pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Friday, March 1, 2013

Untuk MEMIMPIN Perlu DIPIMPIN


ASSALAMMUALAIKUM   
hai semua pembaca setia blog DRC.


Teruja untuk DRC kongsikan topic kali ni, yelah kalau nak tengok sepanjang 2013 ni dah masuk bulan 3 pun baru je berapa post DRC utk tahun ni..ishh,,,ishh…

DRC berdepan masalah laptop. Laptop rosak, rumah sewa tak ada internet. Ini pun tumpang lab I Mac unisel nak post entry *sementara tengah design dalam kelas design* hahahaha….. solusinya DRC tengah mencari laptop (kumpul duittttt) hehehe.. insyaAllah nanti dah ckup duit yg DRC kumpul, DRC beli laptop dan post puas2.. BW puas2.. hahaha

Ok, untuk topic kali ni agak berat untuk DRC kongsi. Tapi sebagai seorang pemimpin *to be* DRC kena post jugak. Untuk diri DRC dan juga anda semua.

“UNTUK MEMIMPIN, PERLU DIPIMPIN”
Seperti biasa, DRC akan terangkan definisinya.
UNTUK : akan berlaku, bakal atau kepada sesuatu
MEMIMPIN : perbuatan mengarah, memberi arahan, membuat keputusan berkaitan melakukan
PERLU : wajib, harus, mesti
DIPIMPIN : perbuatan menerima,

Secara konsepnya, untuk menjadi seorang pemimpin kita perlu dipimpin samada melalui ilmu, pengalaman mahupun orang.

Adakah kita sedar bahawa dalam diri setiap kita terdapat ciri-ciri kepimpinan yang membolehkan kita menjadi pemimpin? Ada yang akan kata, saya tak layak menjadi pemimpin. Ada yang kata, kau dah jadi so aku tak payah jadi pemimpin. SALAH! Salah tau kalau kita anggap macam itu… sebenarnya secara sains nya kita semua adalah pemimpin! Ya! Manusia dilahirkan dari kandungan ibunya yang mana benih kandungan dating dari seorang ayah. Tak perlu bagi tahu korang mesti dah tau, dalam berjuta-juta sperma yang ada , hanya ada 1 saja sperma yang berjaya menembusi dinding ovum untuk disenyawakan. Dan satu itulah kita yang berjaya memimpin diri kita sekuatnya untuk menembusi dinding ovum! Jadi, TAHNIAH!!
Dalam Islam juga menyatakan perkara yang sama. Iaitu setiap insan adalah pemimpin (khalifah). 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat : "Sesungguhnya AKU hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi"(Qs. Al-Baqarah 2 : 30 )


Dari bapa kita iaitu nabi Adam AS yang telah menerima wahyu sebagai khalifah di muka bumi sehingga anak dan cucu kita juga dijadikan untuk menjadi khalifah cumanya kita bukanlah nabi.. 
Tahniah kerana anda telah sedar bahawa anda adalah seorang pemimpin.

Macam mana kita nak memimpin?
Haaaaa... Mulakan dari diri anda sendiri!
Yeahh.. betul, kita mulakan memimpin diri kita... Jom mulakan!

1. Pimpin diri melalui MASA
Macam mana kita uruskan masa kita? Menguruskan masa adalah menguruskan diri.! Salah satu cara yang DRC buat adalah dengan menjaga waktu solat.. Waktu solat kita ada 5 waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Magrib dan Isyak.. jika kita bijak menguruskan waktu solat kita maksudnya kita berjaya menguruskan masa kita.. :D
Waktu subuh adalah waktu untuk kita bangun tidur, bersiap..
Waktu zuhur adalah waktu rehat daripada kerja, atau belajar
Waktu Asar waktu untuk merehatkan diri untuk malam hari..
Waktu Maghrib adalah waktu untuk menyiapkan diri untuk bersama keluarga..
Waktu Isyak adalah waktu untuk menyediakan diri untuk esok hari..
Setiap manusia diberi 24 jam sama antara kita semua.. macam mana kita memimpin diri kita semuanya bermula dari MASA. Jom kita urus masa kita melalui waktu solat!

2. Pimpin diri melalui ILMU & KEMAHIRAN
Tidak dinafikan ilmu dan kemahiran itu seiring kepentingannya untuk memimpin diri. Ilmu dari segi teori dan kemahiran dari segi amali yang mana kedua-dua elemen ini perlu berjalan selari dan seiring. Jangan mengejar ilmu tapi lupa nak mengamalkannya.. Memimpin diri untuk mengejar ilmu dan mengamalkan kemahiran yang ada bukan sesuatu yang susah. Senang jeer.. Caranya mudah, kita boleh tulis dalam diari atau pun status facebook untuk mengingatkan diri kita supaya kita juga mengamalkannya. Contohnya, rokok itu bahaya! Jangan menghisap rokok. Kita boleh memimpin diri kita melalui mengkaji bahaya rokok dan mengamalkan diri untuk tidak menjinakkan diri kepada gejala ini. Mudahkan? Cubalah..

