pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label Dari Dapur DRC. Show all posts
Showing posts with label Dari Dapur DRC. Show all posts

Monday, May 14, 2012

RESIPI | Salad Segera Bujang Trang...Trang... Tang...

ASSALAMMUALAIKUM
DRC sekarang ni keje nak membuat entry baru je... Malas nak BW...hummm..
Tapi terkejut la jugak tengok trafik semalam, DRC tak BW pun trafik masih ditahap membanggakan, sebab ramai yang cari 'SELAMAT HARI IBU' kat google, lepas tu, tertangkaplah link DRC.. Padahal entry tu tahun 2010...
OK, today i want share my recipe #speaking haa!
SALAD SEGERA BUJANG TRANG..TRANG.. TANG!!


Bahan yang diperlukan
*Salad segar, kalau xda boleh gunakan kobis (bukan kobis bunga ok) kenal?
*Tomato,tak kisah jenis yang besar atau kecil2, (bukan tomato puri Ok)
*Makanan sejuk beku, sosej/nuget ayam/bebola sutun (pastikan Ramli baru beli) 
*Mayonis 
*Penambah rasa (garam sikit)

Cara membuatnya
*Basuh salad dan tomato dengan air mutlak
*Rendamkan mereka dengan air yang telah diletakkan garam
*Goreng dengan minyak yang sedikit sosej/bebola/nuget 
*Selepas goreng jangan sampai hangus, potong sosej/bebola/nuget tu kecik2
*Toskan salad dan tomato itu dan potong ikut suka hati
*Satukan mereka-mereka dalam satu mangkuk dan letakkan mayonis ke atas ia 
seperti dalam gambar di atassss tu..

Cara memakannya
Ikut suka lah nak makan macam mana, waktu sejuk atau masa lapaq sangat pun boleh.

SELAMAT MENCUBA >.<

DRC psssttt : Ni resipi orang bujang. Yang dah tak bujang tu, boleh je follow, tapi bujang lagi ke tak??hahaha... Takde lah,, semua orang boleh cuba, kalau berani... InsyaAllah, inilah diet paling tah apa2 dari DRC.. MAKE SURE, masa nak goreng bahan sejuk beku tu, gunakan minyak yang sangat sedikit bagi mengelakkan kolestrol dan lemak.. Sebab mayonis tu memang sendiri dah ada lemaknya... So, jangan malu-malu nak cuba...! :)

Monday, December 5, 2011

RESIPI | Jus Aloe Vera plus CINTA

Assalammualaikum semua...SELAMAT HARI ISNIN..
So, macam biasa.. kalau kt johor ni hari Isnin adalah hari cuti...
Ok,,, hari n i siapa yang puasa?? Angkat tangan!!~~
Yeaahhh!! Baguslah, alhamdulillah pada yang berpuasa dan kepada yang tidak tu,, cuba cari hari lain ye... #kata diri sendiri.. (kantoooii)

Ok, kepada anda yang sedang berpuasa sunat tu,, haaa... mesti da mula terfikir nak cari menu apa untuk bukak puasa hari ni kannn...?
So, DRC ada satu resipi jus untuk share dengan orang yang puasa SAJE!hahaha

bahan-bahan :
- Aloe vera atau dalam bahassa town lidah buaya darat
- Asam boy (asam kecut amek yang prum sederhana basah)
- Asam jawa
- air
-Gula
- Limau nipis

Cara-cara
1. potong dan bersihkan lidah buaya tu menggunakan limau nipis dan air asam jawa.
(buang kulitnya yang tajam-tajam tu tauuu)
2. rendamkan lidah buaya yang dipotong tu dengan air asam jawa dan perahan limau nipis sehingga lendir2nya hilang. Bilas sehingga bersih tau!
3. Rebus air dalam periuk dan masukkan gula sekali. Jangan lebih sangat gulanya tu..!
3. Setelah masak (jadi air gula) masukkan asam boy (asam kecut). 
4. Bila dah agak2 asam boy (bukan girl) kembang dan cantik membOlat, masukkan aloe vera tu ke dalam air. Sambil tu tutup api gas.
5. Kacau sehingga sebati dan sejati.
6. Simpan dalam peti sejuk beku gigil supaya jus lebih sOdap..
7. Hidangkan diwaktu tengahri atau panas... Mesti sedaaaap..

TADAAA!! DA SIAP!!

