pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Wednesday, September 11, 2013

Minggu Tekad Siswa Ogos | Pertama dan Mungkin Terakhir?

ASSALAMMUALAIKUM

 Lama dah kan DRC tak update blog. Viewers pun dah semakin kurang, jadi DRC kena tambahkan azam untuk berblog walking dgn lebih banyak lagi lepas ni.. insyaAllah..
Jadi tunggu kemunculan DRC di blog anda..!
 
Tapi sadis jugak blog-blog yg DRC dah komen tu tak balas komen kat entry DRC..
Sedihhh makkk nakk.. :(

Apapun, seperti yang DRC janji DRC ada story nak moli kat semua pembaca berkaitan Minggu orientasi iaitu Minggu Tekad Siswa (MTS) pelajar baru untuk sesi Ogos 2013.

DRC secara langsung terlibat dalam minggu orientasi tersebut...
Wahh.. Buat pertama kalinya...
mungkin kali terakhirnya.... hihii

Permulaan MTS ini dimulakan dengan sesi temuduga fasilitator2 yang baru dan lama oleh pegawai HEP. Dan ramai yang telah ditemuduga dan alhamdulillah DRC salah seorang yg terpilih dalam ramai-ramai calon fasi ketika itu..

"Kenapa kamu nak sertai MTS kali ni?" Tanya si penemu duga.
"Saya rangkumkan objektif saya kepada TIGA perkara. Pertama, saya nak kan pengalaman, kedua saya mahu lihat gerak kerja dan ketiga saya ingin mendapat kawan."jawab DRC
"Kawan? Maksud kamu.?"Tanya si penemu duga. 
"Kawan maksudnya perkenalan antara fasi-fasi untuk bekerjasama. Ukhwah yg dibina mungkin takkan hanya di tahap bekerja dalam organisasi mungkin juga kawan untuk kita membimbing sesama kita hingga ke syurga."jawab DRC.
Padahal, DRC nak je cakap yang DRC tak ramai kawan kat Unisel ni lagi... Yela,, kalau nak dikira DRC ni pendiam dalam kampus (pendiam sangat). So, kawan-kawan tak ada. ada kawan sekuliah tapi diorang semua tinggal kat rumah masing-masing. Nak ajak malam kalau lapar, tak ada kawan.. Sebab tu DRC nak masuk dalam MTS kali ni sebenarnya.

DRC dapat meluangkan masa seminggu lebih je di rumah sempana hari raya. 2 hari sebelum raya baru balik kampung, dan seminggu raya dah balik shah alam. Lepas tu terus ada induksi untuk MTS.Apapun pengorbanan itu dibalas dengan pengalaman yang DRC inginkan!


Bermulanya induksi, banyak modul dan LDK yang menarik dan memang DRC belum pernah alami sebelum ini. Sesuatu yang baru untuk DRC khususnya. Peluang itu DRC ambil untuk mempelajari banyak cara.


Paling DRC tak boleh lupa adalah pengalaman bilamana modul nak menyelamatkan telur ayam yang di-pass dari kawan sebelah menyebelah menggunakan paip. Fuuhh..! Memang DRC terketar-ketar.. Nak menangis pun ada. Bukan DRC tak berani nak buat. Sebab DRC takut kalau telur tu pecah, dan anak ayam yang ada dalam telur tu sepatutnya boleh di masak atau dibiarkan hidup, pecah mesti kita rasa macam kita telah membunuh sesuatu, kan?

Selain telur ayam, DRC tak boleh lupa bilamana nite walk dalam hutan yang gelap gelita. Masa tu DRC tengah sakit pinggang. Apatah pula nak kena masuk dalam hutan waktu tengah malam. Biasanya kita akan nite walk dengan tutup mata. tapi kali ni nite walk kami tak diberi tutup mata malah kami diminta untuk berjalan dalam hutan tanpa sebarang bantuan alat komunikasi atau pencahayaan. Kami diberi arahan untuk berjalan dalam hutan mengikut lampu kelip-kelip merah yang akan membawa kami ke satu destinasi. Ok, benda tu memang fear buat DRC yang rabun malam ni.. DRC ingatkan berjalan ramai-ramai, rupanya ia akan dilepaskan seorang-sorang. HOOOOO!! DRC rabun malam dan memang suka gelap kalau nak tidor jee... hmmm..
Tapi DRC anggap itu sebagai cabaran untuk diri DRC. 
 "Aik? Takkan trainer yang dah biasa dengan kem pun takut..?"perli seorang kawan.
DRC bukan trainer la. DRC masih lagi fasilitator. Walaupun DRC pernah mengikuti banyak kem tapi tak bermaksud DRC tidak ada kekurangan dalam ketakutan tau..
Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan DRC syukur sangat DRC berjaya melepasi fear tu dengan jayanya.. :D wallaaaa~

So, nak tahu perkembangan selanjutnya tentang MTS, nantikan episod ke dua ye..

DRC psssttt : Semakin banyak kelas dan semakin banyak tugasan nak kena buat. DRC kena struggle semester ini. Doakan DRC. Chaiyyookk!!! :D

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...