai ganti korban kehebatan cinta
tiba-tiba menjelma seekor kibas
Ismail kini bebas

Inilah agungnya sebuah pengorbanan
menjadi ritual zaman-berzaman...
Korban dirimu demi agama Allah...

DRC psssst : DRC saje je join pilihan hati nih, memandangkan DRC lom post ucapan selamat hari raya Korban lagi kan... Jadi, tak salah untuk join kan, Cikgu Sir, Ustaz Hakim Pun Boleh kan..???
Apapun sama2 lah kita hayati pengOrbanan teragung dalam lipatan sejarah Islam. Walaupun kita tak bersama mereka dibarisan hadapan dalam menegakkan syiar Islam, tapi sekurang-kurangnya tertitis airmata kita tentang kejahilan diri dan keabdian diri kepada Sang Pencipta, jadi, JOM BERKORBAN KE JALAN ALLAH..
DRC masih lagi membuka ruang kepada bloggers yang nak taja Contest DRC & CTK.. ^_^

Monday, October 31, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta... Ehem,,,ehemm,,,,


Jika Aku Jatuh Cinta,
Ya Allah,
Tunjukkanlah Cinta Itu Dari RedhaMu,
Jika Aku Jatuh Cinta,
Ya Allah,
Jatuhkan Cintaku Kepada Mereka Yang CintakanMu..
Jika Aku Jatuh Cinta,

Thursday, October 20, 2011

K E H I L A N G A N


Boleh DRC pinjam bahu sesiapa tak yang halal bagi DRC...?????????
ermmm....hummm........

Taktau nak ngadu kat sape.... (eh, buruk muke kau nangess...!) 
Lantakk laaa.. Mana ada aku nangess!!!
Hurmmm... Rasa nak tulis puisi laa... Tak tau nak citer cam ne...

Bukan mudah menghadapi sebuah kehilangan
Bukan senang merasai sebuah pemergian...

Mungkin ada yang berkata,
Aku punya pengalaman sebelum..
Tapi sekuat manakah untuk aku merelakannya..?

Thursday, September 29, 2011

-bingkisan buat ukhti-


Bukanlah sebuah penghargaan dicari
bukan juga sebuah piala dinanti

Duhai hati yang tersudut kecil
janganlah terus bersedih
sedang gelora jiwa membesar
halangan membawa pedih

Wahai hati kecil yang berjiwa besar
kau kalah dimedan permulaan
tapi tak bermakna kau rebah dipersimpangan
kau dihembat rimbunan kekangan
tapi tak bermakna kau mengalah di tengah jalan.

Wahai duka yang menyelimuti
usunglah diri bersama doa penuh harapan
biar yang menilai itu bijak menilai
biar yang Maha Mengetahui terus memerhati

Duhai ukhti
perjuanganmu baru bermula
dalam mehna kau dihimpit seribu lara
tatkala mereka sengketa
ingatlah ada yang masih setia

Wahai insan menyelam jiwa
kuseru agar penilaianmu kembali teguh
agar sebuah keadilan mampu diutuh
dalam tidak dipandang huduh
walau kau ternyata sebuah penakut!


DRC pssstt : sebuah dedikasi kepada seorang ukhti. Semoga terus cekal dan tabah! Allah bersamamu....


Friday, September 16, 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA, MALAYSIA!!!

tak sempat nak edit wallpaper lain, so yang ni je la ada...

Assalammualaikum, Malaysia....!!

Hari ini dan tarikh ini iaitu, 16 September maka bermula negara Malaysia pada 50 tahun yang lepas.... 
Umur bukan ukuran kerana itu hanya pada zahirnya sahaja... yang penting penghayatan dan penerokaan kita dalam menyelami keMERDEKAan itu sendiri...

Sajak dalam pic tu adalah sajak yang DRC create masa sekolah menengah... Mendapat iktiraf dari sekolah dan peringkat negeri Melaka dalam pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu..
alhamdulillah.... Memang teringat zaman sekolah masa muda-muda dulu...eh,, sekarang lagi muda ok~~!

jom layan sajak untuk MALAYSIA dari DRC ni....

