pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Sunday, July 1, 2012

Baju KURUNG... Eh, KURUNGlahhh~

ASSALAMMUALAIKUM

Selamat sejahtera semua... Semakin hari semakin DRC sibuk nak buat entry berbanding blogwalking.. Nanti line tenet dah power, DRC bw sampai lebam ok.. jangan risau...
Ok, kali ni entry DRC nak cerita pasal baju kurung...
HAA!! BAJU KURUNG...
yelah,, musim orang hantar tempahan baju nih kann..
(puasa dah ganti ke belum?)
Baju kurung yang sentiasa dikaitkan dengan kaum hawa ni, suka sangat DRC kupas.. Yelah,, mesti ramai diantara kita... eh! bukan kita.. ramai diantara korang (perempuan) yang tahu bahawa nama baju kurung tu sekadar baju kurung sahaja... kannnn??
Dan korang (perempuan) hanya tahu pakai, bergaya dan nak nampak cantek je kannn???
Ok, jom cuba kita menyelusuri sejarah baju kurung...


Ok, dah baca sampai habis... Tapi kenapa namanya "kurung"??
Pada pandangan DRC sendiri, nama KURUNG tu adalah kerana peradaban melayu yang sopan dan santun dengan sikap ketimuran serta si pemakaian perlu melambangkan ciri-ciri tersebut.. Kurung di badan serta kurung dengan sikap yang sopan santun..
Kurung di hati agar sentiasa bersih dengan kurungan iman..
Kurung di jiwa agar kurung segala tindak tanduk yang dilakukan...
Menurut nenek DRC, baju kurung ni sebenarnya adalah bagi mengelakkan anak dara/ perawan untuk melakukan perkara-perkara yang menjerumuskan akhlak dan merosakkan pegangan adat ketimuran... Katanya, baju kurung ni dapat mengelakkan daripada sebarang perkara yang kotor... kerana potongan baju kurung yang tak ketat, dan pengayaan yang sopan oleh si pemakai adalah salah satu kenapa baju kurung ini dinamakan Baju KURUNG...

Ok, point yang DRC nak bawa dalam entry kali ni bukan sahaja sejarah dan asal usul baju KURUNG, tapi cuba sama-sama kita semak kembali perbezaan baju kurung lama dengan baju kurung moden (yang dah tak kurung sangat).. TENGOK NI!!

Apa yang DRC boleh kata, contoh baju kurung modern kat atas ni dah tak menampakkan KURUNGnya sesuatu baju kurung itu... sehinggalaaaahhh, perkara-perkara sebegini terjadi :


Nauzubillah..... Jangan sampai kita tergolong seperti gambar contoh kat atas nih... 
berbaju KURUNG tapi seksi...
berbaju KURUNG tapi tak sopan...
berbaju KURUNG tapi tak beradab....
berbaju KURUNG tapi tak menutup aurat...

Walaupun fesyen dah melampaui ke depan daripada zaman, jangan kita terikut sangat dengan ia.. Jangan sampai kita menjadi mangsa kepada fesyen dan nafsu untuk bergaya..
Tak salah kalau nak berbaju kurung....
Tak salah kalau nak bergaya dengan baju kurung..
Tapi mesti perlu kena dengan cara dan adab sebagai seorang Melayu ISLAM..


Contoh macam ni pun ok kannn? Sopan, sejuk je mata memandang...
Lagi sejuk macam yang kat bawah ni...
DRC psssttt : Pada zaman dulu, sewaktu pengaplikasian nilai Islam belum diterapkan dalam kehidupan seharian, baju kurung tak dipakai dengan tudung... Tapi orang pada zaman tu, menggayakan baju kurung dengan sopan, santun dan berbudi pekerti.. Cumanya, dalam zaman sekarang,, pengetahuan ilmu Islam itu kita dah tahu, tapi kenapa masih ramai lagi yang nak berfesyen melampau dengan Baju Kurung, kan??? Yang pelik tu,,, ada antara perempuan, terpaksa pakai baju kurung sebab nak jumpa bakal mak mertua kan?? ^.^peace!

5 comments:

Maisarah Azmi said...

baju kurung dah bertambah seksi dah sekarag.. design pon dah kecik2

ayuniSumairu said...

LIKE yg nie "Kurung di hati agar sentiasa bersih dengan kurungan iman" :)
yup,tula.. dunia makin maju, sampai baju kurung pn jd ta sedap mata memandang..
ayu harap, baju kurung ni sentiasa tersemat dengan rapi dengan kurungan iman...:))
thnx singgah blog ayu, done folloe here..:)

Aliff Haikal said...

subhanaAllah :"(

DuniA PemikiR said...

sorry... nk tambah skit... xsmua gmbar yang awk letak tu baju kurung... lebih tepat bagi baju yang dilabelkan sebagai baju kurung moden tu sebenarnya baju kebaya modern... bkn baju kurung modern... tQ.. so hati2 pilih gmbar ye... :)

Ckin Kembaq said...

baju apa pun boleh pakai..asalkan menutup aurat.. ^_^ baju yang dah nampak tu, bukan baju kurung dah.baju berkarung namanya..

p/s: rasanya gmbar tu tak sesuai dipaparkan..mgkin boleh kaburkan atau warnakan spaya tak nmpak auratnya.. ^_^

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...