Setiap yang berlaku ada hikmahnya... Setiap permulaan ada pengakhirannya... Setiap perjumpaan ada perpisahannya....
Itulah yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta untuk sekalian makhluk...
Pertemuan yang tidak disangka berlaku diantara Puan Kutu dan Tengku Puteri akhirnya terpaksa berpisah. Perlayaran Tengku Puteri yang hanya bersinggahan sementara di Kota Kayangan. Puan Kutu terpaksa merelakan perlayaran Tengku Puteri yang harus mengikut perlayaran Ayahandanya.... Ikatan persahabatan yang baru terjalin, terpaksa berhenti dipertengahan jalan..
Namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berhubung dan kekal bersama. Sepanjang perlayaran, Tengku Puteri sedih dan tidak mendapat selera makan kerana terlalu terkenangkan Puan Kutu.
Bukan apa, Puan Kutu terlalu baik buatnya. Puan Kutu telah membantu Tengku Puteri ketika digaanggu oleh mat-mat lepak di sebuah kawasan perumahan. Jadi, Tengku Puteri terhutang budi dengan Puan Kutu.
Di Kota Kayangan pula, Puan Kutu meneruskan kehidupan dan rutinnya sebagai seorang pembuat roti. Walaupun di dalam hatinya terpalit rasa sedih, Puan Kutu harus meneruskan kehidupannya. Kerana percaya dengan takdir, Puan Kutu yakin bahawa dia pasti akan berjumpa kembali dengan sahabatnya itu.
Ketika asyik mengguli roti, Puan Kutu didatangai oleh seorang budak yang bernama Budak Ceria.
Budak Ceria : Puan Kutu, nampak muram durjana. Ada tidak kena agaknya?
Puan Kutu : Hurmm... Entahlah... Agak kesunyian apabila tidak berteman... Teman baru telah pergi.. Teman yang ada entah kemana...
Budak Ceria : Lumrah alam... Jangan dikenang peristiwa lalu... Hiduplah seceria seperti Budak Ceria ini.. Walaupun menghadapi masalah tapi hadapinya dengan kesabaran dan ketabahan, pasti ada ganjaran menanti.
Puan Kutu terdiam dan memikirkan apa yang telah dikatakan oleh si Budak Ceria.
Budak Ceria : Oh, ya.! Sebelum terlupa, ini ada kiriman dari seseorang buat Puan Kutu... Katanya mustahak dan privasi...
Budak Ceria menghulurkan sesuatu kepada Puan Kutu. Puan Kutu menyambut dan mengambilnya sambil dibalasi dengan senyuman yang menguntum..
Budak Ceria : Ha.... Senyum sebegitu barulah ceria. Kalau kita senyum, dapat pahala, dapat menyejukkan hati orang lain, dan yang paling penting awet muda.....
Tidak sempat mengucapkan terima kasih, Budak Ceria terus menghilangkan diri selepas menghantar kiriman misteri tersebut. Terus Puan Kutu membuka kiriman tersebut.. Alangkah terkejutnya....
Puan Kutu terkejut kerana inilah yang dinantikan.. Kiriman yang teragung buat dirinya oleh seorang sahabat. Warkah dari Tengku Puteri khas untuk dirinya sahaja.. Setelah baca warkah tersebut, berlari Puan Kutu dengan penuh kegembiraan. Di hatinya berbunga seperti baru lepas disiram air yang jernih, salji mencurahi bumi dengan suasana yang sungguh indah..! Lantas Puan Kutu mengakses akaun Facebooknya untuk menambah Tengku Puteri sebagai rakan. Dengan harapan Tengku Puteri masih mengingatinya..
Seminggu berlalu, Puan Kutu mengakses kembali akaun Facebooknya. Tiada notis yang dikeluarkan untuk mengetahui Tengku Puteri telah menerima permintaannya sebagai rakan. Puan Kutu agak kecewa, namun hatinya masih berbunga kerana didalam benaknya, pasti Tengku Puteri sibuk dengan urusan Istana Cintanya.
