pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Sunday, December 12, 2010

MUHASABAH ZONE : apa hukum menonton wayang???

 Assalammualaikum... morning everybody........!!!
kali ni post awal-awal pagi sebab da lama sangaat membeku dalam benak. 
hari tu, ada someone tye pada somebody ttg hukum menonton wayang. al-maklum lah... punggung dia pernah msuk panggung wayang..hahaha.. ayat....! tak salah kan dia, dan tak kata siapa betul n siapa salah. kalau bicara tentang hukum ataupun memerli atau nak jatuhkan seseorang itu, jangan tanya hukum keatasnya. insan yang biasa tak salah kalau melakukan kesilapan akan tetapi jangan terlalu prejudis! pasal panggung wayang, pada aku, ia bukanlah tempat yang haram.! biasalah....... orang sekeliling aku ni sumenya agama 'tip-top'. orang kata memang A lah dalam bab ni... apa pun, tahniahlah pada diorang ni kan..... tapi kene ingat tak selamanya kita sentiasa ada di tahap itu jika kita tak ingat siapa kita sebenarnya.. ukur badan sikit cik oii....
adoii.. da melalut da pulak... ok.. kat bawah ni, aku try dapatkan fakta tentang hukum menonton wayang...


Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :





“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.
Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”
Syarat-syaratnya :-
1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.
2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.
3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.
Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

So..... ingatlah ye kepada alim-alimah sekalian,,, masuk panggung tu jangan dok pikiq negatif... terpulang kepada anda nak buat apa dalam panggung tu.... tengok gambar bawah ni....!
 

JADI,,, RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERMUHASABAH!!...


                          

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...