pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Thursday, October 20, 2011

Kau Sahabat Kau Teman - Bingkisan buat Sahabat-

Assalammualaikum...... 




DRC terpaksa buat entry waktu tengah malam ni (12.40am) sebab nak zahirkan rasa simpati dan sedih buat seorang sahabat yang DRC kenal yang telah pergi buat selamanya pagi tadi.....


Betapa rasa sedihnya DRC bila berita kehilangannya itu baru diketahui jam 9 malam tadi... :-(
Sungguh terasa.......!
DRC kecewa dengan diri sendiri kerana dah lama tak hubungi sahabat tu... Nak hubungi macam mana nya pun, FB dia tak selalu buka, DRC plak da deativated account...hurmm.. Tak pelah,,, salah DRC jugak sebab tak ziarah dia yang sakit, bukan dia yang ziarah DRC... DRC BERSALAH!!!...


DRC bersalah sangat... Bila dapat tau sahabat tu pergi selamanya dalam keadaan yang masih tidak sihat dari sakitnya...... Terasa dalam hati bahawa DRC memang seorang kawan yang terOOK!! Tak melawat sahabat yang sakit... Tak ziarah mereka yang memerlukan.... Kenapalah dengan DRC ni..!!


Namun, apa yang DRC boleh cakap, DRC gembira berkenalan dengan arwah.... DRC sangat gembira.. Sepanjang perkenalan, memang seronok dan dia betul-betul seorang kawan yang ringan tulang dan rajin membantu....


DRC kenal dengan arwah pada semester ke2.. Dan ketika itu arwah dah sakit dah... Apa yang boleh dilakukan hanyalah berubat dan berdoa.. Namun tarikh semalam mengejutkan DRC dengan pemergian arwah.....


Ya Allah, abadikan sahabatku dalam rahmatMu...
Ya Allah, limapahi kemudahan dalam azab buat sahabatku...
Ya Allah, sayangilah sahabatku seperti KekasihMu...
Ya Allah, tempatkan sahabatku dalam innayahMu..
Ya Allah, jagalah sahabatku di alam sana...
Ya Allah, titipkan segala memori bersamanya dalam ingatanku.......





Sahabat, tak mampu kuhadiahkanmu dengan wang berjuta,,
Sahabat, tak mampu kugantikan bintang menjadi bulan,
Sahabat, tak mampu kuhadapi hidup tanpa bimbingan...
Sahabat, hanya kumampu menghadiahkan sebuah ingatan yang tulus ikhlas
dari hati, biar ada yang mengerti...

Sama-sama kita hayati nasyid dari kumpulan Hijjaz - Kau Sahabat, Kau Teman...

....AL-FATIHAH....




DRC pssssstt : Bilamana diri kita sebagai manusia yang alpa, bila didepan kita tak nampak, bila tiada kita teringat, bila didepan tak dihargai, bila tiada baru mencari.... Ya Allah, Ampunkan segala dosa-dosaku pada arwah.... Ampunkan segala dosa-dosanya.. Sesungguhnya Kau Maha Pengampun dan Maha Penyayang...

6 comments:

CikHoneyBee said...

sbr ya DRC. Allah lebih syg kn arwah. Al-fatihah buah arwah. semoga roh nye ditempatkan dlm golongan yg beriman

Sweet Pea said...

Jika benar sayangkan sahabat...sedekah kan lah surah alftihah n yasin pada dia untuk disana....:)

afzalsukasuki said...

Innalillahi wainnailaihi rojiun. Harapnya DRC tabah menghadapinya, semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh insyaAllah. Al-Fatihah

ctk said...

huhuhu...berat mte memandg, berat lg bahu memikul...sabar ye DRC...tuhan sygkan dia, izinkanlah dia pergi, xmO nangis2, nti dia gak seksa..dOalah tuk dia selalu..semOga dia tenang disana :)

#takziah buat kluarganye

Unknown said...

Al Fatihah

hyz said...

sabo k..... al-fatihah..

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...