ASSALAMMUALAIKUM
Hampir separuh bulan kita telah berpuasa, alhamdulillah..
Jadi, dah banyar zakat fitrah?
Dah sedekah?
Dah buat amal jariah?
Di sini, DRC mengajak kita bersama-sama untuk menginfak sedikit harta kita dengan menaja anak yatim untuk menyertai program.!
Firman Allah s.w.t, mafhumnya :
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(Al Baqarah : 274 )
Ok, DRC brief sedikit tentang program ini :
Program Amal bersama Anak Yatim KEM RAMADHAN IN MY HEART.
(Bengkel Ramadhan, Iftar & Terawikh)
100 anak yatim memerlukan tajaan individu / korporat.
Tarikh program : 3 & 4 Ogos 2013
Lokasi : Kem Lubuk Manggis, Hulu Langat
OBJEKTIF KEM
Pengertian Ibadah puasa
Memperbaiki kerohanian para peserta agar lebih menghayati ibadah puasa
Sesi bertarawikh dan qiamullail
Penghayatan ‘Rahsia Malam Lailatul Qadar”
Mengeratkan silaturrahim di antara peserta
Sumbangan/tajaan boleh dibuat di akaun
Maybank Telaga Biru Training & Consultancy 5627 9550 3864.
Sila maklumkan tentang sumbangan/tajaan anda ke
admin@telagabirutraining.com
untuk memudahkan pengurusan duit tajaan
Hubungi Telaga Biru Training & Consultancy
1300 88 1880 ext 213 atau 010 241 9090 (En Shahrul)
Ha... Jadi, inilah peluang kita untuk merebut pahala yang berganda.!
Ia seperti kita memberi dana pendidikan kepada orang lain untuk menimba ilmu..
Bayangkan ia seumpama perniaangan berantai!
Dalam bahasa mudah, MLM Pahala..
Nak tahu kenapa DRC kata MLM Pahala.. Meh tengok sini :
Ini anda---> Wang Anda --->Saluran (TBTC)---> Anak Yatim --> Program
----> Anak Yatim Dapat Ilmu ----> Ilmu Diamalkan ---> Anda Dapat Pahala
---> Ilmu Terus Diamalkan ---> Mungkin Anda Meninggal --> Anak Yatim Masih Amalkan Ilmu
---> Anda Dapat Saham Di Akhirat
(INSYA ALLAH)
Inilah rantaian pahala jika kita bersedekah, berjariah untuk orang lain yang ingin menuntut ilmu apatah lagi anak yatim. Masya Allah.. besar nikmat dan rahmatNya..
Firman Allah swt, mafhumnya :
Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.”
( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )
DRC pssstt : Jom lah kita infakkan sedikit harta kita dibulan Ramadhan ini. Walaupun ia sekecil dan harganya kecil, mungkin ia besar di sisi Allah SWT.. Mana tahu?? :)
No comments:
Post a Comment