ASSALAMMUALAIKUM
Sihat ke semuanya??? waahh..! Tak sabar-sabar je nak hari sabtu ni, DRC akan balik rumah buat seleema-leemanya..hahaha.
Ok, kali ni entry yang agak serius dan isu semasa, dalam edisi khas..
ISU MANSUH PTPTN - DRC Komen...
Jom kita fahami dulu kronologi Isu Pemansuhan PTPTN ini..
Isu ini dibangkitkan apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim menjanjikan pemansuhan PTPTN sekiranya pakatan pembangkang menang dalam PRU akan datang. Dan pendidikan percuma akan diberikan.. Mengikut negara luar yang telah lakukan...
DRC melihat ini sangat bagus kerana mahasiswa yang tamat pengajian keluar je dari kampus, terikat dengan hutang yang ditanggung malah membebankan...
Isu Pendidikan Percuma
Kita sedia maklum kerajaan Malaysia telah memberi pendidikan percuma melalui sekolah kerajaan di peringkat rendah dan menengah. Pendidikan percuma ini adalah pendidikan asas yang mana ia merupakan wajib bagi setiap warganegara untuk bersekolah di peringkat rendah dan seterusnya menengah. Pendidikan percuma tidak diberika di peringkat institusi pengajian tinggi kerana pengajian tinggi merupakan pilihan kepada rakyat Malaysia samada untuk menyambung pengajian mereka atau tidak. Kita diberikan pilihan samada mahu terus bekerja selepas SPM, menganggur, atau sambung belajar. Jelas Pendidikan percuma diberikan oleh kerajaan.
Demo PTPTN Oleh Mahasiswa
DRC memberi semangat kepada mereka yang berjuang di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan PTPTN. Eh, jangan kata DRC ni lalang ye,. DRC hanya memberi pendapat. Baca sampai habiss... Mahasiswa yang berkhemah dan demo di Dataran Merdeka secara aman ini menyuarakan pandangan mereka dalam isu pemansuhan PTPTN. Hujah mereka, hutang PTPTN ini membebankan mahasiswa yang dibelenggu hutang sepanjang kehidupan. Juga, pendidikan percuma tidak membangkrapkan negara kerana yang melakukan sedemikian adalah berpunca daripada rasuah yang berluasa, politik wang yang semakin betebaran, dan korupsi.
PTPTN - Riba, Interest, Ujrah
Sedia maklum kita tahu, PTPTN ada menetapkan 'interest' yg dikatakan ia bunga atau istilahnya adalah riba. Dan apabila riba, sinonim dengan agama kita adalah HARAM. Tetapi, baru-baru ini PTPTN memperkenalkan sistem 'ujrah' yang mana ia merupakan caj atau kos upah bagi operasi dan perkhidmatan PTPTN sebanyak 1% daripada jumlah pinjaman.
Apa komen DRC
DRC melihat dari sudut pandangan pemansuhan ini... Objektif sesuatu misi perlu jelas dan terang.. Tak salah memberikan pendapat bahawa 'Mansuhkan PTPTN'. Tetapi kita perlu ada inisiatif atau method lain yang jelas bagi menggantikan pemansuhan tersebut. #EH! DRC Amek PTPTN Tau!
