pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Tuesday, May 15, 2012

CERPEN | Sujud Subuhku #2- KhairoolAriffinMusa

ASSALAMMUALAIKUM

Pe kabar semua? Ada yang tanya DRC bila nak sambung cerpen Sujud Subuhku, hari tu...
So hari ni DRC post episod terakhir #ceh! macam drama plak..
SUJUD SUBUHKU..
Semoga menjadi pedoman buat kita semua.. :)

                Walaubagaimanapun, dengan hanya sekali lafaz Haris kini menjadi suami yang sah kepada Amani. Amani  sebak dan menitiskan air matanya. Titisan air matanya bederai melunturkan semangat Haris. Amani ditenangkan oleh emaknya. Dia teharu dan terkilan kerana abangnya tidak berada bersamanya untuk meraikan hari yang bermakna ini.

 Amani tetap menangisi pemergian Arwah Aiman yang menjadi tempat mengadunya. Haris cuba menenangkan isterinya. Perlahan-perlahan Amani reda dengan kada’ dan kadar Allah. Semua ini telah termaktub olehNya. Kita hanyalah hambaNya yang kerdil dan hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk insan-insan yang telah pergi sebelum kita.



Majlis bacaan Yaasin dan tahlil diadakan seperti yang dituntut oleh agama. Amani menuju ke kamar Arwah Aiman. Kamar Aiman yang bersih dan sejadah yang masih lagi terbentang dari subuh lagi dilipat dan dicium Amani. Amani duduk di atas katil dan merenung kembali memori bersama Aiman. Terasa indah untuk dikenang. Terasa riang untuk di cerita. Namun itu telah menjadi sejarah cerita pasangan kembar yang sering mendapat perhatian orang ramai.

Memori Amani teringat akan peristiwa sebelum mereka melanjutkan pelajaran di universiti. Amani mendapat tawaran di UUM, manakala Aiman pula di UIAM. Mereka disakat oleh saudara-mara gara-gara tidak mendapat melanjutkan pelajaran di universiti yang sama.
      
“Hai, dari tadika tempat yang sama, sampailah sekolah menengah sama, masuk asrama yang sama, sekarang kenapa tak mahu masuk universiti yang sama?”Sakat Mak Cik Rina.
             “Walaupun kami berlainan tempat, kami ada cita-cita yang sama, hala tuju yang sama dan jiwa yang sama. Mungkin tempat berbeza tetapi kami akan tetap akan bersama,”jawab Aiman menjelaskan hujahnya, panjang lebar.
            “Iyalah...Menyesal mak cik sakat bakal peguam syariah ni. Kalau kalah nanti, masuk court,”kata Mak Cik Rina tanda seronok dan bangga dengan anak saudaranya itu. Air mata Amani menitis bila terkenang semua berlaku. Tersentak lamunannya bila mendengar deringan dari telefon bimbit Arwah Aiman. Amani membaca nota-nota yang disetkan oleh Aiman.

 Appoiment Doktor Azri....”nota yang bertulis tarikh 7 November. Amani menyimpan telefon berkenaan. Dia cuba menyelongkar laci di dalam kamar itu. Dia menjumpai ubat –ubatan yang selama ini disorokkan oleh Aiman. Banyak ubatnya. Tetapi ubat-ubatan itu seakan tidak di sentuh oleh  Aiman. Amani mengalihkan pandangan ke meja tulis disudut kamar itu. Dia tertumpu kepada satu sampul surat yang berada di atas meja tulis. Surat itu dibukanya dengan penuh makna. Perlahan-lahan dan berhati-hati. Di hadapan sampul surat itu ditulisnya”Buat Insan Tersayang...”

Amani membaca surat berkenaan. Air matanya menitis jatuh bak kaca berderai atas batu. Air matanya tersirna apabila terus membaca surat itu. Dia terus menyimpan dan menekap surat itu ke dadanya tanda begitu rindu dengan Abang Aiman.  


 “Assalammualaikum dan Salam sayang buat semua,

Mak, Ayah, Amani dan semua yang Abang sayangi,
Ampun maaf  zahir dan batin abang minta kerana tidak memberitahu hal yang sebenarnya. Abang minta maaf kepada emak dan ayah kerana tidak menceritakan sakit ini kepada kalian. Abang tidak mahu kalian susah hati dan abang tak mahu menyusahkan kalian....
Mak dan Ayah,
Sesungguhnya Abang tidak mampu menjadi anak yang boleh dibanggakan. Abang tidak mampu membahagiakan Emak dan Ayah. Abang lemah dan tak berdaya dengan semua ini. Abang tidak mampu membuat kalian kita bangga untuk melihat Abang menggenggam segulung ijazah. Ampunkan segala dosa Abang dan halalkan makan minum Abang.
Amani Nur Nadhirah,
Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke akhir hayat. Jadilah isteri yang solehah dan taat kepada suami. Jagalah suami kamu dengan seikhlas dan seadanya dia. Haris orang yang baik. Jangan sia-siakan kebahagiaan yang bakal dikecapi kelak. Abang minta maaf kerana tidak dapat bersamamu di hari yang bersejarah ini. Janganlah tangisi pemergian Abang ini kerana Allah yang menentukan segalanya. Semoga Amani dan Haris dikurniakan cahaya mata yang ramai.
Adik-adik yang lain,
Jadilah manusia yang berguna dan berilmu di dunia ini. Sesunguhnya orang yang berilmu itu besar ganjarannya. Belajarlah bersungguh- sungguh. Jangan menghampakan harapan emak dan ayah. Sayangi mereka selagi mereka benyawa.
            Akhir kata, Abang mohon ampun dan maaf atas segala yang terjadi. Mungkin pemergian Abang ada hikmah di sebaliknya.
Assalammualaikum...

Salam sayang dari Abang,
Aiman Mohd Nazim
        
            “Ya Allah, semoga roh Abang Aiman dibawah rahmatMu, ya Allah,”doa Amani. Amani keluar dari kamar Aiman dibawanya surat dan songkok serta berbekalkan semangat baru. Dia tidak akan menghampakan harapan Aiman. Dia berjanji akan melaksanakan amanat Aiman.


DRC pssstt : ada yang mintak DRC hantar karya DRC ke satu blog tu yang menghimpunkan banyak2 karya hebat... Tapi DRC tak yakin karya DRC boleh sampai ke tahap itu... Hummm.. Mungkin DRC hanya mampu berkongsi dalam blog DRC sendiri, tak apa kan??? Terima kasih yang memberi semangat, teruskan membaca.. Membaca amlan mulia... :)

5 comments:

Jenny Pa-un said...

dah habis ke?? huhuhuhu

DRC said...

@BellaJane -> Dah... huhuh.. DRC karang masa form 4, tade idea banyak masa tu... ada cadangan nak tambah ke?? huhu

Ckin Kembaq said...

trylah.mana tau boleh kan.. ^_^

Korn Ahmad said...

jujur aku ckp aku aku x sempat bace, tp ni karya ang ke? bagus nye alahai kalo aku sempat menulis cam ni gak...

ctk said...

laju sgt abisnyer..nti lau ade idea,smbung agy ye...hehehe

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...