Menyingkap kembali sisi gelap zaman sekolah, pada tahun 2008, bertarikh 7 September satu jawatan terpenting terpaksa dilepaskan pada saat-saat akhir tamat persekolahan. Jawatan atau tanggungjawab yg begitu besar, yang begitu berat. Menyandang selama 10 bulan, tapi akhirnya terpaksa dilepaskan gara-gara kesilapan sendiri. Setahun kemudian, 7 September 2009 pula menyaksikan tanggungjawab yang diberi untuk menegndalikan kelab. Hm.. cabaran atau dugaan? Tanggungjawab??
Bercerita pula tanggungjawab sebagai anak. Memegang amanat Ayahanda untuk tidak memegang mana-mana portfolio atau jawatan di kolej. Memang berat amanat itu. Tapi alhamdullah sepanjang 3 bulan tiada lagi. Namun tarikh 7 September begitu menrentap jiwa. Selepas setahun melepaskan jawatan besar, datang pula jawatan lain yang lagi mencabar. Haruskah menerima tanggungjawab tersebut sedangkan amanat pada Ayahanda terpaksa dinodai??! Tak sanggup untuk menjadi anak durhaka, amanat yang diberikan seboleh-boleh nak disemat dalam kalbu. Namun, tanggungjawab yang baru ini harus diketepikan? Jika diketepikan ada yang berkata SELFISH pula. Musykil... Musykil... Satu rintangan yang perlu dihadapi dipertengahan Ramadan ini..
No comments:
Post a Comment