pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Friday, January 27, 2012

Jangan Ungkit Kisah Silam Orang Lain (Aib)








ASSALAMMUALAIKUM..
Istigfar panjang DRC bila dapat msj dari FB kat atas nie...
Anda boleh baca dan DRC bukan nak aibkan sesiapa, tapi ini pengajaran kepada kita..
Actually, conversation DRC dgn orang nie panjangggg... dan dia memberitahu pada DRC kawan DRC, adalah bekas seorang yang sonsang..! 
Ok, macam dalam conversation atas, DRC tak percaya bulat-bulat sehingga lah DRC tanya kawan DRC tu sendiri... Tak apalah, kalau itu kisah silamnya dan itu pengajaran buat dia jugak..
Yang menjadi masalah, apabila kita yang sudah tau kisah silam dia, dan TAHU dia sudah berubah, janganlah dok ungkit lagi pasal masa silam dia...
Dia berhijrah dan tinggalkan masa lampau, doakan yang terbaik untuk dia istiqomah...

Ok, orang yang hantar mesej pada DRC ni, alasan dia berbuat demikian kerana DRC 'alim' dan boleh nasihatkan dia. ok, DRC cuba nasihatkan dia.. Fine and done..
He's knowing what he did on his past time...
and totally wrong..
Tapi mengapa harus bercerita pada DRC..??
Ini mengaibkan kawan tu sendiri.. Dan menjatuhkan maruahnya..
Kalau kita tahu, kita boleh nasihatkan dengan cara kita berdepan dengan dia sendiri, bukan dengan medium orang lain.. 
Selemah-lemah iman adalah mencegah/membenci dengan hati.
Itu adalah jalan terakhir jika USAHA dari DIRI KITA tak berhasil, bukan mengharapkan orang lain untuk membantu...
DRC berkawan dengan sesiapa sahaja. InsyaAllah terus memberi nasihat pada diri sendiri dan kawan-kawan yang tersayang...

Pada DRC, kalau kita nak perbetulkan seseorang itu, tak salah kalau kita terus menasihati mereka walaupun dia bukan segender kita. 
Memberi nasihat bukan mengira gander atau umur..
Sesiapa yang mampu untuk melakukannya, just go for it..
Kalau tak mampu untuk DO SOMETHING, gunakan hati untuk mencegah/membenci...

Sesungguhnya Allah berjanji,
"Sesiapa yang menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga aib dirinya,
Sesiapa yang membuka aib orang lain, Allah akan membuka aib dirinya.."
DRC dinasihatkan oleh cikgu DRC dengan ayat nie masa sekolah menengah..
memang terasa dan terrrrrsaaanggat makan dalam..
jadi, kita berusaha untuk menjaga maruah orang lain sebaik mungkin...

Biarkan 'the past is past' tapi kita tahu untuk menilai kisah silam kita..
Jangan sesekali cuba ungkit!
Setiap yang diungkit itu akan mencelakakan diri sendiri dan orang lain...

DRC psssssttt : Memang pening bila dapat berita macam nie.. lebih-lebih lagi kawan DRC tu rapat dan kami selalu berjumpa bila senang... Apapun, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Belajar dari kesialapan. Ilmuan Islam menyatakan, "Sesiapa yang masuk ke lubang yang sama untuk kali kedua adalah orang yang BODOH". Jadi, janganlah kita terjebakkan diri dalam lubang yang sama untuk kali kedua.... Ok,,, DRC agak emosi sikit..ehehhe.. tapi boleh kawal lagi... InsyaAllah kita hijrahkan diri kita mencari redha Allah, menanti syurga Abadi... :)

DRC psssst (kuasa dua) : Praktikal dah sebulan...hehee.. DRC menampakkan taring??! OH tidakk... nak ambil baucher RM200 beli novel banyak2... hadiahkan pada semua student, boleh???heheheee

5 comments:

Radin87 said...

hmm.. mcm ada udang di sebalik mee goreng jer. cuba bygkan, kalau betul la dia nak suruh bagi nasihat, kenapa dengan DRC?
ada kemungkinan dia nak kacau hubungan baik DRC ngan kawan DRC tu.. pandangan saya la..

iAmCekbolat said...

mngaibkan..

Unknown said...

actually x brapa pham sgt convrsation drc ngan bdak tuu..tp apa2 pon mnx prkara mcm nie x blaku lar..huhu..

DRC said...

Ok, DRC explen sikit,, sebenarnya orang yang hntar msej pada DRC tu mmberi tahu bahawa, seorang kawan DRC merupakan seorang bekas "GAY"... DRC tak tau apa motif dia bgtau pada DRC.. apapun, kawan DRC tu dah kembali ke pangkal jalan... dah lama dah dia tinggalkan,, so DRC just leh support dia utk istiqomah dgn cara hidup dia kini...

ctk said...

ske dgn ayat...kalau kita tutup aib org, tuhan akan tutup aib kita :)

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...