Terlalu biasa untuk kita dengar perkataan, "Jadilah diri sendiri. Usah menipu diri."
Tapi kita sering juga mendengar pepatah,
"Masuk kandang kambing, mengembek. Reban ayam, berkokok".
Jadi, ada diantara kita yang keliru dan tidak dapat untuk menafsirkan sama ada, perlu menjadi diri sendiri atau tidak.
Sebab itu, DRC nak kongsikan sedikit artikel yang dah lama DRC simpan.huhuu
Menjadi Diri Sendiri Tidak Salah, Tapi Waspada!!
Ya, kita perlu menjadi diri sendiri kerana tidak mahu dilabelkan seorang yang hipokrit dan kepura-puraan. Dan kita juga diminta untuk jujur kepada diri sendiri.
Memang hidup perlukan kejujuran kepada diri sendiri. kerana menipu itu sungguh menyakitkan. malah, kita sendiri lebih selesa untuk menjadi diri sendiri.. betul tak??
Tapi, kenapa DRC kata menjadi diri sendiri itu perlu waspada?
Sebabnya mudah, tapi sukar untuk difahami. Ok, DRC bagi analogi dan contoh bagi menjawab persoalan tersebut.
Amin merupakan pekerja di pejabat guaman yang terkemuka. Dia selalu menjadi perhatian rakan sekerja kerana mempunyai wajah yang bersih dan penampilan yang bergaya. Namun terdapat kecacatan sedikit kepad Amin kerana sikap keanak-anakkannya masih terbawa-bawa ke alam pekerjaan. Ada juga yang tidak menyenangi sikap Amin kerana terlalu mengada-ngada sehingga pernah sekali pelanggan menegur sikapnya itu.
Selepas ditegur, Amin masih tidak berubah dan tidak mengendahkan teguran sesiapa berkaitan sikapnya. Katanya, "Ini diri aku, buat apa aku nak tukar dan menjadi orang lain?"
Dapat analogy dan contoh yang DRC bagi?
Jelas, menjadi diri sendiri itu tidak salah, tapi berwaspada.
Jelas, menjadi diri sendiri itu tidak salah, tapi berwaspada.
Kita boleh menjadi orang lain berasaskan tempat dan waktu.
Biar orang kat hipokrit dengan manusia tapi dengan Allah tidak sekali.
Menyelmatkan diri dengan samaran itu lebih baik daripada menunjukkan identiti yang merupakan kelemahan diri kita!
Inilah proses hijrah!
Memang DRC menyatakan ia adalah salah satu proses hijrah kerana semua manusia mampu merubahkan diri mereka walaupun hanya sekadar sifat dan sikap yang tidak digemari oleh orang lain! Ingat, kita bukan hidup di dunia keseorangan. Tapi dengan makhluk lain. Dan makhluk lain juga boleh brubah kerana kita.
Berhijrahlah sikap kita walaupun kita tidak menyukainya.
Memang pahit pada awalnya tapi manis diakhirnya, kerana yang pahit itulah ubat.
Jadi, DRC sarankan untuk kita berubah daripada menjadi diri kita kepada A NEW DIRI KITA!
Dalam istilah lain, renovate diri kita kearah kebaikan..
Jom mulakan dari sekarang...!
2 comments:
erm btul tu dik.. kne sesuaikan dgn situasi.. klo x, pyh la.. mgkin kte blh jd dri sndri dlm situasi yang lain kn..?:)
yes always changes to be good :)
Post a Comment