pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label Tips VS Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips VS Petua. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

TIPS | Tukar Produk Kesihatan atau Kecantikan?

ASSALAMMUALAIKUM

Hai semua kawan-kawan DRC... Kawan-kawan yang DRC sayangi..!
Yang dok baca tittle tu, meh la baca entry penuh...
Mesti korang pernah rasa nak tukar produk kesihatan atau kecantikan kan?
Yelah.. Selepas gunakan produk tu, macam tak berkesan je..
Nak tukar angin, katenye...

Zaman mellenium ni memang manusia serba serbi nak nampak cantik, indah, bergaya..
Kan..?!
DRC pun tak terkecuali tau..
Dan dalam zaman sebegini tak mustahil para lelaki sekarang sudah bijak bergaya mengalahkan kaum wanita..! Yeahh! hahaha..
DRC pun salah seorang daripada lelaki tersebut..
Tapi gaya DRC sekadar yang mampu dan tak melebih-lebih kaum wanita la...

Ok, dalam labels Tips Petua dan Pemuda kali ini, DRC nak bawa kepada anda macam mana kita nak tukar produk kecantikan atau kesihatan kita setelah produk sebelum ini tak mendatangkan kesan yang diinginkan?
Betul.. DRC pernah alami..
DRC pun ada pencuci muka.. Ehhh! Jangan la terkejut..!
Apa guna kalau ada dipasaran kalau tak kita yang membeli, kan? :P

Produk pertama yang DRC guna adalah Biore For Men..
Masa tu umur DRC baru nak meningkat remaja, 13 tahun DRC dah mula kumpul duit belanja untuk biayai tanggungan nak beli pencuci muka, shaving foam, pencukur misai dan sebagainya..
DRC ada masalah muka berminyak.. Hampir setahun DRC setia pada Biore ni akhirnya kesannya tak seperti yang DRC inginkan... Geram jugak lah... 
ni packaging baru. masa dulu lain.

Lepas dah rasa macam tak sesuai atau serasi malah lebih teruk kesan sampingannya sampai jerawat naik kat muka, DRC pun nak tukar ke produk lain, iaitu DRC cuba Nivea For Men.

Nivea for men yang DRC gunakan jugak dalam kategori oil control.. DRC guna dalam seminggu, muka DRC jadi lagi teruk dengan masalah minyak..! Aduiihhh... Siapalah yang tak risau dengan keadaan muka berminyak kan??

Rupa-rupanya, DRC terlupa akan satu tips yang pernah diberi oleh kawan DRC. Tips untuk menukar produk kesihatan atau penjagaan perlulah ::

Membiarkan keadaan wajah neutral iaitu membiarkan wajah tidak dicuci oleh sebarang produk selama tujuh hari sekurang-kurangnya..

Hal ini kerana kulit kita tak semua sama setiap orang. Penerimaan kulit yang berbeza-beza menyebabkan kulit kita boleh terkejot dengan perubahan yang berlaku. Bayangkan kalau kita guna produk lain pada waktu pagi kemudian pada waktu petang guna produk lain tak ke nanti kulit kita terkejut dengan penerimaan yang berbeza. So, dinasihatkan untuk membiarkan kulit kita tak dicuci oleh produk-produk lain selama seminggu..

DRC tak pasti kesahihan dari sudut saintifiknya tapi kalau ikut logik akal ia memang betul. Contohnya kalau seoang itu memakai baju warna pink pada waktu pagi kemudian memakai warna kuning pada tengahari. Tak ke kita yang tengok ni pun terkejut... Hahaha..

DRC cuba amalkan petua ni untuk penukaran syampu rambut. Ye, sebelum ni DRC guna shampu rejoice, lepas tu makin teruk rambut DRC gugur tukar terus ke Head and Shoulders dari tahun 2008 sampai sekarang tak tukar-tukar.. Dalam tempoh penukaran selama seminggu DRC tak syampu rambut dan biarkan rambut DRC dicuci dengan air sahaja... ALhamdulillah, semakin baik rambutnya.. 