BERDIRI - KZAMUSA 2008

Kita berdiri di sini
Untuk pertahankan maruah diri
Untuk mengeratkan integrasi
Nasional demi Malaysia

Berdirilah dan terus berlari
Untuk capai wawasan diri
Untuk mendaki puncak cita realiti

Walau kita berlainan bangsa budaya
Beza agama cerita
Kita punya satu nama Malaysia tercinta....

Merdeka bukan bererti kita bebas, Merdeka bukan bererti kita terlepas. Tapi Merdeka adalah permulaan sebuah kehidupan selepas dijajah oleh rakusan durjana...!
Ayuh anak muda!!! Sebarkan rasa merdekamu kepada Generasi Baru agar Merdeka kita bertambah MUTU!!!

Sunday, July 3, 2011

Aku Bangga....

Aku Bangga...

Aku bangga bila dia sudah mula belajar...

Aku bangga bila dia sudah berkeyakinan...

Aku bangga bila dia sudah hampir berjaya....

Aku bangga bila dia sudah bersamaNya....

Aku bangga dengannya....

Perubahannya membuat aku terkejut,

Aku bangga......

Aku tak dabik dada dengan diriku.....

Aku bangga dengan kematangan dirinya....

Petah bicara dikhalayak jika dulu terdiam dan kelu....

Aku bangga dengan keyakinan dirinya...

Boleh menjadi ketua dalam berprogram....

Walaupun tiada apa yang aku ungkapkan padanya....

Jauh di sudut hati....

Aku tetap bangga.....

Sunday, June 12, 2011

Karya : Tembok Hati


Tembok Hati

jelas kerana kau sudah terkeliru
tak tahu mana arah tuju
kau buntu
kau celaru
hati kau mula berbatu

saatnya kau mula menapak
tangan kau seakan terbang berkepak
hati kau mula terdesak

tiada siapa yang mampu menegurmu
tiada siapa yang boleh membantumu
tiada siapa yang layak mengajarmu

tiba suara orang muda berkumandang
kau menutup kupingmu
tiba suara orang muda bergema
kau buat tak endah
tiba suara orang muda berlaungan
kau mula gusar tambah gelisah

tembok hati kau sukar dilepasi
tatkala egomu besar tak tentu
apakah sukar untuk suara orang muda kau dengari?

tembok hati kau payah dirempuhi
tatkala jawatanmu besar terbesar
apakah sukar untuk suara orang muda kau peduli?

tembok hati kau memang perlu aku hormati
namun apakah mereka faham?
ataupun hanya kau yang memahami?

tembok hati kau keras berbatu
sukar suara orang muda menembusi..

Monday, May 16, 2011

Salam Hari Perguruan Sedunia


Bicara seorang anak murid....

Terkadang kaku ditengah jalan
Liku diharungi payah dinodai
Tak mampu digenggam 
Payah digapai
Namun tidak goyah
Tatkala tanganku dipimpin
Untuk bersama mencapai cita

Jalan yang gelap disuluh pelita
Kadang angin meniup
Hujan membasahi
Cuba melenyapkan sumbu pelita

Tapi petah bicaramu
Tangkas lagakmu
Menghalang dari segala serangan

Bila tanganku sedia dipimpin
Kau gengam semangat berapi
Lantas aku teruskan
dengan penuh keyakinan.

KAU GURUKU..
KAU INSPIRASIKU..

Saturday, January 22, 2011

akanku cuba

tak pernah aku rasa sebegini
haru biru dalam kehidupan
tak pernah aku rasa sebegini
bagai ada cuba menekan


walaupun apa yang aku lakukan
sedayanya aku cuba
tak pernah leteran aku yang terbisu dari tangan
bukan bising dibibir!


tak pernah aku rasa indahnya diterima
kerna aku tahu aku bukan terbaik
pernah aku rasa sakitnya ditolak
tapi tidak seperti ini


akanku cuba untuk perbaiki
kerna ia bukan lagi mimpi
sedayanya aku cuba
bukan hanya bicara pedang menikam kata
bukan hanya drama suara berwayang diakal
bukan hanya sandiwara dusta kalam berepisod!


sedayanya aku cuba lakukan
demi insan yang mengharapkan sebuah perubahan
lantaran dengan daya yang ada aku cuba
aku cuba lakukan dengan kudrat!


adakah kau pun mencuba dengan kudrat?
atau hanya bermain tarik tali untuk melihat kehebatan kau?
mari, silakan ke gelanggangku!

