Assalammualaikum...... salam ceria..... >.<
apa yang nyata???
baru-baru ni kita dikejutkan dgn krisis sebuah parti yang boleh dikatakan baru lagi di tnah air kita. apabila krisis ini digembar gemburkan oleh media, dan liputan yang meluas amat hebat sekali tanpa ada rasa simpati atau belas kasihan sama sekali tidak. malah, menghentam itu lebih ramai dari yang menyokong untuk melakukan penambah baikkan. apa yang nyata?? masa aku sedang syok tengok tv... ada sebuah rancangan ttg soalan-soalan dan jawapan-jawapan ttg dunia politik... ada ahli parlimen yang menyatakan sebegini "itulah pembohongan dan penipuan yang nyata yang dilakukan oleh parti ini".. aku setuju dengannya... aku suka perkataan NYATA yg dia guna... tapi... apa pula kalau perkataan ini digunakan "SEMBUNYI".... cuba kita tukar perkataan NYATA itu dengan SEMBUNYI,, "itulah pembohongan dan penipuan yang disembunyikan yang dilakukan oleh parti ini"..
apa yang anda rasa???
manakah yang terbaik bagi anda sama ada NYATA atau SEMBUNYI.?
satu analogi aku bagi,,,
Ahmad (bukan nama sebenar) membencikan seseorang yang bernama Hashin (bukan nama sebenar). Ahamad menyatakan kepada Hashin bahawa dia tidak menyukai Hashin malah membencinya. Hashin pula tidak menggelabah bahkan bertanya kepada Ahamad mengapa dia membenci Hashin. Ahmad pun memberitahu bahawa Hashin selalu mengguna sikat rambutnya hingga tidak meletakkannya di tempat asal. Hashin sedar akan kesilapannya itu. dia berterima kasih kepada Ahmad kerana meNYATAkan perasaan bencinya kepada Hashin... pada Hashin, Ahmad sudah berlaku jujur dengannya...
jadi, anda boleh memahami NYATA itu adalah JUJUR... percaya atau tidak??
satu lagi analogi aku bagi,,
Siti (bukan nama sebenar) menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian di IPT. namun dia tidak mahu menyusahakn orang tuanya kerana pendapatan mereka memadai untuk kehidupan mereka kini.. sehinggalah sampai satu tahap Siti menerima tawaran untuk ke universiti tmpatan.dia menyimpan surat tersebut tanpa memberitahu kepada orang tuanya. hinggalah tempoh tawaran itu tamat... dia masih memendam hasrat nya.. pada suatu hari, rumahnya dikunjungi oleh pegawai yang datang untuk mmberitahu bahawa siti diterima untuk mendapatkan biasiswa untuk menyambung pelajarannya. akan tetapi siti memberitahu bahawa dia sudah buang surat tawaran ke universiti apatah lagi tempoh tawarannya sudah tamat.. akhirnya tawaran biasiswa itu ditarik balik kerana sikap siti yang menyimpan rahsia dan menyembunyikan segala perihal tentang masa depannya kepada orang tuanya...
jadi, anda boleh memahami SEMBUNYI itu adalah TIDAK JUJUR... tidak percaya???
tak perlu rasanya memberi analogi lagi kerana anda sume sudah memahami apa yang tersirat.. jika sebuah parti itu menunjukkan krisis dan kecelaruan dalam pimpinan mereka itu adalah kerana mereka jujur dan tidak hipokrit..! dan jika ia masih baru kita tidak seharusnya untuk terus jatuhkan mereka.. malah memberi masa dan peluang lagi untuk penambah baikkan...
fikir-fikirkanlah kerana akal itu dikurniakan oleh Dia yang Maha Esa.
2 comments:
tapi secara peribadi saya memang tak sokong PKR. Saya sokong PAS atau UMNO, salah satu antara dua.
Lagipun kan, ini pandangan saya la.. daripada yang saya nampak.. krisis PKR ni macam analogi saudara yang kedua..
sembunyi kemudian pecah tembelang..
saya pun tak kata saya sokong siapa menangkan siapa atau menghentam sesiapa.... yg penting kita perbaiki mana yang harus dibaiki... tambahkan mana yang kurang, kekalkan yang sedia ada dan kurangkan mana yang tak diperlukan......
Post a Comment