pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label koleksi video. Show all posts
Showing posts with label koleksi video. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Aku, Korang atau Kita Gila Glamor??

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat Sejahtera semua pembaca... 
Peperiksaan akhir semester hampir tibaa...
Tapi tak ada satu persediaan pun yang DRC buat untuk mengadapnye..
Hoowwa!! Mana pergi semangat nihh??!
Kata nak dapat dekan sem satu nih?? hahaha

Tapi sempat lah pulak nak update blog...
Jap lagi DRC nak habis kan masa (kredit internet) untuk berBW.. miss blog korang..
Ok, hari ni DRC nak bawak cerita tentang ~
Aku, Korang atau Kita : GILA GLAMOR!??

Haahaaa.. Isu ni dah lama DRC nak bincang tapi tengah kumpul material untuk dibahaskan..
Jom DRC definisikan dahulu secara literal supaya tak ada masalah liguistik nanti..
(ayat pendebat)

GILA  bermaksud sesuatu yang obses kepada sesuatu, terlalu fokus dalam kelompok kecil atau tidak siuman
GLAMOR bermaksud popular, terkenal, diminati ramai, dihormati dan meletop!~
GILA GLAMOR pulak bermaksud terlalu obses untuk menjadi terkenal, diminati dan popular dengan apa cara sekalipun sehingga dia digelar GILA GLAMOR

Nak tahu macam mana simptom-simptom Gila Glamor a.k.a GG ni??

1. SUKA MENONJOLKAN DIRI
Pernah tak korang dengar perkataan "mencapub"?? Agak lucah tapi bukan lucah... hhahaah.. Mencapub tu adalah singkatan kepada mencari publisiti murahan.. Isk..isk.. Kalau korang pernah, mesti korang tahu apa yang sebenarnya tersirat dan tersurat. Mereka-mereka yang suka untuk mencari publisiti murahan ini sebenarnya adalah salah satu penyakit menonjolkan diri . Teringat zaman sekolah, mesti ada kawan-kawan yang suka mencapub ni... Lebih-lebih lagi budak perempuan... Suka bertenggek kat koridor, ketawa kuat-kuat, pergi sekolah pakai gelang kalah mami jarum, siap pakai celak lagi, menangis bila putus cinta, nak terjun bagunan kononye dan mcm2 lagi perangai.. Hahaha... Ini adalah salah satu proses untuk GG ye kalau korang nak tahu..

2. BUAT PERKARA YANG ORANG LAIN TAK BUAT
Ini salah satu keistimewaan orang GG. Diorang akan buat semua perkara yang orang lain tak nak buat tapi dia boleh jadi Pak Sanggup atau Minah Sanggup.. Contohnye, kalau orang lain tak nak buat persembahan sempena hari kebudayaan, dialah orang yang akan create persembahan joget tarian apa sahaja asalkan dia dapat tarik perhatian dan buat orang lain yang tak nah buat.. Kalau dia buat, dia buat sungguh-sungguh supaya nampak perfect..!

3. LAIN DARI YANG LAIN
Perkara yang unik memang disukai oleh orang yang GG. Mereka sukakan perkara yang 1 in Million supaya dapat tarikan... Contohnya jam tangan yang besar, ada bunga tompok-tompok. Hahaha.. Perkara ni memang kita disajikan kat mana-mana bila terjumpa orang GG.
"Eh cantek nye jam tangan?! Beli kat mana yee"
Jawabnya "Haha.. Yeke? Terima kasih... Eh, saya tak beli tapi ada orang yang hadiahkan". Padahal beli sendiri..
Nampak tak permainannya disitu?? hahaha

Ada banyak simptom untuk mengenal pasti orang GG nih.. DRC pun pernah terkena apabila dikatan salah seorang GG.. Tapi tak apalah...
Perasan tak, banyak point kat atas ni DRC bagi dari sudut yang negatif..! 
Kalau korang perasan, bagus lah.....
DRC saje je nak bagi korang terasa.. ahahhaa..
Tapi apa kata kalau kita twist point yang negatif tu kepada positif..!?
Jom kita cuba...

Gila Glamor ni tak salah.. Asalkan kita tahu niat, tujuan dan cara yang betul..
Betul... Tak salah pun nak Glamor... Tapi jangan Gila Glamor..
Jom ikuti perbincangan DRC bersama kawan-kawan dalam video kat bawah :
p/s : ABAIKAN PERSEKITARAN DAN PANDANGAN ANDA
cucuk earphone, dengar dengan teliti 


Video ini dirakam semasa DRC semester dua  di KUIN. 
Dah dengar?? Ambillah point-point yang penting dalam setiap penghujahan dan perbincangan..