Selamat Mencuba
DRC pssstt : Pelikkan..???? haaa... resipi ni family DRC je tau yang tau (setakat ni). Semalam jamu mak2 sedara datang rumah pun tengok muka diorang pelik bebenor..uhuhuhuu... Pesanan khidmat masayarakat, JANGAN LETAK GULA TERLALU BANYAK OK! Seruan kerajaan Malaysia tauu... Dan,,, semua kuantiti bahan-bahan bergantung kepada aloe vera yang korang petik ok... SELAMAT MENCUBA... ^_^

Thursday, November 10, 2011

RESIPI | Pizza Daging Korban DRC

Assalamualaikum semuaa...
Kesian kan korang asyik2 menunggu contest DRC & CTK tu...
takpe2... tinggal 3 hari je lagi nak sampai..huhuuu..
Jangan gelabah yer...
Dan DRC tengok komen2 kat entry melekat CTK tu.. bukan main lagi mengumpat DRC..huhuuu..

Ok laaa.. Hari ni, DRC nak share sesumthing kat korang iaitu
Resipi Pizza Daging KOrban DRC.huhuuu
Ini hanya tatapan je...
Ingat, TATAPAN.. so sapa yang lapar tu try la..

Saturday, November 5, 2011

RESIPI | 20 StepKek Cokelat Ceria DRC

Assalammualaikum... Salam Perantauan..ceewaahh..
Rasa bessst je dok umah.. sambil2 baca buku (baca lah sangggaaatt :P), 
pagi tadi DRC ke pasar, nak beli barang basah... Fuuhhh!! Semua orang tengok pelik,, apesal ntah..hahaha... rupa2nya diorang rindu DRC.. semua dalam pasar tu tegur... (tak lah semua) kawan2 yang pergi pasar je... macam laa retttisss yg masuk pasar tuuh! lalalalaa~ 
Jom hari ni DRC nak kongsi satu resipi istiwema untuk anda selaga yg sedang berPoasa sunat..
^_^
Ok, hari ni DRC jadi orang dapur membantu mama di dapur memandangkan anak2 dara mama semua puasa...huhhh!!! maknanya DRC tak pOasa la..heeeeee...
bukan uzur tOh.. sebab tak bangOn sahOr td... :P

Jadi, DRC sempat buat 1 kek untuk tatapan bloggers semua.. Ingat, TATAPAN (sahaja).huhuu

Wednesday, June 1, 2011

Resipi : Kek Sarang Tebuan.. Bahaya!!

Hai... kongsi resipi lagi.. kali ni buat Kek Sarang Tebuan... zeeeezzzeeeeee~~~ (bunyi tebuan konon..)

Bahan-bahan :
-Tepung kek
- Telur ayam
- Butter
- Susu Pekat Manis
- Air Gula Hangus
- Isin Vanila..


Jom lah kita tengok cara-caranya kat bawah ni:::

pukul butter agak-agak nak kembang, masukkan Susu pekat Manis
(yang halal tau..)
Masukkan Susu Pekat Manis yang Halal.

lepas tu masukkan 7 biji telur ayam dan pukul sampai kembaaang...
then, masukkan 1 sudu teh Isin Vanilla.
masukkan tepung kek sikit demi sikit.. diselang seli dengan
air gula hangus.. macam kat bawah ni...

masukkan sikit demi sikit jugak air gula hangus ni..
sampai lah habis tepung dan air ini... siap untuk di bakar...!

sebelum bakar, pastikan bekas disapukan
dengan butter supaya tak melekat..

lepas tu isikan lah adunan tu ke dalam bekas...
adunan tu memang cair sikit... jangan risau ye...
kemudian, bakar di dalam aven selama 50 minit pada kepanasan 150 darjah C.

dan akhirnya....





SELAMAT MENCUBA!!

KEK SARANG TEBUAN..BAHAYA!!



Tuesday, May 31, 2011

Resipi : Bun Sosej DRC

Salam Ceria semuanya...! 

DRC nak kongsi resipi kali ni iaitu : Bun Sosej DRC. 

mudaaaaah sanggattt...


Bahan :
- tepung gandum
- susu tepung
- sosej ayam/daging (pastikan Halal)
- serbuk penaik
- air garam
- gula
- butter/ mentega
- telur ayam (jangan amek telur kerbau)huhu..


cara-caranya seperti gambarajah di bawah yer anak-anak....
tepung gandum

masukkan gula pasir

masukkan susu tepung
serbuk penaik
masukkan butter

 
masukkan air garam

>>> kemudian gaul sehinggalah jadi seperti ini :
tunggu setengah jam sehingga tepung jadi kembaaaang.
sementara itu, potonglah sosej yang Halal tadi
  

                                    

setelah tepung kembang, lilit tepung itu kecil-kecilan di atas sosej tersebut. 
seperti ini:

kemudian anda boleh goreng dgn minyak panas atau membakarnya di dalam aven di rumah anda.!
selamat mencuba!!



(yang goreng punya stails)

BUN SOSEJ DRC..
>.<


Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...