Sebulan, dua bulan, sehinggalah enam bulan dan hampir setahun penantian Puan Kutu tidak berganjak dan akaun Facebook Tengku Puteri ternyata menjadi tatapan walaupun tidak menjadi rakan lagi. Kesetiaan Puan Kutu terhadap sebuah nilai persahabatan tenyata jauh lebih bermakna jika dibandingkan dengan mutiara di lautan. Namun kini, Puan Kutu jarang mengakses akaun Facebooknya kerana Puan Kutu sibuk dengan urusan persandingannya dengan jejaka idamannya. Persandingan yang gilang-gemilang bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun hatinya masih rumit. Terdetik di hatinya, "Alangkah indahnya hari persandingan itu aku mampu bertemu kembali dengan Tengku Puteri". Persiapan telah dibuat. Perancangan rapi telah diaturkan. Hanya tinggal menunggu hari dan detik bersejarah sahaja Puan Kutu dan jejaka idaman akan bersatu.
Tiba di hari yang ditunggu-tunggu. Puan Kutu cantik mengenakan busana indah persis Puteri di Taman 'Snow White'. Jejaka idaman pula segak bergaya menampakkan lagi ketampanannya. Mulut Puan Kutu tidak berhenti berdoa agar keajaiban berlaku iaitu munculnya Tengku Puteri dimajlis yang bersejarah buat dirinya.
Tetamu datang, tetamu pergi silih berganti. Orang yang dinanti tidak memunculkan diri. Apakah ini sebuah pengakhiran kepada sebuah persahabatan? Bisik hati Puan Kutu. Jejaka idamannya menenangkan diri Puan Kutu yang tidak keruan.
Tiba-tiba, dari sudut jauh di perlabuhan terdengar suara riuh-rendah. Mengalahkan majlis Puan Kutu. Jauh di sana kelihatan sebuah kapal besar sangat indah dekorasinya dan dituruni oleh anak-anak kapal mengiringi sepasang suami-isteri yang cukup cantik dan kacak. Pasangan itu terus menhadap pasangan yang dirai pada hari itu iaitu Puan Kutu dan jejakanya. Alangkah terperanjatnya Puan Kutu bahawa pasangan itu adalah Tengku Puteri dan putera hatinya! Kehadiran Tengku Puteri adalah untuk berkongsi kegembiraan hari bersejarahnya bersama Puan Kutu. Kebetulan, hari bersejarah Puan Kutu dan Tengku Puteri adalah sama tarikhnya dan pasangan mereka adalah pasangan yang bersaudara.! Puan Kutu terharu dengan kehadiran Tengku Puteri. Dan ternyata penantian yang selama ini dibalas dengan sebuah hadiah yang cukup bermakna buat dirinya selama-lamanya.
Benarlah kata si Budak Ceria, "Masalah yang dihadapi harus dihadapi dengan kesabaran dan ketabahan kerana disitu pasti akan ada ganjaran yang menanti."
DRC psssstt : Itulah saja Cerita Dogeng dari DRC untuk Puan Kutu dan Tengku Puteri. Sorry la kalau mengarut ntah apa-apa yerk... TQ ^_^
“Contest ini adalah anjuran Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net”
9 comments:
welldone DRC.hehe sedih pulak cerita dongengnya.tp hepy ending kan..tq sudi meriahkan susana n gudluck tau!
sedih ker...?huhu... idea x masuk2 lagi. puas diperah.. tp inilah hasilnya...hehehe
DRc- tima kasih memeriahkan suasana...gud luck DRc...heee...sedih ye puan kutu? hee
boley tahan gak.. tapi macam belit2 sikit ayat.. keh3... gud luck key...
alamaaakk.... komen yg membina dari anda semua... tq3x... ada rezeki... insyaAllah...
amboi...khayangan gituuu....xley bla add fb..haha
halaaaa... zaman skg da modern...
cerita menarik~ good luck!
thanks...hehehee..... InsyaAllah, ada rezeki... >.<
Post a Comment