DRC psssstttt : Dalam apa jua kerja dan tindakkan kita, ikhlaskan diri kerana Allah SWT.. Kalau nak tahu macam mana ikhlas tu... Cuba bukak surah al-Ikhlas, carilah ayat atau perkataan 'ikhlas' dalam surah tersebut.... Selamat mencuba... =)

Thursday, September 13, 2012

Dah lama tak post...!!

ASSALAMMUALAIKUM

Seriusly, DRC dah banyak tak menjengah blog korang semua..! rindu kot nak stalker semua followers DRC... tapi lately DRC agak 'bz' la sangatnye sampai nak blog pun payahkan...
Tapi sejak dah jadu Uniselian ni, ada subjek yg sangat interesting untuk DRC share sebab pensyarah mintak assignment guna blog... yepppyy~
so, atleast DRC boleh hidupkan blog DRC yg menyepi entah kenapa ni..

banyak story yang DRC nak soksek dengan korang..tpi kenapa ntah.. DRC macam malas nak taip.. Nak kata ada masalah jiwa, i dont think so...
ahahhaa
ok lah...
(tengok! dah tak ada idea)

Sebenarnya banyak idea...
Banyak buku yang DRC belum review untuk korang..
tapi buat masa ni DRC belum nak taip lagi..
aduiihh.. macam manalah kalau DRC jadi jornalist, kena ada dateline...!
memang dead lah..

Adooii...!
DRC tak ada idea lah... hummm..
Sorry..
apapun, DRC hadiahkan satu video untuk korang semua..



DRC psssttt : Tenangkan diri... Sejak kebelakangan ni DRC sakit2 perut, sakit2 kepala dan susah nak tidur... humm..... tak tau lah kenapa.. sakit perut mungkin sebab salah makan.. sakit kepala mungkin sebab banyak sangat pikir... susah nak tidur mungkin sebab bantal busuk tinggal kat umah...!! huwaaa....!!!!~ atau semuanya mungkin tanpa doa korang semua.. doakan kesihatan DRC ye... insyaAllah... aaminn... >_<

Friday, August 24, 2012

Program SATU HARI DI HARI RAYA - Family Day Keluarga Kasbullah 1.0




ASSALAMMUALAIKUM
Dah tengok gambar-gambar raya DRC..??? haaa.. itu separuh je...
Gambar-gambar tu pun adalah semasa 
Program SATU HARI DI HARI RAYA - Family Day Keluarga Kasbullah 1.0 yang berlangsung pada hari raya pertama di perkarangan rumah atok DRC..
nak tau apa pengisannya??


FYI, ini pertama kali family kami berkumpul beramai-ramai dengan sempurna dan membuat aktiviti macam ini.. Sebelum ni memang ada kumpul cuma pengisiannya tak seberapa, kali ni atas inisiatif dan sumtikan semangat daripada pakcik-pakcik yang berharap DRC membuat satu game/modul, DRC cubalah... Untuk kali pertama memang sukar, mula-mula DRC memang risau sebab DRC bukanlah orang yang boleh memberi arahan, apatah lagi kepada saudara mara/pakcik dan makcik... DRC lebih suka menerima dan melaksanakan arahan... 
Tapi alhamdulillah, sedikit keyakinan dan persiapan walaupun tak seberapa, semuanya berjalan lancar... Jangkaan cuaca yang akan hujan memang tepat. Sebab itu game kali ini banyak DRC buat 'indoor' supaya senang untuk pergerakkan dan masih berjalan walaupun cuaca tidak berapa mengizinkan..

Apapun, DRC bersyukur sangat sebab semuanya berjalan lancar.... >.<
Sempat lagi DRC buat video gambar-gambar dengan lagu tema yang 'kena'..hehe


DRC psssstttt : DRC sangat terharu dan paling bermakna buat DRC... Dapat berkumpul, mengeratkan silaturrahim, menonton 'wayang' bersama-sama, main bunga api (dah beso2), dan macam-macam lagi... Kenangan yang manis untuk dikenang.. Macam lagu tema video - ONE BIG FAMILY- try lah search kat google liriknya, best sangat..!! Thanks semua... <3 b="b">

Wednesday, June 27, 2012

WordlessWednesday #7 - Cik Beah Owesome!!

