pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label review filem dan drama. Show all posts
Showing posts with label review filem dan drama. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

REVIEW FILEM | Dua Kalimah

ASSALAMMUALAIKUM

Dah lama DRC tak buat review filem...
Kali ni DRC nak buat review untuk filem terbaru dari Metro Wealth iaitu DUA KALIMAH


Filem ini berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Sam dan Nora Danish yg mana Sam menipu ayahnya tentang pengajiannya di Mesir.. Rupanya Sam tidak habis belajar di Mesir dan pindah ke Australia hinggalah berjumpa dengan Nora Danish. Mereka bercinta melebihi batas pergaulan sehingga Nora Danish disahkan mengandung. Yana pula adalah bekas kekasih Sam di kampung. Dia masih tidak berkahwin kerana Sam pernah berkata, dia akan jadikan Yana tanggungjawabnya bila dah pulang ke Malaysia.. 
Ketika perjalanan pulang ke kampung Sam dan Nora ditimpa pelbagai peristiwa pelik tentang kematian ketiga-tiga mayat yang diuruskan menerima azab yang sangat dahsyat.. Orang kata Allah tunjukkan musibah secara 'cash'..!

Secara keseluruhan DRC tengok filem ini seakan kompilasi drama Tanah Kubur di Astro Oasis kerana terdapat 3 jenazah yang diuruskan dengan pelbagai azab. 
Tapi ia memberi pengajaran kepada Nora yang mula sedar dengan kekhilafan dirinya..

DRC listkan beberapa pendapat DRC tentang filem ini :
1. Filem Dua Kalimah ini mungkin terlalu perlahan plotnya sehingga ada penonton yang mula bosan dengan scene-scene yang terlalu meleret..
2. Agak kurang logik apabila pemandu teksi boleh tercampak keluar dari kereta sedangkan pintu kereta tertutup rapat. Tercampak ke atas, dan keluar dari tingkap. DRC seakan tidak percaya dengan kejadian tu. 
3. Kurang penekanan terhadap tajuk filem iaitu 'Dua Kalimah' yang mana ia hanya disentuh pada pengakhiran filem sahaja. Mungkin lebih cantik ditekankan sewaktu Nora Danish mula untuk mendalami Islam sebenar.
4. Pengarah tidak memberikan perleraian tentang misteri Pak Daud dengan isterinya dan Kampung Cahaya. Sehingga habis filem, tidak diceritakan langsung adakah Pak Daud bunian atau manusia betul. Hanya menjadi persoalan apabila Sam bertanya kepada adiknya tentang Kampung Cahaya.

5. Filem penuh dengan emosi dan mesej yang sangat bagus. DRC pun menangis bila tengok filem tu sebab teringatkan peristiwa kematian orang tersayang. 
6. Pengarah boleh menekankan bahawa kepentingan dua kalimah syahadah itu. Mungkin kita boleh faham dengan mudah.
7. Secara keseluruhan, filem Dua Kalimah memang memberi pengajaran yang sangat berguna dan kesan yang mendalam kepada kita. Memang tak sangka dalam panggung wayang ada hadis yang dibaca, ada ayat al-Quran yg diterjemah dan ia mungkin cara dakwah kepada penonton.

DRC bagi 4 bintang untuk Dua Kalimah..

Andai dua kalimah itu adalah sebuah ikatan janji, maka tepatilah. 
Andai dua kalimah itu sekadar sebuah kata, fikirlah untuk samada kita membiarkan ia hanya sebagai kata-kata....
DRC pssstt : Dalam demam-demam pun DRC sempat nak update blog.. Kawan-kawan, Doakan DRC cepat sembuh ye.. :D

Friday, June 15, 2012

REVIEW FILEM | Men In Black 3

ASSALAMMUALAIKUM
Siapa yang dah tengok MIB3 ni??? Macam mana korang rasa??

Ok, baru-baru ni DRC berkesempatan pergi ke panggung wayang dengan kawan DRC kat 1Utama, yelahhh.. masa tu bosan sangat, jadi kami pun buatlah keputusan nak tengok wayang.. Padahal time tu wayang kat 1Utama pun tak pernah jejak.. :3

Jujur DRC kata sebelum ni DRC tak berapa gemar english film, dan tak suka nak tengok...
MIB1 ke MIB2 ke memang DRC tak pernah tengok.. wakakaka..
tapi kali ni nak tukar angin, sebab nak kaji kenapa film barat ni box ofice sangattt~
so, adalah beberapa point yg DRC dapat...

