pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Thursday, November 21, 2013

Corporate Comm Camp (CCC) Bach. Comunication Media

ASSALAMMUALAIKUM

Rindu sangat kat blog Interpretasi DRC nih!! Arghh!
Kalaulah blog ni benda yg hidup memang dah peluk kuat-kuat mintak maaf sebab dah lama tak melakarkan kasih atas badan blog ni..

DRC sibuk. Bukanlah sesibuk mana. Sebenarnya ada je masa nak tulis kat blog ni. Cuma entah kenapa pun tak tahu. Rata-rata blogger lama yg macam DRC, HencikHaikal, CTK IbahPanda mungkin lama menyepi sebab wajah baru blogger. Seriusly, DRC sangat rindukan dashboard yang dulu. Rindukan posting yang dulu. Rindu nak setting blog yang lama.!!! Kenapalah dia bertukar. Kalau menyenangkan takpe.. Tapi.. Hmm.. Tak macam friendly langsung bg blogger nak update blog. betul tak??

Baru-baru ni DRC menjadi sebuah peserta kem anjuran fakulti iaitu Corporate Comm Camp yang bertempat di Hotel Impian Morib, Morib. Best! itulah ungkapan yang dapat DRC gambarkan. Yelah siapa yang kata tak best tidur kat Hotel tempat Cuti-cuti Cinta shooting kan? 

Kem selama 2 hari 1 malam itu mempunyai agenda yang tersendiri. Pengisian yang menarik dengan speaker yang sangat WOW! 


Terdiri daripada Datuk Aznil Hj Nawawi, Bon Zainal dan dua orang lagi speaker yang osem!

Sebagai pelajar komunikasi koprat kami diwajibkan untuk menyertai kem ini. Pada awalnya DRC memang malas nak berkem-kem lagi pulak nak kena bayar RM150. Fuhhh! Manalah nak cekau duit banyak-banyak. Tetapi DRC bincang dgn ayah dan akak, diorg support duit untuk ke kem ini. Jadi, DRC pun daftarlah...

Monday, November 4, 2013

PROMO | Hei Cyclist! Kena Join Event Ini...!

ASSALAMMUALAIKUM

Perhatian..!! Perhatian!!! Perhatian!!

Kepada semua kaki kayuh! Ada event yang WAJIB anda sertai.. Ahaa!! Tengok poster ni..!




An event for cycling charity :

Date : 30 November 2013
Venue : Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam Campus
Fees : RM40 (Early bird RM30)

Contact : Abdullah ( 017-368 4771)

Follow our Instagram :cyclingforsyriamy 
Follow our Twitter : https://twitter.com/CyclingForSyria
Follow our blog: http://cycling4syria.blogspot.com/

Acara ni dikendalikan oleh DRC dan kawan-kawan untuk memenuhi tuntutan kredit bagi Subjek Event Management. Harap-harap anda dapat membantu kami untuk dapatkan A dalam subjek ini sekali gus membantu saudara mara kita di Syria. InsyaAllah..

AHA! Kami juga mengalu-alukan kepada anda untuk membuat amal kebajikan dengan menaja acara ini untuk mengumpul dana ke Syria.! Macam mana caranya? 
Boleh emel kepada kami cyclingforsyria@gmail.com 
dan kami akan hantarkan proposal kami..

InsyaAllah, dana akan disalurkan ke Syria menggunakan NGO yang telah dipilih.
Moga usaha murni kita ini diberkati..
Aamin..


DRC psssttt : Korang kena join.. Really appreciate!! DRC harap sangat ramai yang akan join.. Hehe.. Medium Promosi ini DRC sendiri nak anda sertai, wahai bloggers DRC. :D Love you all..  

Thursday, September 26, 2013

Takziah Buat Keluarga Ustaz Azizan

ASSALAMMUALAIKUM

Al- Fatihah buat Almarhum YB Tan Sri Ustaz Azizan Razak
kerana telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi tadi
jam 11.15 pagi tadi. 

DRC amat terkesan dengan pemergian beliau. 
Takziah buat Wassim dan keluarga. Moga Wassim dan keluarga cekal dan tabah.

DRC yang dekat Shah Alam sekarang pun macam nak berlari ke Kedah untuk menziarah. Tiba-tiba tengah hari tadi kat Shah Alam hujan.. Dah lebih seminggu tak hujan waktu pagi, hujan pula. Seakan-akan mengetahui apa yang terjadi di sana. 