ASSALAMMUALAIKUM

Hari ni DRC nak BW sampai lebam tangan jemari... Malas nak taip apa2, korang tengok video ni.

DRC psssttt : Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah.. ^_^

Sunday, May 13, 2012

Iman Yang Dirindu......

ASSALAMMUALAIKUM
Selamat hujung minggu dan salam sejahtera....
Sebenarnya, DRC bukan taknak buat entry baru lepas je post cerpen tu.. Tapi DRC kekeringan idea lah.... Bila jengah blog2 kawan2, ramainya yang post pasal hari ibu.... 
Tapi post DRC kali ni mungkin lain sikit.. Hari ibu nanti DRC cerita kat bawah,,, 
tapi sebelum tu, jom tengok video bawah nih...



Ok, video tu adalah video kenangan DRC dengan anak asuhan Mama DRC, Iman dan Fahmi... Teletah dan kepetahannya sebenarnya...... Membuatkan DRC rindu sangat kat diorang..
Iman dan Fahmie ni adalah anak jiran DRC, sekarang ni diorang dah pindah ke Terengganu...
Iman dan Fahmi..... Hurmmm... Lincahkan diorang dalam video ni??
Umur baru je 4 tahun lebih... Tapi petahnya mengalahkan budak dah tadika...
Cuba tengok video yang kat bawah ni pulak :


Ehemm..EHemm.. Suara DRC sakit time video nih..huhuh... Takde laa,, DRC kena buat suara kecil masa nak melayan Iman nih... Iman dan Fahmi adalah anak yatim, kerana ibunya telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya ketika mahu pulang ke kem latihan di Terengganu.. Selepas kejadian tahun lalu, Iman dan Fahmi dijaga oleh ayahnya, dan ketika ayahnya kerja Mama DRC yang jaga Iman dan Fahmie... Diorang memang dah seakan faham rutin harian.. Hari ni kat rumah DRC, esok balik rumah ayah dia... Lusa pulak datang balik ke rumah DRC.. Sebab jadual kerja ayahnya memang macam tu....


Sepanjang Iman dan Fahmi ada kat rumah, rumah tak pernah sunyi... Sentiasa ada kerja dan riuh dengan suara diorang... DRC pulak bila cuti semester, ada je yang nak teman DRC keluar, iaitu Iman.. Dialah yang temankan DRC pergi balik kampung, amik atok, hantar atok pergi hospital ke apa2 dan ke mana sahaja... Yang bestnya, Iman ni cekap IQnya.. Mudah ingat jalan... DRC yang lupa2 jalan kat kampung sendiri pun, Iman ingatkan.. Dia tahu, jalan nak balik terengganu... Nak pergi Muar... Pergi rumah Faiz (kawan dia), jalan rumah atok dia... Walaupun dia tak tau nama jalan, tapi arah jalan dia tetap ingat.... Yang seronok dan bangganya, Fahmi yang usia 2 tahun lebih dah lancar baca al-fatihah.. Dan sedekahkan al-fatihah pada arwah ibunya... :(
Kalaulah ibu dia tahu, mesti terharu....humm..


DRC nak selitkan pasal hari ibu pulak,,, agaknya bila Iman dah besar nanti...... Apakah hari ibu dia akan tahu keadaan semasa dia kecil? Adakah dia tahu kejadian yang menimpa arwah ibu dia? Macam mana perasaan dia bila hari ibu, atau hari lahir ibu dia? Hummmm...
Sebenarnya, Iman ni macam DRC... Pernah kehilangan orang yang tersayang yang dipanggil Ibu... Memang sepanjang kekosongan jawatan ibu itu janggal dan perit rasanya.. dan kehilangan itu sangat terkesan sampai bila-bila.....


Tak perlu sambut hari ibu kalau kita hanya tunjukkan kasih sayang dan cinta kita hanya satu hari dalam setahun.. Tak perlu hadiah yang mahal dan berjenama kalai kita hanya beri satu kali dalam setahun.... Tak perlu semua itu....


