pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label whatever. Show all posts
Showing posts with label whatever. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU UNISEL


Assalammualaikum...

DRC mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru Unisel ambilan Ogos 2013.
DRC sebenarnya terlibat secara langsung sepanjang minggu orientasi iaitu MTS (Minggu Tekad Siswa) sebab tu sibuk sikit nak berblogging dan update blog..

IsyaAllah lepas ni DRC akan update gambar-gambar sepanjang MTS Ogos... dan banyak story yang DRC nak share kepada anda.. 

Tunggu yeee entry seterusnya...........
^_^

DRC pssssttt : Sekarang ni dah masuk semester baru... Kena ada azam dan semangat yang baru.. Terima kasih atas nasihat itu, AAA!!! :D

Thursday, July 26, 2012

FOLLOW UP : Contest Azam SMART Maal Hijrah 1433H

ASSALAMMUALAIKUM

Tak terlambat DRC nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh kawasan Blogger Muslim tidak kira di mana anda berada, di Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand, Madinah dan mana sahaja yang WAJIB berpuasa...
DRC agak kesibukan sedikit lewat ini sebab DRC kene buat persiapan untuk menyambung pelajaran di UNISEL, Shah Alam... So, memang banyak habiskan masa kt alam maya, tapi geledah web site Unisel, semak portal diorg, takwim, jadual kelas & sebagainya...
OK, sapa yang masih ingat
CONTEST AZAM SMART MAAL HIJRAH 1433H 
anjuran DRC & CTK???

Haaaa!! ada yang lupe yee???
Sapa ingat angkat tangan..!~~ Nanti CTK bagi hadiah... hohoohoo..

OK, entry kali ini adalah untuk Follow up para pemenang contest bersama azam mereka..
Adakah azam mereka telah tercapai, berapa peratus azam yang telah tercapai, dan setakat ini bagaimanakah perlaksanaan mereka untuk mencapai azam itu..
mesti ada kata dalam hati tu, DRC ni buzy body la.. nak sibuk tanya azam orang... kannn....

Sebenarnya DRC berpegang pada ayat al-Quran, surah al-asr ayat 3, bermaksud :
"Berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran"
Jadi, pada DRC, DRC & CTK hanya ingin berpesan-pesan sambil ingat-mengingati sesama kita... kerana tujuan asal DRC & CTK buat contest tu, supaya kita tanamkan azam sempena Maal Hijrah, jadi tak salah kalau kita ingin mengingati tentang perkara kebaikan...

Jadi, khusus kepada pemenang contest :


DRC minta kepada keenam-enam pemenang mengikut arahan seperti di bawah :

1. Membuat satu entry tentang perkembangan azam anda,
2. Kemudian, tinggalkan link entry itu di ruangan komen entry DRC ini..

(itu sahaja..)

DRC harap ia tidak menyusahkan sesiapa kerana DRC sendiri bertanggungjawab atas azam anda kerana azam ini bukan sekadar satu pertandingan tapi ia perlaksanaan..
Barulah SMART... kan...?

DRC pssssttt : Dalam Islam sendiri pun suka apabila kita ingat mengingati antara satu sama lain.. Jadi DRC harap tak ada yang berfikiran DRC buzy body ye.... =)
Ok, esok DRC dah mula bertolak ke KL untuk mesyuarat di tempat kerja dan hari sabtu DRC akan daftar di Unisel.... wahhhhhH!!!! teruja ada terkilan pun ada... hehehe... apapun, DRC harap doa daripada kawan2 blog semua ye.... terima kasih ^____^

Friday, March 30, 2012

Nilai Sebuah Mahkamah Hanya RM25???!


DRC pssssstttt : DRC minta maaf la sebab DRC tak leh nak BW banyak sangat sekarang ni... Hmmm... Dan isu yg kat atas nie,, sangat mencerminkan jiwa bangsa Malaysia... Korang ada komen?????? Sorry lah kalau ada yang terasa dengan tajuk entry nie..... Tapi sedihnya... SANGAT SEDIH..