Ok, jom nak review...
* MIB3 bukanlah sebuah filem yang banyak sangat aksi... tapi apa yang buat DRC tak berganjak dari sit (sebab bayo tiket) adalah sebab filem MIB3 ni banyak betul babak-babak yang suspen dan mendebarkan.. sebab setiap babak, kita tak dapat jangka apa yang berlaku....
* Komedi yang digunapakai dalam MIB3 adalah komedi yang santai.. perolahan dari penggunaan bahasa inggeris kena faham betul-betul baru kita tau yang itu adalah lawak... sebab masa dalam panggung, tak semua orang gelak serentak dengan DRC gelak.. #PELIK
* MIB3 belum sedia untuk di 3Dkan.. Yang ada 2D.. Lagipun DRC rasa kalau MIB dah dapat 3D tak ada masalah untuk buat banyak babak-babak yang aksi...
* Jalan cerita yang menarik, dan sudut 'flash back' yang memang berjaya membuatkan penonton *pening* sekejap dengan persoalan apakah yang berlaku.. samada Ejen J ke masa hadapan atau Ejen K ke masa lampau... kena fokus jugak dalam wayang.. ahhahaa
serius, DRC geli tengok dia nih...!
*Secara keseluruhan, MIB3 tak banyak 'hantu' yang dikeluarkan... hahahaa.. tapi 'hantu' yang power dia keluarkan mcm yang kat atas nih.. errkkk...
Harapnya kalau ada MIB4 lepas ni, boleh banyak-banyak hantu dan kalau 3D lagi best... hahahaa.
Total bintang DRC bagi untuk MIB3 adalah......
***
Tiga bintang, sebab MIB 3 (three) kann?? huhuh

DRC psssttt : Masa nak masuk hall, terserempak dengan Awal Ashaari dgn Scha Alyahya... Tiba-tiba diorang tak masuk hall sama dengan DRC... Ingatkan Awal Ashaari tinggi lebih dari DRC, rupanya lebih tinggi -sikit- je... Kira DRC boleh la nak jadi duta jam tangan... erkk.. :P Sapa yang belum tengok MIB3, tengok lah.. endingnya DRC suka..!

Monday, April 2, 2012

REVIEW | Filem Jangan Pandang-Pandang


ASSALAMMUALAIKUM
Mesti korang dah tengok filem ni kan? Filem terbaru Zizan, yang orang nak sangat tengok...
SANGAT
DRC pun tak terlepas menontonnya, kat Melaka hari tu...
Masa balik ke kampung, jalan-jalan dengan all my sisters,,,,
Orang semua tengok sebab DRC jalan dengan 3 gadis..hahha
Padahal adik beradik je semua tu....
Ok, Jom review Filem ni....
Sebenarnya, DRC sangat blur dengan Filem ni..
Tengok, bawak buku nota nak tulis..
Tibe-tibe macam takde ape...

K O S O N G

Jujurnya DRC kata, filem ni memang mendapat tempat di hati peminat Zizan tapi tidak pencinta filem... Susah nak gambarkan keadaan bila menonton, pada DRC..
Apapun ada perkara yang mencuit hati tetapi sepanjang menonton, DRC tak tergelak langsung.. Adalah jugak tergelak.. itu pun sebab cara gelak pakcik sorang tu kelakar...

Apapun, terdapat beberapa perkara yang DRC boleh katakan kat sini :
1. Mungkin filem ni belum digarap dengan baik lagi sebab tak terlalu mencabar untuk tonjolkan'kehutanan' tu.. kalau boleh buat masalah2 yg ada dlam hutan, bukan sekadar hantu.. Rasanya terbaik..
2. DRC memang dah jangka, watak Miera dgn Azhar Sulaiman ada kena mengena dan Miera adalah watak yang antagonis yang mana akhirnya dia akan berpaling tadah.
3. "Apa Celop, Tod"- rasanya macam menyibuk je dalam filem ni.. 
Tu je kot yang dapat DRC review... Sebab terlalu K O S O N G.