Kalau kita benar-benar sayang dan cinta pada ibu kita, doakanlah mereka selepas setiap kali kita solat...
DRC yakin, inilah hadiah yang kekal... Walaupun ibu kita ada atau telah tiada, inilah hadiah yang akan sampai ke sana... Hadiah yang kekal dan paling disukai.... <3

DRC yakin, Iman dan Fahmi akan lebih matang dan memahami erti kehidupan apabila diorang dewasa... Semoga Iman dan Fahmi akan menjadi anak yang soleh, yang tidak lupakan untuk berdoa kepada ibunya dan berbakti kepada ayahnya.... 

DRC pun kena ingatkan diri DRC jugak.. Supaya menjadi anak yang soleh, berbakti pada ibu bapa, menghormati mereka dan mengasihi mereka....

DRC psssttt : Serius! Rindu pada Iman dan Fahmi bila dah habis study, fulltime dok rumah, memang teringatlah kat diorang... Kalau waktu petang macam nih, memang pergi jogging, main tarian si tommy.... Hummm... Semoga Iman dan Fahmi jadi boboboi yang terrrbaeeekkk~ :)

Thursday, March 22, 2012

SYRIA : Air Mataku Bersamamu #3

ASSALAMMUALAIKUM
Salam sejahtera semua...
Hari ni DRC nak berkongsi satu video yang DRC khas buat sempena
Himpunan Aman Syria tempo hari...
JOM TENGOK :


Puisi : Air Mataku Bersamamu, Syria 
ni DRC tulis khas sempena pertama kali DRC sertai perhimpunan seperti ini..
Siapa boleh terjemahkan puisi ni silakan terjemahkan kepad DRC yer...


AIR MATAKU BERSAMAMU, SYRIA


Hilang dalam terang,
Sesat dalam lapang,
Jiwaku yang semakin kosong,
sepi tanpa sebarang isi...

Lantas mencari setitis ilmu untuk bekalan,
sedikit pencerahan walaupun hanya sebentar,
lantas hatiku terdetik, apa yang sedang terjadi?



Lantaran aku cuba menyelami

Tika diriku disesakkan dengan jiwa-jiwa yang mahu merdeka direalisasi..
Seakan tidak percaya bahawa aku didalam lautan jiwa itu..
Menyuarakan isi hati...
Sambil air mata tetap bersamamu...



Walaupun sedikit usaha ku,,

Aku yakin ada ganjaran dari Allah menanti...
Walau hanya titisan tangisan simpati..

Jika di sana dihujani peluru,
Di sini kontang dengan perjuangan,
Di sana dibanjiri darah,
Tapi hanya
Air Mataku Bersamamu,

Baru kini aku tersedar dari lena...
Rupanya selama ini aku dibuai mimpi indah..
Oleh mereka yang cuba menutupi realiti….
Demi kepentingan diri..
Sedang satu kepercayaan telah dikhianati..

Lenaku sehingga aku lupa tentang mereka di sana..
Hingga sedarku mematahkan segala sangsi..
Jika usahaku hanya sekecil cuma...
Inilah jalan tarbiah bagi diriku yang selalu lupa..

Tika mereka disana sesak mencari peluang untuk hidup..
Aku di sini sesak mencari ruang untuk membantu...
Selagi mana ada kudrat...
Walau setitis air mata...
Aku akan tetap bersamamu...



Biar air mataku terus mengalir kerananya...

Walau ia tak mampu mengubah dunia..
Tapi ia mampu mengubah diriku...

Aku akan terus menangis keranaya...
Daripada aku gegak gempita dengan kemewahan, 
kesenangan..
keduniaan..




Dan aku pasti  akan terus menangis..
Jika aku tak mampu berperang...
Aku akan bantu dengan doa..
Moga Allah membantu segala perjalanan...
Sesungguhnya Dia Maha Mengasihani…

Oleh : Khairool Ariffin Musa


DRC pssssttt : dah lama tak buat puisi nih... harap-harap sampai lah mesej yang DRC luahkan dalam puisi biasa2 nie.... InsyaAllah.. Kita doakan bumi yang sudah tua ini terus dilimpahi cahaya nur Islam... Aamiin... :) ok, untuk pengetahuan semua, 29hb ni DRC akan ke Shah Alam untuk satu majlis.. doakan semua urusan dipermudahkan ye... 

Tuesday, March 13, 2012

Youtube | Mana Channel Pilihan Anda?

ASSALAMMUALAIKUM

Sekarang ni ramai yang sibuk nak masuk youtube.
Nak cari jalan pintas dalam apa jua bidang..
Youtube juga sebenarnya medium terbaik dan yang dekat untuk kita mempamerkan apa yang kita ada seperti bakat, produk, servis, bakat, produk, servis, bakat, produk, servis.
#terdapat perulangan yeee..


