pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label koleksi gambar. Show all posts
Showing posts with label koleksi gambar. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Corporate Comm Camp (CCC) Bach. Comunication Media

ASSALAMMUALAIKUM

Rindu sangat kat blog Interpretasi DRC nih!! Arghh!
Kalaulah blog ni benda yg hidup memang dah peluk kuat-kuat mintak maaf sebab dah lama tak melakarkan kasih atas badan blog ni..

DRC sibuk. Bukanlah sesibuk mana. Sebenarnya ada je masa nak tulis kat blog ni. Cuma entah kenapa pun tak tahu. Rata-rata blogger lama yg macam DRC, HencikHaikal, CTK IbahPanda mungkin lama menyepi sebab wajah baru blogger. Seriusly, DRC sangat rindukan dashboard yang dulu. Rindukan posting yang dulu. Rindu nak setting blog yang lama.!!! Kenapalah dia bertukar. Kalau menyenangkan takpe.. Tapi.. Hmm.. Tak macam friendly langsung bg blogger nak update blog. betul tak??

Baru-baru ni DRC menjadi sebuah peserta kem anjuran fakulti iaitu Corporate Comm Camp yang bertempat di Hotel Impian Morib, Morib. Best! itulah ungkapan yang dapat DRC gambarkan. Yelah siapa yang kata tak best tidur kat Hotel tempat Cuti-cuti Cinta shooting kan? 

Kem selama 2 hari 1 malam itu mempunyai agenda yang tersendiri. Pengisian yang menarik dengan speaker yang sangat WOW! 


Terdiri daripada Datuk Aznil Hj Nawawi, Bon Zainal dan dua orang lagi speaker yang osem!

Sebagai pelajar komunikasi koprat kami diwajibkan untuk menyertai kem ini. Pada awalnya DRC memang malas nak berkem-kem lagi pulak nak kena bayar RM150. Fuhhh! Manalah nak cekau duit banyak-banyak. Tetapi DRC bincang dgn ayah dan akak, diorg support duit untuk ke kem ini. Jadi, DRC pun daftarlah...

Thursday, August 29, 2013

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU UNISEL


Assalammualaikum...

DRC mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru Unisel ambilan Ogos 2013.
DRC sebenarnya terlibat secara langsung sepanjang minggu orientasi iaitu MTS (Minggu Tekad Siswa) sebab tu sibuk sikit nak berblogging dan update blog..

IsyaAllah lepas ni DRC akan update gambar-gambar sepanjang MTS Ogos... dan banyak story yang DRC nak share kepada anda.. 

Tunggu yeee entry seterusnya...........
^_^

DRC pssssttt : Sekarang ni dah masuk semester baru... Kena ada azam dan semangat yang baru.. Terima kasih atas nasihat itu, AAA!!! :D

Tuesday, July 2, 2013

Kem Kepimpinan dan Team Building HEP Unisel 2013

ASSALAMMUALAIKUM

Hallo Julai...! Ahlan wa sahlan Ramadhan.. Miss you!
insyaAllah beberapa hari lagi nak sambut Ramadhan, kita sambut dgn sederhana tapi meriah dgn amal ibadah yee..
Ok, dua minggu lepas DRC berkesempatan untuk dipaksa menyertai satu kem Kepimpinan dan Team Building anjuran MPP Unisel serta HEP Unisel Shah Alam. Kem yang menggabungkan persatuan dan kelab serta MPP Unisel Shah Alam.
DRC dipaksa oleh fakulti untuk menyertai atas tiket Kelab Komunikasi Media atau dikenali sebagai Communication Media Club (CMC)
Tak apalah, sebab DRC plan minggu tu nak balik kampung, sebab dahh plan dengan ramai orang nak balik tu. Namun apakan daya, perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita, DRC merelakan dan meredokan diri untuk pergi.