Prinsip yang DRC amalkan juga adalah apabila kita travel dan tak bawa apa-apa peralatan kita macam syampu, pencuci muka atau sebagainya ke tempat yang kita nak travel tu, DRC tak akan guna walaupun ia disediakan JIKA jenamanya berlainan. Yelah, kalau kat hotel kan ada syampu hotel tu sendiri kan.. DRC tak akan gunakan.. Melainkan shower badan. Sebab jenis kulit badan kita mudah menerima perubahan berbanding kulit muka.. Akan tetapi tidak semua orang. Ada orang yang kulit badannya pun sensitif.. 

So, kalau anda rasa nak amalkan petua atau tips ni boleh lah amalkan.. Sebab DRC percaya setiap orang nakkan perubahan tetapi perubahan itu mestilah terbaik dan mengambil masa.. 

DRC psssssssssstttt : DRC dah ada siapkan sedikit untuk wajah baru blog DRC.. Tunggu ye kemuncullannya... Tapi kalau sesiapa nak tengok awal, DRC bagi hint layari blog kedua DRC.. DRC perlukan komen dari anda... Terima kasih atas sokongan... peace yawww ^_^ Y

Sunday, January 29, 2012

TIPS | Hilangkan Pedih Mata Cara DRC

ASSALAMMUALAIKUM..
Musim panas di bahagian utara memang semakin membara..
Dan kesan sampingan terhadap kesihatan seharusnya perlu menjaga ia lebih baik..
Tapi, kadang-kadang, sakit yang kita alami sebenarnya penghapus dosa...
Dan juga kadang-kadang sakit kita juga berpunca dari amalan kita...

Ok, baru-baru nie, DRC diserang sakit mata, sebelah kanan..
Memang kebiasaan sakit mata nie..
Sebabnya DRC dapat rungkai beberapa punca :
1. Tidur menghadap lampu terang.
2. Tak cukup tidur.
3. Dah tinggalkan cermin mata.
4. Kurang makan carrot

Ok, tapi tips hari nie untuk hilangkan pedih yang DRC alami macam nie..
Tak suke mata SEPET  -.-

1. Ambil sapu tangan yang halal dan bersih, kemudan kemam di bibir dan hembuskan seperti menyebut "haaaaaaaaaaaaaaaaaaa" pada sapu tangan yang halal dan bersih tu..

2. Tekap pada mata yang sepet tu... Lama sikit.. Sambil selawat. Kalau boleh, ulang beberapa kali sehingga lega.


3. Tadaaaaaa!! Mata yang sepet kembali membesar...heehe.. 
Alhamdulillah.

DRC pssssstt : Hidup nie, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... Sentiasalah solat.. Kerana dalam solat itu ada doa untuk menyihatkan kita.. Dan seala kesakitan ada ubatnya kecuali maut... Selamat beramal... :D Untuk praktikal,,, DRC dah semakin selesa dengan kawan-kawan... Kerja-kerja pun dah mula menjadi rutin harian... insyaAllah, nanti bila DRC dah takde kat tmpat praktikal ni, mesti diorang happy... ^_^

Saturday, October 29, 2011

Tips & PeMUDA | Study Cara DRC Yang Tak DEKAN!

(ENTRY INI AGAK MENGGERUNKAN)

Assalammualaikum.. 
Selamat Hari Sabtu..
Ok, entry hari ini nak kongsi tips dan peMUDA cara study DRC (yang tak dekan2) :P

NO1. STUDY GILER BABENG LAST MINIT
khusyuk...! tenung sampai tembOss.... terokkann!!! 

Monday, September 19, 2011

TIPS : Hentikan Gangguan Semasa Solat Jumaat!

Bersama kita hentikan gangguan semasa Solat Jumaat oleh kanak-kanak!

Assalammualaikum....Salam Hari Isnin dan Salam 1 Ummah....
(mood yang baik sebab entry pasal agama :P)

Hari ni DRC nak berbincang sikit tetang Solat Jumaat... Seperti yang kita sedia tahu, solat jumaat ni wajib bagi golongan kaum Adam (LELAKI)kan,, solat ini terdiri 2 rakaat tetapi perlu mendengar khutbah sebelum solatnya.
Berbeza dengan solat Aidilfitri aau Aidiladha, khutbah Solat Jumaat dilakukan sebelum solat pada waktu Zohor. 