Baru-baru ni, DRC ada baca dalam surat khabar tabloid yang mana tajuknya dalah
SUPERSTAR YOUTUBE. 


DRC tak menafikan gelombang artis youtube semakin menggelora dalam internet khususnya di Malaysia. 
Nama-nama yang hebat dalam arena youtube dan menjadi terkenal dalam sekelip mata seperti 
1. NAJWA LATIF
Najwa yang mula dikenali sebagai penyanyi youtube dan video pertamanya dalam youtube adalah


2. MATLUTFI
Matluthfi mula menjadi buah mulut orang apabila beliau diangkat sebagai vlogger Malaysia yang ternama. Video terbarunya setakat hari ini  adalah :


Kenapa DRC tunjukkan 2 je contoh selebriti youtube kat atas nie? Sebenarnya dalam kita tak tahu bukan sahaja mereka yang dilaporkan oleh media tersebut terkenal dalam youtube.

Macam yang matlutfi kata dalam video kat atas nie...
DRC bukan nak menjatuhkan sesiapa dan post kali ini sebenarnya nak ingatkan kita ada lagi mereka yang belum diketengahkan oleh media tempatan walhal, kewujudannya dalam youtube telah membuka satu peluang kepada orang ramai untuk mendekatkan diri kearah kebaikan, iaitu..




















USTAZ AZHAR IDRUS

Kalau nak diikutkan fan antara mereka yang ada dalam youtube, fan ustaz azhar idrus lebih ramai dan pengaruhnya dalam menyebarkan dakwah lebih meresap dan mendalam. Cumanya apa yang DRC nak persoalkan pada entry kali ini adalah pernah tak kita tengok ustaz azhar idrus mendapat liputan media arus perdana seperti akhbar tabloid yang melaporkan superstar youtube tu?
Pelikkan, perkara yang sudah terangan mengajak kepada kebaikan ada saja yang tak suka dan membenci. Kalau anda tanya channel apa yang DRC suka dalam youtube, inilah 3 channel yang sentiasa menjadi pilihan DRC. 
DRC psssstttt : Ustaz Azhar Idrus merupakan ikon Melayu Islam yang harus kita contohi.. Walaupun ada yang kurang senang dan media arus perdana seakan 'boikot', kita sebagai muslim ni tuntutlah ilmu walau hanya dalam youtube. Carilah apa jua yang berfaedah dalam youtube tu... Jangan mencari sesuatu yang lain daripada kebaikan.. Apa jua berasaskan niat yang baik.. Dulu, orang kita cukup sensitif kalau sebut youtube, mesti terfikir benda lain. Tapi sekarang tidak... Apa guna kebaikan yang ada kalau kita taknak guna? Kannnnnn................ ^_^)Y

Sunday, February 5, 2012

DRC @ Persembahan Pengkisahan Rasulullah SAW



ASSALAMMUALAIKUM

Video rakaman selama 1 jam lebih ini semasa DRC dan sahabat-sahabat Darul Hadis membuat persembahan berkisarkan pengkisahan Junjungan Agung, Nabi Muhammad SAW dalam Program Lantunan Mahabbah Rasulillah Perdana pada hujung tahun lepas....

Harap kita dapat mengambil iktibar walaupun sedikit sirah Junjungan Besar kita...
Kalau kita mampu hafal semua biodata artis kegemaran kita,
kenapa tidak manusia agung ini????

DRC pssssssttttt : Salam Maulidur Rasul 1433H dari DRC. Lahirkan <3 <3 <3 kepada Rasulullah.

Tuesday, January 24, 2012

HEY KREATIF! SUNGGUH KREATIF!!

ASSALAMMUALAIKUM

DRC tak kisah korang nak kreatif macam mana...
DRC pun tak kisah korang nak buat dan tunjukkan kreatif macam mana..
DRC lagi tak kisah korang nak curahkan kreatif korang kat mana...
Tapi DRC mula kisah...
Bila ada yang kreatif melampau dan terlalu lampauuu!








Tak salahkan kita nak kreatif. DRC suka sangat anak muda sebaya-sebaya DRC ni kreatif.
Tapi tak salah kalau kita gunakan kreatif kita tu kearah yang baik dan manfaat.
Bukan sekadar jadi bahan jenaka dan menghiburkan hati,
tapi lebih baik jadi bahan rujukkan dan manfaatkan kepada orang lain..
Ok, kat bawah ni contoh kreatif yang bermanfaat..








