pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label promosi. Show all posts
Showing posts with label promosi. Show all posts

Monday, November 4, 2013

PROMO | Hei Cyclist! Kena Join Event Ini...!

ASSALAMMUALAIKUM

Perhatian..!! Perhatian!!! Perhatian!!

Kepada semua kaki kayuh! Ada event yang WAJIB anda sertai.. Ahaa!! Tengok poster ni..!




An event for cycling charity :

Date : 30 November 2013
Venue : Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam Campus
Fees : RM40 (Early bird RM30)

Contact : Abdullah ( 017-368 4771)

Follow our Instagram :cyclingforsyriamy 
Follow our Twitter : https://twitter.com/CyclingForSyria
Follow our blog: http://cycling4syria.blogspot.com/

Acara ni dikendalikan oleh DRC dan kawan-kawan untuk memenuhi tuntutan kredit bagi Subjek Event Management. Harap-harap anda dapat membantu kami untuk dapatkan A dalam subjek ini sekali gus membantu saudara mara kita di Syria. InsyaAllah..

AHA! Kami juga mengalu-alukan kepada anda untuk membuat amal kebajikan dengan menaja acara ini untuk mengumpul dana ke Syria.! Macam mana caranya? 
Boleh emel kepada kami cyclingforsyria@gmail.com 
dan kami akan hantarkan proposal kami..

InsyaAllah, dana akan disalurkan ke Syria menggunakan NGO yang telah dipilih.
Moga usaha murni kita ini diberkati..
Aamin..


DRC psssttt : Korang kena join.. Really appreciate!! DRC harap sangat ramai yang akan join.. Hehe.. Medium Promosi ini DRC sendiri nak anda sertai, wahai bloggers DRC. :D Love you all..  

Tuesday, July 23, 2013

PROMOSI | Jom Join MLM Pahala!!

ASSALAMMUALAIKUM

Hampir separuh bulan kita telah berpuasa, alhamdulillah..

Jadi, dah banyar zakat fitrah?
Dah sedekah?
Dah buat amal jariah?

Di sini, DRC mengajak kita bersama-sama untuk menginfak sedikit harta kita dengan menaja anak yatim untuk menyertai program.!


Firman Allah s.w.t, mafhumnya : 

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. 
(Al Baqarah : 274 )

Ok, DRC brief sedikit tentang program ini :

Program Amal bersama Anak Yatim KEM RAMADHAN IN MY HEART. 
(Bengkel Ramadhan, Iftar & Terawikh) 

Thursday, April 18, 2013

Wahai Wanita...! Jangan Baca Entry Ini...

ASSALAMMUALAIKUM

Buat para wanita, muslimah, perempuan, adik-adik, kakak-kakak, mak cik-mak cik, ibu-ibu...!
DRC ada promosi hebat kepada anda yang suka bergaya..!
Trend muslimah dengan fesyen yang terkini...!


Seminar Muslimah In Trend.
"Inspirasi & Aspirasi Bidadari Syurga"

Seminar selama satu (1) hari ini akan membincangkan:

i. personaliti wanita yang bergelar muslimah,
ii. gaya hidup dan akhlak mulia berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,
iii. keterampilan imej persona yang berlandaskan syariat dan pengertian ‘tabarruj’,
iv. seterusnya memberi anjakan paradigm dalam diri wanita muslimah untuk menjadi pemacu trend yang boleh dijadikan inspirasi dan aspirasi kepada individu lain


Untuk mendaftar atau maklumat lanjut, layari :


atau hubungi :

03-6274 2424 ext 213 atau
SMS 019-211 3008

"Menjadi Hiasan Dunia, Bidadari Syurga"


DRC psssstttt : Lepas ni kalau ada seminar Muslim Super, DRC pasti akan jadi orang pertama akan sertai, insyaAllah... Jom promote kan seminar yang bermanfaat ini kepada ramai... :)

Thursday, January 31, 2013

HOT | Karnival Karangkraf 2013 Kembali Lagi...!!

BERITA HANGAT!!

Karnival Karangkraf 2013 Kembali Lagi...!

Jom warga Shah Alam, Klang dan sekitar, memeriahkan lagi Karnival Karangkraf 2013..!
Pelbagai aktiviti menarik. Beramal sambil berhibur.. Menimba ilmu sambil bermesra..

DRC promote untuk Karangkraf sebab DRC salah seorang daripada ajen yang terlibat.. InsyaAllah DRC akan bertugas di booth MyKarangkraf.. Haa.. Nak tau apa dia MyKarangkraf, tengok banner ni

DRC dimaklumkan ramai artis turut terlibat dalam karnival.. Bukan sahaja artis tapi penulis-penulis buku juga akan turun untuk mempromosikan buku mereka... Selain jualan buku, ada lelongan barangan terpakai yang telah disumbangkan oleh artis-artis tempatan, staff Karangkraf dan orang awam untuk jualan yang harganya serendah RM2 hingga RM10 SAHAJA!! Jualan ini akan disumbangkan ke Yayasan Nur Karangkraf yang mana yayasan ini bertanggungjawab untuk menyalurkan sumbangan ini ke rumah-rumah orang tua atau anak-anak yatim yang terpilih...