Kita sedia maklum, kaum bapa yang mendirikan solat Jumaat akan membawa anak-anak kecil ke masjid. Kalau di Kedah, (hari jumaat cuti) ramai yang ke masjid. Kalau di Johor (hari jumaat bekerja) ada bapa yang membawa anak mereka ke masjid dan ingin terus menghantar anak mereka ke sekolah petang/sekolah agama. Ini memudahkan lagi perjalanan memandangkan masa ketika Jumaat begitu singkat. 

Sepanjang DRC melakukan ibadah Solat Jumaat (macam lahhh orang lain tak buat), DRC sendiri pernah rasai menjadi kanak-kanak di Masjid dan perangai kanak-kanak bila berjumpa kawan, orang tua kita pulak sibuk dengan amalan(ibadat) diorag, ape lagi,,,,, SERAAAAAAAAAAAAAANNGGGGGGGG!!! 

Masa DRC kecil, memang kami tidak dikawal pergerakkannya di Masjid. Ya, semasa khutbah kami (budak kecil/kanak-kanak) eh,, DRC kecil lagi okeeeeyhh!! semasa khutbah, penjaga (bapa) akan duduk sebelah kami, tapi kalau dah kecil-kecil cili padi, apa lagi bagi la alasan nak ke jamban ke, amek wudu' lgi ke tapi alasannya sebab nak jumpe kawan. so, bila dah jumpa kawan, habis pulak khutbah jumaat terusss je solat jumaat. biasalaa,,, budak kecil takleh solat dekat depan sama dengan orang besar.... lagipun sebab tak khatan lagi... oppsss! statment atas tu kene tarik balik...hehehe,,, bila budak kecil dok kat saf belakang, ape lagi, bising nya ada lah, berlarinya laah,, berjoget pun ada,,, begusti tumbuk lagi lahhh... jadi macam-macam sehingga tidak menyenangkan orang besar untuk khusyuk dalam solat... mesti dalam hati ayah-ayah kat depan tu panasss jee.... "siap lah kau budak,!"dalam hati semasa ruku'.

OK, DRC ada bebrapa tips untuk menyelesaikan perkara ini. mungkin ia boleh diguna pakai atau kalau tak boleh guna pakai, guna je la tak payah pakai... >.<

Caranya, Solat Jumaat ni kan wajib kepada kaum Adam je kan,, so kaum Hawa kena buat Solat Zohor, jadi apa yang bermain di fikiran DRC adalah, semasa solat jumaat diadakan, sang suami bawa bersama isterinya. kalau tak setiap satu suami, ahli jawatankuasa masjid pun jadilah... bawa isteri (kaum hawa) ke solat jumaat. Untuk APA????! 

Peranan kaum hawa sepanjang solat jumaat berlangsung adalah bagi menggantikan ahli jawatankuasa masjid (lelaki) dalam menjaga ketenteraman masjid yang tidak dapat dikawal kerana gangguan oleh kanak-kanak yang berbuat bising... Kaum Hawa yang hadir boleh membawa rotan sebagai 1 'ugutan' pada mereka (kanak-kanak) untuk menjaga tingkah laku mereka semasa solat jumaat diadakan. Kaum hawa yang hadir juga boleh menunaikan solat Zuhur semasa khutbah di sampaikan kerana pada waktu itu azan zohor dah pun kedengaran kan? jadi apa salahnya kaum ibu/hawa datang ke masjid untuk menjaga ketenteraman masjid.

Mungkin tips/cadangan dari DRC ni kolot kan? tapi kalau hal ini tak dibendung, masalah ini akan teeerus menjadi masalah tanpa penyelesaian! DRC akui zaman kanak-kanak DRC nakal dan DRC tak terlepas untuk buat bising kat belakang time orang solat jumaat (KANToooiiii!!). Jadi, sekarang ni umur DRC dah 20 tahun, bayangkanlah sebelum zaman DRC kecil lagi pun perkara ni dah berlaku, jadi takkan lah benda ni kita nak biarkan...