DRC pssssttt : Gunakan idea kreatif dan inovatif kita ke jalan yang terbaik. Ingat! Hidup kita semua ini adalah pinjaman dari Allah.. Sekejap dan sekelip mata kita boleh ditarik balik.. Otak, akal dan ilmu segalanya dari Dia.. kalau kita yang tahu ini semua pinjaman tapi tak manfaatkan kepada kebaikan untuk 'membayar' segala hutang pinjaman kita, bagaimana kita nak pulangkan balik? takkan nak pulangkan dengan tangan kosong?? Jadi, kalau kita tak bersedia untuk memulangkan, gunakan sepenuh masa yang ada dengan manfaatkan kepada kebaikan... Ok, sama-sama kita ambil iktibar.. DRC pun sedang mencuba untuk mencari alternatif membuat kebaikan melalui kreatif. Jangan sampai pinjaman ditarik balik, kita dah tak dapat nak bayar...... Hutang tetap hutang, kawan-kawan.. :)

Monday, January 16, 2012

Penampilan Sulung DRC @ Akademi Pendakwah Muda sbg Host



Assalammualaikum....

Penampilan Sulung DRC dalam Akademi Pendakwah Muda selaku host rancangan....
Sebarang komen berkaitan host dialu2kan...
Terima kasih..
JOM SUPPORT AKADEMI PENDAKWAH MUDA.!

DRC psssstt : DRC ni asyik-asyik buat entry baru je.. tapi tak BW pn.. DRC macam dah xde mood nak BW sebab shoutmix lama da xde...ermmm... xtau la myb sebab tu kot trafik semakin lenggang... korang rajin lagi BW..??

Saturday, December 3, 2011

Jom Belajar Jadi Hacker!!~

Assalammualaikum dan selamat hari sabtu semuaaa..
waaahhh sedap nya cuti kann..
musim2 cuti pulak ni kan,, ramai yang buat Walimah...
Tahniah DRC ucapkan.. terima kasih atas semua jemputan yang tak terpergi tu..huhuu

Ok, hari ni DRC nak ajak dan ajar anda untuk menjadi hacker! waww!!
ahahahaaa.. bukan lah...
DRC nak ajak je korang tengok video-video yang ada kat dalam pacik utube ni tentang cara-cara hackers ni membuat jenayah nih! joomm, terjahhh!!~

# VIDEO NO. 1


Tuesday, October 4, 2011

SiaPa rinDu DRC?? eeeuuW!



Jom dengar isi dan hujahan karut DRC dalam pidato nih!hahahaaa...
Bangsa Berilmu Bangsa Bertamadun...

Sebenarnya DRC post entry ni sebab dah nak kena standby untuk debat hari sabtu nih... Ni kira standby testing mikropon la..hahahahaa..... takde kaitan dengan ada org rindu ke tak sempena DRC tak berBW nih....huhuhuh :P
 Watch that and give your comment and opinion ok, TQ frennn....

DRC pssssssttt ::: Sorry sangat tak dapat nak berBW terlalu rajin gila babeng... ni sikit sebanyak DRC dapat kongsi jadual kebuzyan DRC minggu ni.... 
RABU -- > JUMAAT :: Study Tour Industri at Penang
SABTU :: Debat Konvokesyen
AHAD :: Send assigment
ISNIN ::  Assigment
SELASA :: Assigment
RABU :: Assigment....
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~~~ agak ketensionan kn?? so enjoy je!!! :* <3

Wednesday, September 28, 2011

VIDEO : Jom Hilangkan Tekanan!


Milo Ais dengan Teh Ais... Korang suke mane..???


Kisah Phone masuk sungai......


Bila Messi di temuramah....?

DRC psssstt :: Sorry yer semua blogger... DRC melammbakkk dah assignment and midterm exam yang nak kne mengadap.. x leh berjalan ke blog byak2...... hehehe... wish me good luck yeahhh!!
>.<

Friday, September 23, 2011

Mat Sabu VS Zizan

  VS

Assalammualaikum semua ahli ceria....!!! waaahhh... panassss pulak hari jumaat ni...
DRC sibuk p makan kat umah orang yg jemput untuk perabih kan makanan diorg...huhuuh...
Tapi DRC taklah kembOng sangat.. still on my weight <50kg... (ringan kan?)