Wednesday, March 28, 2012

Cik Pensil Tag DRC Guna Dakwat

ASSALAMMUALAIKUM
Memperkenalkan Header Baru DRC yang ditaja oleh *HAMBA ALLAH COLLECTION*

Semalam DRC kene tag dengan Cik Pensil.
Dah lama tak kena tag...
Tibe-tibe ada orang tag, tak salah kot kalu nak mengetag orang lain...
#teruknya bahasa
 Untuk tagged kali ni, DRC kena cerita tentang diri DRC, dan jawab 11 soalan yang diberikan oleh Cik Pensil... Macam exam pulak sebab Cik Pensil yang buat soklan...

Syarat-syarat tag ni :
-Syarat-syarat sah segmen:

#Tak boleh tag orang yang sama.
#Letakkan semua syarat2x ni kat entri~.
#Pastikan mereka tahu yang mereka di tag.
#Ceritakan 11 perkara tentang diri anda dalam entri.
#Jawab semua soalan yang diberi oleh orang yang tag anda kemudian buat 11 soalan untuk mereka yang ditag pula.

Ok, Tentang DRC :
1. Anak ke4 dari 6 orang adik beradik
2. Anak lelaki terakhir dalam keluarga   #MANJA!
3. Suka berceloteh dan berangan  #KANTOI
4. Suka cari gaduh dengan orang   #JAGA-JAGA!
5. Tak makan belacan, budu, cencalok dan sewaktu dengannya  #SEJAK AZALI
6. Suka warna hijau, tapi sekarang beralih arah
7. Suka mengumpul jam tangan bentuk petak (segi 4)
8. Tak pernah beli handphone sendiri   #SEMUA ORANG KASI
9. Seorang yang fotogenik tapi bukan fotogedik
10. Kurang ilmu agama, tapi dalam proses mempelajarinya
11. Tak pernah bercinta     #SERIUS!!

Soalan Cik Pensil dan Jawapan DRC :
1.Sudah berapa kalikah anda bercinta? mengapa anda bercinta?
*DRC tak pernah bercinta seperti dimaklumkan di atas.. No komen  #Bajet reetiss

2.Apakah makna cinta buat anda? siapakah yang layak menerima cinta anda?
*Cinta itu adalah fitrah. Cinta kepada pencipta Cinta itu selayaknya...

3.Adakah anda seorang perokok? Mengapa?
*Tidak, kerana ia HARAM

4.Cita-cita anda?mengapa cita-cita itu menjadi pilihan anda?
*Saya memilih untuk menjadi seorang pengacara yang berjaya kerana itu saya ada Blog Diari Seorang Pengacara.

5.Suka budak-budak tak? kenapa?
*Suka, kerana saya pun pernah jadi budak-budak.

6.Kali terakhir anda menangis? Kenapa?
*Kali terakhir menangis sewaktu mendapat berita gembira ___________ .

7.Apakah perkara paling manis dalam hidup anda? Cerita sikit.
*Paling manis semasa dapat luangkan masa terakhir bersama arwah mak....

8.Apakah matlamat hidup anda?
*Untuk mencari ilmu dan beramal sebanyak mungkin sebagai bekalan akhirat juga berkongsi dengan mereka yang memerlukan.

9.Rela atau tak jika anda dipaksa berkawin dengan pilihan keluarga?
*RELA sebab takde calon   #TIBE-TIBE BAGITAU SEBAB!haha

10.Bajet Kawin umur berapa?
*Lepas dapat master dan bekerjaya.. dalam lingkungan 30-an

11.Jangan lupa jemput Cik Pensil bila dah kawin.
*InsyaAllah,.... :)

Ok, 11 Soalan Dari DRC untuk Yang di Tag :
1. Apakah pengertian kawan, sahabat dan teman melalui deria anda?
2. Bagaimanakah anda memahami konsep kehidupan seorang Muslim?
3. Soalan Santai : Bagaimanakah anda boleh terjebak dalam dunia blog?
4. Sebagai seorang blogger Muslim, apakah peranan anda kepada ummat?
5. Jika anda tidak berblogging, apakah deria yang anda rasa?
6. Jika anda diberi peluang, mahukah anda bertentang muka dengan DRC?
7. Pernahkah anda merasa geram apabila membaca blog DRC?
8. Nyatakan sebab dalam 20 patah perkataan bagi soalan (7).
9. Soalan Killer : Adakah anda mengetahui tentang isu bumi Palestin, Syria dsb?
10. Jika tahu apakah tindakan anda? Jika tidak tahu, apakah tindakan anda jugak?
11. Seandainya DRC berhenti berblog, apakah perasaan anda?
a. Tak suka,
b. Benci
c. Tak Happy
(pilih antara a/b/c SAHAJA)hehehe


