pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label poolitik. Show all posts
Showing posts with label poolitik. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

Takziah Buat Keluarga Ustaz Azizan

ASSALAMMUALAIKUM

Al- Fatihah buat Almarhum YB Tan Sri Ustaz Azizan Razak
kerana telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi tadi
jam 11.15 pagi tadi. 

DRC amat terkesan dengan pemergian beliau. 
Takziah buat Wassim dan keluarga. Moga Wassim dan keluarga cekal dan tabah.

DRC yang dekat Shah Alam sekarang pun macam nak berlari ke Kedah untuk menziarah. Tiba-tiba tengah hari tadi kat Shah Alam hujan.. Dah lebih seminggu tak hujan waktu pagi, hujan pula. Seakan-akan mengetahui apa yang terjadi di sana. 

Sama-sama kita mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat.

AL FATIHAH.


Thursday, April 19, 2012

Isu Mansuh PTPTN - DRC Komen..

ASSALAMMUALAIKUM
Sihat ke semuanya??? waahh..! Tak sabar-sabar je nak hari sabtu ni, DRC akan balik rumah buat seleema-leemanya..hahaha.
Ok, kali ni entry yang agak serius dan isu semasa, dalam edisi khas..
ISU MANSUH PTPTN - DRC Komen...

Jom kita fahami dulu kronologi Isu Pemansuhan PTPTN ini..
Isu ini dibangkitkan apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim menjanjikan pemansuhan PTPTN sekiranya pakatan pembangkang menang dalam PRU akan datang. Dan pendidikan percuma akan diberikan.. Mengikut negara luar yang telah lakukan...
DRC melihat ini sangat bagus kerana mahasiswa yang tamat pengajian keluar je dari kampus, terikat dengan hutang yang ditanggung malah membebankan...

Isu Pendidikan Percuma
Kita sedia maklum kerajaan Malaysia telah memberi pendidikan percuma melalui sekolah kerajaan di peringkat rendah dan menengah. Pendidikan percuma ini adalah pendidikan asas yang mana ia merupakan wajib bagi setiap warganegara untuk bersekolah di peringkat rendah dan seterusnya menengah. Pendidikan percuma tidak diberika di peringkat institusi pengajian tinggi kerana pengajian tinggi merupakan pilihan kepada rakyat Malaysia samada untuk menyambung pengajian mereka atau tidak. Kita diberikan pilihan samada mahu terus bekerja selepas SPM, menganggur, atau sambung belajar. Jelas Pendidikan percuma diberikan oleh kerajaan.

Demo PTPTN Oleh Mahasiswa

DRC memberi semangat kepada mereka yang berjuang di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan PTPTN. Eh, jangan kata DRC ni lalang ye,. DRC hanya memberi pendapat. Baca sampai habiss... Mahasiswa yang berkhemah dan demo di Dataran Merdeka secara aman ini menyuarakan pandangan mereka dalam isu pemansuhan PTPTN. Hujah mereka, hutang PTPTN ini membebankan mahasiswa yang dibelenggu hutang sepanjang kehidupan. Juga, pendidikan percuma tidak membangkrapkan negara kerana yang melakukan sedemikian adalah berpunca daripada rasuah yang berluasa, politik wang yang semakin betebaran, dan korupsi. 

PTPTN - Riba, Interest, Ujrah
Sedia maklum kita tahu, PTPTN ada menetapkan 'interest' yg dikatakan ia bunga atau istilahnya adalah riba. Dan apabila riba, sinonim dengan agama kita adalah HARAM. Tetapi, baru-baru ini PTPTN memperkenalkan sistem 'ujrah' yang mana ia merupakan caj atau kos upah bagi operasi dan perkhidmatan PTPTN sebanyak 1% daripada jumlah pinjaman. 