3 Pimpin diri melalui DISIPLIN
Perkara yang paling penting dalam membentuk diri sendiri adalah disiplin. Kenapa DRC tak letak Disiplin di nombor satu kerana DRC tahu disiplin diri inilah yang mampu mencorakkan diri kita samada "warna" kita sebagaimana rupanya. Disiplin dari masa, perilaku, hikmah, adab, dan perihal berkaitan kerja dan belajar. Semuanya tertakluk kepada disiplin diri kita. Ha... Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana kita nak disiplin? DRC akan terangkan pada point selepas ni. Tapi sebelum itu, kita acapkali mendengar perkataan disiplin itu di sekolah, kan? guru disiplin perlu garang, tegas dan cengeyy.. Hahah.. Tapi sedar atau tidak bahawa untuk disiplin kan diri kita sendiri kita sememangnya memerlukan itu..! 

4. Pimpin diri melalui PENDIRIAN
Ha.... Yang ini DRC nak sambung daripada disiplin, kita perlu tegas dengan pendirian kita. Sebab apa pendirian salah satu dalam elemen memimpin diri? Sebabnya dengan pendirian inilah kita kuat untuk mentadbir diri kita. Mana lagi kekuatan kita boleh dapat untuk terus berdisiplin melainkan pendirian kita, kan? 

Setakat ini ada beberapa ciri untuk memimpin diri sendiri.. Bermula dari memimpin diri sendiri adalah kunci atau tanda diri kita dipimpin. Kemudian barulah kita yakin untuk memimpin. 

Selain dari itu ada juga ciri-ciri yang boleh DRC katakan sebagai dipimpin. Nak tahu, tengok bawah ni.

1. Sedia menerima kritikan
Pemimpin perlulah bersikap terbuka dalam apa juga aspek. Kritikan dan saranan kepada diri oleh orang lain adalah pandangn dari perspektif diri orang lain terhadap diri kita. Jangan terlalu ego untuk menyatakan diri kita yang benar dan sentiasa dipihak yang selalu betul...  Ego adalah perkara yang mazmummah iaitu perkara yang paling tidak disukai oleh Allah SWT. Masakan kita ingin disayangi Allah tetapi melakukan perkara-perkara yang Allah tak suka. Terimalah apa jua kritikan dari sesiapa saja tidak kira pekerja bawahan, pekerja sementara mahupun orang awam terhadap diri kita kerana mata yang melihat kita bukanlah mata kita.!! Ingat! Jangan anggap semua orang salah, kita betul.. Tapi perbetulkan diri kita yang salah...

2.Positif dengan negatif
Ha... Macam pelik pulak kan ayat nya.. HAHhaha.. Positif dengan perkara yang negatif terhadap apa yang berlaku. contohnya pekerja kita ingin meletakkan jawatan, cubalah kita positif terhadap dia bahawa dia telah mendapat tawaran lebih hebat daripada yang kita tawarkan kepadanya. Anggap itu sebagai peluang kepada dirinya mengembangkan potensi diri. Jangan menyekat! Ada juga pemimpin yang memberi jalan (melepaskan pekerja) akan tetapi dibelakang tetap memburukkan pekerja.! Hey! Pemimpin jenis apakah ini?

3. Terbuka.. Buka... Membuka..!
Bukalah minda kita untuk terbuka dengan persekitaran dan membuka hati kita untuk TERIMA. Ya. Zaman sekarang ni pemimpin sangat sukar MENERIMA kerana dia menganggap dia sahaja yang boleh MEMBERI sedangkan tanpa pemberian dari orang lain pemimpin itu sendiri tidak boleh memberi..! Menerima dengan hati terbuka. Tidak semua idea kita bagus, dan tidak semua orang punya idea teruk. Kita perlulah terbuka dan optimis terhadap usaha yang telah dilakukan oleh pekerja kita.

Kepada pemimpin-pemimpin diluar sana, (Termasuk DRC).
Kekalkanlah idola kepimpinan kita terhadap junjungan besar nabi Muhammad SAW. Baginda contoh terbaik seorang khalifah dan pemimpin yang sangat disanjung dan dicintai oleh Allah SWT. Jadikan baginda sebagai ikon kita, ikutan kita dan peribadikan diri baginda dalam diri kita. 

DRC pssssstttt : Fikir-fikirkan... :)

5 comments:

C.T.K said...

btul tu, stuju sgt...smua tu perlu ada utk menjadi seorang pemimpin yang disegani..perlu bertolak ansur dengan pandangan orang lain juga :)

Unknown said...

betul tu, jgn memimpin secara menkhinzir buta je. huuhu.

DRC said...

Jangan anggap orang lain salah, khpta betul tapi perbetulkan kita yg salah.

DRC said...

Yg memimpin mengkhinzir buta adalah pemimpin yg buta hatinya

Ckin Kembaq said...

tugas seorang pmimpin sgtlah berat..kelak akan ditanya..byk lagi yg perlu diperbaiki..

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...