Mereka yang DRC Tag :
1. Radin
2. Hafiz Hafizol
3. Fara Rauf
4. Cik Abit
5. Syamim a.k.a Jalal

DRC psssssttttt : Ok tak soklan yang DRC bagi... Jawab lah... soalan yang mudah.... semua subjek ada dalam nih...heheheee... Apapun, kepada yang tag, Cik Pensil, DRC ucapkn terima kasih... dan yang kena tag tu... pepaham je lerrr.....hehehee... Kawan-kawan, doakan perjalanan DRC ke Shah Alam tengah hari ni berjalan lancar yer.... Aaamiin... Pohon doa... >.<

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #2 (Car Park Musim Panas)


DRC psssstttt : Kan best kalau ada car park macam ni.. kereta tak kena panas.... Tak payah nak vacuum... Tak payah hantar car wash.... Kalau nak pegi keje, tak payah g toilet, terus mandi sambil nak ambil kereta... ^_^

Friday, January 27, 2012

Jangan Ungkit Kisah Silam Orang Lain (Aib)








ASSALAMMUALAIKUM..
Istigfar panjang DRC bila dapat msj dari FB kat atas nie...
Anda boleh baca dan DRC bukan nak aibkan sesiapa, tapi ini pengajaran kepada kita..
Actually, conversation DRC dgn orang nie panjangggg... dan dia memberitahu pada DRC kawan DRC, adalah bekas seorang yang sonsang..! 
Ok, macam dalam conversation atas, DRC tak percaya bulat-bulat sehingga lah DRC tanya kawan DRC tu sendiri... Tak apalah, kalau itu kisah silamnya dan itu pengajaran buat dia jugak..
Yang menjadi masalah, apabila kita yang sudah tau kisah silam dia, dan TAHU dia sudah berubah, janganlah dok ungkit lagi pasal masa silam dia...
Dia berhijrah dan tinggalkan masa lampau, doakan yang terbaik untuk dia istiqomah...

Ok, orang yang hantar mesej pada DRC ni, alasan dia berbuat demikian kerana DRC 'alim' dan boleh nasihatkan dia. ok, DRC cuba nasihatkan dia.. Fine and done..
He's knowing what he did on his past time...
and totally wrong..
Tapi mengapa harus bercerita pada DRC..??
Ini mengaibkan kawan tu sendiri.. Dan menjatuhkan maruahnya..
Kalau kita tahu, kita boleh nasihatkan dengan cara kita berdepan dengan dia sendiri, bukan dengan medium orang lain.. 
Selemah-lemah iman adalah mencegah/membenci dengan hati.
Itu adalah jalan terakhir jika USAHA dari DIRI KITA tak berhasil, bukan mengharapkan orang lain untuk membantu...
DRC berkawan dengan sesiapa sahaja. InsyaAllah terus memberi nasihat pada diri sendiri dan kawan-kawan yang tersayang...

Pada DRC, kalau kita nak perbetulkan seseorang itu, tak salah kalau kita terus menasihati mereka walaupun dia bukan segender kita. 
Memberi nasihat bukan mengira gander atau umur..
Sesiapa yang mampu untuk melakukannya, just go for it..
Kalau tak mampu untuk DO SOMETHING, gunakan hati untuk mencegah/membenci...

Sesungguhnya Allah berjanji,
"Sesiapa yang menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga aib dirinya,
Sesiapa yang membuka aib orang lain, Allah akan membuka aib dirinya.."
DRC dinasihatkan oleh cikgu DRC dengan ayat nie masa sekolah menengah..
memang terasa dan terrrrrsaaanggat makan dalam..
jadi, kita berusaha untuk menjaga maruah orang lain sebaik mungkin...

Biarkan 'the past is past' tapi kita tahu untuk menilai kisah silam kita..
Jangan sesekali cuba ungkit!
Setiap yang diungkit itu akan mencelakakan diri sendiri dan orang lain...

