pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Tuesday, July 2, 2013

Kem Kepimpinan dan Team Building HEP Unisel 2013

ASSALAMMUALAIKUM

Hallo Julai...! Ahlan wa sahlan Ramadhan.. Miss you!
insyaAllah beberapa hari lagi nak sambut Ramadhan, kita sambut dgn sederhana tapi meriah dgn amal ibadah yee..
Ok, dua minggu lepas DRC berkesempatan untuk dipaksa menyertai satu kem Kepimpinan dan Team Building anjuran MPP Unisel serta HEP Unisel Shah Alam. Kem yang menggabungkan persatuan dan kelab serta MPP Unisel Shah Alam.
DRC dipaksa oleh fakulti untuk menyertai atas tiket Kelab Komunikasi Media atau dikenali sebagai Communication Media Club (CMC)
Tak apalah, sebab DRC plan minggu tu nak balik kampung, sebab dahh plan dengan ramai orang nak balik tu. Namun apakan daya, perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita, DRC merelakan dan meredokan diri untuk pergi.

Alhamdulillah, DRC sendiri dah lama tak jadi peserta kem, jadi DRC merendahkan diri dan meletakkan diri sebagai paling bawah untuk dalam kem ini. kerana dalam kem itu semuanya hebat-hebat belaka. Terdiri daripada barisan Exco dan MT MPP, Presiden kelab dan persatuan. semua hebattt belaka. DRC yang kecil i pun tenggelam.

Sampai di Excel Training and Camp ni, trainner dari ASL Resources and Training tanya, siapa yang dipaksa untuk datang. DRC pun angkat tangan dengan jujur. Yeyyy..
Dan sepanjang permulaan program, DRC memang menjalankan watak sebagai orang yang dipaksa. Muka memang kelat gile. Tak banyak cakap. Kesorangan dan menyendiri. 
Itu watak yang sengaja DRC cipta dan bentuk. Nak tau kenapa? tungguuu..


Biasalah, dalam mana-mana program sebelum ini yang DRC pernah uruskan dengan TBTC, ada peserta yang dipaksa dan tak rela langsung untuk datang ke kem. Muka diorg jangan cakaplah. Kalau boleh tangan, ditangankan. Dah la kena paksa, tak bagi kerjasama pulak tu. Lagi-lagi yang lelaki. Adik peserta lelaki khususnya dalam kem memang ego. hhaha.. Tak dengar cakap, banyak lawan. Tapi itu semua memerlukan teknik untuk kita approach mereka yang dipaksa ini untuk join sekali dan memberi kerjasama.

Itulah tujuan utama DRC. DRC nak lihat macam mana Trainner, Encik Kamarulzaman dari ASL Training menggunakan pendekatan untuk 'menarik' DRC join dan memberi kerjasama. 
Ternyata, beliau berjaya untuk membawa DRC ke dalam kem. Hehehe...
Cara dan pendekatan yang sangat mudah tapi berkesan.
DRC pun sendiri tanpa sedar, itu adalah caranya!

Disebabkan DRC menyendiri dan sepi tak bersuara, DRC telah diberikan komen seperti dibawah 

Sapa nak jawab ni? "Takk friendly"???
So, DRC jelaskan kat sini sebab apa DRC menyendiri dan menyepi dalam Kem..
Semuanya telah tertulis seperti diatas yee...

Dan banyak ilmu yang DRC dapat dalam kem. 
Betul, cantik kan perancangan Allah kepada hambaNya..!
Pada permulaan, perancangan DRC nak balik kampung tiba-tiba Allah rancangkan DRC untuk ke kem ini! Subhanallah! Terima kasih, Allah...

Jom layan gambar-gambar sepanjang kem ini. Tak banyak sangatt.
Grup CAKI+

Team DRC, iMedia

Menjejejeerr~

Ni la muka DRC bila kena paksa datang kem.. -,-

Grup MPP. Hebaaattt!~

Lepas masuk lombong. (muka nak muntah,, busuk)

Rajinnyee.. menantu sape??

Dalam dewan

Cuba teka, mana DRC??

Artist tengah explain logo

Lepas habis Explorace..! yeeyy

Riangnyeee... (si batu kat belakang)

Hebaaaatt.. hebatttt..
End of program..! hooyeeehhh!

DRC pssssttt : Kadang-kadang kita tak tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Sebab Allah nak tunjuk supaya kita mencari diri kita yang sebenar. PerancanganNya adalah yang terbaik. Terima kasih semua yang telah menjadikan diri saya lebih baik.. InsyaAllah, kita TERRBAIIKK.. :)

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...