Thursday, December 16, 2010

dulu aku kini kau

dulu....
aku ditinggalkan kau...
kerana kau pergi kepadanya...


kini....
kau ditinggalkannya...
kerana dia pergi kepada yang lain...

lihat!
dunia berputar dan berpaksi....
jika dulu aku mangsamu,
kini kau mangsanya...

dulu..
aku cari pengganti...
untuk lupakan saat pedih....

kini....
kau cari pengganti..
untuk hilangkan rasa hiba.....

lihat!!
kau dan aku sebenarnya sama!
dan itu aku akui
walau kau menafi....

dulu...
aku ibarat boneka....
yang sering mengharapkan kau hadir kepadaku...

kini....
kau ibarat robot...
yang sering mengikut kemana arus membawamu...!!!

SELAMAT TINGGAL kNk KERANA IA BERKUBUR.... DAN ANTARA KAU DAN AKU TIDAK PERNAH AKU RASAKAN APA YANG PERNAH WUJUD DALAM MEMORIKU AKAN CUBA UNTUK KU GHAIBKANNYA...

DAN PERCAYALAH...!! KINI IA PEMBALASAN ATAS APA YANG TELAH KAU LAKUKAN!!

-TERIMA KASIH-

Monday, December 6, 2010

siapa milikku??

Siapa Milikku???


Usia menangkap kita
Dipenghujung waktunya
Kita masih lagi mencari-cari cinta yang sejati..


Masa terus berlalu pergi
tanpa mengenal siapa
kita masih lagi menunggu cinta akan datang yang terakhir


Bisakah untukku terus menantikan jawapannya
Haruskah cinta itu datang kepadaku


oh Tuhan, berikan kujawapan
andai cinta iu hadir tunjukkan dimana
oh Tuhan, tunjukkan padaku
siapa dia milikku untuk kujadikan ratu hidupku selamanya...


andai dia yang damba
tunjukkan cahaya diwajah
andai dia yang kuidam
tunjukkan belaian cinta
andai yang kutunggu
tunjukkan dia cintaku
andai dia yang kurindu
hadirkan malam-malamku


terus berlalu dan kuterus tunggu
biar masa berputar
usia menangkap kita
cinta yang terakhir

Friday, October 22, 2010

:::.....kita kan insan biasa...::::

kita kan insan biasa...
selalu buat salah...
terlanjur laku...

kita kan insan biasa..
sering tersasar..
terlanjur bicara.

kita kan insan biasa..
tak semuanya suka, tak semuanya benci...
tak semua sayang, tak semua rindu...
tak semua senang, tak semua selingkuh...

kita kan insan biasa..
"mana ada yang perfect"
menyakiti dan disakiti...
menyayangi dan disayangi...
membenci dan dibenci...

kita kan insan biasa..
"macamlah dia tak pernah buat salah"....
sedang Nabi pun termakan khuldi....
alangkan kita insan biasa.....

kita kan insan biasa...
pura-pura dan kura-kura...
talam dan sembap....
semuanya pada kita....
sebab kita perlu ingat..
kita insan biasa...

kita kan insan biasa...
tak salah cuba menjadi sempurna...
tapi kita perlu masa dan usaha...
bukan sekelip mata....
malah belajar dari kesilapan lampau...
sebab kita kan insan biasa...