DRC psssssttt : Memang pening bila dapat berita macam nie.. lebih-lebih lagi kawan DRC tu rapat dan kami selalu berjumpa bila senang... Apapun, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Belajar dari kesialapan. Ilmuan Islam menyatakan, "Sesiapa yang masuk ke lubang yang sama untuk kali kedua adalah orang yang BODOH". Jadi, janganlah kita terjebakkan diri dalam lubang yang sama untuk kali kedua.... Ok,,, DRC agak emosi sikit..ehehhe.. tapi boleh kawal lagi... InsyaAllah kita hijrahkan diri kita mencari redha Allah, menanti syurga Abadi... :)

DRC psssst (kuasa dua) : Praktikal dah sebulan...hehee.. DRC menampakkan taring??! OH tidakk... nak ambil baucher RM200 beli novel banyak2... hadiahkan pada semua student, boleh???heheheee

Thursday, January 26, 2012

FESYEN PALINGG TERUK!



DRC pssssttt : semat ke pesyen ni...?? For me, DRC rasa ni la kejadahnya kalau fesyen kitaa terlalu taksub..! Berfesyen tak salah tapi jangan sampai menyalahi syariat.. dan budaya kita. Budaya kita kan Islam,, jadi kalau kita menyalahi budaya Islam kita, anda boleh dikategorikan sebagai MANGSA FESYEN..... Waspada la yeee..... ^_^

Monday, December 26, 2011

REWIND 2011 : Sebelum buku ditutup #3

Assalammualaikum...

 Hari ni dah 26 Disember 2011.. Beberapa hari je lagi dah melangkah ke tahun baru 2012, dan bila tarikh 26 Disember ni macam-macam yang bermain difikiran DRC....errmmm.. Satu tragedi yang sangat memberi kesan yang mendalam untuk 1 Dunia...iaitu peristiwa Tsunami... 
Mula-mula masa kejadian, DRC tak tau nak sebut tsunami tu macam mana..hahaha... DRC akan sebut macam ni, TESUNAMI.huhuhu...
Ok, jom DRC Review lagi sepanjang DRC berada dalam tahun 2011, apakah yang DRC lalui..? Untuk fasa yang ke3 ni, dari bulan Julai sampaai September.
(Bulan Puasa-Raya)hehehe..

JULAI
1.
Buat pertama kalinya DRC menjadi AJK UNIT MAKANAN untuk program Triple M untuk MPM2011. Memang DRC dapat merasai pengalaman menyediakan makanan..hahhaa.. padan muka peserta2 MPM ni, dapat makan makanan dari DRC..huhuhu... Dah la sedap terlebih..huhuhu
2.
Habis je program Triple M tu, DRC terus ke MRSM Kubang Pasu, untuk menyertai KBM kat sekolah tu...wahh.. memang budak kurang cerdik macam DRC ni agak kejakunan bila masuk sekolah bebudak pandai... Yelah.. DRC produk budak sekolah teknik (sekolah nakal)..
Gambar ni masa lepas program, DRC pergi ziarah budak2 ni kat sana.. Sebelah DRC ni Nabil Fikri, sebelum dia pergi pertandingan robotik peringkat MRSM seluruh negara... pandaikan?? DRC pun tak pernah nak cipta robot, cipta kapal kertas pun tak reti... :P
3.
Pertama kali DRC naik feri kat Penang.. Dan pertama kali DRC pergi Penang..hahaaa.. Korang bayangkanlah, DRC mula-mula akan ingat DRC akan mabuk laut sebab ayah DRC jenis mabuk laut, rupanya tidak.. Lagi nak terjun dari ferri adalah..hahahaa.. Apapun, abang-abang besar kat sebelah DRC ni tolong sabarkan DRC sebelum terjun..hhahaha..
4.
Induksi untuk ATC. Ada fire camp, best..! Tapi ingat, apakah benda yang asal usulnya dari api..??? Jangan bermain dengan api yee...
5.
AKU TAK ISLAM??
satu lagi karya DRC dapat dipentaskan di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya terdapat tekanan, tapi ia berjaya dipentaskan. DRC cukup terharu malam tu bila tamat je pementasan...huhuu.. siap kene perli lagi sebab teriaak..huwaaa.!

OGOS
1.
Bulan ogos tak banyak cerita sebab bulan puasa, kurangkan cakap, tapi banyakkan amalkan..??hehee.. Cumanya bulan ogos ni, penghujung yang cantik iaitu Hari Raya dan MERDEKA.
Hari Raya 2011, DRC seorang kumbang..ahahaa... abang tak balek sebab dia beraya kat rumah mertua dia.. kira ok lahkann...???hahaha

SEPTEMBER
Pada bulan ni, DRC dah mula deactivated FB DRC,hahahaa.. Padan muka orang tuu!
sepanjang lepas raya, DRC jadi a new DRC!! Waahh!!haha
kalo nak tau apa yang barunye,, meh tengok ni..

