terdetik dalam hati....
diakah itu?
yang sering dihubunginya
yang sering membuat dia leka
yang sering membuat dia lupa
perasaan mula menguasai
emosi mula mengawasi
dendam mula melintasi
ah! kenapa aku begini?
cemburu tanpa kenal siapa aku
lupa apa kelemahanku
alpa kehebatannya
hentikan cemburu itu
kerana ia akan menambah segala kekusutan
bertambah sesak dalam dada
merunsingkan jiwa
hentikan cemburu itu
sebaiknya kau harus perbaiki diri
jangan sampai cemburu menguasai
kelak merana diri
No comments:
Post a Comment