pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Friday, November 2, 2012

Maturity In Social Media - Apa Kata DRC??

ASSALAMMUALAIKUM,

Dah lama DRC menyepi tanpa khabar berita untuk berkongsi pendapat dalam ruang blog nie.. 
Kesibukan dengan kuliah dan tugasan, agak menyulitkan nak menerjah blog kawan-kawan..

Baru-baru ini DRC berada dalam sebuah forum yang membincangkan isu 
yang DRC akan utarakan kali ini,
"Maturity in Social Media" atau Kematangan dalam Media Sosial.
Sepanjang dalam forum ini, DRC dapat mengenal pasti sedikit sebanyak perkara-perkara yang perlu kita bahaskan dengan lebih terperinci supaya dapat capai apa yang dimatlamatkan..
DRC cerita dulu tentang forum ini :
Forum ini dikendalikan oleh seorang moderator dari Unisel, dan ahli panelnya terdiri daripada Dekan Fakulti Komunikasi Media, Sham BROS TV3, dan Aida Sue (Twitter Jaya).
Sepanjang forum ini, DRC rasa terdapat beberapa kekurangan yang masih boleh dibaiki dari sudut penyampaian dan teknikalnya. Tapi apa pun, syabas dan tahniah buat perlaksa program..

Ok, sekarang ni DRC nak kongsi pendapat DRC sendiri tentang kematangan dalam media sosial ini. 

Pertama, DRC huraikan definisi bagi KEMATANGAN :
Kematangan adalah kewarasan manusia dalam berfikir dan bertindak. 
Kematangan juga menunjukkan manusia boleh dan mampu untuk tahu yang mana baik dan buruk.
Dalam al-Quran sendiri ada menyebut tentang kematangan,

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya [17:36]

Definisi MEDIA SOSIAL :
Media sosial adalah medium internet yang mampu menghubungkan pengguna antara satu sama lain. contohnya Facebook, Twitter, Tagged, dan sebagainya. 

Definisi secara konseptualnya adalah Kematangan dan kewarasan pengguna sosial media untuk membezakan kebaikan dan keburukkan sesuatu medium. Selain kematangan dalam penggunaan, ia juga melibatkan kematangan dalam pemikiran secara logik dan professional. 

1. KEMATANGAN DALAM PERHUBUNGAN SOSIAL
Dalam alam siber, kita berhubung dengan orang ramai, ada orang yang kita kenal, kita baru nak berkenalan dan ingin berkenalan. Untuk perhubungan yang kita sudah kenal, pasti rakan siber kita sudah mengetahui keadaan diri kita sebenar. Rakan yang belum mengenali kita secara berdepan pula akan membuat first impression terhadap kita melalui post kita di laman sosial. Kematangan dalam perhubungan sosial adalah tindak tanduk kita dalam berhubung iaitu berkongsi dengan rakan-rakan siber kita. Di alam siber, bukan semua perkara yang boleh kita kongsi kerana kita semestinya perlukan privasi. Matang dalam berhubung yang DRC maksudkan adalah kita bijak untuk mengetahui apakah perkara yang boleh dan apakah yang tidak boleh untuk kita kongsikan. Contohnya, di akaun FB anda anda tidak meletakkan tahun lahir anda kerana anda tidak mahu orang tahu umur anda. Akan tetapi rakan-rakan yang mengenali anda semestinya sudah tahu umur anda cuma rakan baru saja yang belum. (CONTOH SAHAJA).
Matang dalam berhubung juga adalah dari cara kita berinteraksi dengan rakan baru kita. Bagaimana anda memlukan perkenalan anda dengan rakan baru anda di laman sosial?
Adakah dengan menekan "LIKE"?
Atau komen walaupun tidak kenal..?
Atau secara terus terang, anda menyatakan mahu berkawan dengannya?
Anda sendiri boleh menilai dan memilih cara yang akan menunjukkan kematangan diri anda..

2. KEMATANGAN MENGENDALIKAN RAKAN
Pernah tak anda terfikir untuk mem'block' rakan FB atau twitter anda kerana dia telah mengguris hati anda atau mempunyai masalah peribadi dengan anda? 
Atau pernahkah anda lakukan?
Atau anda pernah menjadi mangsa di'block'?
DRC ceritakan pengalaman DRC di'block' oleh seseorang.. 
DRC telah di'block' oleh akaun kawan DRC sendiri yang mana pernah DRC berchatting dengan beliau, bertanya khabar, dan bercerita tentang perkembangan semasa.. Sehingga pada suatu hari DRC nak tengok balek chatting tu ia dah diblock...! DRC tanya direct pada kawan tu, kenapa dia block DRC? DRC ada buat salah ke? Salah apa? Dia kata, dia tak tahu pun macam mana boleh block!! Dia kata, dia kongsi akaun FB tu dengan teman wanitanya, jadi mungkin teman wanitanya yang mem'block' DRC... Ish... DRC pada awalnya memang nampak sangat ketidakmatangan seseorang di situ.. Pengalaman kedua DRC diblock oleh seorang senior DRC, selepas beberapa perkara perselisihan pendapat yang kecil dan boleh diselesaikan tanpa rasa Ego..! Akan tetapi beliau mengambil keputusan untuk mem'block' DRC... Pada pendapat DRC sendiri, tujuan memblock ini adalah sebuah tindakan yang tidak professional dan tidak matang! Kenapa DRC kata macam ini, kerana kematangan adalah penilaian baik dan buruk. Jadi jika kita tidak bersetuju, kita luahkan rasa tidak persetujuan kita. Jika kita salah, kita mengakui kesalahan kita. Tidak perlu mem'block'.! Ingat ye, jika kita tidak bersependapat tidak perlu untuk block. Biarkan, asalkan kita tahu pendirian kita..

