pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Sunday, March 17, 2013

TIPS | Tukar Produk Kesihatan atau Kecantikan?

ASSALAMMUALAIKUM

Hai semua kawan-kawan DRC... Kawan-kawan yang DRC sayangi..!
Yang dok baca tittle tu, meh la baca entry penuh...
Mesti korang pernah rasa nak tukar produk kesihatan atau kecantikan kan?
Yelah.. Selepas gunakan produk tu, macam tak berkesan je..
Nak tukar angin, katenye...

Zaman mellenium ni memang manusia serba serbi nak nampak cantik, indah, bergaya..
Kan..?!
DRC pun tak terkecuali tau..
Dan dalam zaman sebegini tak mustahil para lelaki sekarang sudah bijak bergaya mengalahkan kaum wanita..! Yeahh! hahaha..
DRC pun salah seorang daripada lelaki tersebut..
Tapi gaya DRC sekadar yang mampu dan tak melebih-lebih kaum wanita la...

Ok, dalam labels Tips Petua dan Pemuda kali ini, DRC nak bawa kepada anda macam mana kita nak tukar produk kecantikan atau kesihatan kita setelah produk sebelum ini tak mendatangkan kesan yang diinginkan?
Betul.. DRC pernah alami..
DRC pun ada pencuci muka.. Ehhh! Jangan la terkejut..!
Apa guna kalau ada dipasaran kalau tak kita yang membeli, kan? :P

Produk pertama yang DRC guna adalah Biore For Men..
Masa tu umur DRC baru nak meningkat remaja, 13 tahun DRC dah mula kumpul duit belanja untuk biayai tanggungan nak beli pencuci muka, shaving foam, pencukur misai dan sebagainya..
DRC ada masalah muka berminyak.. Hampir setahun DRC setia pada Biore ni akhirnya kesannya tak seperti yang DRC inginkan... Geram jugak lah... 
ni packaging baru. masa dulu lain.

Lepas dah rasa macam tak sesuai atau serasi malah lebih teruk kesan sampingannya sampai jerawat naik kat muka, DRC pun nak tukar ke produk lain, iaitu DRC cuba Nivea For Men.

Nivea for men yang DRC gunakan jugak dalam kategori oil control.. DRC guna dalam seminggu, muka DRC jadi lagi teruk dengan masalah minyak..! Aduiihhh... Siapalah yang tak risau dengan keadaan muka berminyak kan??

Rupa-rupanya, DRC terlupa akan satu tips yang pernah diberi oleh kawan DRC. Tips untuk menukar produk kesihatan atau penjagaan perlulah ::

Membiarkan keadaan wajah neutral iaitu membiarkan wajah tidak dicuci oleh sebarang produk selama tujuh hari sekurang-kurangnya..

Hal ini kerana kulit kita tak semua sama setiap orang. Penerimaan kulit yang berbeza-beza menyebabkan kulit kita boleh terkejot dengan perubahan yang berlaku. Bayangkan kalau kita guna produk lain pada waktu pagi kemudian pada waktu petang guna produk lain tak ke nanti kulit kita terkejut dengan penerimaan yang berbeza. So, dinasihatkan untuk membiarkan kulit kita tak dicuci oleh produk-produk lain selama seminggu..

DRC tak pasti kesahihan dari sudut saintifiknya tapi kalau ikut logik akal ia memang betul. Contohnya kalau seoang itu memakai baju warna pink pada waktu pagi kemudian memakai warna kuning pada tengahari. Tak ke kita yang tengok ni pun terkejut... Hahaha..

DRC cuba amalkan petua ni untuk penukaran syampu rambut. Ye, sebelum ni DRC guna shampu rejoice, lepas tu makin teruk rambut DRC gugur tukar terus ke Head and Shoulders dari tahun 2008 sampai sekarang tak tukar-tukar.. Dalam tempoh penukaran selama seminggu DRC tak syampu rambut dan biarkan rambut DRC dicuci dengan air sahaja... ALhamdulillah, semakin baik rambutnya.. 

Prinsip yang DRC amalkan juga adalah apabila kita travel dan tak bawa apa-apa peralatan kita macam syampu, pencuci muka atau sebagainya ke tempat yang kita nak travel tu, DRC tak akan guna walaupun ia disediakan JIKA jenamanya berlainan. Yelah, kalau kat hotel kan ada syampu hotel tu sendiri kan.. DRC tak akan gunakan.. Melainkan shower badan. Sebab jenis kulit badan kita mudah menerima perubahan berbanding kulit muka.. Akan tetapi tidak semua orang. Ada orang yang kulit badannya pun sensitif.. 

So, kalau anda rasa nak amalkan petua atau tips ni boleh lah amalkan.. Sebab DRC percaya setiap orang nakkan perubahan tetapi perubahan itu mestilah terbaik dan mengambil masa.. 

DRC psssssssssstttt : DRC dah ada siapkan sedikit untuk wajah baru blog DRC.. Tunggu ye kemuncullannya... Tapi kalau sesiapa nak tengok awal, DRC bagi hint layari blog kedua DRC.. DRC perlukan komen dari anda... Terima kasih atas sokongan... peace yawww ^_^ Y

2 comments:

Nabeel Fikree said...

Ohh macam tu ke? Saya tengah guna Nive For Men sebijik macam dalam gambar tu. Tapi tak ke muka dipenuhi dengan bakteria jika cuma cuci menggunakan air selama seminggu? Erkk. Hehehe sekadar berkongsi pendapat :)

Aliff Haikal said...

Alhamdulillah garnier for men tidak pernah menghampakan aku :D

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...