pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Sunday, May 13, 2012

Iman Yang Dirindu......

ASSALAMMUALAIKUM
Selamat hujung minggu dan salam sejahtera....
Sebenarnya, DRC bukan taknak buat entry baru lepas je post cerpen tu.. Tapi DRC kekeringan idea lah.... Bila jengah blog2 kawan2, ramainya yang post pasal hari ibu.... 
Tapi post DRC kali ni mungkin lain sikit.. Hari ibu nanti DRC cerita kat bawah,,, 
tapi sebelum tu, jom tengok video bawah nih...



Ok, video tu adalah video kenangan DRC dengan anak asuhan Mama DRC, Iman dan Fahmi... Teletah dan kepetahannya sebenarnya...... Membuatkan DRC rindu sangat kat diorang..
Iman dan Fahmie ni adalah anak jiran DRC, sekarang ni diorang dah pindah ke Terengganu...
Iman dan Fahmi..... Hurmmm... Lincahkan diorang dalam video ni??
Umur baru je 4 tahun lebih... Tapi petahnya mengalahkan budak dah tadika...
Cuba tengok video yang kat bawah ni pulak :


Ehemm..EHemm.. Suara DRC sakit time video nih..huhuh... Takde laa,, DRC kena buat suara kecil masa nak melayan Iman nih... Iman dan Fahmi adalah anak yatim, kerana ibunya telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya ketika mahu pulang ke kem latihan di Terengganu.. Selepas kejadian tahun lalu, Iman dan Fahmi dijaga oleh ayahnya, dan ketika ayahnya kerja Mama DRC yang jaga Iman dan Fahmie... Diorang memang dah seakan faham rutin harian.. Hari ni kat rumah DRC, esok balik rumah ayah dia... Lusa pulak datang balik ke rumah DRC.. Sebab jadual kerja ayahnya memang macam tu....


Sepanjang Iman dan Fahmi ada kat rumah, rumah tak pernah sunyi... Sentiasa ada kerja dan riuh dengan suara diorang... DRC pulak bila cuti semester, ada je yang nak teman DRC keluar, iaitu Iman.. Dialah yang temankan DRC pergi balik kampung, amik atok, hantar atok pergi hospital ke apa2 dan ke mana sahaja... Yang bestnya, Iman ni cekap IQnya.. Mudah ingat jalan... DRC yang lupa2 jalan kat kampung sendiri pun, Iman ingatkan.. Dia tahu, jalan nak balik terengganu... Nak pergi Muar... Pergi rumah Faiz (kawan dia), jalan rumah atok dia... Walaupun dia tak tau nama jalan, tapi arah jalan dia tetap ingat.... Yang seronok dan bangganya, Fahmi yang usia 2 tahun lebih dah lancar baca al-fatihah.. Dan sedekahkan al-fatihah pada arwah ibunya... :(
Kalaulah ibu dia tahu, mesti terharu....humm..


DRC nak selitkan pasal hari ibu pulak,,, agaknya bila Iman dah besar nanti...... Apakah hari ibu dia akan tahu keadaan semasa dia kecil? Adakah dia tahu kejadian yang menimpa arwah ibu dia? Macam mana perasaan dia bila hari ibu, atau hari lahir ibu dia? Hummmm...
Sebenarnya, Iman ni macam DRC... Pernah kehilangan orang yang tersayang yang dipanggil Ibu... Memang sepanjang kekosongan jawatan ibu itu janggal dan perit rasanya.. dan kehilangan itu sangat terkesan sampai bila-bila.....


Tak perlu sambut hari ibu kalau kita hanya tunjukkan kasih sayang dan cinta kita hanya satu hari dalam setahun.. Tak perlu hadiah yang mahal dan berjenama kalai kita hanya beri satu kali dalam setahun.... Tak perlu semua itu....


Kalau kita benar-benar sayang dan cinta pada ibu kita, doakanlah mereka selepas setiap kali kita solat...
DRC yakin, inilah hadiah yang kekal... Walaupun ibu kita ada atau telah tiada, inilah hadiah yang akan sampai ke sana... Hadiah yang kekal dan paling disukai.... <3

DRC yakin, Iman dan Fahmi akan lebih matang dan memahami erti kehidupan apabila diorang dewasa... Semoga Iman dan Fahmi akan menjadi anak yang soleh, yang tidak lupakan untuk berdoa kepada ibunya dan berbakti kepada ayahnya.... 

DRC pun kena ingatkan diri DRC jugak.. Supaya menjadi anak yang soleh, berbakti pada ibu bapa, menghormati mereka dan mengasihi mereka....

DRC psssttt : Serius! Rindu pada Iman dan Fahmi bila dah habis study, fulltime dok rumah, memang teringatlah kat diorang... Kalau waktu petang macam nih, memang pergi jogging, main tarian si tommy.... Hummm... Semoga Iman dan Fahmi jadi boboboi yang terrrbaeeekkk~ :)

1 comment:

Aliff Haikal said...

sedihnya cerita iman dah fahmi . inalillah kat ibu mereka :"(

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...