Masjid itu adalah tempat yang suci. kalau kita terangkan kat budak-budak pun dia tahu tapi perangai takkan nak berubah. Motivasi ke, ceramah ke, manalah masuk dengan jiwa budak-budak yang meronta nakkan permainan...!

Jadi, peranan Kaum Hawa di masjid semasa solat jumaat mungkin effektif dalam langkah menjaga kesucian masjid itu sendiri.. mungkin pihak masjid boleh tubuhkan Gerakan Jumaat Muslimat atau sebagainya bagi membendung gejala gangguan semasa solat jumaat ni...

Renung renungkan, baca bacakan, komen komenkan dan SELAMAT BERAMAL....
>.<

Sunday, July 3, 2011

Tips : Jimatkan penggunaan lampu depan motor anda!

Assalammuaaikum semuaaaaa....




Kali ni DRC nak kongsikan Tips Vs Petua kepada anda tentang cara nak jimatkan penggunaan lampu depan motosikal anda..! ohyeeahhh!!!


gambar ni tak de kena mengena ok.. just utk signifikasi lampu depan kepada sebuah motosikal..


Anda semua mesti tahu bahawa lampu depan motosikal kita akan terfungsi apabila kita menghidupkan enjin,kan?


Anda juga tahu bahawa lampu depan motosikal terbagi kepada 2 iaitu lampu atas dan lampu bawah, kan???


Kebiasaannya, kita akan menggunakan lampu bawah untuk pada waktu2 siang dan bukan dalam keadaan yang terlalu gelap gulita... 


Jadi, apabila lampu bawah itu terbakaq, kita terpaksalah menggunakan lampu atas untuk semua keadaan kecuali waktu PAGI! betul tak???


Jika kita menggunakan lampu tinggi/atas pada setiap waktu termasuk yg paling penting waktu malam yang cerah (ada lampu jalan/ jalan raya sesak dengan trafik/ jalan utama bandar dsb) mesti pengguna trafik akan marah pada kita sebab bagi kesilauan pada pandangan mata mereka. 
Jadi, apa harus kita lakukan???


1 . Beli terus mentol lampu yang baru.


2. Check batteri motosikal anda.


3 Gunakan lampu tinggi/atas pada setiap waktu pagi dan siang!
   Ha..... yang ke-3 inilah yang DRC nak highlight pada anda... mesti ramai yang tak percayakan??
Begini : kalau kita gunakan lampu tinggi/atas pada waktu siang, ada tak orang nak marah sebab kesilauan??? TAK ADEEEEE.... DRC da amalkan lama dah tips ni..huhuuh.... Kalau kita menggunakan lampu tinggi/atas dengan kerap pada waktu pagi, kita boleh menjimatkan penggunaan lampu rendah/bawah sekaligus mengelakkannya terbakaq dengan lebih cepat. selain itu, kalau lampu tinggi/atas kita da terbakaq lebih awal, kita dah ada 'spear' untuk lampu waktu malam ( lampu rendah/bawah) yang lebih fleksible penggunaannya...


Haaaa.... Jadi, DRC kongsikan tips ini tanpa sebarang penaja...kekeh...


 apapun SELAMAT MENCUBA!!!!!

Sunday, May 29, 2011

Petua : Jom segarkan badan!

Musim panas ni... macam -macam orang buat untuk segarkan badan. terumata bila penat bekerja. waktu tengah hari atau petang memang sangat letih.... jadi, DRC ada petua nak kongsi dengan semua hari ini...

sebelum mandi utk segarkan badan, carilah daun limau purut. kalu xde depan rumah atau rumah jiran cari je la kat kebun mana-mana...
kemudian, koyakkan daun limau tu menjadi serpihan kecil-kecilan..... lepas tu, rendam dengan air yang kita nak mandi.. kalau kat bathroom anda ada tab mandi, lagi senang... rendam je dengan tab... DRC nasihatkan jangan guna shower sebab kalu guna shower aroma dan kesegaran daun tu tak meresap ke badan...

lepas rendam anggaran 5 minit, kacau air rendaman sambil selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w..

kemudian, mandi la macam mana gaya anda mandi.... insya Allah... akan berkesan untuk menghilangkan letih... selamat mencuba...!