Apa komen DRC
DRC melihat dari sudut pandangan pemansuhan ini... Objektif sesuatu misi perlu jelas dan terang.. Tak salah memberikan pendapat bahawa 'Mansuhkan PTPTN'. Tetapi kita perlu ada inisiatif atau method lain yang jelas bagi menggantikan pemansuhan tersebut. #EH! DRC Amek PTPTN Tau!
Macam ni, pemansuhan PTPTN jika diganti dengan pendidikan percuma, perlu jelas ke mana dan arah mana pendidikan percuma itu perlu di salurkan... Kita tahu, PTPTN sekarang ni tak selaras dari penghutang IPTA dan IPTS yang mana IPTS lebih banyak hutangnya daripada IPTA. Jadi, seharusnya jika PTPTN ini dihapuskan, adakah pendidikan percuma ini mampu memberi kesamarataan kepada seluruh mahasiswa IPTA dan IPTS? Ya! Jika pendidikan percuma diberikan, DRC yakin lepas ni akan ramai anak muda remaja akan berminat untuk sambung pengajian yang lebih tinggi malah akan lebih mensyukuri untuk cemerlang.. Tapi apakah jaminan yang boleh di klasifikasikan sebagai pendidikan percuma menjamin sesebuah pembangunan masyarakat? Pada DRC, dalam isu PTPTN ini kita perlu sediakan rangka yang lengkap dan jelas supaya rakyat dan pemimpin tahu kita ada idea yang lebih kreatif untuk menggantikan PTPTN dan sikap win-win (menang-menang) diamalkan... DRC lihat isu PTPTN adalah isu kebajikan mahasiswa dari pelusuk tanah air yang berbeza IPT. Apabila perbeza pentadbiran IPT, kita dapat tahu yuran yang dikenakan berlainan. Di kolej DRC sendiri terdapat masalah yuran.. Yang mana yurannya boleh naik serta merta dan tanpa pengetahuan pelajar sehingga duit PTPTN masuk pada setiap semester.. INILAH MASALAH UTAMA! Bukan isu PTPTN yang harus kita lihat sebagai main problem.. Masalah yuran pengajian yang tidak tetap dan selaras ini, mungkinkah pendidikan percuma dapat dilaksanakan..? Apakah nanti pihak pentadbiran kampus akan mengenakan caj-caj lain? Apakah pihak pentadbiran kampus nanti akan mengenakan yuran pengajian yang 'lari' daripada landasan kepada kerajaan jika pendidikan percuma dijalankan?
Persoalan ini perlu dijelaskan dalam rangka Pendidikan Percuma diperingkat pengajian tinggi...
Jika masalah yuran di dalam kampus ini tak boleh diatasi, DRC yakin pendidikan percuma mengalami masalah besar suatu hati nanti...
Harapan DRC, sesuatu perubahan yang baik akan dilakukan dengan adanya aktivis yang menyedarkan mereka yang terlalu lena dengan buaian dunia...
^_^) Y peace
DRC psssssssstttt : DRC pun pinjam PTPTN, habis je diploma ni, jenuh ada hutang... Nak beli rumah, kereta, sambung belajar... Oh, hutang......! Memang kalau nak ikutkan memang tak kawen la sebab nak bayar hutang........ Hummm... Apapun, kita cuba bayar dengan kejayaan yang berganda yeahh!  Hidup MAHASISWA...!! ALLAHU AKHBAR!! 

Wednesday, January 11, 2012

DRC Dah Daftar Pemilih, Anda???


Assalammualaikum...

Seperti yang tertera kat tajuk entry ni, DRC dah selamat mendaftar sebagai pemilihi  di negara Malaysia..! Yeeyy!!
Korang yang dah berumur 21 tahun tu bila lagi nak daftar??
Jangan tunggu lagi.....!!!
Cepat daftar sebagai tanggungjawab kita kepada negara tercinta...