Sorry yer peminat Zizan dan Ahmad Idham..
DRC bagi 1.5 daripada 5 Bintang..

DRC pssssstttt : DRC kagum dengan bakat Zizan,tapi kenapa dalam filem ni, Zizan macam hilang arah... Dan kuasa Zizan sebagai pelakon utama tersekat... Lawaknya pun terbatas.. DRC pun peminat Zizan tapi sebab Pengarah dan penerbit yang terlalu kejarkan untung, sampai kualiti filem pun terabai... Memang Filem ni yang paling sikit bintang dari DRC.... Apapun, semua pelakon berbakat....

Sunday, March 4, 2012

REVIEW | Filem Adnan Sempit 2


ASSALAMMUALAIKUM

Mesti ramai yang rindu nak tengok blog DRC ni berupdate..
(perasssss)
Ok la.. DRC lama tak update kerana terrrrrrrrrrlalu banyak bebanan..haha
bukan mengeluh,, tpi luahan perasaan je..hehehe..
Sorry la.. kalau nak BW pn tak sempat, apatah lagi nak update.. tengok traffik pun macam tenggelam dalam laut..hahaha

Mesti korang dah tengok Adnan Sempit 2 kan?
DRC berkesempatan tengok filem ni dengan kawan baik DRC masa sekolah rendah..
Hang out dengan dia.. Well,,, time ni la nak imbasssss kenangan waktu zaman sekolah kecik2.haha

Ok, back to review, AS2 boleh la dikatakan satu filem lawak memang superrbb....
DRC tak boleh tahan gelak time tu.. 
Lawak yang memang sporting.
Tak sempat DRC nak take notes time tu, sebab terlalu banyak gelak..
cumanya kat bawah ni ada la sikit yang DRC boleh hurai :
1. Penggunaan bahasa inggeris yang merapu. memang kita akan jadikan bahan jenaka, tapi sebaiknya tak perlu guna bahasa inggeris sebegitu. Lebih baik perkayakan bahasa melayu dengan pepatah baru. Kalau tengok AS1, banyak bahasa melayu baru yang digunakan contoh : "Dimana ada kemahuan disitu ada highway". Bukan ke memang trademark untuk Adnan Sempit sebegitu? Seharusnya perlu dikekalkan..

2. Penggunaan motosikal nasional. DRC pernah review filem HANTU BONCENG. Dengan menyatakan produk nasional tak perlu dikomersialkan dengan perkara negatif. Menjejaskan imej produk buatan negara. ok,, harap lepas ni pihak produser boleh lebih berfikiran menjaga nama baik produk tempatan....

Secara keseluruhan, daripada LIMA bintang, DRC bagi 2.5 BINTANG kepada Filem Adnan Sempit 2.

DRC psssssttt : Masa pergi mall nak tengok wayang, DRC dengan kawan semacam jadi tumpuan orang..hahaaaa.. apesal??? entahhh... Apapun, memang best tengok citer lawak... Nak hilang kan tekanan dengan cara ketawa, sambil awet muda... :)
Perkenalkan, best friend DRC dari darjah 4 sampai sekarang.
Single lagi.. nak?? Download borang kat FB dia..ok.hehe ^_^

Thursday, February 9, 2012

REVIEW | Filem Journey 2 : Mysterious Island


ASSALAMMUALAIKUM

Korang dah tengok belum Journey 2 nie???
Ok, DRC just nak kongsi pengalaman tengok filem nie..
memang superb...! 
Biasalah... First time tengok wayang 3D, ada sponsor pulak tu...
Alaaaahaaii~~~ 
Semoga sponsor tu murah rezeki dan boleh sponsor lagi tiket filem-filem 3D akan datang..hehe

