pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Monday, May 7, 2012

CERPEN | Sujud Subuhku #1- KhairoolAriffinMusa

ASSALAMMUALAIKUM
DRC dah lama tak post sesuatu yang boleh dikongsi bahan sastera DRC..
Cerpen ni DRC buat masa 2008, kalau siapa sudi share, silakan.. 
Tapi ini adalah hak cipta terpelihara dan pulihara DRC. Harap menghormatinya...
Jom layan...

Terasa dingin bila menekapkan mata di air paip itu waktu subuh. Hari yang penuh bermakna buat Amani Nur Nadirah, yang bakal diijabkabulkan pada hari ini. Dilihatnya, periuk belangga dan bahan masakan tesusun rapi di dapur rumah orang tuanya. Dia menegur saudara kembarnya, Aiman Mohd Nazim yang baru sahaja bangkit dari lelapan mata.

            “Hai, Abang Man. Lambat bangun hari ini?”Kata Amani memecah kesunyian subuh. Aiman tidak menghiraukan saudara kembarnya lalu terus ke bilik air untuk mandi dan mengambil air wuduk bahkan dia tahu saudara kembarnya itu selalu memerlinya.

            Kali ini Amani begitu girang sekali. Senyuman yang diukirnya tak mungkin tercela. Girang hatinya yang bakal disatukan sendiri oleh bapanya dengan insan yang dicintai. Walaupun pengajiannya di UUM belum tamat, ajal, maut, jodoh hanya di tangan Tuhan. Jodohnya sampai dahulu berbanding dengan abang kembarnya yang bakal menghabiskan pengajiannya di UIAM dalam jurusan syariah.

            Aiman melangkah kaki keluar dari bilik air dengan wajah yang kepucatan dan tidak bermaya. Aiman terus ke kamarnya untuk menyalin pakaian dan menunaikan solat subuh. Kain sejadah pemberian Amani ketika ke luar negara dibentangnya. Songkok usang yang dibelinya sendiri cuba dimuatkan di kepalanya walaupun agak ketat. Takbir Allhuakhbar dimulai tanda kekuasaan Allah s.w.t. Surah al-Fatihah kedengaran diselang-seli dengan kegeruan batuk Aiman yang makin parau. Doa qunut selesai dibaca, lantas Aiman terus sujud.
“Kring..!! Kring…!!”Deringan telefon bimbit Aiman di ruang tamu.
            “Helo, Assalmmualaikum,”kata Amani menyambut telefon itu.
          “Waalaikummussalam. Boleh saya bercakap dengan Aiman?”Tanya si pemanggil.
            “Sebantar, ya. Saya panggilkan Aiman,”jawab Amani.
Amani meluru mendapatkan emaknya yang berada di dapur.
            “Mak, Abang Aiman mana?”Tanya Amani.  
            “Dalam biliknya. Tadi mak nampak dia tengah solat,”jawab emaknya.
Amani terus melangkah kaki laju menuju ke kamar abangnya itu. Dilihatnya Aiman sedang sujud. Mungkin sujud terakhir dalam solatnya. Desis hati Amani. Tetapi apabila terlalu lama menunggu, Amani hairan dan pemanggil itu tertunggu- tunggu untuk berbicara dengan Aiman.
            “Maaf, encik. Nanti saya suruh Aiman call encik kemudian,”kata Amani kepada pemanggil.
            “Baiklah…tapi, boleh saya tahu kenapa?”Tanya pemanggil itu yang masih lagi tidak memberitahu siapa dirinya.
            “Sebenarnya… Aiman sedang solat tetapi dia masih tidak bangun dari sujudnya,”jawab Amani.
            “Apa?! Sudah berapa lama dia begitu?”Tanya pemanggil, terkejut.
            “Hampir 4 minit. Kenapa?”kata Amani, keliru.
            “Baik awak angkat dia dan telefon ambulans. Mungkin Aiman pengsan. Saya akan datang ke rumah awak dengan segera,”kata pemanggil itu dengan cemas.
           
            Amani mengejutkan Aiman tetapi Aiman tidak sedarkan diri, kaku dan melelapkan mata. Mungkin pengsan tetapi Aiman tidak bernafas lagi! Amani terus menjerit dan memanggil emak dan ayahnya. Ambulans tiba 10 minit kemudian diikuti pemanggil tadi yang merupakan doktor Aiman. Aiman dikejarkan ke Hospital Tangkak. Kampung Padang Lalang gempar dengan kejadian itu.

            Amani tidak sampai hati melihat saudara kembarnya kini disahkan telah  meninggal dunia. Hari yang bahagia kini bertukar suram. Tangisan dan air mata membasahi tiap pipi manusia yang berada di sisi Aiman. Majlis pernikahan Amani yang akan berlangsung selepas Zohor terpaksa diteruskan walaupun air mata menemani mereka yang meratapi pemergian Aiman.

              “Doktor, sebenarnya abang saya sakit apa?”Tanya Amani kepada doktor yang merupakan pemanggil tadi.
              “Aiman telah lama menghidapi sakit paru-paru berair. Dia meminta saya untuk merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan sesiapa tetapi dia berjanji akan memberitahu kepada keluarganya,”jawab Doktor Azri.

Amani dan emaknya hanya menatap wajah Aiman dengan penuh kekesalan. Aiman seorang yang peramah dan juga perahsia. Dia sangat baik hati dan bertimbang rasa. Ingat lagi sewaktu Aiman dan Amani kecil. Dia sanggup dimarahi oleh Pak Mail kerana memetik buah jambu untuk Amani. Aiman begitu penyayang.