Macam ni, pemansuhan PTPTN jika diganti dengan pendidikan percuma, perlu jelas ke mana dan arah mana pendidikan percuma itu perlu di salurkan... Kita tahu, PTPTN sekarang ni tak selaras dari penghutang IPTA dan IPTS yang mana IPTS lebih banyak hutangnya daripada IPTA. Jadi, seharusnya jika PTPTN ini dihapuskan, adakah pendidikan percuma ini mampu memberi kesamarataan kepada seluruh mahasiswa IPTA dan IPTS? Ya! Jika pendidikan percuma diberikan, DRC yakin lepas ni akan ramai anak muda remaja akan berminat untuk sambung pengajian yang lebih tinggi malah akan lebih mensyukuri untuk cemerlang.. Tapi apakah jaminan yang boleh di klasifikasikan sebagai pendidikan percuma menjamin sesebuah pembangunan masyarakat? Pada DRC, dalam isu PTPTN ini kita perlu sediakan rangka yang lengkap dan jelas supaya rakyat dan pemimpin tahu kita ada idea yang lebih kreatif untuk menggantikan PTPTN dan sikap win-win (menang-menang) diamalkan... DRC lihat isu PTPTN adalah isu kebajikan mahasiswa dari pelusuk tanah air yang berbeza IPT. Apabila perbeza pentadbiran IPT, kita dapat tahu yuran yang dikenakan berlainan. Di kolej DRC sendiri terdapat masalah yuran.. Yang mana yurannya boleh naik serta merta dan tanpa pengetahuan pelajar sehingga duit PTPTN masuk pada setiap semester.. INILAH MASALAH UTAMA! Bukan isu PTPTN yang harus kita lihat sebagai main problem.. Masalah yuran pengajian yang tidak tetap dan selaras ini, mungkinkah pendidikan percuma dapat dilaksanakan..? Apakah nanti pihak pentadbiran kampus akan mengenakan caj-caj lain? Apakah pihak pentadbiran kampus nanti akan mengenakan yuran pengajian yang 'lari' daripada landasan kepada kerajaan jika pendidikan percuma dijalankan?
Persoalan ini perlu dijelaskan dalam rangka Pendidikan Percuma diperingkat pengajian tinggi...
Jika masalah yuran di dalam kampus ini tak boleh diatasi, DRC yakin pendidikan percuma mengalami masalah besar suatu hati nanti...
Harapan DRC, sesuatu perubahan yang baik akan dilakukan dengan adanya aktivis yang menyedarkan mereka yang terlalu lena dengan buaian dunia...
^_^) Y peace
DRC psssssssstttt : DRC pun pinjam PTPTN, habis je diploma ni, jenuh ada hutang... Nak beli rumah, kereta, sambung belajar... Oh, hutang......! Memang kalau nak ikutkan memang tak kawen la sebab nak bayar hutang........ Hummm... Apapun, kita cuba bayar dengan kejayaan yang berganda yeahh! Hidup MAHASISWA...!! ALLAHU AKHBAR!!
5 comments:
INFORMASI , PTPTN dikecualikan jika kita maintain dpt pointer kelas pertama every semester . so memang bagus kan
lagipun kat mesia ni , tk ramai orang kaya :"( tak setuju kalau dimansuhkan ! assalamualaikum :)
tak setuju kalau ptptn dimansuhkan. setuju dgn ALiff Haikal.
kalau tak nak hutang PTPTN belajar pandai2..dapat 4Flat every sem then, ptptn tak payah bayar.
tak semua org yg dpt universiti ni org senang..so kalau mansuh..org2 yg susah maybe tak sambung belajar. :)
isu pedidikan percuma ni..bg peringkat sekolah menengah n rendah mmg patut..sebab sekolah pendidikan asas..kalau kerajaan nak tanggung semua budak you FREE..alamatnya bankrup la kerajaan. pembangkang mampu berjanji..tepati? belum tentu
ini hanya pendapat saya..terima kasih..
katakan tidak pada bersih 3.0 :)
Cik Tetra: diorang minta hapus ptptn bukan kerana x mau bg org lain yang susah x leh beljar... tp hapus di sini bermaksud ditukar ke biasiswa...atau istilah yang lebih bagus, pendidikan percuma... Cuba paham elok2 k... bukan tulis pakai hentam keromo... apa deh...
anon : mampu ke kerajaan nak tanggung semua pelajar U kalau semua nak diberi biasiswa ? :)
tak tau nak kata apa tapi setiap sesuatu hal tu pasti ada pro n con :)
Post a Comment