pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Thursday, May 3, 2012

Kalau Kita Tak Pandai, Jangan Memandai..

ASSALAMMUALAIKUM

Harapnya semua bloggers dan readers sihat sejahtera dan bahagia... Semenjak balik kampung ni, DRC memang agak sedikit celaru lah... Dengan tanam anggur tak tumbuh2.... Siap digelar VIP a.k.a Veri Important Penganggur... Ahakkss! Memang gelemm lah gelaran tu kan...?
Dan korang yang baru habis study ape ceter??? Nak sambung belajar or kerje??? Pilihlah mana yang terbaik... :)

Kali ni DRC nak berkongsi rasa tentang tajuk entry kali ini..
DRC mendifinisikan disini entry kali ini lebih menjurus kepada maklumat yang diperolehi..
Definisi 'tak pandai' - Tak menyelidik maklumat yang diperolehi
Definisi 'memandai' - menokok tambah maklumat tersebut


Baiklah, DRC kaitkan dengan kes yang pernah kita alami sebelum ini :

Kes 1 : Tsunami di Sumatera Indonesia pada sekitar 11-12 April 2012

Mesti diantara kita yang dapat mesej bahawa Tsunami akan melanda dibeberapa kawasan seperti Gorgetown dan sebagainya dalam tempoh-tempoh tertentu.. Dan pada waktu itu, kita yang gelabah, sebab ada anak sedara, anak buah, buah hati kat sana mesti kita risau keadaan dia.. Padahal kita tak berada di tempat kejadian.. Dan kita pun hantar la mesej tu kat tempat lain... Sehingga mengakibatkan DRC menghantar mesej "SELAMAT TINGGAL DUNIA" pada semua kawan-kawan dan saudara mara... Alamakkk!!

Kes 2 : Bob Kuman Meninggal Sebelum Masanya
Benar, Bob Kuman sakit di hospital, dan media mengkhabarkan keadaannya dan juga gosip pasal bayaran kepada beliau... Tapi keesokkannya, DRC tengok dalam facebook, ada pulak yang buat link menyatakan Bob telah meninggal dunia walhal orang yang buat link tu sendiri tak melawat bob... Dan dia tahu cerita tersebut dari orang lain.. Maka ramailah yang share.. Juga mendoakan rohnya ditempatkan di tempat orang2 yang soleh... Sampai DRC sendiri telefon kawan DRC yang kerja kat hospital tu untuk dapatkan kepastian, barulah lega, Bob masih lagi hidup... Kesian Bob........ :(

-----PEMBERITAHUAN----
#INI BERITA YANG DRC DAPAT DARI SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI 
~Bob Kuman Telah Meninggal Dunia Di Hospital Sungai Buloh pada 4.38  petang tadi (3Mei2012)..
Al-Fatihah....

Kes 3 : Isu Pemansuhan PTPTN
Kepoh dalam media pasal pemansuhan PTPTN ni... Memang lah dalam isu nak mansuhkan sesuatu ni perlu dipandang dengan skop yang  lebih luas dan menyeluruh... DRC pun ada buat entry pasal isu ni.. Tapi yang pelik dan hairannya, yang bising2 tu amek PTPTN ke tak? Ada seorang kawan DRC, dia kata tak payahlah nak mansuhkan PTPTN..... DRC tanya, dia ambil PTPTN tak? Dia jawab selamber,, saya tak ambil.... Lainlah kalau dia ambil, boleh lah DRC amek respon dia pasal isu ini... Ini dia pulak yang lebih melebih daripada orang yang berhutang... Adooiii~ Sakiittt~

Kes 4 : Isu BERSIH 3.0
Memang isu paling besar setakat ini, yang menjadi bualan banyak pihak.. Sehinggakan berlaku perbalahan antara kita... Mudahnya mereka menghukum dan melabelkan... Yang buat DRC tak paham tu, kenapa perlu maki2 dan mencaci2?? Ok, tak kisah lah kalau itu hak anda untuk bersuara.. Nak kata BERSIH pengotor ke, nak kata POLIS jahat ke... It's up to you.. Tapi yang sebenarnya lebih  berhak adalah mereka yang berada di tempat kejadian.. Yang tak ada di tempat kejadian jangan banyak komen dan memaki hamun sebab anda tak berada di sana.. Dan cerita sebenar tidak diketahui.. Dan sebaiknya sebelum kita menyatakan sesuatu, kita selidik dahulu dan bertanya kepada mereka yang pergi tak kisah dari pihak BERSIH atau POLIS asalkan kita bijak untuk menilai dan barulah kita layak untuk memberikan komen.. Jangan jadi hero kampung sangat... Alamakk...!

DRC rasa cukup dengan 4 isu yang DRC utara dan selatankan untuk kita menyemak dan menyukat kembali sejauh mana kita menilai sesuatu maklumat dengan baik... Sama ada kita menyemak atau mem'khinzir' buta semata-mata dalam memberi komen... Terpulang pada kita sendiri.. Tapi pada DRC, lebih eloklah kita mendengar dari banyak pihak tentang sesuatu isu, supaya fikiran kita lebih terbuka dan jelas kefahaman daripada berlaku bencana akal dalam pemikiran yang terjerumus dalam ideologi tanpa sempadan sehingga tidak mampu menimbangtara mana yang benar, mana yang salah...

Sebaiknya, kita cuba dapatkan kepastian dan kesahihan dari pelbagai pihak.. Kita tak berhak untuk menyatakan sesuatu yang tidak benar, sebab nanti dipersoal kelak.. Nauzubillah...
Cubalah kita menjadi seoang manusia yang boleh mendengar di kiri adalah gosip dan di kanan adalah kenyataan... Telinga ada DUA kann???

Akhir sekali, jom kita dengar nasihat daripada MatLutfi tentang isu ini :


Konklusinya, kita dianugerahkan oleh Allah dengan pancaindera dan akal fikiran..
Telinga diberikan sepasang, kiri dan kanan... Dengarlah dari dua pihak...
Kemudian, buatlah link dengan akal...
Dan publishkanlah dengan amal...

DRC psssttt : Jadi, kalau kita tak pandai, jangan memandai.. Kalau kita tak ada maklumat yang cukup jangan sebarkan..... Hummm.... Lately, memang dahsyatlah media...! DRC sendiri takut nak bukak surat khabar.. Kalau bukak mesti dari belakang.. ENTAHLAH~

3 comments:

Anonymous said...

salam
dari starting sis baca entri ni dah dpt agak ada kena mengena dgn video mat lutfi hehe


mmg setuju sgt..orang yg tak tau apa2 tapi meroyan lebih2 tu memang bmasalah..duduk diam2 muhasabah diri kot2 sendiri lagi banyak buat silap..

Aliff Haikal said...

haha dah tengok dulu vid mat luthfi !

hurm betul , jangan memandai kalau diri sendiri tak pandai . ye dak ?

Hafeesz Amran said...

isu bersih tu sgt setuju...sapa yg x pegi bersih tu jangan dok hentam mana2 pihak (bersih & polis) sesuka hati...mencarut, memaki hamun sesuka hati mak bapak jer..nnt diorg x ape2., kita pulak tanggung dosa...sy x pro mana2 (kerajaan & pembangkang) cuma ketidak adilan menggunakan MEDIA MASSA obvious sgt...kerajaan hentam pembangkang n bersih kaw2 kat TV, tpi pihak pembangkang n bersih tak diberi peluang untuk menjelaskan atau membela diri...so itu mmg tidak adil....

ni cuma pendapat sy :)

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...