pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Thursday, March 22, 2012

SYRIA : Air Mataku Bersamamu #3

ASSALAMMUALAIKUM
Salam sejahtera semua...
Hari ni DRC nak berkongsi satu video yang DRC khas buat sempena
Himpunan Aman Syria tempo hari...
JOM TENGOK :


Puisi : Air Mataku Bersamamu, Syria 
ni DRC tulis khas sempena pertama kali DRC sertai perhimpunan seperti ini..
Siapa boleh terjemahkan puisi ni silakan terjemahkan kepad DRC yer...


AIR MATAKU BERSAMAMU, SYRIA


Hilang dalam terang,
Sesat dalam lapang,
Jiwaku yang semakin kosong,
sepi tanpa sebarang isi...

Lantas mencari setitis ilmu untuk bekalan,
sedikit pencerahan walaupun hanya sebentar,
lantas hatiku terdetik, apa yang sedang terjadi?



Lantaran aku cuba menyelami

Tika diriku disesakkan dengan jiwa-jiwa yang mahu merdeka direalisasi..
Seakan tidak percaya bahawa aku didalam lautan jiwa itu..
Menyuarakan isi hati...
Sambil air mata tetap bersamamu...



Walaupun sedikit usaha ku,,

Aku yakin ada ganjaran dari Allah menanti...
Walau hanya titisan tangisan simpati..

Jika di sana dihujani peluru,
Di sini kontang dengan perjuangan,
Di sana dibanjiri darah,
Tapi hanya
Air Mataku Bersamamu,

Baru kini aku tersedar dari lena...
Rupanya selama ini aku dibuai mimpi indah..
Oleh mereka yang cuba menutupi realiti….
Demi kepentingan diri..
Sedang satu kepercayaan telah dikhianati..

Lenaku sehingga aku lupa tentang mereka di sana..
Hingga sedarku mematahkan segala sangsi..
Jika usahaku hanya sekecil cuma...
Inilah jalan tarbiah bagi diriku yang selalu lupa..

Tika mereka disana sesak mencari peluang untuk hidup..
Aku di sini sesak mencari ruang untuk membantu...
Selagi mana ada kudrat...
Walau setitis air mata...
Aku akan tetap bersamamu...



Biar air mataku terus mengalir kerananya...

Walau ia tak mampu mengubah dunia..
Tapi ia mampu mengubah diriku...

Aku akan terus menangis keranaya...
Daripada aku gegak gempita dengan kemewahan, 
kesenangan..
keduniaan..




Dan aku pasti  akan terus menangis..
Jika aku tak mampu berperang...
Aku akan bantu dengan doa..
Moga Allah membantu segala perjalanan...
Sesungguhnya Dia Maha Mengasihani…

Oleh : Khairool Ariffin Musa


DRC pssssttt : dah lama tak buat puisi nih... harap-harap sampai lah mesej yang DRC luahkan dalam puisi biasa2 nie.... InsyaAllah.. Kita doakan bumi yang sudah tua ini terus dilimpahi cahaya nur Islam... Aamiin... :) ok, untuk pengetahuan semua, 29hb ni DRC akan ke Shah Alam untuk satu majlis.. doakan semua urusan dipermudahkan ye... 

5 comments:

Ckin Kembaq said...

tak faham tulisan ni...senget sangat.. ^_^

p/s : harap boleh tukar...boleh?... request ni.... ^_^

suzie rahman said...

salam drc, puisinya bgus. mndalam mksd nyer. mnusuk ke dlm jiwa. :)

Anonymous said...

wah, bagus puisinya, banyak air mata yang tertumpah ya, moga terus istiqomah ;)

ch000tz said...

mudahan Allah lindungi segalanya ....

permata hatiku said...

wah...bagus la puisi ni DRC..semoga Allah S.W.T. melindungi dan meredhai kita.Aminn..

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...