Ok, hari ni DRC mengajak anda untuk semua membezakan antara mereka berdua di atas...

Baru-baru ini kes Zizan didakwa mempersendakan agama dengan menyebut kalimah syahadah menjadi bualan hangat di blog dan media... sangaaattt paaanaasss.. apabila Zizan membuat kenyataan MAAF, dan ada pula sesetengah pihak yang cuba untuk menegangkan kembali dengan menyatakan ada golongan tidak berpuas hati dengan kejayaan filem tersebut..

Lewat bulan lepas, isu Mat Sabu didakwa menghina pejuang kemerdekaan dengan beberapa fakta yang dikira salah di sisi kerajaan.

Jom rewind balik apakah dakwaan tersebut :




Yang ini juga...




Persoalan DRC kepada anda... Siapakah yang DIDAKWA menghina Agama dan Merdeka? Manakah yang benar? Manakah yang lebih dahsyat timbangannya di akhirat nanti??
Siapa diantara mereka yang akan menerima azab di sana atau menerima hukuman di dunia??


Jika anda, apakah yang di fikiran anda? Agama atau Merdeka?

Wednesday, September 21, 2011

Zizan : Rumah Siap, Pahat Berbunyi, Hantu Terbonceng....



Assalammualaikum.... Hari ni DRC buat post wktu pagi pulak..
Da puas tengok video yang di cut ini???
Apa respon anda? 
Ada yang mengecam Zizan Razak, Finas, Ahmad Idham dan yang terbabit....


Seperti yang DRC review filem ini sebelum ni, bukan DRC review secara kosong... DRC review dengan ketelitian dari sudut yang pelbagai... DRC pun ada komen tentang penggunaan Bahasa Arab yang sewajarnya samada ia perlu dibiasakan atau dilatih berkali-kali supaya tidak 'sengau' bunyinya dan kena pada tempatnya....


Jom tengok babak yang sangat eksklusif yang DRC bongkarkan..heheeee (macam spy)




Tengok sehingga habis babak malam... DRC ulangi, penggunaan ayat bahasa arab samada istigfar, azan, subahanallah, dan segalanya perlu bertepatan dengan tempatnya... Memang ia adalah jenaka yang menjadi, namun apakah filem begini mampu digunapakai untuk menerapkan nilai islamik? DRC salah seorang peminat Zizan, namun tidak lah taksub sangat..


Jom tengok pengakuan zizan melalui laman twitternya..
Pada DRC jalan terbaik kepada Zizan adalah dengan membuat permohonan maaf secara peribadi atas ketidak sengajaan beliau. itu cukup memadai.. tidak perlu untuk mempertikaikan kehadiran 4 ulama' atau sebagainya yang boleh mengeruhkan lagi keadaan situasi tegang...

Namun, Ahmad Idham dalam kenyataan di akhbar SinarHarian, 

Pada DRC, bagi menjernihkan lagi keadaan adalah dengan cara permohonan maaf dan tayangan tersebut diberhentikan kerana pulangan yang diperolehi dari filem tersebut perlu dirujuk oleh panel syariah...
Tapi, jom kite dengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang isu ini...


DRC pssssssttt : Setiap manusia melakukan kesilapan dan kesilapan itu disaksikan oleh orang yang menilai kita... kita hanya mampu mengubah presepsi dan tingkah kita supaya menjadi yang terbaik untuk memperbaikinya... Menerima kritikan walau sesiapa sahaja dengan hati yang terbuka dan ikhlas itu sesuatu yang mahal dan berharga... Malah kritikan itu mengajar kita untuk lebih MAJU dalam segala yang dilakukan....
>.<


Saturday, September 17, 2011

Rakan Kolej DRC "RETISSSS" hangpa ada??.... o.o

Assalammualikum... tok.tik...tok...tik.....


dah pagi pon, nak dok atas tilam lagi buat ape???hehee.. rejeki tak mai kalu dok saja2 pagi2 ni... kena buat sesuatu even blogging kan???kehkehkhe.... >.<


hari Sabtu yang membozzaan kan..! tatau la.. padalah asssingment melombak ni ha, projek bertimbon ni pon..! mana pergi mOOd...??? O.O betul la...

ok la.. today's post DRC nak share tentang beberapa kejayaan sahabat-sahabat kolej DRC yang merangkul 'award' sebagai finalis untuk beberapa program realiti di TV..waah.. kelassss seeyhh! rejeki diorang kot..haaa.. pasal rejeki lagi.... retiss tu ARTISSSssss ok.. jgn tak paham ler...