Friday, October 15, 2010

di madrasah ini


Di Madrasah Ini...
monolog buat SMTMT 07/08

Aku tinggalkan semua kenangan lalu
melambai selamat tinggal
pada teman-temanku

Aku jejaki kaki di madrasah ini
membuka lembaran baru
mengucap selamat pada teman baru

Kali ini dimadrasah ini
aku sendiri mengenal hidup sendiri
ilmu kudakap agar hidup bererti

Di madrasah ini aku kejar hanya cita
tiada cinta lagi kuagungkan
di madrasah ini segalany bakal tercipta
tiada lagi tawa kulagukan
di madrasah ini  kegemilangan bakal ada
dan kegemilangan itu menjadi memori indah
di madrasah ini

Sunday, October 10, 2010

mata kita, jiwaku, hatimu

mungkin kau tak bisa melihat
sayangku padamu
kau juga tak bisa merasa
perhatianku padamu


pertama kali ku memandangmu
indah pandangannya
kau ibarat saudaraku
yang begitu aku sayangi


jiwa dan hati ini
begitu mahu melihat dirimu
barubah dan maju
jiwa dan hati ini
begitu mahu melihat dirimu
berjaya dan berilmu


kali terakhir kumemandang wajahmu
pandangannya tetap indah
kau sahabat, kau juga teman
yang begitu aku sayangi


semoga kau bisa melihat
sayangku padamu
perhatianku padamu
walau kau tak bisa melihat 
dari mata hati dirimu...

kzamusa
9 Mei 2008

Tuesday, October 5, 2010

:::....degup jantung ini...::::

teringat sewaktu permulaan kisah
aku jahil segala sudut
kasih yang didamba
penuh dengan noda

aku cuba melepasi garisan penamat kisah itu
tetapi langkahku goyah
aku tersungkur
lalu aku terdiam membisu
dan aku terkaku
malah aku sendiri buntu

garisan penamat kisah itu semakin jauh kulihat...
hampir tidak kelihatan...
malah kabus pula menangkap..

hati mula kata tidak..
tapi jiwa kata ya...
hati mahu lari..
tapi jiwa masih disini..
hati mula rasa kesal..
tapi jiwa tak menyesal....

apa yang perlu aku buat??
mampukah aku menunggu hingga degup jantung ini terhenti??
sehingga degup jantung ini terhenti???
apa yang mampu aku ubah selepas itu???

jikalau jantung ini terhenti, mampukah aku kembali?
jikalau jantung ini terhenti, mampukah aku terus ke destinasi?
jikalau jantung ini terhenti, mampukah aku meninggalkan kisah?

Thursday, September 30, 2010

DIAM

Untuk apa aku diam?
Untuk apa aku faham?
Untuk apa aku hadam?
Untuk apa aku pendam?
Dan untuk apa aku dendam?

Diam tak bermakna kalah
tidak bererti juga menyerah
Diam tak bermakna senyap
tidak bererti juga lenyap

DIAM????
mengapa harus aku diam sedang aku punya suara.!
mengapa harus aku senyap sedang aku punya jiwa!
mengapa harus aku diam sedang suara jiwa aku bergolak!

AKU TAK PERLU DIAM!!

AKU HARUS BERSUARA!!!!


Wednesday, June 30, 2010

suara dari dinding madrasah- A.Samad Said


Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah
Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga
Anak2 memeg merindui iklim penuh bermakna.
Tidakku bantah kau simeni retak lantai bermakna
Memolekkan sekeliling dan mempercantikkan taman seada.
Anak2 amat memerlukan kebijaksanaan orang tua.
Tapi, kau merangsang mereke mengetepi rehal
Mengganti muqadadam dengan kamus barat yang tebal
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan bangsa
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya

Aku tidakpub membantah madrasah memirip pejabat
Atau dijemur sejadah pd sidaian yg lbh kuat
Aslkn sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat
Selamat ke matlamat syahdu membahagiakan rakyat
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia dan akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani
Kebal mendindingi penyolap,pendedahannya dihukumi
Tidak kan kurela otak dan hati begitu berbalah
Apalagi pesanan semanisnya hanya dlm pura2
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara

Aku impi kau serahi muqaddam dan sejadah
Menghadiahi selautan pasir dan segunung batu bata
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah
Kemudiannya bekhutah tenang bahagia lara ummah

Pernah terjajah, merdeka,tergugat kini terdera
Aku ingin kita sentiasa menghargai meluhuri suci akidah
Apa yang kupinta demi lestarinya sanubari islami
Memelihara madrasah dan jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

7 Jan 2003- hari lahir ku yg ke 12....

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...