1.
Paling DRC tak boleh lupa adalah masa anak tekak DRC kena serang dengan  serangga time bawak motor. Dah lah ada job jadi DJ masa tu...
Memang perit saaanggaattt time tu... apapun jadi pengajaran buat DRC lepas ni jangan melalak time bawak motor..ahahaha... :P

2.
DRC jadi DJ...! Pertama kali DRC jadi DJ..  Masa Jamuan raya kuliyyah.. ermm.. apapun DRC masih lagi belum memahirkan diri untuk bahagian teknikal, nasib baik abang kat belakang tu bantu sikit2..heheeeee.. thanks ya..!

DRC pssssttt : Kadang-kadang memang kita perlu muhasabah diri dalam setiap tindakan kita, muhasabah apa yang kita lakukan sepnjang tahun... DRC dengar khutbah jumaat hari tu, tok imam pun suruh buat muhasabah diri untuk kita perbaiki diri... SO, korang pun boleh lah buat jugak... ekcelli, DRC Baru je sampai kedah... Hari tu balik kampung jap ada kenduri pertunangan..heheheee........ Korang jangan buat spekulasi bukan-bukan k... nanti DRC bagitau tunang apa...heehehee... Ok, jom masuk kerja... Eh, nanti DRC akan umumkan TOP 20 untuk Contest Azam SMART MAAL HIJRAH... OK.... !





Thursday, December 15, 2011

Memperkenalkan ; DIARI SEORANG PENGACARA

Assalammualaikum....

Hari ini DRC nak mengajak bloggers semua untuk melawat ke blog kedua DRC iaitu :
Haaa... Jadi, dah melawat..??? apa tunggu lagi..???
Cepat lah follow..!!huhuhu... 

AMARAN PAKSAAN:
FOLLOWERS BLOG DERIA RASA CERIA WAJIB FOLLOW BLOG DIARI SEORANG PENGACARA...HAHAHAHAHHAA

Friday, December 9, 2011

REWIND 2011 : Sebelum buku ditutup #1

Assalammualaikum... Salam ceria... bahagia selalu.. kann....???
Lama rasanya DRC tak bercetoleh kat blog..hahahaa..
Siapkan kerja-kerja studio yang tertangguh...huh! letizzz~~
Yelah... Pagi kutip durian, pergi kebun, penat malam pulak nak update blog da x sempat...
Ok, seperti tahun-tahun sebelum ni,bulan disember ni DRC biasa buat rewind kehidupan sepanjang 2011. Kenapa ye..? Ini adalah salah satu cara untuk DRC ingat balik apa yang DRC post dalam blog dan kisah-kisah sepanjang 2011.. Kira macam muhasabah jugak la teeeuuuww!...
Ok, untuk kali ni DRC rewind dari Januari sampai Mac dulu... jommmm~~

JANUARI
1.
Awal januari 2011, DRC tukar header baru.... Seingat DRC, template ni DRC tukar selepas tukar header baru.... Alaaa.. header yang ni lah..
Korang tau x, lepas je DRC post header ni kat facebook ramai yang cakap header ni macam xde ape2..hahaa... ok,, DRC tak kesah sebab DRC x nak crowded sangat header sebab simple is nice..
2.
OK! Tarikh ni yang selalu DRC post kat blog..ahahahaa.. that's my day! Ok, Ramai yang doakan DRC panjang umur, murah rezeki...dsb.. terima kasih semua... masa tarikh 7 Januari ni, DRC da rasa DRC tua dah.. sebab baru masuk umur puluhan..hahahhaaa.. 
yelah... 20 = 11, umur 20 = tahun '11..hahahaa....
DRC tak dapat snap apa2 time bufday, yelah sebab masa tu buzy sikit.. ada la jugak kek yang kakak belikan.... apapun doa kawan-kawan dan keluarga sampai pada DRC...alhamdulillah..
3.
OK, yang ni pulak time DRC jumpa kawan facebook DRC... Amirul  Farizam.. Kawan yang kenal dalam FB pun boleh jumpa kan... BTW, dia salah seorang mangsa fake profile macam DRC dulu2.. DRC bantu dia sekadar yang boleh dengan berbekalkan pengalaman untuk hack fake profile tu balek...hehehehee
4.

