pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Monday, December 6, 2010

Cerpen : Aku Kan Cleaner l

"Ya Allah... teruknya... bersepah rumah. takkan tak ada siapa nampak sampah kat sini?"keluh hati Esah.
Esah yang baharu pulang dari kerja menggelengkan kepalanya apabila sampah bertimbun di singki dapur rumah sewanya. sukar untuk Esah meluahkan rasa hatinya kerana antara enam orang penyewa rumah, dialah yang paling muda. masakan si muda mahu menegur si tua yang dalam rumah sewanya itu. apatah lagi menyoal perihal kebersihan.

Malam itu Esah membersihkan dapur sebelum melelapkan mata. Esah bukanlah jenis yang suka menyusahkan orang lain atau pun mengambil kesempatan atas kebaikan seseorang. tetapi Esah seorang yang pembersih. malah dia tidak suka pada kawasan yang busuk dan kotor. Esah percaya semua orang suka akan kebersihan akan tetapi sekadar 'suka' sahaja tiada makna jika pelakuan tidak seperti pembersih.

setelah siap membersihkan dapur. Esah pergi ke biliknya. lebih menakutkan apabila biliknya bersepah juga. rakan sebiliknya, Fatimah kerja shif malam. bantal di atas lantai, baju tergantung sana sini, baju kotor bersepah apatah lagi pakaian dalam. kali ini Esah menggelengkan kepalanya sambil mehembuskan nafas 'fadeup'. namun Esah seorang yang penyabar. dia tak suka bergaduh. dia tahu semua penyewa sibuk dengan urusan yang lain. namun, jika namanya wanita mereka harus menjaga kebersihan supaya apabila sudah kahwin nanti suami tidak membebel apatah lagi si mertua.

Esah yang kepenatan terus tidur setelah mengemas sedikit biliknya yang berselerak itu. pada keesokkan harinya, Fatimah balik dan terus tidur disebelah Esah. Esah terkejut lalu bangkit dari tidurnya.
"Kau tak mandi dulu ke timah?"Tanya Esah.
"Malaslah... Aku penat sangat ni,"jawab Fatimah.
"Eish... sekeleh lah kau ni,"kata Esah.

Esah meninggalka Fatimah yang terbaring dan terus ke bilik air untuk menyiapkan diri untuk pergi kerja. setelah bersiap-siap, Esah terus ke kerja. sebelum itu dia membancuh secawan milo untuk mengalas perut.sampai saja di kilang, dia ditegur oleh kawannya, Jun. Jun mengajak Esah untuk datang ke rumah sewa barunya pada waktu habis kerja. selepas habis waktu kerja, Esah mengikut Jun ke rumah sewanya. cantik, bersih dan teratur kelengkapan dalam rumah sewa Jun. harga sewaya pun tidaklah begitu mahal.

"Kau duduk berapa orang dalam ni?"Tanya Esah.
"Buat masa sekarang baru 3 orang. tapi aku cari lagi 2 orang,"jawab Jun
"Jom lah duduk dengan aku,"Jun mengajak Esah.
Esah terdiam.

NAK TAU APA JADI DENGAN SI ESAH NI??? NANTIKAN EPISOD KE2.....
tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...........

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...