Sedikit nak review.. 
1. Filem yang tak membosankan setiap detik ada saja yang menarik.
2. Penulis skrip mungkin telah mengkaji skrip mana yang perlu dan tak perlu untuk diceritakan. kerana setiap saat, skrip untuk pelakon tiada yang membosankan.. DRC lebih suka filem macam ni. Tak meleret-leret skrip nya untuk memudahkan penonton memahami perjalanan filem.
3. Perjalanan filem memang tidak membosankan. DRC menggemari watak ayah budak perempuan tu.. Dialah yang menghidupkan suasana tidak menjadi boring..
4. Tapi ada babak-babak yang DRC jadi pusing sikit. Babak helikopter yang terhempas 'digelapkan' memang DRC tak puas hati.. Lagi best kalau effect 3D boleh dibanyakkan untuk babak tu.. Lagi satu, babak lari atas telur mengkarung tu, memang tak masuk akal sebab ada babak yang diorang lari kat atas tanah... Kan dah tau yang dipijak tu adalah telur, tapi kenapa nak lari-lari lagi atas telur, jalan je lah atas tanah...hahahaha..
5. Secara keseluruhannya DRC memang puas hati menonton walaupun effect 3D tak banyak..
6. DRC bagi 4.5 BINTANG untuk Filem ini...
7. Jom tengok sikit sebanyak babak yang DRC suka.
Bayangkan kalau dapat naek lebah...  ^M^
Suke pakcik yang sebelah kanan nie..hahaha!

DRC psssssstt : Nak tengok tak kalau Filem Islamik Malaysia bereffect 3D??? Tunggu.......... InsyaAllah akan ada...hehehe.. Mesti ramai tak percaya DRC tengok filem barat kan?? Haaa.. Bukan apa, sekali sekala kita buka minda kita tengok cara pemikiran orang barat.. walaupun tak belajar kat sana, atau tinggal kat sana, kadang-kadang budaya barat ada dalam filem atau drama mereka... Jadi, tak salah kalau kita buat kajian dari filem.. TAPI INGAT! Janganlah tiru benda yang negatif. Jangan sibuk ikut budaya diorang.. Kita ada cara dan budaya kita... Macam mana orang barat boleh kaji al-Quran untuk menghanyutkan orang Islam, macam tu jugaklah kita kena kaji budaya barat untuk lawan balik perang saraf dari mereka... Ayuh!! Kembalikan semangat jihad kita. ^_^
Macam nak bawak balik je spek 3D nie... :P
Jam 11.30 pm @ Alor Star Mall

Saturday, January 28, 2012

REVIEW | Filem Sumpahan Kum Kum..

ASSALAMMUALAIKUM...
Eh, jawab salam ni elok-elok taau..
DRC bagi salam yang betul, bukan yang macam kum kum bagi.. 
Salam yang cik kum kum bagi tu macam nie :
"ASSALAMMUALAIKUM...... KUM.... KUM...."
Ok, jom DRC nak review Filem Sumpahan Kum Kum nie..
Semalam dah dapat tengok sebab ada orang belanje....
^_^


Ok. kat sini DRC kumpulkan semua komen yang OK dan KO untuk SKK nie..
1. Kalau kita selalu tengok, orang yang selalu diganggu oleh makhluk halus nie adalah orang perempuan yang tak menutup aurat betul tak..? Jadi, ladies kat luar sana tu tolong lah tutup aurat.heheh...
2. Permulaan cerita yang dimulakan dengan mimpi Fezrul (Adi) memang sterotaip, tapi rupa-rupanya mimpi itu adalah kenyataan bahawa adik Adi memang meninggal dalam keadaan sebegitu.. Disangkanya hantu, rupanya.................................
3. Make up artis untuk filem nie memang harus dipuji.!! <3 kerana setiap yang berlaku itu menjadi 'hidup' dengan make up. Lebih-lebih lagi time mak Adi nak meninggal. Memang macam terbakar je muka mak Adi tu.. Walhal pelakon itu jelita...hhuhuh
4. Cerita seram nie sebenarnya membuatkan semua penonton dalam panggung menjerit dan tergelak.. tapi masa DRC menonton, agak teremosi dengan watak Fezrul (Adi) yang mengalir air matanya.. Kiranya dalam filem ni, air mata Fezrul banyak mencurah.. DRC pun touching lol..
5. Yang menjadi kemusykilan pada DRC adalah, kedatangan pihak polis untuk menyiasan kes pembunuhan bertahun lama iaitu kematian Mila yang dibunuh oleh Mak Adi. Kenapa polis datang waktu malam kat tanah perkuburan lama sedangkan Adi membuat laporan pada waktu pagi?? Nak bagi serammm le tuu....
6. Timing untuk ending cerita SKK nie memang sengaja dilambatkan untuk memberi suspen kepada penonton. Tapi memang cuak jugak bila ada filem yang gunakan teknik nie..
7. Menjadi bahan jenaka dalam panggung adalah semasa Fezrul (Adi) dirasuk oleh hantu Kum Kum yang mana plot ketika itu di dalam bilik. Fezrul menindih anaknya sendiri, Tini yang berbaring. Yelah... Mungkin menghayati dirasuk tak sedar sampai dia menindih budak kecik tu... kesiann..... :(
8. Secara keseluruhan, Fezrul Khan berjaya membawa watak yang berkesan dan lari dari dunia diri beliau yang sebenar dan watak yang penah dipegang sebelum nie... Kalau sebelum nie DRC kenal dan tengok Fezrul sebagai seorang pemuda yang ceria dan happy go lucky, tapi bila bermain dengan emosi dan ketakutan, nampak sangat dia mampu melakonkan watak apa je.. Boleh menang calon best aktor nie...hehhe
9. Secara rumusannya, Filem ni secara terang memberi kita pengajaran. Pengajaran yang mudah untuk difahami dan boleh cepat tangkap dengan plot dan jalan cerita. 
TAHNIAH buat semua krew produksi Sumpahan Kum Kum...! <3
DRC bagi 4 BINTANG **** untuk semua..