Saturday, December 3, 2011

Jom Belajar Jadi Hacker!!~

Assalammualaikum dan selamat hari sabtu semuaaa..
waaahhh sedap nya cuti kann..
musim2 cuti pulak ni kan,, ramai yang buat Walimah...
Tahniah DRC ucapkan.. terima kasih atas semua jemputan yang tak terpergi tu..huhuu

Ok, hari ni DRC nak ajak dan ajar anda untuk menjadi hacker! waww!!
ahahahaaa.. bukan lah...
DRC nak ajak je korang tengok video-video yang ada kat dalam pacik utube ni tentang cara-cara hackers ni membuat jenayah nih! joomm, terjahhh!!~

# VIDEO NO. 1


Monday, November 28, 2011

Apahal DRC ada 2 akaun FB..??

Assalammualaikum semua...
Alhamdulillah...
Dah masuh tahun baru tak lupa DRC nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 1433..!
Macam mana sambutannya..? Meriah tak..?? Alhamdulillah..
DRC tak dapat nak bersama mereka dalam sambutan tapi DRC dapat meraikan bersama dengan contestant yang join contest DRC..
Semalam DRC kena pegi
 ke Batu Pahat untuk menghadiri kenduri kahwin sahabat DRC..
(kawan sudah.... anda..??) :P


Dalam perjalanan ke Batu Pahat bersama dengan kakak dan sepupu DRC alaa.. si kembar tu..
DRC dapat 1 SMS yang berbaur cemuhan..
Hilang mood 1 Muharam bila baca mesej tu..
SMS tu macam ni...
"Awat hang gedik ngat nak buat 2 akaun FB? Tak leh ada 1 ja ka..?? Payah nak contact hang tau dak?? Siap ada pages nih.. Ingat hang tu arrrtis ngat ka..?? Meluat!"
DRC abai kan je SMS ni sebab DRC malas nak layan orang jiwa mcm nih..
#padalah takde kredit.


Ok, DRC rasa orang macam ni DRC memang seharusnya mengambil peduli sebab dia menjadi pengkritik utama dalam pembinaan karier DRC..hahaha 
(ayat tak belah boleh?)

Thursday, November 24, 2011

Muhasabah ZONE | SMS LUCAH BUKAN ZINA!???

Assalammualaikum...
Kali ni DRC nak kongsi sesuatu bersama dengan bloggers...
Mungkin perkara ni biasa kita lakukan dan kita buat..
Tanpa kita sedari, ia adalah satu kesalahan!
Dan kadang-kadang niat kita tak terlintas untuk melakukan sesuatu itu..
Tapi apakan daya...
Gelora nafsu yang menjiwang ni kenapa ntah!! :P
huahuahu

DRC pernah utaran dan selatankan soalan pada Ustaz Azhar Idrus,
alaaa.... Ustaz Youtube yang cukup feemess tu..
DRC punya soalan macam kt bawah ni.. serta jawapan dari Ustaz.

 

Sunday, November 20, 2011

SELAMAT BERCUTI....!!!

Assalammualaikumm...
SELAMAT HARI AHAD!!!
Sorry semalam DRC tak kesempatan nak update blog dengan entry,
tapi DRC sempat la berblog walking..
InsyaAllah terus berblog walking...
so, jangan terkejut kalu DRC terjah belog korang toH..!

Semalam, DRC baru je habis exam,
my Final Exam for Diploma...
ceeeehhh..!
baru diploma...
ok what..?!
So, memang pulun study and make sure something i got to bring back home are perfectly!
hahahaa.. speaking kaoo!

Lepas je exam tu DRC conduct untuk dinner classmate.
Walaupun ada yang takdapat join,, takpelah..
Kami husnuzon dengan hangpa...
Memang best dan sangat terharu dinner tu..
Nanti DRC post gambar2 DRC melantak yaa..! :P

Malam ni, DRC akan pulang ke kampung (takdela kampung sangat)
yeeyyy! balik johor lagi..!!~
Ada sapa2 jeles tak..?? :P
Ok, balik ni ada kerja menimbun menanti...hahahaha

Apapun, DRC ucapkan selamat bercuti kepada warga sekolah,
tadika, sekolah rendah, menengah, kolej dll..
Suke la cikgu2 cuti lamaaa..