Jadi, sesiapa yang ada kelapangan dan masa yang terluang... Al Maklumlah gaji dah masuk... Jom lah reramai memeriahkan Karnnival Karangkraf.

DRC psssstttt : Utk pengetahuan, selain daripada Karnival Karangkraf di Shah Alam, sedang berlangsung jugak Pesta Buku di PWTC pada tarikh yang sama.. Jadi, anda boleh membuat pilihan untuk mengisi hujung minggu anda dengan majlis ilmu dan perkara yang berfaedah.. Ehemm..Ehemm.. Katenyeee Aaron Aziz akan turun ke Karnival Karangkraf pada hari Ahad..! Datang yaww.. :D

Tuesday, December 27, 2011

JOM RAIKAN TAHUN BARU CARA BARU!


ASSALAMMUALAIKUM...

Tahun 2012 dah nak hampir menjengah,,, mesti ramai diantara kita termasuk DRC tempat2 untuk celebrate 2012 ni..kan..???
Ada yang ajak DRC pergi konsert..
Ada jugak yang ajak DRC pergi jumpa artis...
Ada jugak yang suruh DRC buat konsert...
Ada jugak yang ajak lepak-lepak dengan kawan-kawan...

OK, tapi kali ni DRC nak ajak korang semua untuk sambut tahun baru dengan cara yang baru!!!
Macam ads yang kat atas tu....!
Cubalah cari kelainan dalam kita menyambut tahun baru...

Korang tak boring ke sambut tahun baru dengan artis..??
Korang tak boring ke sambut tahun baru dengan awek..??
Korang tak boring ke sambut tahun baru dengan konsert..??
Tak boring sambut tahun baru dengan terkinje-kinje macam B_RO_?

So, apa kata ubah sikit cara sambutan untuk kali ni..
Jom lah...
Korang boleh!
Bukan untuk orang-orang bendera hijau je tau...
DRC pun berminat, insyaAllah akan turut serta...

DRC pssssttt : Tak salah kalau kita nak sambut tahun baru.. tapi pastikan cara kita betul... Kalau orang asyik ingat tahun baru hijrah je kene buat solat akhir/awal tahun.. apasalahnya kalau tahun masihi pun kita buat macam tu,,, malah lebih baik lagi untuk menyeru orang yang lupa tentang kepentingan tahun baru ni untuk menyedarkan mereka.. DRC cuba lapangkan waktu untuk sertai program ni.. Kalau jumpa DRC, tegur-tegur la eahh... ^_^

Monday, July 18, 2011

Sebuah lagi karya dari DRC


Sama-sama meramaikan lagi Konsert Amal Ambang Ramadhan sambil menyaksiakan sebuah monolog dariKelab Kesenian Muda Insaniah (KEMUDI)

Wednesday, July 13, 2011

ATC MC TEAM


Mari sertai MC TEAM ATC Fasa 4.... InsyaAllah perbaharuan akan dilakukan....

Wednesday, December 29, 2010

Himpunan Mahasiswa Malaysia

AYUH MAHASISWA PEMANGKIN UMMAH!!!


jangan amalkan konsep 3K!!
-Kuliyah
-Katil
-Kantin


MAHASISWA YANG STYLO ADALAH :
mengamalkan konsep 'IF'
-Kreatif
-Inovatif
-Positif
-Progresif

Sunday, December 12, 2010

......kronologi narnia.......

cinema!!! cinema!!!! cinema!!! hadooii...... dah terkena virus cinema...huhuh...... bersama teman-teman menonton narnia terbaru.. secara keseluruhannya, best dan sangat menarik. kali ini narnia memaparkan kronologi menentang kuasa jahat di pulau kegelapan. secara teknikal, narnia sangat kuat dan sarat dengan teknik-teknik yang mengkagumkan. dari teknik suara, layout, tmpat dan kamera. semuanya nampak real dan perfect!

dan penceritaan yang penuh dengan kegembiraan dan juga suspen tidak lekang dan membuatkan penonton sentiasa tertanya-tanya bagaimana keadaannya.. dan yg pastinya tidak memboringkan sesiapa!. walaupun sarikata dalam bahasa melayunya tidak begitu jelas, tapi kefahaman melalui gambar dan suaranya menjelaskan segala-galanya.

pada mulanya, aku bukanlah berminat dengan filem barat. akan tetapi, narnia ini bukanlah cerita cinta yang biasa difilemkan. ia adalah satu jorney yang sangat menarik untuk dikongsikan. rugi aku sebab tak tengok dari awal pembabitan narnia dalam industri filem. akan tetapi, tetap setia mencintai filem tempatan....

for you all yang blum lagi tengok narnia terbaru.. cepat...!! sebelum terlambat.....

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...