DRC nak kongsi sedikit pengalaman mendaftar sebagai pemilih pada hari Isnin lepas.
Mula-mula DRC dah janji dengan kawan untuk daftar bersama-sama pada hari Ahad lepas, tapi kami janji pada pukul 5 petang sebab setahu DRC pejabat pos besar akan tutup jam 6 petang.. Tapi bila dah sampai ke pejabat pos, kaunter dah ditutup hanya kaunter pos, setem dan poslaju je yang bukak... perasaaann terusssss kecewaaaaaa :(

Tapi perasaan tu DRC cuba ubati dengan pergi sendirian ke pejabat pos pada hari keesokkannya (isnin), dan alhamdulillah, DRC curik keluar waktu rehat ke sana...
Sampai je pejabat pos, DRC pergi lah kat kaunter nak amek nombor... Kan kat kaunter tu ada polis bantuan jaga.. Polis tu tanya kat DRC, "Nak apa,dik?"
"Saya nak daftar pemilih"
"Untuk siapa?"
"Untuk saya."
(dalam hati DRC kata, awat?! muka aku muda lagi ka??)
"Ok, amek nombor tunggu bila di panggil bawak IC.ok,"kata pak polis tu..

DRC tunggu dengan kesabaran untuk dapatkan kaunter yang DRC gemar iaitu kaunter 9 kat Pejabat Pos Besar Alor Star.
Akhirnya, DRC dapat jugak kaunter 9..hehehe.. :P
Abang kaunter tu tanya, "Nak apa, dik?"
"Nak daftar pemilih..."
"Bagi IC ye"
DRC pun bagi je la IC DRC yg comel...
Dah siap abang kaunter tu key-in, dia minta nombor telefon utk key-in dalam data..
"Dik, bagi nombor telefon"
(Dalam hati DRC, sibuk je nak nombor aku)
"Nombor telefon saya sama dengan hari jadi saya, abang.. Cuba abang teka,"kata DRC.
Abang tu dah pening dengan kerenah DRC.hahhaa...
Padaan muka dia...
Laast2 abang tu memang tak dapat jumpa...hahaha..kesian dia..
DRC bagi la nombor telefon DRC dengan betul..hahaha
Dah sign dan amek balik IC tu, abang tu tanya kat DRC..
"Alamat rumah tu memang takde nombor ke?"
DRC jawab, "Ada, nombor rumah saya sama dengan bufday saya... :P"
Kesiaan abang tu kene dengan DRC.. menyirap je..

So, bila dah balik asrama (tempat DRC praktikal) DRC jerit YEEEAAHH!!! Dah boleh mengundi lepas ni....hehehe... 
Kalaupun PRU terdekat ni DRC tak dapat, tapi sekurang-kurangnya DRC dah laksanakan step pertama dalam membentuk sebuah negara kita... 
jadi, sudahkah anda mendaftar????

DRC pssssssttt : Kesian kat abang kaunter tu.. hhaha.. anyway, padan muka dia sebab dia buat stail sangat kat gelanggang futsal..hahaha.. :P untuk praktikal, sekolah dah mulakan sesinya.. DRC pula kene buat kerja2 bahagian HEA bila dah start P&P ni.. Barulah tau betapa susahnya nak susun jadual mengajar..heeeeeeee... tapi inilah namanya proses pembelajaran,kan? Tadi baru je habis mengajar subjek sejarah tingkatan 5 sebab ganti guru tak cukup... adeeyyhhh... S E J A R A H ????

Wednesday, September 14, 2011

Alaahaii cukai 6%~~



Dr. Rais Yatim (tengah) bermesyuarat dengan pengerusi syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia mengenai caj cukai sebanyak 6 peratus ke atas pengguna prabayar di Wisma Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam. - bernama


