pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Sunday, October 16, 2011

REVIEW FILEM | Bini-biniku Gangster - Permainkan Rumah Allah?


Assalammualaikum... Selamat  berhujung minggu... Tapi kepada warga Kedah, Kelantan, dan sewaktu dengannya, Selamat Bekerja Kembali..hehehee...

Malam tadi DRC tak dapat nak berBW sebab kena tengok BBG nih..huhuu... yelaah... ada orang ajak tgok... So, temankan je lah sampai kul 12, lepas tu terlupa asekmen melombak2 nimbunnya ni eh!...

Sebelum terus merepek, DRC teruskan review BBG,, Secara keseluruhan, BBG ni memang boleh menjadi satu filem yang mengasyikkan dan menjenakakan.
Cukup untuk memberi kelainan. DRC memang suka tengok perempuan gadoh pOn.. (tak pasal je). ok ni dia senarai review DRC utk BBG..
1. Mengangkat perempuan sebagai ketua gangster sebenarnya satu kelainan walaupun idea ini diceduk dari filem luar... Tapi kena hati-hati sebab kita yang mengamalkan nilai ketimuran ni, rasanya tak ada amalkan macam tu... Tak tau lah DRC sebab DRC ni malas nak tau pasal gangster nih...! Tapi apapun, cerita ni memang lawak!

2. Ada adegan-adegan yang ke arah ranjang yang tak sesuai untuk ditonton. Ok, pengkelasan filem ini adalah 13PG, tapi DRC dapat tau BBG ni dah ditayangkan kat astro-first. Jadi, mestilah astro-first bukan untuk tontonan mereka yang berumur atas 13 kan?? Sesuatu yang bahaya untuk kita cerminkan adegan tu kepada kanak-kanak yang mana kita sedia maklum kanak-kanak kan suka tiru aksi-aksi yang pelik. Atromen pun dia ikut, apatah lagi adegen yang 'lucu' tu....

3. Babak Sam menikah dalam surau yang mana, selepas nikah Sam kelihatan 'gelojoh' untuk bersama isteri barunya agak memalukan! Memang ia lawak dan lucu tapi tempat berlakunya itu tak sesuai.! Sungguh tak sesuai! DRC terkilan apabila rumah Allah dilakonkan untuk sebegitu rupa! Alamaaakkk!! Apa orang bukan Islam akan kata..??? Pengarah dan penerbit kena ambil satu pendekatan kalau nak  buat lawak jangan kat tempat macam itu.. Rumah Allah (surau atau masjid) adalah tempat mulia. PALING MULIA. Pada mulanya, babak tersebut agak mengelirukan sebab Sam tak tunjukkan lagi apa yang dia nak buat. Tapi rupa-rupanya Sam nak angkat isteri yang baru dinikahi. Ya Allah...! Sampai macam itu ke nak buat dalam surau/masjid.? DRC sedih sangat. Mungkin bukan DRC je yang sedih tapi seluruh umat Islam sedih. Apabila adegan itu diketawa terbahak-bahak oleh umat Islam sendiri apatah lagi bukan Islam... Alaaahaaaiii.... DRC cuba nak husnuzon (bersangka baik) tapi apalah yang boleh DRC bersangka baik sebab adegan tu panjang dan ia bukan 'TAK SENGAJA'. Ini isu Ummah, bukan masalah isu lawak atau sebagainya. Fikir-fikirlah....


4. Moralnya kecil tapi diangkat sebagai filem.. Mungkin ia sebagai modal kepada permulaan cerita aksi komedi.. Apapun Tahniah kepada produksi dan krew... :)

Rasanya itu jelah yang DRC boleh review... Secara keseluruhan DRC boleh bagi 2.5 bintang untuk filem ni...so, korang kalau nak tengok lebih dekat dan jelas perkara yang ketiga DRC kata kat atas tu, tengoklah BBG, tapi pastikan tiada anak kecil menonton bersama dengan anda...

DRC psssssttt :: DRC cadangkan, bukan hanya lapisan perfileman yang ada panel syariah, atau ulama' tapi setiap produksi perlu ada panel syariah! tak kiralah filem tu filem islamik atau tak... Sebab yang menontonnya bukan hanya bukan orang bukan muslim tapi orang Islam.. Mungkin ada yang peka terhadap babak-babak dalam filem... Apapun, Maju Filem Malaysia, Majulah Akhlak Rakyat Malaysia... ^_^

9 comments:

CikHoneyBee said...

nice comment DRc.. hehe. btol tu.. Mreka tidak peka dgn sensitivity islam

DRceria said...

hurmmm.. tul tu cikHoneyBee... DRC pun dulu mase kecik2 ade la jugak main keja2 dalam masjid tp time tu kecik lagi... yang ni, da nikah wat prangai...hurmmm..

ctk said...

dr dulu lg mereka ni selalu buat endah xendah je sal ISLAM...bila la filem melayu nak maju cmtu...

DRceria said...

CTK -->> selagi kita sokong dan gelak ketawa tbahaq2.. selagi tu dirg nk buat jugakkk

♫♪~ Naurah Nawwarah ~ ♫♪ said...

tak brminat nk tengok citer ni.. dgr komen je pun dah bleh tau baik buruknye citer ni.. >_<

khairul said...

blom berkesempatan nk tonton filem ni lagi

DRceria said...

@Naurah Nawwarah :> ermm.. cuba la tengok, dan nilaikan apa yg saya kata dgn realiti dalam filem ni..
@Khairul :> tengok2 (bkn pomote tau, nak bag kita sedar je... filem Melayu yang MAJU ni..)

♫♪~ Naurah Nawwarah ~ ♫♪ said...

hm... tnggu kuar tv je la.. nn blum penah jejak kaki kat pnggung tu.. so, tak brape berminat sgt tgok citer mcm gnas2 tuh..

DRceria said...

ooo.. cm tu citernye...ermm.. sy x tgok wayang pn utk cter ni..hahaha.. rasa mcm kalu g tgok wayang mcm 1 pembaziran je...hehehe.. xpe2... nt kalu ada minat leh la review...

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...