Tuesday, May 24, 2011

Tips : Saya Nak Gemook, boleh???



DRC memang ada masalah berat badan sejak umur 15 tahun hingga kini.. bayangkan pada umur 15 tahun berat DRC hanya boleh capai 38kg, umur 17 tahun baru 45kg.. Bila masuk PLKN barulah dapat 50kg saaaaampaaaiii la sekarang.. tu pun jemuh makan nasi banyak2.. tapi tak naik2 jugak.. Tak pe.. kat bawah ni ada artikel yg DRC ambil dari sebuah blog kesihatan.. Mungkin boleh jadikan panduan..! jom BACA...
Meskipun masalah kesihatan utama yang dihadapi penduduk Malaysia adalah obesiti, namun terdapat juga segelintir individu yang mempunyai impian untuk menambahkan berat badan. Individu yang dimaksudkan ini adalah mereka yang seringkali digelar sebagai “kurus kering”, “keding” dan sebagainya.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh WebMD, individu yang mempunyai berat badan yang kurang normal, akan mengalami masalah seperti berikut:
  • Mudah jatuh sakit.
  • Mempunyai masalah hormon.
  • Osteoporosis.
Menurut satu sumber yang didapati di Amerika Syarikat, terdapat beberapa faktor utama kenapa golongan si kurus ini mengalami masalah berat badan. Antaranya adalah:
  • Tekanan dalam hidup.
  • Masalah pemakanan.
  • Kadar metabolisme yang tinggi.
  • Keturunan.
Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mengetahui cara yang terbaik, bagi menghindari masalah ini. Langkah pertama yang boleh kita lakukan, adalah berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui kadar BMI (Body Mass Index).

BMI adalah kiraan tinggi dan berat badan, bagi mengetahui kadar lemak dalam badan kita. Setiap individu mempunyai BMI yang berbeza, bergantung pada umur dan jantina mereka. Menurut pakar kesihatan, kadar BMI yang ideal berada dalam sekitar 20 dan 25.
Jika kurang daripada angka ini, maka kita dikategorikan sebagai individu yang mempunyai masalah berat badan yang tidak ideal, atau lebih dikenali sebagai ‘kurus kering’.
Bagi yang menghadapi situasi ini, terdapat 3 cara untuk menaikkan berat badan dengan berkesan. Antaranya adalah:

Mempunyai jadual makan yang konsisten dapat membantu kita untuk meningkatkan berat badan. Kita juga tidak disarankan untuk tidak mengambil sarapan pagi dan makan tengahari. Ini kerana kedua-dua waktu ini adalah waktu untuk menambahkan kembali tenaga kita, untuk melakukan kerja harian.
Menurut Marcia Pope, penulis Yahoo! Associated Content, kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, seperti McDonalds, KFC dan juga snek-snek. Kedua-dua jenis makanan ini adalahmakanan yang tidak sihat, untuk tubuh badan kita.

Mengikut kajian pakar kesihatan True Fitness, berat badan kita akan mudah naik, jika kita meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi. Bagi golongan remaja dan ke atas, pengambilan kalori yang ideal adalah sekitar 2,000 hingga 2,200 setiap hari.

Pengambilan kacang seperti walnut, pecans dan almonds dapat membantu untuk meningkatkan berat badan kita. Ini kerana kajian Global Healing Center mendapati, jumlah lemak monounsaturated adalah baik untuk badan kita.
Bagi kalian yang menghadapi masalah kurang selesa dengan berat badan akibat faktor kurus kering, maka saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu. Perkara yang paling diutamakan adalah konsistensi kita, dalam mengambil makanan yang sihat dan mempunyai jumlah kalori yang ideal.
Kita juga harus elakkan daripada mengambil makanan yang membahayakan tubuh badan kita, seperti KFC dan McDonalds. Pendapat orang tentang makanan seperti ini dapat membantu meningkatkan berat badan, adalah tidak benar.

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...