ASSALAMMUALAIKUM
Baru-baru ni DRC dapat banyak respon perihal kejadian di Syria.
Dan kesemua komen yang DRC terima amat memberansangkan malahan membuatkan DRC berkobar-kobar untuk turun ke padang berjuang dijalanan demi menyuarakan suara hati terhadap ummat. Jika DRC hanya mampu untuk menulis, takkan DRC tak mampu untuk turun ke lapangan?!
Dan kesemua komen yang DRC terima amat memberansangkan malahan membuatkan DRC berkobar-kobar untuk turun ke padang berjuang dijalanan demi menyuarakan suara hati terhadap ummat. Jika DRC hanya mampu untuk menulis, takkan DRC tak mampu untuk turun ke lapangan?!
INI CORETAN DIARI DRC UNTUK SYRIA
Akhirnya, DRC tekad untuk turun sendirian ke KL, berbekalkan doa dan tawakkal. DRC membuat keputusan sejurus seorang sahabat DRC di KL untuk bersama turun ke Himpunan Aman Syria. DRC akui, DRC turun ke sana untuk pertama kali ke Himpunan dan Pertama kali ke sana sendirian.. Berbekalkan hanya RM150 untuk ke KL yang besar, jujur DRC kata, DRC berlapar seperti mana mereka di Syria kelaparan. Sengaja untuk tidak menjamah apa-apa sebelum ke himpunan kerana DRC sendiri ingin merasai sesuatu 'jiwa' yang dalam kesengsaraan.
Kita masih lagi makan dan minum sepuasnya sedang mereka di sana kelaparan dan kesedihan.
DRC menempah tiket selepas solat asar dan pada waktu itu, sahabat DRC membalas komen DRC menyatakan dia akan turun, insyaAllah. Tiket jam 9 malam ke KL, menanti DRC dengan iringan doa dari sahabat-sahabat yang mengetahui pemergian DRC.
sekadar gambar hiasan
Bas yang dalam keadaan baik dan selesa tiba-tiba rosak di Butterworth, dan mengambil masa 1 jam untuk mendapatkan bas yang lain untuk menggantikannya. Allah..!
Satu dugaan dalam perjalanan DRC, dan DRC hanya berdoa dan baca al-Quran yang DRC bawak.
Dalam hati, hanya perkataan SABAR je yang mampu DRC ungkap. Ada sesuatu yang Allah nak uji perjalanan DRC ke sana....
Tiba di Pudu Raya, jam 530 pagi, DRC dijemput oleh seorang sahabat lain yang memang berjanji untuk ambil DRC, Alhamdulillah... Urusan semakin dipermudahkan...
Seperti dirancang, solat jumaat di Menara Tabung Haji, DRC dan sahabat yang hantar tu tersalah jalan, mengakibatkan kami terlewat, tapi syukur, masih sempat untuk dengar khutbah dalam keadaan yang sesak dan solat dalam keadaan yang tidak selesa.
Alhamdulillah.. Inilah yang DRC nak sangat rasa. Dihimpit dalam sempit, tapi hanya tujuannya satu, berjumpa dengan Allah.. Bagaimanalah kalau ke Mekah nanti? Itu yang bermain difikiran...
Selesai solat Jumaat, terusan mendengar seruan "Hidup...Hidup...Hidup.." daripada ketua himpunan.
Allahu Akhbar...!
DRC tergamam seketika, sebab apa yang DRC rasa, dan lihat dalam TV dah ada depan mata DRC.!! Tabarakallah... DRC tak percaya je dengan kaki DRC dah jejakkan kaki ke misi ini.
Terus DRC capai poster yang diberikan oleh seorang peserta himpunan. Poster yang tulis,
"I <3 FREEDOOM" berbentuk hati (LOVE) berwarna merah.
Memang tangan DRC penuh. Dalam hati hanya berdoa agar ditemukan dengan sahabat yang DRC kenal dalam Facebook untuk turun sama dalam himpunan ni.. Dan sepanjang perjalanan, laungan keramat memang tak henti-henti.. Dan hati DRC pun tak henti-henti berdoa "Ya Allah, ketemukan aku dengan sahabatku, Amar di sini.... Temukan kami, ya Allah.." Tak lekang hati DRC, tak lekang jugak mata DRC untuk memandang sekeliling...