Alhamdulillah, DRC sendiri dah lama tak jadi peserta kem, jadi DRC merendahkan diri dan meletakkan diri sebagai paling bawah untuk dalam kem ini. kerana dalam kem itu semuanya hebat-hebat belaka. Terdiri daripada barisan Exco dan MT MPP, Presiden kelab dan persatuan. semua hebattt belaka. DRC yang kecil i pun tenggelam.

Sampai di Excel Training and Camp ni, trainner dari ASL Resources and Training tanya, siapa yang dipaksa untuk datang. DRC pun angkat tangan dengan jujur. Yeyyy..
Dan sepanjang permulaan program, DRC memang menjalankan watak sebagai orang yang dipaksa. Muka memang kelat gile. Tak banyak cakap. Kesorangan dan menyendiri. 
Itu watak yang sengaja DRC cipta dan bentuk. Nak tau kenapa? tungguuu..

Monday, April 22, 2013

Ekspidisi Pendakian Bukit Apek, Cheras

ASSALAMMUALAIKUM

Hello! Semua kawan-kawan DRC diharapkan sihat dan ceria..!
Selalu DRC ingatkan diri DRC supaya setiap hari adalah azam yang baru..
Misi yang baru untuk diselesaikan...
Iltizam yang baru untuk dibangunkan..
Harap-harap kawan-kawan DRC pun begitu juga, yee...

Ok, baru-baru ini, pada hari Sabtu lepas, DRC berkesempatan untuk menyertai satu misi iaitu Ekspidisi Pendakian Bukit Apek di Cheras anjuran Persatuan Pembangunan Insan UNISEL Shah Alam. Aktiviti yang mencabar... hehehe.. Yelah, sekian lama DRC menyimpan peluh-peluh yang ada.. Haahhahaha.. Sebenarnya bukan peluh, tapi lemak tepu..... :p

Ekspidisi ini disertai lebih kurang 20 orang ahli persatuan dan juga bukan ahli persatuan..
Lima orang lelaki hebat dan kacak,
dan yang selebihnya wanita anggun dan bergaya.. hehehe

Seawal jam 6.30 pagi kami dah bersiap.. Dan menanti kehadiaran bas pada jam 9 pagi..
Jom ikuti pengembaraan DRC dan kawan-kawan di Bukit Apek, Cheras.!

Wanita-wanita hebat, anggun....???






"Ceeeeeerrriaaa" sangat.. :|

Agak-agak berapa darjah ketinggian bukit ni??









Ada teduhan untuk para pendaki yg disediakan..



Bekalan DRC naik atas bukit... Hooyehh!

SAVE NATURE!! 

Erkkk...??? heheh

Kekuatan fizikal diperlukan..


Akhirnya, dua jam pendakian tiba di air terjun yg indah ini..
Subhanallah.. 



Kalau ada foot massage kan best... :p








Cantikkan paku pakis ni..



Dah sampaiiii! baaalikkk.. 


OK, gambar-gambar kat atas tu koleksi DRC, yang bawah ni kredit untuk Shasliza..




Semangat kan sebelum pergi? :P






~Solatlah walau dimana anda berada..











Bersama sebuah team dari UMW Sek.15 Shah Alam




Pengalaman yang bermakna buat DRC... Sekian kali DRC hanya berdiam diri dalam kampus, akhirnya DRC keluar dari kepompong untuk mencari pengalaman baru..
Tiba-tiba teringat pula masa di Kedah, naik bukit macam-macam bukit... Sampai dah lupa nama bukit... hahaha.. Apapun, team ini terrrrrrrrbaaaikk...
Terima kasih kepada team UMW yang bagi makanan untuk kami...
Moga murah rezeki kalian semua... :)

For your information, Bukit Apek ni banyak nama sebenarnya,.
Ada orang panggil bukit Apek sebab ramai apek-apek yang naik bukit ni..
Ada orang panggil bukit Cina sebab yang naik bukit ni ramai orang berbangsa Cina..
Tapi dalam google map hanya ada Bukit Segar Perdana sahaja..

DRC psssttt : Awalnya DRC tak bersemangat sebab muslimin kurang..... Tapi alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai badan peluh masam, kan?? hehehee.. :)

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...