pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Tuesday, May 7, 2013

Tanpa Tajuk

Tika melangkah kaki untuk pergi, sebak.
Entah kenapa seakan ada kuasa yang menarik untuk masih disitu.
Akan tetapi langkah perlu diteruskan, kerana perjalanan masih jauh.
Kutarik beg dengan penuh malas.

Menuju ke kawasan baru. Asing buat aku.
Entah kenapa sukar untuk menyelesakan diri.
Bukan aku tak cuba, tapi aku gagal berkali.

Lantaran, aku pohon hajat dan petunjuk.
Ya! Jawapannya aku harus pulang ke asalku.
Disitu aku temui cinta dan cita.

DRC teringat waktu melangkah kaki ke KUIN. Tanggal 1 Jum 2009, mendaftarkan diri. 
DRC daftar dalam jurusan Kretif dan Multimedia.
Tapi DRC grad dalam jurusan Pengurusan Perniagaan.
Hahaha.. kalau nak tahu kenapa, meh tengok meh kat link ni


Kami kenal dari asrama Gemilang.
Orang Baling, berlatar belakang agama yang sangat kuat.
Ada satu malam, lepas solat isyak, DRC lepak-lepak di biliknya. 
DRC ada ternampak satu kitab kecil yang tertulis,
'Rukun Usrah'
Dalam fikiran DRC, ada ke rukun lain selain Rukun Iman, Rukun Islam, dan Rukun Negara. Tertanya, apa rukun usrah. DRC belek-belek kitab kecil tu, ermm.. Serius tak faham.
DRC pun tanya padanya, apa itu usrah.. 
Penerangan yang diberikan membuatkan DRC sangat berkobar untuk menyertai usrah.

Biasalah, bergaduh dan berselisihan faham itu perkara biasa dalam bersahabat.
DRC percaya dengan kemanisan bersahabat itu akan terjadi apabila saling memaafkan dan mengasihi antara satu sama lain.
Iyalah laut pun ada musim ini kan pula manusia..

Namun, memaafkan itu adalah sesuatu yang indah, kan?

DRC mengucapkan Selamat Ulangtahun kepada Muhammad Zulkhairi Bin Umar.


Dialah kawan gaduh, kawan berpanas, kawan berhujan.
Semoga panjang umur, murah rezeki, ditetapkan iman, dan cepat dipertemukan jodoh.
Khairi dah nak final exam untuk final year di KUIN.
Doa tak putus untuk rakan-rakan final year di KUIN.
InsyaAllah, Khairi akan dapat first class degree.. Aminn..

DRC pssstttt : Hari lahir Khairi 6 Mei. 4 Mei - kakak DRC yg kedua.. Semoga semuanya diberkati Allah... insyaAllah... :)

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...