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.
"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.
Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee.
Menurut Rais, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kajian sama ada cukai tersebut akan dikenakan terhadap pengguna yang membeli pek permulaan talian prabayar atau mengenakannya setiap kali pengguna membuat tambah nilai kredit.
"Saya rasa lega apabila mereka bersetuju menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti waktu terbaik bagi melaksanakan cukai perkhidmatan tersebut," katanya.
Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat komunikasi terlibat yang turut sama akan membincangkan kadar yang sepatutnya dikenakan.
"Jadi, isu-isu yang berbangkit ini akan saya bawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri kelak untuk menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan data dan fakta yang lengkap," katanya.
Rais berkata, beliau juga akan menyarankan kepada kerajaan untuk memberi penghargaan di atas sumbangan dan peranan yang dibuat syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut terhadap cukai perkhidmatan selama ini.
"Jumlah yang disumbang syarikat-syarikat itu terhadap cukai perkhidmatan amat besar dan boleh saya anggarkan jumlahnya bernilai hampir RM6 bilion bermula dari 1998 sehingga kini kepada hampir 26 juta pengguna talian prabayar di negara ini," katanya.
Justeru itu, Rais berharap isu cukai perkhidmatan tersebut tidak lagi dibangkitkan kerana syarikat telekomunikasi terbabit sudah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan caj tersebut

^^ from UtusanOnline ^^

DRC psssttt :: kalau tangguh tu maknanya akan ada jugak la kan... kalu MANSUH terus kan baguss.... 'tangguh' tu akan ada 2 kemungkinan iaitu:
1) cukai 6% akan dijalankan jugak...
2) cukai 6% akan dijalankan jugak dengan pertambahan 10% iaitu 16 % cukai kepada TUAN MALAYSIA...boleh..???
hahahhaaa.... >.<

Sunday, September 11, 2011

Arrggghhhh!!! Cukai 6% - Mana Muhasabahnya?


Assalammualaikum semua... Sihat dan bertambah ceria nampakk!!...
mesti ramai yang terkejut dengan SMS yang diterima oleh anda dari yarikat Telco yang anda guna, kan? cukai 6% peerkidmatan dinaikkan untuk menampung berbelanjaan kos negara lantaran perbelanjaan barangan dikira sebagai cukai kerajaan.. Katanya ingin mengubah cara hidup rakyat dalam perhubungan... alaaaahaiiii... alamatnya nanti DRC hanya akan hantar SMS kepada kawan2 atau keluarga dengan menggunakan Facebook, Blog, Twitter ataupun..................................

SURAT!!!???
   Sejujurnya dah lama DRC tak kirim kan surat.. paling last DRC post surat masa bulan 4 for somebody lepas tu dah takda dah... tapi last DRC post tu pun dah naik da kadar caj surat... alaaahaaiiii...... sekarang ni da tak laku dah setem 30sen walaupun nak hantar surat yang ringan dalam daerah yang sama!!! pikirlaaahhhh... macam mana lah pulak yang dok Sabah/Sarawak untuk berhubungan.. KALAU CAJ 6% CUKAI ITU TERLAKSANA!!!?????

Apalah yang menjadikan rakyat didahulukan jika cukai yang membebankan rakyat ni untuk memudahkan kerajaan...hummmm...
Takkan nak tunggu gelombang KUASA RAKYAT baru nak sedar..............?
 

Monday, November 29, 2010

antara nyata atau sembunyi.

Assalammualaikum...... salam ceria..... >.<










apa yang nyata???

baru-baru ni kita dikejutkan dgn krisis sebuah parti yang boleh dikatakan baru lagi di tnah air kita. apabila krisis ini digembar gemburkan oleh media, dan liputan yang meluas amat hebat sekali tanpa ada rasa simpati atau belas kasihan sama sekali tidak. malah, menghentam itu lebih ramai dari yang menyokong untuk melakukan penambah baikkan. apa yang nyata?? masa aku sedang syok tengok tv... ada sebuah rancangan ttg soalan-soalan dan jawapan-jawapan ttg dunia politik... ada ahli parlimen yang menyatakan sebegini "itulah pembohongan dan penipuan yang nyata yang dilakukan oleh parti ini".. aku setuju dengannya... aku suka perkataan NYATA yg dia guna... tapi... apa pula kalau perkataan ini digunakan "SEMBUNYI".... cuba kita tukar perkataan NYATA itu dengan SEMBUNYI,,  "itulah pembohongan dan penipuan yang disembunyikan yang dilakukan oleh parti ini"..

