ASSALAMMUALAIKUM
Setiap bulan mesti kita (yang dah bekerja) akan pergi ke bank, check duit..
Maksudnya check gaji yang diperoleh selepas penat bekerja.
DRC akui, bekerja adalah sangat PENAT!
Dan kepenatan itu diganjarkan dengan gaji yang setimpal dengan kita kerjakan seharian.
Walaupun DRC sekarang dalam latihan industri, dunia keje sementara..
tapi dapatlah jugak rasai alam pekerjaan sebenar..
Gelagat organisasi, hak pelanggan, kepimpinnan dan sebagainya..
(macam nak tulis report pulak)
Bila bicara tentang gaji yang diperoleh itu Halal atau tidak, kita mesti rasa bersalah!
Ya...!! BERSALAH..
Sebab ada diantara kita sendiri tak tau macam mana gaji itu dinilai kehalalannya..!
Jom baca artikel di bawah :
Kalau tak tidor pun, pegi makan lebih masa pun masalah jugak!
Dalam suasana kerja hari ini, ada sebilangan pekerja yang melakukan kerjanya dengan sambil lewa atau mencari jalan ‘mencuri tulang’ untuk melakukan penyelewengan.
Ia menggambarkan seseorang itu tidak ikhlas dan cuba berlaku khianat. Ingatlah setiap gerak-geri kita sentiasa diperhatikan Allah. Curi tulang boleh berlaku dengan cara mengabaikan tugas yang diberikan, melengahkan masa kerja atau tidak membuat langsung kerja dengan memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.
Pasti wang gaji yang diterima pastinya tiada keberkatan. Oleh itu, kita perlu sentiasa memohon keampunan dari Allah sekiranya ketika menjalankan tugasan harian secara sedar atau tidak kita pernah mencuri masa dengan melakukan perkara di luar bidang tugas.

Alhamdulillah, jika ada timbul perasaan bimbang mengenai halal atau haram, berkat atau tidak pendapatan yang diperoleh memberi petanda baik dalam diri kita masih ada iman.
Nabi memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dalam kata-katanya yang bermaksud: “Barang siapa yang menjauhi syubhat, selamatlah agamanya dan kehormatannya, barang siapa yang menyertai syubhat, ia seolah jatuh dalam yang haram” (Riwayat Muslim).
Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu di atas segala yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Taubah, ayat 105).
DRC harap kita dapat ambil iktibar dan pedoman tentang Halal/Haram gaji yang kita peroleh..
DRC pssssstttt : Halal bukan setakat pada makanan, ye kawan-kawan.. Halal itu diukur dari SUMBER yang diperolehi. Sumber kewangan, sumber pendapatan, sumber yang masuk dan tidak kira apa jua yang dinamakan SUMBER (punca sesuatu kepada sesuatu). Mencari halal itu adalah fardhu bagi setiap muslim... Setiap yang digunakan MESTI mendapatkan redha dan restu dari Allah.. Kerana dunia kita ni kan pinjaman dari Allah... :) DRC tak berapa nak kisah sangat pasal gaji nie, sebab DRC keje TAK PERNAH dapat gaji time praktikal ni, so, DRC buat kerja bukan untuk gaji ok~~hhuhuhu... Sekarang ni DRC tengah sibuk cari maklumat untuk ke UMP (Universiti Malaysia Pahang) dalam pertandingan debat..hehehee... insyaAllah... team DRC tak meletakkan harapan yang tinggi untuk menandingan IPT yang lain... hanya boleh mendoakan keselamatan ke sana.... doakn DRC ye kawan-kawan.. ^_^
5 comments:
Btol!
Setuju sangat!!
XD
betul betul betul
setuju ^^
setuju ^^
Allah..banyak kena muhasabah diri ni... +_+ kadang tersasar jgk..
Post a Comment