DRC psssstttt : Sebelum mula tayangan, kan ada triler2 filem akan datang kan? DRC tengok tahun 2012 nie terlalu melambakk filem yg akan masuk panggung... Adeyyhhh..... Ada yang menarik minat DRC ada jugak yang tak... Setakat nie ada 2 je filem yang DRC betul2 nak tengok iaitu 7 Petala Cinta dan Cinta Kura-kura, untuk memberi support kepada kawan DRC yang berlakon dalam 2 Filem tu...heeeeeeeeee.. DRC bukannye minat sangat dengn filem seram Malaysia... ni pun sebab orang belanje kann..hehe.. Apapun, Terima kasih kepada sponsor tiket dan 'JAJAN' dalam wayang... Bagun pagi gosok gigi, ada rezeki belanja lagi.. TQ..

Wednesday, October 19, 2011

REVIEW FILEM | Karip-karipap Cinta...

Assalammualaikum semuaa... DRC agak ketinggalan untuk review filem ni kan..? Ye lar,, tak pegi wayang, dapat download pun kire ok what...hahahaaa


Secara keseluruhannya filem ini boleh dikatakan berjaya diadaptasi cuma terdapat beberapa 'khilaf' yang ditafsir itu lari dari makna dan mesej yang nak disampaikan oleh penulis Novel ini sebenarnya..
 Jom tengok apa yang DRC review...

Sunday, October 16, 2011

REVIEW FILEM | Bini-biniku Gangster - Permainkan Rumah Allah?


Assalammualaikum... Selamat  berhujung minggu... Tapi kepada warga Kedah, Kelantan, dan sewaktu dengannya, Selamat Bekerja Kembali..hehehee...

Malam tadi DRC tak dapat nak berBW sebab kena tengok BBG nih..huhuu... yelaah... ada orang ajak tgok... So, temankan je lah sampai kul 12, lepas tu terlupa asekmen melombak2 nimbunnya ni eh!...

Sebelum terus merepek, DRC teruskan review BBG,, Secara keseluruhan, BBG ni memang boleh menjadi satu filem yang mengasyikkan dan menjenakakan.
Cukup untuk memberi kelainan. DRC memang suka tengok perempuan gadoh pOn.. (tak pasal je). ok ni dia senarai review DRC utk BBG..

Monday, August 22, 2011

REVIEW FILEM : Senario Ops Pocot.!!


Salam semua...

Hari ni DRC nak review filem Senario The Movie : Ops Pocot! korang da tengok belum filem senario ni..??

apa pendapat korang..?? bEst x?? DRC bagi 3.0 bintang untuk filem ni....

kenapa 3 BEB!!???
sebab, RELA.... teramat sangat jarang untuk kita mengupas tentang kegiatan RELA.. kalau kita tau je RELA ni kejenye jaga jalan time orang kenduri kawen...kn??
tapi bila RELA menjadi objek dalam filem, memang akan menjadi 1 kerjaya kpd anak muda...

selain itu, STM : Ops Pocot ni pun mmbawa unsur yang positif. kalau lihat dari 3 watak yg diketengahkan.. perubahan yg positif dari sudut mental, dan fizikal... cumanya yg jadi persoalan DRC, apakah nilai RELA yang realiti seperti itu...

dari segi pergaulan, latihan adakah lelaki dan perempuan memang campur mcm dlam filem tersebut..

