pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Sunday, June 10, 2012

Muhasabah ZONE | Solat Istikharah - Antara Pilihan dan Jawapan

ASSALAMMUALAIKUM

Rindunya pada blog ni... Hampir berminggu-minggu DRC tak menjenguknya.. Kesian...
Bukan DRC tak nak update, cuma kekeringan idea dan kesibukan semasa cuti sekolah bebaru ni..
DRC terlibat dalam beberapa program sempena cuti sekolah...
So, memang tak jenguk la blog ni.. bersawang sudah..huhuhu
Ok la, DRC nak kongsikan sedikit, pengalaman menunaikan solat istikharah..

Sebelum DRC ceritakan pengalaman, apa kata kita fahamkan dulu apakah itu solat istikharah dalam link ini :

Kalau rasa tak cukup info dalam link tu, jom kat link ni lagi banyak info :

Kita selalu dikatikan Istikharah ini adalah sebagai pemilihan tentang jodoh.. Dan ustaz dan ustazah juga selalu sebut tentang istikharah bilamana waktu ini.. Tapi harus kita ketahui, apa juga perkara yang kita merasakan kita perlukan petunjuk dari Dia, kita minta Dia berikan yang terbaik untuk kita.. Betul, istikharah adalah jalan terbaik untuk memilih jodoh, tapi jangan terlalu kecilkan skop istikharah ini hanya untuk memilih jodoh... No..No..No...
Sedangkan solat istikharah ini sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW, 
Imam Bukhari ada meriwayatkan hadis, mafhumnya :

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat,
kemudian berdoa :
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Jadi, jangan terlalu sempitkan sesuatu ibadah itu khusus kepada sesuatu... DRC berkongsi pengalaman pertama membuat solat istikharah, bila mana DRC perlukan pemilihan dalam kursus sebelum meneruskan pengajian.. 
Kejadian berlaku masa DRC di awal pendaftaran kolej, DRC daftar dengan kursus pilihan DRC iaitu Diploma Multimedia Kreativiti.. Tapi disebabkan beberapa masalah teknikal dari sudut ekonomi DRC, DRC perlu membuat pilihan samada untuk meneruskan kursus tersebut atau tukar kepada kursus yang lain.. Sebelum subuh, DRC buat istikharah, alhamdulillah,, tengah hari tu DRC diberikan satu signal bahawa DRC perlu menukar kursus.. Dan perjalanan dipermudahkan untuk proses pertukaran.. Memang sesuatu yang 'magic' dalam sujud istikharah...

Jom kita menyelusuri setiap bait dalam doa istikharah :

Jangan takut kalau jawapan yang Allah berikan itu tidak sama dengan apa yang kita mahukan kerana Dia yang Maha Merancang dan Maha Bijaksana.. Dia mengetahui segala kebaikan untuk hamba-hambaNya.. Ketetapan dari Dia perlukan usaha dari kita...

DRC sekarang dalam dilemma untuk membuat keputusan untuk pergi atau tidak... Mana yang perlu DRC ikut.. Ikut suara hati atau kehendak ibu bapa... Kadang-kadang kita tak ada tempat mengadu domba... Jadi, tunduk dan sujud itu adalah jalan untuk kita berserah tanda kita mengabdikan diri kepada Maha Esa..

Ingat, sesungguhnya sesuatu ibadah itu bukan khusus kepada sesuatu.. Jom amalkan istikharah dalam setiap perkara yang memerlukan jawapan dan kepastian agar pilihan diredhoi oleh Allah SWT..
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan setiap hambaNya jalan untuk kembali kepadaNya.."

DRC pssssttt : Allah suka hambaNya yang beramal sedikit tetapi istiqomah =)

3 comments:

ctk said...

kena buat secara berterusan, jgn putus asa :)

iema said...

wah...
nice entry... ^^

Anonymous said...

betul..istikarah ne x fokus pd satu tujuan iaitu jodoh saje..saya pernah ditawarkan jawatan di sektor kerajaan di utara manakal saya menetap di kl..memikirkan ibu yg sudah uzur memerlukan saya buat pemilihan..alhamdudillah 3 kali solat istikarah..saya memilih utk cari rezeki di kl dan jaga ibu..walaupun twaran tuh amat bernilai kasih ibu lagi bermakna..namun x disangka rezeki saya bertambah apabila dapat kerja di kl dan mampu menjaga ibu dgn duit gaji sendiri..

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...