Sama-sama kita mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat.

AL FATIHAH.


Sunday, September 22, 2013

JOM Jadi Lelaki Ekslusif

ASSALAMMUALAIKUM

Apa kabar semua! DRC baik-baik saja. Kalau nak tahu, sekarang DRC memang sibuk. Lagi-agi semester ni banyak projek luar untuk subjek. So, memang kalau online tu banyaknyeee tulis lepas tu masuk dalam draf. Hahaha.. 

Ternanti-nanti pembaca tegar blog DRC macam CTK, Incik Haikal dan Ibah Panda nak datang komen-komen kat blog DRC ni. Kenapa ye? Blog DRC dah tak berseri macam dulu ke? HAhah

Takpelah, yang penting DRC nak post jugak entry baru. 

LELAKI EKSLUSIF
- gambar hiasan-

Sebelum meneruskan lagi ruang biacara, jom kita rungkai definisinya dulu...

Wednesday, September 11, 2013

Minggu Tekad Siswa Ogos | Pertama dan Mungkin Terakhir?

ASSALAMMUALAIKUM

 Lama dah kan DRC tak update blog. Viewers pun dah semakin kurang, jadi DRC kena tambahkan azam untuk berblog walking dgn lebih banyak lagi lepas ni.. insyaAllah..
Jadi tunggu kemunculan DRC di blog anda..!
 
Tapi sadis jugak blog-blog yg DRC dah komen tu tak balas komen kat entry DRC..
Sedihhh makkk nakk.. :(

Apapun, seperti yang DRC janji DRC ada story nak moli kat semua pembaca berkaitan Minggu orientasi iaitu Minggu Tekad Siswa (MTS) pelajar baru untuk sesi Ogos 2013.

DRC secara langsung terlibat dalam minggu orientasi tersebut...
Wahh.. Buat pertama kalinya...
mungkin kali terakhirnya.... hihii

Permulaan MTS ini dimulakan dengan sesi temuduga fasilitator2 yang baru dan lama oleh pegawai HEP. Dan ramai yang telah ditemuduga dan alhamdulillah DRC salah seorang yg terpilih dalam ramai-ramai calon fasi ketika itu..

"Kenapa kamu nak sertai MTS kali ni?" Tanya si penemu duga.
"Saya rangkumkan objektif saya kepada TIGA perkara. Pertama, saya nak kan pengalaman, kedua saya mahu lihat gerak kerja dan ketiga saya ingin mendapat kawan."jawab DRC
"Kawan? Maksud kamu.?"Tanya si penemu duga. 
"Kawan maksudnya perkenalan antara fasi-fasi untuk bekerjasama. Ukhwah yg dibina mungkin takkan hanya di tahap bekerja dalam organisasi mungkin juga kawan untuk kita membimbing sesama kita hingga ke syurga."jawab DRC.
Padahal, DRC nak je cakap yang DRC tak ramai kawan kat Unisel ni lagi... Yela,, kalau nak dikira DRC ni pendiam dalam kampus (pendiam sangat). So, kawan-kawan tak ada. ada kawan sekuliah tapi diorang semua tinggal kat rumah masing-masing. Nak ajak malam kalau lapar, tak ada kawan.. Sebab tu DRC nak masuk dalam MTS kali ni sebenarnya.

DRC dapat meluangkan masa seminggu lebih je di rumah sempana hari raya. 2 hari sebelum raya baru balik kampung, dan seminggu raya dah balik shah alam. Lepas tu terus ada induksi untuk MTS.Apapun pengorbanan itu dibalas dengan pengalaman yang DRC inginkan!

Thursday, August 29, 2013

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU UNISEL


Assalammualaikum...

DRC mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru Unisel ambilan Ogos 2013.
DRC sebenarnya terlibat secara langsung sepanjang minggu orientasi iaitu MTS (Minggu Tekad Siswa) sebab tu sibuk sikit nak berblogging dan update blog..

IsyaAllah lepas ni DRC akan update gambar-gambar sepanjang MTS Ogos... dan banyak story yang DRC nak share kepada anda.. 

Tunggu yeee entry seterusnya...........
^_^

DRC pssssttt : Sekarang ni dah masuk semester baru... Kena ada azam dan semangat yang baru.. Terima kasih atas nasihat itu, AAA!!! :D

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...