JOM MANFAATKAN CUTI..!!!
ingat pesan tok abah dan opah nih!~
(pengaruh budak kecik)

DRC psssst : Kan best kalau tok abah ni dijodohkan dengan opah... Dua-dua single.. Ok what??~!!
SELAMAT BERCUTI SEMUA... tp CTK, Ibahpanda, dan korang nak naik semester baru tuuu...
awat muncung mulut tu panjaaaang ngat...??!!hahahahahaaa

Friday, November 18, 2011

Suratan atau Kebetulan...kah..??

Assalammualaikummm..
Selamat Hari Jumaat..
dan yang paling penting,
SELAMAT HAMPIR MERDEKAAA!! :P
maklum la.. baru lepas exam 2nd last paper...
ke'excited' menyambut kemerdekaan penuh warna warni dan ceria...
Insya-Allah skor lebih dari 2 A..hehee.. aamin.. :)
kalu pointer tu x janji leh dekan...

Sedang berwalking pagi tadi sebelum masuk exam pukul 2.30ptg,
DRC terserempak dengan sesuatu...
macam ada keganjilan...
mungkinkah persamaan..?
suratan...?
atau
kebetulan....??
tak pasti lah.. tapi apa yang boleh DRC katakan adalah 
ia adalah satu keajaiban!!

Thursday, November 17, 2011

My 300th Followers | Special review.

300th, Alhamdulillah...

Assalammualaikum, semua...
Selamat hari kamis,,....
Ok, pada tengah malam tadi, DRC dah dapat kumpul koleksi followers yang ke300.!
Alhamdulillah...
Jom DRC nak perkenalkan followers yang ke 300 DRC ni..hehee

klik header dia dan terus ke blog dia..

Wednesday, November 9, 2011

Sehari Di Kebun Bersama Ayahanda.. =D

Assalammualaikum....
Kesian bloggers2 yang menanti kunjungan balas DRC... sory ramai2 ea sebab DRC agak pemalu sikit buat sementara waktu ni... well, da cakap Johor dah..hehehe..
ok eaa,,, DRC baru je tadi balik dari Kebun,,
fffuhhh.. 
Penat gila babeng.....
Maklumlah... da lama tak menguruskan badan nihHH..
(yang sememangnya kurus keding)
3 buah kebun hari ni DRC kerjekan dengan ayah sebab menggantikan sepupu DRC (erry) yang selaku pekerja tetap ayah..hehehee...
Apo nak buat kann.. dia pun nak cuti + bonus +elaun + dll.... ^_^
Mesti ramai teruja kan nak tengok DRC beraksi kat kebun kelapa sawit..?? :P
JoooMmm Terjaaahhh
Maaf yer kamera tidak cukup megapixel untuk menayangkan kecumelan DRC

Sunday, October 30, 2011

ESKLUSIF BONGKAR!!! Penipuan dalam Dunia Blog!!!

Assalammualaikum......
DENGAN ESKLUSIF DITAJA OLEH MINYAK SENYONYONG,
DRC nak bongkarkan kegiatan kurang bermoral sesomeone 
yang menipu dalam dunia blog...
Seperti yang dilaporkan oleh Hyz, sesomeone ini suka menipu dalam blogwalking..
Dan kesilapan someone ini adalah apabila dia cuba menipu DRC pulakk!!
Haaaaa... 
Hari ni DRC nak lancarkan serangan balass.. siap kooww!!

Tengok pic pertama bawah ni.....

Friday, October 28, 2011

Bloggers, DRC yang mana satu...????


Assalammualaikum semuaa....
Hari Jumaat ni DRC nak buat muhasabah diri seket... (banyak pun xpe kan..?)

DRC nak minta tolong dan bantuan semua bloggers ni...
Dalam kelima-lima karakter kat atas, DRC tergolong yang mana eak..??
Plz komen yerr.... 
MINTAK MERAYU NI... :)


DRC pssstt : Kalau ada yang nak komen, tapi x jumpa ruangan komen, ruangan komen ada kat sebaris dengan tarikh dan hari kat atas 'share' tu... Nampak kan..?haaaa.. komen la... plzz saangat2..... (merayu sambil memohon komen). Untuk muhasabah diri dari penilaian anda..

Tuesday, October 18, 2011

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...