ASSALAMMUALAIKUM
Rindu sangat kat blog Interpretasi DRC nih!! Arghh!
Kalaulah blog ni benda yg hidup memang dah peluk kuat-kuat mintak maaf sebab dah lama tak melakarkan kasih atas badan blog ni..
DRC sibuk. Bukanlah sesibuk mana. Sebenarnya ada je masa nak tulis kat blog ni. Cuma entah kenapa pun tak tahu. Rata-rata blogger lama yg macam DRC, HencikHaikal, CTK IbahPanda mungkin lama menyepi sebab wajah baru blogger. Seriusly, DRC sangat rindukan dashboard yang dulu. Rindukan posting yang dulu. Rindu nak setting blog yang lama.!!! Kenapalah dia bertukar. Kalau menyenangkan takpe.. Tapi.. Hmm.. Tak macam friendly langsung bg blogger nak update blog. betul tak??
Baru-baru ni DRC menjadi sebuah peserta kem anjuran fakulti iaitu Corporate Comm Camp yang bertempat di Hotel Impian Morib, Morib. Best! itulah ungkapan yang dapat DRC gambarkan. Yelah siapa yang kata tak best tidur kat Hotel tempat Cuti-cuti Cinta shooting kan?
Kem selama 2 hari 1 malam itu mempunyai agenda yang tersendiri. Pengisian yang menarik dengan speaker yang sangat WOW!
Terdiri daripada Datuk Aznil Hj Nawawi, Bon Zainal dan dua orang lagi speaker yang osem!
Sebagai pelajar komunikasi koprat kami diwajibkan untuk menyertai kem ini. Pada awalnya DRC memang malas nak berkem-kem lagi pulak nak kena bayar RM150. Fuhhh! Manalah nak cekau duit banyak-banyak. Tetapi DRC bincang dgn ayah dan akak, diorg support duit untuk ke kem ini. Jadi, DRC pun daftarlah...