APapun, DRC memang enjoy tengok filem ni....

"ha...ha... tak tau, pak mat buat da berdarah"

Thursday, July 21, 2011

Review Drama : Couple or Trouble


Salam semuaaa... waaahh... lamanya tak update blog...!! sory la.. da lama x update sbb kebuzyan yg melanda.... sbb tu ada short form kat sni.. hehehee...

Apapun smpat lg DRC menghbiskan sebuah drama korea Couple or Trouble ni..hehhe... msti korang da tengok kan???

Secara amnya, DRC suka jalan cerita, plot, persoalan, dan konflik yg ditimbulakan dalam cerita ni... sebuah drama romantik komedi yg sangat bagusssss...!

Tak banyak drma korea yg DRC layan.... ni pun sebab kebosanan dlam rumah sewa baru... ermm... apapun mmg boleh dikatakan 4.4 bintang DRC bagi...

Thursday, June 9, 2011

Review Filem : KL Gangster

Assalammualaikum semua.... huwaaaaa...!!
Korang dah tengok ke cerita ni?? ermm... DRC ada orang belanja tadi, tu yang tengok... asalnya tak minat tapi bila da tengok memang sangaaaaat menghampakan.


secara keseluruhan, DRC bagi 2 daripada 5 bintang. 
EH! KENAPA SIKIT SANGAT???


secara keseluruhan, DRC boleh tengok filem ni tak boleh 'hidup' tanpa Zizan Raja Lawak. malah setiap 10 minit ada saja adegan gaduh diantara kumpulan kongsi gelap.... nampak macam tak ada modal lain la pulak...


Tambahan pula, Aaron Aziz adalah wakatk utama dalam filem ini akan tetapi dia ditenggelami dengan watak Samsul Yusof sebagai Shark... Shark mendominasi watak dan dialog daripada watak Malek (Aaron Aziz). Shark terlalu control macho. Ya! sperti filem-filem SY sebelum ini, beliau menampakkan dirinya superhero sedangkan dia bukanlah watak utama. Jadi, tiada kelainan dalam filem ini walaupun arahannya sendiri.


Ady Putra yang merupakan adik kepada Malek ini pula suka menghisap roko tanpa asap! huhuuhu... kalau tak ada asap tak payah la letak batang rokok tu kat mulut.. jadi lawak pulak tengok. 


Filem ini seakan-akan tidak tahu undang-undang di negara Malaysia. mengapa tidak di tonjolkan kejituan Polis Diraja Malaysia? barulah adaya moral yang diserapkan. ini tidak, hanya shoot dalam penjara, kereta polis itu pun bunyi seren dan lampu. tidak ada polis yang mampu menangkap kumpulan kongsi gelap ke? ataupun ini realitinya???


Diakhirnya, Aaron Aziz kembali bersama kumpulan kongsi gelap walaupun dia berjanji dengan ibunya untuk berubah dan cuci tangan. Persoalannya, kenapa Malek tidak menggunakan khidmat undang-undang dan polis untuk mempertahankan keluarganya dan menebus kembali dendam atas kematian Zizan? Mengapa mesti membalas dendam dengan tangannya sendiri sedangkan dia dah berjanji... Lagi cantik kalau watak Malek bersama dengan pihak polis untuk membanteras gejala kongsi gelap ini.. Barulah masyarakat sedar, perlunya kerjasama dalam menangani masalah ini...


Apapun 2 per 5 Bintang je la yang mampu DRC bagi........ Tahniah la pada SY atas kejayaannya...


pssstttt ::: DRC jadi pelik, selepas filem Kongsi (Farid Kamil), ada pulak cerita KL Gangster (Samsul Yusof)... Ada apa-apa ker...??heueheuheeuh

Thursday, June 2, 2011

Review : Drama Asmara 2 di TV3

Assalammualaikum semua....