              Jenazah Aiman dibawa ke rumahnya selepas dimandi dan dikafankan di Hospital Tangkak. Diusung oleh warga kampung dan juga orang yang datang untuk bergotong-royong di majlis pernikahan Amani. Jenazah Aiman dibawa masuk ke dalam dan dibaringkan betul-betul dihadapan pelamin yang indah buat Amani. Pelamin itu diilhamkan sendiri oleh Aiman untuk adiknya yang tersayang. Kesedihan menyelubungi setiap sudut rumah Pak Gani. Ternyata walaupun keceriaan pelamin itu tetap ada ia seakan turut sama menangisi pemergian Arwah Aiman yang begitu prihatin dengan majlis adiknya kembarnya.

          
Tiap manusia tidak akan kekal buat selama-lamanya. Kita juga harus tabah untuk semua ketentuan Allah s.w.t. Bagi sahabat-handai dan saudara mara yang ingin membuat penghormatan terakhir, amatlah dialukan. Ada yang tidak dapat menerima pemergian Aiman kerana Aiman kelihatan sihat sebelum ini dan Aiman tidak pernah menunjukkan sakit yang dialami. Setiap manusia yang menatap wajah Aiman yang bersih, dan tiada kelihatan kedut keruh di mukanya. Wajahnya seperti dipenuhi nur yang bersinar-sinar.

              Upacara sembahyang jenazah perlu disempurnakan dengan segera kerana majlis Amani akan berlangsung selepas Zohor memandangkan bakal pengantin lelaki telah sampai di rumah persinggahannya. Pengantin lelaki, Mohd Haris juga turut menyempurnakan upacara solat jenazah itu bagi menghormati Aiman yang juga sahabatnya. Jenazah Aiman terus dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tangkak yang agak jauh dari rumahnya. Haris turut sama. Baginya, ini adalah lebih penting dari majlisnya yang boleh ditangguh lagi.

           
Selepas dikebumikan, Ayah Aiman terduduk tidak dapat menahan sebak melihat anak kesayangannya kini ditimbus oleh tanah. Amani juga begitu. Dia memeluk emaknya yang hampir rebah. Walaupun ada adik beradik yang lain, tetapi mereka masih lagi kecil dan tidak memahami apa-apa. Amani seakan tidak percaya bahawa hari yang penuh bahagia akan bertukar kepada yang mendukacitakan. Jika diikutkan hati, majlis perkahwinannya ini mahu saja dibatalkan tetapi bila difikirkan kembali inilah harapan dan usaha Aiman yang mahu melihat adiknya bahagia dan sejahtera.  Mereka meninggalkan tanah perkuburan itu dengan penuh kesedihan dan kesayuan selepas menyiram air mawar di atas pusara Aiman.

            Majlis pernikahan antara Amani dengan Haris tetap dijalankan walaupun kesedihan tetap dirasai oleh seluruh manusia yang berada di situ. Amani mengenakan pakaian pengantin yang begitu indah tetapi hanyalah dilatari dengan air mata yang begitu sedih mengenangkan ajal saudara kembarnya yang begitu akrab dengannya.

            “Amani, sabar ya nak. Ini semua dugaan Allah yang mahu menguji iman hambaNya,”kata emaknya, mententeramkan keadaan Amani.
            “Yelah kakak ni. Kalau Abang Man ada lagi dan tengok kakak menangis dengan baju pengantin ni mesti dia kecewa dengan kakak,”kata adik perempuan Amani, Amirah.
            “Amani harus kuat. Walaupun dugaan yang Allah timpa ini begitu besar  dan begitu besar pahalanya sekiranya kita reda dan terima semua ini sebagai takdir,”nasihat  mak andam yang turut bersimpati dengan Amani.

                Pengantin lelaki tiba di rumah buat kali kedua bagi menyempurnakan majlis akad nikah pula. Haris segak bergaya dengan busana yang dipilihnya. Haris cekal walaupun rakannya, Aiman tiada disisinya. Aiman telah berjanji akan menjadi pengapit Haris sewaktu bernikah dan bersanding nanti tapi apalah daya Allah menentukan. Bapa Amani siap sedia untuk menikahkan sendiri Amani dengan Haris. Haris kelihatan cuak bercampur sedih . Encik Ghani kelihatan gugup untuk mewalikan anak perempuannya.

[BERSAMBUNG]

DRC pssssttt : Haa.. Nak tau apa yang bakal terjadi, ikuti sambungannya dalam episod yang kedua di entry yang akan datang.... Selamat membaca... =) Jangan lupa beri komen untuk perbaiki mutu penulisan DRC yea... TERIMA KASIH

6 comments:

Unknown said...

sedih.. best jalan cite. bila nak sambung ni?

Anonymous said...

tragik, dramatik, teruskan cerpennya ya.

Anonymous said...

di hari bahagia, insan disayang pergi buat selamanya.. sedih.... @_@

Jenny Pa-un said...

sedih nye huhuhu :'(

ctk said...

sedih betoil...nti nk smbung ulngthun, mesti teringtkn abgnyer..huhu


p/s: DRC, ct xdpt nk tgglkn link kt situ..sbb loading lme...line xbrape kuat...sori ye
dan sje je menyepi lme...
masih sedih lg , nk wt entri pon xder mood..hehe

cara pemesanan trica jus said...

subhanallah....

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...