pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Friday, February 8, 2013

Bengkel Penulisan Kotemporari...

ASSALAMMUALAIKUM

Baru-baru ini DRC sempat mengikuti program Bengkel Penulisan Kotemporari anjuran Telaga Biru Training & Consultancy...
Banyak input yang sangat berguna untuk DRC dalam mengaplikasi penulisan dalam blog, mahupun cerpen DRC... insyaAllah...

Pertama kali DRC join bengkel penulisan secara formal macam ini.. DRC tak pasti kalau DRC pernah join mana-mana bengkel penulisan sebelum ni,. 
DRC sangat berbesar hati bila dapat menjadi peserta.. Dah lama tak jadi peserta untuk mana-mana program, bila jadi peserta macam teruja lain macam pulak.. heheh...

Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan pelbagai input, teknik dan cara untuk menulis secara teori dan juga praktikal... Ada diantara para peserta yang sudah sedia bertapak dalam bidang penulisan..! Cayalah..! DRC kagum dengan mereka.. Kerana mereka telah ada buku sendiri akan tetapi masih lagi menimba ilmu dan pengalaman...

DRC sangat mengagumi dengan semua peserta bengkel kerana mereka bukan sahaja datang dari area Lembah Klang akan tetapi ada yang dari Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan sebagainya.. Teruja untuk berkongsi pengalaman dan mengambil peluang bersama mereka.. Tidak dilupakan ada peserta dari Singapura turut hadir dalam bengkel 2 hari ini..

Dalam bengkel ini sepatutnya menampilkan Ustaz Pahrol, Ustaz Zahazan dan Ustaz Umar, akan tetapi pada waktu itu Ustaz Pahrol tak dapat hadir bersama kerana masalah kesihatan.. Amat menyedihkan akan tetapi ia bukan penghalang untuk kami terus menimba ilmu dalam bengkel. Ia sebenarnya membakar semangat kami semua untuk terus berada dalam bengkel dan mendapatkan seberapa banyak input..

Dalam sesi teoritikal, kami di train untuk menjadi seorang kolumnis dalam apa jua majalah yang ada terbitan Telaga Biru samada Gen-Q, Al Ustaz, mahupun Solusi.. Kerana pada permulaan untuk menulis buku amat sukar sekali kerana seharusnya untuk menjadi seorang penulis buku, kita perlu mempunyai nama dalam tapak penulisan, supaya pembaca mengenali kita dan akan tertarik dengan karya kita.. Itu adalah teknik mengikat pembaca.. hehe..

Secara keseluruhannya dalam bengkel ini, peserta telah mendapat keistimewaan yang mana secara tidak langsung Telaga Biru telah menawarkan peserta untuk menjadi kolumnis dalam majalah-majalah terbitan mereka..! Peluang yang sangat keemasan! (ayat mcam tak betul je)

Jadi, sebagai peserta, DRC pun sebenarnya teruja nak hantar artikel-artikel DRC akan tetapi belum ada keyakinan lagi... InsyaAllah satu hari nanti, kalau ada rezeki, kelapangan masa DRC akan menghantar proposal DRC ke Telaga Biru.. Doakan DRC ye... :D

Jom, DRC nak share gambar-gambar sekitar bengkel...
Ustaz Umar, seorang pakar Hadis juga kolumnis utk majalah Solusi dan Al Ustaz

Peserta lelaki bersama ustaz umar

Peserta lelaki bersama Kak Husna, Editor Majalah Solusi

Group discussion 

Sesi bersama Ustaz Zahazan


DRC pssssttt : InsyaAllah, DRC nak mulakan dari Blog dahulu, kemudian baru ke kolumnis dan seterusnya buku... DRC tak mengharapkan apa.. Cuma mengharapkan penulisan DRC menjadi saham untuk DRC masuk ke syurga nanti.... Aamin... Ehemm..Ehemm... Bulan 4 nanti DRC akan merubah wajah baru blog DRC ni... nantikan yee.. :)

2 comments:

C.T.K said...

in shaa allah..goodluck ye DRC..smoga penulisannya bertambah maju :D

*lmenyer nk tnggu bulan 4 tu..hihi

Cik Pensil said...

bulan 4 ? wahh .. tak sabar nak tgk :D

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...