1. IMAM MUDA  II - ASTRO OASIS



Imam Muda AMMAR- penuntut di KUIN (sama kolej dgn DRC) tapi jurusan berbeza.. beliau tidak berapa aktif di kolej tapi memang terkezzut bila dia tercalon untuk finalis Imam Muda.. rejeki kan??? mungkin sebab dia selalu bagun pagi walaupun hari cuti.... (ehemmm.. terasa denn.)
Imam Muda AMMAR juga berjaya merangkul sebagai pemenang tempat ke tiga... Alhamdulillah... REJEKI....REJEKI.....


2. SOLEHAH - TV AL HIJRAH



Maryam Sa'ari yang berasal dari Kuala Terengganu. Akak Maryam ni (dah biasa panggil akak kat kolej...so jgn jelessss :p) seorang perwakilan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPM kt KUIN). Dia memang best.. setakat yang DRC kenal, Kak Maryam memang intelligent dan workaholic.! yeahh! memang sollut dengan dia bila bab bekerja dalam organisasi. Kak Maryam pun ada blog. Banyak post dalam blog dia mengisahkan tentang dunia Islam itu sendiri. DRC mendoakan Kak Maryam Sa'ari berjaya dalam program...Amin... REJEKI...REJEKI...
sebenarnya ramai rakan kolej yang masok audition Solehah ni, tapi REJEKI kak Maryam (kak yam)... mungkin jugak kak yam suka bangun awal pagi walaupun hari cuti........... >.<


So, hangpa bila lagi...? eh, dok tanya orang.. DRC bila lagi??hehehehe.... DRC menilai diri sendiri yang tak berbakat, tak berupa, tak beruwang, tak berpengalaman, tak berbudi pekerti...huhuh.. (Siapalah akuuuuuuu~~)


InsyaAllah, rejeki ni kalau dah ditetapkan oleh Allah, takkan kemana... Kalau DRC terpilih kat mana-mana program TV ke, radio ke, itu semua kerja dan urusan Allah... yang penting kita usaha dengan sedaya kudrat kita untuk menjadi yang terbaik.! DRC sentiasa mendoakan sahabat-sahabat DRC yang masok AF kersss (macam ade!), Malaysian IDOL kersss, Akademi al-Quran kersss, AKademi nasyid kerssss, Malaysian Top Host (yang ditunggu-tunggu :p) kerss... semuanya mendapat rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah...


Sebelum post ni menutup tirainya, sebelum DRC terlupa ada seorang lagi sahabat kolej DRC yang merangkul gelaran Juara Akademi al-Quran musim ke-3 iaitu Fakhrul Radhi yang kini menganggotai kumpulan Nasyid UNIC. Jom dengarkan alunan ayat suci al-Quran dari beliau semasa final AQ3..



Surah Ibrahim Ayat 11-17.

pssssstttttt : DRC tak de keyakinan macam depa untuk berhadapan dengan kamera...huhu... tapi kalau ada REJEKI tak kemana kan?? >.<
DRC tunggu annoucement finalis Program Ustazah Pilihan (astro oasis) hhehehe


JOM LIKE PAGES IMAM MUDA AMMAR
Imam Muda Ammar


JOM FOLLOW BLOG MARYAM SA'ARI
Illusi Mindaku

JOM LIKE PAGES FAKHRUL RADHI
Fakhrul Radhi UNIC

jangan ketinggalan.........
JOM LIKE PAGES BLOG DERIA RASA CERIA
DERIA RASA CERIA

>.< tq sumee...

Monday, August 22, 2011

VIDEO : Iklan MOtivasi



Hai semuaaaa..... Rasa boring tengok iklan kat Malaysia yang terlalu klise, kali ni DRC ajak anda untuk menyaksikan iklan motivasi dari negara seberang, Thailand....


Memang agak men'touching'kn dan penuh dengan moral value yang ada dalam iklan ni.. bukan hanya untuk mempromosikan produk tapi dalam masa yang sama society development pun diambil kira... memang AAAA laaa...

Saturday, August 20, 2011

VIDEO : Sunway Lagoon Berbajet



Best tak kalau ada apparatus ni kat umah... memang selalu mandi mcm ni...
barulah syookkk...!!!

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...