3. KEMATANGAN ITU JUGA SELECTIVE 
Ada yang beranggapan kematangan adalah proses penerimaan tanpa tapisan! Eh! Silap tu! Proses kematangan adalah proses kita menilai yang baik dan buruk, dalam erti kata lain itu adalah proses pemilihan (selektif). Maksud selektif dalam memilih medium sosial, contohnya kita perlu memilih media yang baik, tidak berunsurkan perkara-perkara yang boleh mempengaruhi kita untuk bertindak diluar batasan. Betul, kematangan manusia sukar diukur akan tetapi kita boleh melihat dari sudut pengaplikasiannya dalam alam siber.. Contohnya, jika anda melayari laman web lucah bukan bermakna anda seorang yang matang.. Juga tidak menunjukkan anda seorang yang tidak matang.. Akan tetapi jika anda matang pasti anda akan mengetahui kesan dan impak jika anda melayari laman web tersebut... Contoh yang lain, jika ada berita tentang sesuatu anda perlu mengenal pasti kesahihannya, membuat timbang tara samada untuk menerima atau tidak berita itu. 

Dalam kematangan ini, DRC pernah buat satu post tentang "Tak Pandai Jangan Memandai". Apabila kita bijak menilai dan mengambil sesuatu atau membiarkan sesuatu, itu menunjukkan kita dalam proses kematangan..

Berbalik kepada forum yang DRC sertai (tonton jek), DRC ternanti-nanti soalan daripada moderator tentang 'bagaimana kita ingin mematangkan orang yang belum matang dalam media sosial?' Yang mana inilah sebenarnya KUNCI kepada topik yang dibincangkan. Akan tetapi hampa, penantian DRC berkubur sampailah forum tamat...

Ada bebrapa pendapat DRC dalam proses mematangkan orang :

1. Pendidikan tidak formal 
Pendidikan secara tidak formal yang mana boleh menunjukkan perkara-perkara baharu yang perlu didedahkan kebaikan dan keburukkan sesuatu perkara. Walaupun ia pernah dijalankan akan tetapi pemantauan secara berterusan mampu mengawal persepsi dan psikologi manusia untuk bertindak dalam lingkungan kematangan mereka. 

2. Percampuran golongan
Percampuran golongan ini maksudnya mengintegrasikan orang muda dan orang dewasa untuk berkongsi pengalaman dan topik perbincangan. Keperluan ini mampu memupuk pemikiran orang muda untuk berfikir seperti orang dewasa. Ini DRC akui sendiri kerana DRC sendiri menggemari untuk bercampur dengan golongan lebih dewasa dengan DRC. Rakan-rakan DRC kebanyakkan lebih tua dari DRC... heheh. (tak tua sangattt)

3. Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa memainkan peranan sebagai pencorak kedewasaan anak-anak. Kematangan anak-anak bermula dalam rumah. Keupayaan berfikir oleh anak-anak senang untuk dikenalpasti oleh ibu bapa. Ibu bapa boleh mendidik anak-anak seperti orang dewasa, melayan mereka seperti rakan akan tetapi tetap ada batasan. Pendedahan ke alam dewasa dan kematangan fikiran melalui pembacaan buku-buku dan sebagainya boleh diterapkan.

Secara keseluruhannya, DRC simpulkan kematangan dalam media sosial ini adalah sesuatu yang subjektif. Ia mengikut keupayaan individu dan persepsi individu terhadap kematangan. Apa pun sebagai manusia, kita sememangnya berubah daripada rendah ke tinggi, tidak kepada ya, dan sebaginya. Jadi, jika kita perasan kita telah melangkaui usia yang dikatakan matang, adakah kita menyedari tindakkan kita sesusia kita? Jadi, fikir-fikirkan...

DRC pssssttt : Ada kawan DRC (#$%^&*) berumur lebih tua dari DRC tetapi perangai tidak mencerminkan usianya.. Adakah dia tidak matang??? Mohon kesedaran.. =)

1 comment:

Ckin Kembaq said...

tudia..ayat mohon kesedaran di situ. =)

p/s: kena matang la naa dlm apa2 pun perkara.. =)

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...