DRC memang ada masalah berat badan sejak umur 15 tahun hingga kini.. bayangkan pada umur 15 tahun berat DRC hanya boleh capai 38kg, umur 17 tahun baru 45kg.. Bila masuk PLKN barulah dapat 50kg saaaaampaaaiii la sekarang.. tu pun jemuh makan nasi banyak2.. tapi tak naik2 jugak.. Tak pe.. kat bawah ni ada artikel yg DRC ambil dari sebuah blog kesihatan.. Mungkin boleh jadikan panduan..! jom BACA...
Meskipun masalah kesihatan utama yang dihadapi penduduk Malaysia adalah obesiti, namun terdapat juga segelintir individu yang mempunyai impian untuk menambahkan berat badan. Individu yang dimaksudkan ini adalah mereka yang seringkali digelar sebagai “kurus kering”, “keding” dan sebagainya.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh WebMD, individu yang mempunyai berat badan yang kurang normal, akan mengalami masalah seperti berikut:
- Mudah jatuh sakit.
- Mempunyai masalah hormon.
- Osteoporosis.
Menurut satu sumber yang didapati di Amerika Syarikat, terdapat beberapa faktor utama kenapa golongan si kurus ini mengalami masalah berat badan. Antaranya adalah:
- Tekanan dalam hidup.
- Masalah pemakanan.
- Kadar metabolisme yang tinggi.
- Keturunan.
Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mengetahui cara yang terbaik, bagi menghindari masalah ini. Langkah pertama yang boleh kita lakukan, adalah berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui kadar BMI (Body Mass Index).
BMI adalah kiraan tinggi dan berat badan, bagi mengetahui kadar lemak dalam badan kita. Setiap individu mempunyai BMI yang berbeza, bergantung pada umur dan jantina mereka. Menurut pakar kesihatan, kadar BMI yang ideal berada dalam sekitar 20 dan 25.
Jika kurang daripada angka ini, maka kita dikategorikan sebagai individu yang mempunyai masalah berat badan yang tidak ideal, atau lebih dikenali sebagai ‘kurus kering’.
Bagi yang menghadapi situasi ini, terdapat 3 cara untuk menaikkan berat badan dengan berkesan. Antaranya adalah:
Mempunyai jadual makan yang konsisten dapat membantu kita untuk meningkatkan berat badan. Kita juga tidak disarankan untuk tidak mengambil sarapan pagi dan makan tengahari. Ini kerana kedua-dua waktu ini adalah waktu untuk menambahkan kembali tenaga kita, untuk melakukan kerja harian.
Menurut Marcia Pope, penulis Yahoo! Associated Content, kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan segera, seperti McDonalds, KFC dan juga snek-snek. Kedua-dua jenis makanan ini adalahmakanan yang tidak sihat, untuk tubuh badan kita.
Mengikut kajian pakar kesihatan True Fitness, berat badan kita akan mudah naik, jika kita meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi. Bagi golongan remaja dan ke atas, pengambilan kalori yang ideal adalah sekitar 2,000 hingga 2,200 setiap hari.
Pengambilan kacang seperti walnut, pecans dan almonds dapat membantu untuk meningkatkan berat badan kita. Ini kerana kajian Global Healing Center mendapati, jumlah lemak monounsaturated adalah baik untuk badan kita.
Bagi kalian yang menghadapi masalah kurang selesa dengan berat badan akibat faktor kurus kering, maka saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu. Perkara yang paling diutamakan adalah konsistensi kita, dalam mengambil makanan yang sihat dan mempunyai jumlah kalori yang ideal.
Kita juga harus elakkan daripada mengambil makanan yang membahayakan tubuh badan kita, seperti KFC dan McDonalds. Pendapat orang tentang makanan seperti ini dapat membantu meningkatkan berat badan, adalah tidak benar.
2 comments:
salah satu cara untuk naikkan berat badan, kita kena pastikan pengambilan kalori melebihi daripada penggunaan.
i) makan 6 kali sehari. 3 kali makan nasi, 3 kali lagi makanan biasa seperti roti atau ringan.
ii) makan banyak karbohidrat dan bukan lemak
iii) lakukan senaman harian
saya pernah cuba dan berat saya pernah naik dari 52kg ke 64kg. ^^
sekarang dah turun balik ke 54kg sebab nak dapatkan berat yang sesuai.
thanks @Radin87.... actually sy msuk PLKN dulu...mmg makan 6X sehari.. complete x prnah tggal... tp apa pun sy nk cuba naikkan lg brat sy... thanks advice.. >.<
Post a Comment