pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Monday, July 22, 2013

Asyraf Muslim dan DRC. Ada Kaitan???!

ASSALAMMUALAIKUM

Belum terlambat untuk DRC mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam dan juga kawan-kawan bukan Islam yang turut  sama berpuasa.. MasyaAllah... Anda hebat!

Bermula Ramadhan pasti sebenarnya kita nak tingkatkan amalan dan mengurangkan aktiviti yang selalu kita buat, sebagai contoh mengumpat, menghina orang, bercerita buruk tentang orang lain, menfitnah dan sebagainya. 

Baru-baru ini dunia hiburan dan juga perubatan Islam telah dikejutkan dengan berita Asyraf Muslim yang telah berkahwin kali ke dua di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama dan juga ketika itu mahkamah belum memutuskan kebenaran Asyraf untuk berpoligami. 

DRC tak menjangka pun hal ini akan berlaku.
Malah DRC bersimpati kepada Dr Dayana, Asyraf dan juga Wan Sakinah.
Yelah, dalam bulan puasa ni pula mereka menjadi bahan untuk orang berkata dan bercerita.
Haiih.. Kira mengumpat la kalau cakap belakang..

Apapun, DRC nak tulis kali ni, apa kaitan mereka semua dengan DRC.?

Haa... Jeng jeng jeng....


DRC pernah hadapi situasi sebegini walaupun ia bukan berlaku secara langsung kepada DRC..
Isu kahwin di Thailand adalah sesuatu yang biasa kerana di sanalah tempat paling mudah untuk menambah cawangan dengan kelulusan di sana. 
Alhamdulillah, Asyraf dah selamat menjadi seorang suami untuk kali kedua.

Peristiwa yang pernah berlaku di hadapan DRC, bagaimana penerimaan keluarga dan juga isteri yang pertama apabila menerima berita tentang pernikahan di Thailand.
Memang tak boleh terima.
Siapalah yang tak kecewa apabila keputusan yang dibuat tanpa menghiraukan orang lain.
DRC pernah lihat kekecewaan dan tangisan itu.
Apatah lagi penerimaan anak-anak.
Asyraf masih lagi boleh menarik nafas lega kerana belum mempunyai zuriat dengan Dayana, tetapi tak bermaksud beliau boleh larikan diri daripada masalah yang ditimbulkan sendiri.

Mengikut pengalaman DRC (ceewah), DRC sendiri hadapi dimana ketika ayah DRC ingin menikahi dengan Mama DRC (iaitu ibu tiri DRC sekarang). 
DRC sendiri tak boleh menerima pada awalnya.
Siapa yang suka apabila ibu kandung kita seolah-oleh diduakan, kan?

Tapi kita perlu lihat dari pandangan yang positif.!

Menurut Ustaz Pahrol Juoi : 
Poligami bolehlah diumpamakan pintu kecemasan dalam sebuah pesawat terbang. Hanya apabila berlaku kecemasan, pintu itu benar-benar diperlukan. Iktiraflah keberadaan dan keperluannya. Apa yang lebih penting ialah mencapai tujuan suatu perkahwinan dengan niat kerana Allah dan melalui kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw,  tidak kira samada perkahwinan itu monogami atau poligami.

Untuk mengetahui pandangan Ustaz Pahrol berkaitan poligami,

Pandangan DRC pula, kalau kita lihat dari pandangan positif, kita akan menerima dengan perlahan-lahan. DRC sendiri terasa pedih dan sedih bilamana perkahwinan ayah DRC untuk kali kedua, tapi DRC menyatakan ini semua Allah tentukan dan hikmahnya pasti ada. Alhamdulillah, DRC terima dengan hati terbuka kehadiran Mama dalam hidup DRC.

Tetapi kes DRC berbeza dengan kes yang pernah DRC lihat sendiri.
Kehidupan poligami sangat runsing akan tetapi ia menarik.
DRC mempunyai keluarga yang mana ada diantara ahli keluarga DRC mengamalkan poligami.
Ya, pada tahun pertama memang 'kita' akan dihentam dan dibenci oleh keluarga dan saudara mara, tapi percayalah kesabaran dan ketabahan itu menguatkan kita. Mereka akan letih bercakap, lantas diam. Jadi, biarkan masa memperuntukkan waktu untuk mereka puas dengan diri mereka.


Apapun, DRC mengucapkan tahniah dan takziah kepada Asyraf Muslim. Peganglah amanah yang telah dipikul seadilnya dan sentiasa bermuhasabah dalam hubungan suami dan isteri..
InsyaAllah, kalian bertiga bahagia hingga ke syurga.

DRC psssstt : Alhamdulillah, daripada kita melakukan perkara yang becanggah dengan agama, apa salahnya kita lakukan mengikut sunnah. Apapun, kita lihat dari pandangan positif ye.. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan untuk hambaNya.. :)

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...