apa yang anda rasa???

manakah yang terbaik bagi anda sama ada NYATA atau SEMBUNYI.?
satu analogi aku bagi,,,

Ahmad (bukan nama sebenar) membencikan seseorang yang bernama Hashin (bukan nama sebenar). Ahamad menyatakan kepada Hashin bahawa dia tidak menyukai Hashin malah membencinya. Hashin pula tidak menggelabah bahkan bertanya kepada Ahamad mengapa dia membenci Hashin. Ahmad pun memberitahu bahawa Hashin selalu mengguna sikat rambutnya hingga tidak meletakkannya di tempat asal. Hashin sedar akan kesilapannya itu. dia berterima kasih kepada Ahmad kerana meNYATAkan perasaan bencinya kepada Hashin... pada Hashin, Ahmad sudah berlaku jujur dengannya...

jadi, anda boleh memahami NYATA itu adalah JUJUR... percaya atau tidak??

satu lagi analogi aku bagi,,

Siti (bukan nama sebenar) menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian di IPT. namun dia tidak mahu menyusahakn orang tuanya kerana pendapatan mereka memadai untuk kehidupan mereka kini.. sehinggalah sampai satu tahap Siti menerima tawaran untuk ke universiti tmpatan.dia menyimpan surat tersebut tanpa memberitahu kepada orang tuanya. hinggalah tempoh tawaran itu tamat... dia masih memendam hasrat nya.. pada suatu hari, rumahnya dikunjungi oleh pegawai yang datang untuk mmberitahu bahawa siti diterima untuk mendapatkan biasiswa untuk menyambung pelajarannya. akan tetapi siti memberitahu bahawa dia sudah buang surat tawaran ke universiti apatah lagi tempoh tawarannya sudah tamat.. akhirnya tawaran biasiswa itu ditarik balik kerana sikap siti yang menyimpan rahsia dan menyembunyikan segala perihal tentang masa depannya kepada orang tuanya...

jadi, anda boleh memahami SEMBUNYI itu adalah TIDAK JUJUR... tidak percaya???

tak perlu rasanya memberi analogi lagi kerana anda sume sudah memahami apa yang tersirat.. jika sebuah parti itu menunjukkan krisis dan kecelaruan dalam pimpinan mereka itu adalah kerana mereka jujur dan tidak hipokrit..! dan jika ia masih baru kita tidak seharusnya untuk terus jatuhkan mereka.. malah memberi masa dan peluang lagi untuk penambah baikkan...

fikir-fikirkanlah kerana akal itu dikurniakan oleh Dia yang Maha Esa.

"Krisis PKR hanya kocakan kecil" – Mahfuz

PARLIMEN KUALA LUMPUR:  Kemelut yang sedang berlaku dalam PKR hanyalah sebuah kocakan kecil yang sama sekali tidak menjejaskan Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihanraya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Kocakan kecil, mana-mana parti akan berlaku. Pergolakan ini dilakukan oleh orang yang sama, bukan membabitkan pergolakan yang besar.
"Ini krisis kumpulan yang kecil, bukan krisis kepercayaan rakyat kepada PKR dan Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan yang bertanya adakah krisis dalaman PKR akan menjejaskan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Mahfuz yang juga Ahli Palimen Pokok Sena berkata, PAS menghadapi krisis sama ketika parti itu menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada tahun 1990.
Ketika itu, katanya, ramai ulama’-ulama’ besar PAS Kelantan membantah keputusan PAS bergabung dengan APU ciptaan Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu.
"Pimpinan dan ahli PAS keluar parti dan menubuhkan parti Islah dan media melapurkannya secara besar-besaran.
Tetapi keputusan pilihan raya umum 1990, BN tidak pernah menang satu kerusi pun di 
negeri Kelantan," katanya.
Mahfuz berkata, krisis dalaman PKR ini akan berakhir apabila kongres parti itu di Petaling Jaya berakhir Ahad ini.

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...