pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Wednesday, June 26, 2013

Muhasabah ZONE | Apa Kelebihan Doa Rabitah?

ASSALAMMUALAIKUM

Waduhh! lama betul DRC tak merajinkan jemari untuk update blog..
InsyaAllah, kali ini DRC nak update tentang Kelebihan Doa Rabitah.
^_^
Mesti ramai yang dah tau tentang Doa Rabitah..
Ada juga yang tak tahu..
Ada yang tahu baca..
Tapi tak tahu kelebihannya jika diamalkan..
DRC pun nak kongsi pengtahuan yang DRC tahu..

Jom kenali tentang Doa Rabitah :

Do’a rabitah merupakan sebahagian dari risalah Al –Mathurat , iaitu wirid yang dibaca oleh aktivis dakwah pada pagi dan petang, baik sebagai rangkaian wazhifah kubra atau sughra. Biasanya dilakukan secara sendirian atau berjemaah.

Sebenarnya Doa Rabitah ni merupakan salah satu doa yang juga boleh diamalkan bagi Muslim yang sedang mencari pasangan hidup. Andai sudah ditemui calonnya, amalkan doa ini sambil membayangkan wajah orang yang dimaksudkan itu. Tapi, janganlah dibaca doa ni saja, seeloknya bacalah sampai habis Mathurat tu setiap kali lepas Subuh dan Asar.

DRC belajar tentang doa rabitah ni ketika menyertai Kem Pemantapan Ukhwah 2009 masa semester 1 di KUIN. Mulanya DRC tak tau pun apa dia doa rabitah ini. Main ikut je sebut, sebab masa tu senior sebut dgn penuh semangat, DRC sebut la perlahan-lahan.. Maklumlah bukan dari sekolah agama..

Nak tahu Doa Rabitah macam mana? Meh dengar sikit..



Ini dalam bahasa melayu. Jom kita hayati dalam bahasa arab.
Terjemahannya :

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’at Mu.   

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini, tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.  

 Sesungguhnya Engkau sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.”

Doa rabitah ada juga dalam versi yang pendek dan mudah :


Kalau kita nak doa dalam bahasa Melayu tak ada masalah, kalau dalam bahasa Arab lagi terbaik.
^_^

Sekarang ni, jom kita ketahui apa pula kelebihan doa rabitah:

KLIK LINK INI UNTUK MENGETAHUINYA

Seorang pensyarah DRC ketika di KUIN ada bercerita tentang kekuatan doa rabitah yang diamalkannya. Ketika itu beliau belajar di luar negara dan mempunyai masalah yang tak mampu diselesaikan secara sendirian dan memerlukan bantuan rakan2 usrahnya. Namun ketika itu, rakan2 usrahnya berada di negara lain. Beliau membaca doa rabitah ini dan kemudian menghubungi rakan2nya, dan secara kebetulan rakan2nya berada berdekatan dengannya.
Allah Akbar!
Cantikkan perancangan Allah..

Jom kita mulakan langkah kita untuk menyatukan hati-hati kita dan ikatkannya melalui doa rabitah ini. Tidak kira dalam oraganisasi kepimpinan atau perwakilan, tempat kerja, rakan terdekat, atau kumpulan usrah.. Moga-moga ikatan hati dengan doa ini Allah akan limpahkan dengan pelbagai nikmat yang menanti.

InsyaAllah, selamat mencuba! :)
Salah satu grup DRC yang telah diikat hati-hatinya.. Ahh.. Rindu..! xoxo!

DRC psssssttt : Kalau baca doa rabitah ini, DRC akan letakkan tapak tangan DRC lekapkan didada dan bayangkan muka insan-insan yang dekat dan kita doakan untuk mereka.. InsyaAllah, kita nak dapatkan hati seseorang itu, kita kena menangkan hati Sang Pencipta hati, betul? 

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...