Pasti anda dah tengok episod akhir Asmara 2 kan...

Puas hati..?? apa yang anda fikirkan? ada asmara ke 3?? huhu... DRC pun rasa macam tu... mesti ada Asmara3.. dan persoalan utama untuk Asmara 3 adalah kehidupan Adam selepas ini.

DRC menonton episod akhir Asmara 2. dan di bahagian akhir episod yang sangat membuatkan DRC pun turut terasa emosinya.. Pengorbanan Zalia dan Asmara amat membuatkan kita sebagai penonton sebak. Demi membahagiakan orang lain, kebahagiaan sendiri dipergadaikan.

Pada DRC, kalau Melati tahu Suhana = Zalia yang sebenar, pasti Melati akan risau kerana kedudukan kebahagiaannya mungkin akan tergugat. Asmara pula akan sentiasa di sisi Adam dan Zalia. Itu merisaukan Melati.

DRC ingat lagi ayat yang dikeluarkan oleh Zalia bahawa "dulu saya tak nak awak, sekarang Allah dah makbulakan saya takkan bersama awak" (lebih kurang lah ayatnya).. Itulah kuasa doa... DRC memang ambil iktibar daripadanya. Setiap apa yang kita luahkan, adalah doa. dan setiap niat kita pasti Yang Maha
Mengetahui.

Musim cuti semester membuatkan DRC sendiri menyelidik drama Melayu tempatan. dari segi perjalanan, plot, skrip, arahan dan sebagainya. untuk memantapkan lagi mutu penulisan dan pemikiran DRC.

Apapun, kalaulah ada Asmara 3. Pasti DRC tetap akan melekat di kaca TV setiap Selasa...hihiii

Saturday, December 4, 2010

REVIEW FILEM | aKu taK bOdOh.!! paham..??!!

hari ini hari berfoya-foya.. haduiii... bila mau stdy betul-betul???hehee......
memang rancang dengan teman untuk menonton wayang, Aku Tak Bodoh hari ini. walaupun dalam keadaan genting tapi tiada apa yang menggangu gugat aku..hehehe.....




secara keseluruhannya cerita ATB ni aku bagi 4.5bintang dari 5.0bintang! cayalah kepada pengarah, pelakon dan kru produksinya!! sangat terhibur dan memberi nasihat serta mesej kepada penonton. ATB 'berlaga' dengan Ngangkung yg dibintangi oleh Shazley Sam. walaupun pada aku kekuatan Shazley Sam dalam Ngangkung tu xdapat disangkal, tapi aku tetap mahu menonton ATB! tak sangka tidak rugi teman aku belanja aku tengok wayang.!


ATB dimulakan dengan sebuah perjalanan cerita yang ringkas tetapi sarat dengan mesejnya. walaupun ada sesetengah babak yang dibuat-buat spt babak amy mastura dgn reizman bergaduh, ttapi ia sangat menarik kerana itu adalah realiti masyarakat sekarang.


ATB adalah sebuah filem 'rakyat' yang berorientasikan kehidupan keluarga. dan ia sangat dekat dengan kita kerana itu adalah kehidupan seharian kita dan sekeliling kita.


Roy dalam ATB ini boleh aku gambarkan sebagai aku.. ceh!! perasaan.! bukan orangnya tapi perwatakannya itu. Roy seorang blogger. dan penulisan dalam blogger itu berkisar tentang luahannya. ermmm.. dan Roy mempunyai seorang kawan iaitu Sudin. dan Sudin tu pulak mcam kawan aku yg sorang tu...hehehe.......


apapun, kisah dalam Aku Tak Bodoh benar-benar realiti masyarakat kita yang sering tak tahu apa kemahuan remaja dan kanak-kanak. jangan pernah sangka remaja itu sentiasa melakukan kesilapan dan jangan terlalu bangga dengan remaja itu jika dia selalu betul. harus untuk kita sentiasa menjadi pendengar yang baik untuk remaja zaman kini yang mempunyai pelbagai cerita. yang harus diikuti, dituruti dan mana yang harus ditengah, dijauhi.... sesungguhnya kebodohan itu bukanlah kita yang menilai...!


>.<


anyway,, AKU TAK BODOH SANGAT BEST!!!!

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...