Mencari sahabat dan juga meninjau persekitaran.
Sehinggalah tamat perhimpunan dengan aman dan disiplin tanpa ada rusuhan atau kekacauan, DRC bersyukur sangat.. Kelaparan yang DRC alami, diganti dengan sebuah kemanisan apabila memorandum diserahkan kepada duta Syria dengan tertib dan beradab.
DRC pulak seakan sudah berjumpa dengan seorang yang seakan sahabat DRC, Amar tu..
DRC follow je belakang orang tu.. Sebab hati DRC kata, dialah Amar.. Maklumlah, DRC dengan Amar tak pernah lagi berjumpa melainkan hanya melalui Facebook.! Tak caya kan?
Ciri-cirinya sama macam Amar, handphone Iphone, kereta honda, rambut belah tengah sikit...
Sampailah DRC bisik dalam hati, "Ya,Allah.. Kalau benar ni sahabat aku, Kau beri aku kekuatan untuk tegurnya". Sehinggalah kami terpisah, mungkin 'Amar' balik dulu, DRC kata dalam hati,, Dia bukan Amar..
Selesai himpunan, DRC rehat sekejap, dan teruskan kembara DRC yang keseorangan selepas sahabat yang hantar tadi terpaksa pulang kerana ada tugas. DRC terus ke stesyen LRT Ampang Park, dan beli token.
Tiba-tiba ada seorang ni dia tegur DRC, dia sebut nama penuh DRC, sekali dengan nama, DERIA RASA CERIA.. DRC tergamam... terpegun! sebab setahu DRC, DRC turun ke sana seorang diri dan tak ramai yang tahu.. Rupanya dia adalah kawan kepada Amar...! Syukur, alhamdulillah..
Selesai berborak sedikit, barulah DRC tau yang Amar tak dapat turun himpunan sebab ada hal mustahak. Dan DRC terus hubungi Amar, tapi Amar ada urusan dengan client..
Tapi malam tu DRC akan jumpa dengan Amar, kebetulan DRC akan balik Kedah keesokkannya...
Ok, Jom kita tengok sikit beberapa gambar yang ada..
DRC psssstttt : DRC nekad untuk turun walau berbekalkan RM150 sebab pada DRC, duit boleh cari.. Tapi masa tak boleh ganti..! Walau kesesakan kewangan tapi masa DRC tak sesak.! Takkan DRC nak berdiam dan hanya memerhatikan...... DRC ada ajak kawan-kawan untuk teman, tapi mereka semua sibuk, dengan exam, assgment dsb... Inilah kembara DRC keseorangan di tengah kota KL.. Tujuan utama untuk sertai himpunan ini, tujuan sampingan, DRC nak jumpa sahabat-sahabat... Buat Sahabat DRC yang berjumpa di KL, ada juga yang tak dapat jumpa, Semoga Allah merahmati kita semua... Dalam apa jua usaha dakwah... Mereka adalah, Amar, Shahrul, Amin, Pilip, Shafiqa, Saodah dan kawan mereka... Ukhwah Fillah...
8 comments:
speechless ^^
alhamdulillah..
semoga kita semua dilindungi Allah =)
subhanallah..memang benar2 ditolong olehNya...mudah-mudahan krisis yg berlaku di sana akan segera selesai....banyak pembunuhan mereka yg tak berdosa............Allahuakbar!
Alhamdulillah... DRC bersyukur sangat himpunan yg DRC sertai sangat beradab...
Tertanya, mana media kita????
salam DRC, rs mcm xpercaya ada perhimpunan mcm ni kt negara kita.
media?entah...ada lg yg lbh penting kot dari perhimpunan ni..adeh =_=
@Suzie :> ada kt negara kita, sebab keperihatinan sesama ummat...
@Ckin :> mungkin... media perdana terus memomokkan kita dgn pandangan negatif ttg perjuangan rakyat Syria..
:(
wahh.. susah nak jumpa orang macam DRC ni..
jujur,
SKL terkedu...
Post a Comment