Hujan oh Hujan kenapa engkau turun...?
Macam mana aku tak turun katak panggil aku...
Katak oh katak kenapa engkau panggil hujan....?
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku.....
Ular oh ular kenapa kau nak makan katak...?
Macam mana aku tak makan perut aku lapar.....
Musim hujan dan peperiksaan yang berlaku serentak seaakan membantutkan lagi semangat yang berkobar-kobar dalam kalangan mahasiswa. namun hujan rahmat dari Allah s.w.t ini BUKAN kerana dipanggil oleh katak atau kodok tetapi diturunkan bagi membangkitkan lagi semangat mahasiswa untuk tidak lena di buai mimpi indah dalam mengharungi peperiksaan akhir semester...hehe.. walaupun DRC pun tertidur jugak kadang-kadang yerk...hehehe... tapi harus kita berfikiran positif terhadap apa yang dilakukan olehNya kerana pasti ada hikmah disebalik kejadian...
Seperti dalam lagu di atas, pada akhir baris saya menukarkan liriknya daripada "macam mana aku tak makan memang makanan aku" kepada "macam mana aku tak makan perut aku lapar" adalah bertujuan untuk menggambarkan suasana di kala hujan. Ya.! perut siapa yg tidak lapar sewaktu musim hujan. sebab itu jika kita imbas kembali cerita donggeng kartun semut. yang mana semut yg rajin mencari makanan sebelum turunnya musim hujan. dan ketika musim hujan semut tidak perlu keluar dari sarang untuk mencari makanan kerana bekalannya mencukupi. jelas menunjukkan hikmah disebalik turunnya hujan sewaktu musim peperiksaan adalah untuk membantu para mahasiswa untuk mencukupkan bekalan ilmu sebelum berperang di dewan peperiksaan. bayangkan jika cuaca elok, panas terik, redup... pasti pelbagai aktiviti yang kita akan lakukan dalam musim peperiksaan sehingga pengabaikan persediaan peperiksaan seperti melepak di pasar raya dan sebagainya.
Malahan, jika kita imbas kembali beberapa tempat di utara tanah air telah dilanda banjir malah angin ribut (puting beliung) melanda. ini jelas membuktikan bahawa kuasa Allah s.w.t itu tiada tolok bandingnya. malah kejadian itu sendiri mempunyai mesej yang ingin disampaikan oleh Maha Pencipta. wallahu alam...
Ingatlah hujan itu bukan penghalang, hujan juga bukan pemisah. hujan juga bukan dari panggilan katak, hujan juga bukan dari suara yang sumbang menyanyikan lagu, tetapi setiap titisan hujan itu adalah rahmat dari Allah s.w.t yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana...........
No comments:
Post a Comment